04 January, 2013

stok tipuware

Dah mula seisi persekolahan ni, macam-macam bendalah nak ditopupkan. Alat tulis, baju sekolah  termasuk jugaklah bekas makanan dengan botol air.

Bekas makanan dengan botol air ni pun kena beli lebih jugak. Kalau beli satu jer alamatnya kalau tertinggal kat sekolah memang lebuh ler. Selalu yang tak dapat balik kalau tertinggal bekas kat sekolah agama petang. Kompom tak jumpa dah lepas tu. tahun lepas kemain banyak botol air aku beli untuk Che Mat. Asyik lupa je nak bawak balik. Jenis yang kalau dengar jer bunyi loceng jer terus lari nak balik. Tu yang memanjang tertinggal dan hilang. Ada jugak le lepas rehat leka main-main dengan kawan tertinggal dekat kantin katenyer. kalau tertinggal mau le kene tereban dalam tong sampah le kut oleh tukang kebun sekolah.

Tahun ni konon nak beli botol air mineral yang saiz kecik satu kartun. Spare kat rumah untuk dia bawa bekal ke sekolah. Tapi itu hari pergi Tesco tak de stok  kat rak. Terpaksa la cari botol air lain. nak survey kat pasaraya lain malas. Tahun lepas tesco ada jual drinking bottle harga rm1.00 tapi tahun ni dia tak jual pulak.

Untuk Che Nah belikan dia yang kaler pink. Bottle kena beli yang siap sedia ada straw kat dalam. Budak-budak tadika ni bukan tau nak bukak penutup botol air yang biasa. silap-silap tumpah kena kat baju.

20130103_154927

Ni antara stok tipuware untuk dua beradik ni yang di topp untuk awal tahun ni. Yang tahun lepas ada lagi dalam 3 ke 4 pcs.Ntah sampai bila boleh bertahan. Yang si adik tu macam pandai jaga harta dia. Tengok elok jer dia bawa balik segala barang-barang dia hehehe.

No comments: