31 May, 2012

Tepung Pisang Goreng

Siapa yang suka makan pisang GORENG..angkat tangan hahahaha.. aku memang peminat tegar pisang goreng. seminggu tak sah klu tak makan pisang goreng.

Ada ker orang malaysia yang tak makan pisang goreng..? bersepah kut orang yang jual pisang goreng ni. macam2 tepung diaorang guna untuk goreng pisang ni.

Klu para peniaga tu mungkin ada secret resipi la kan.. bagi orang yg biasa-biasa macam kita ni. setakat nak buat sarapan atau minum petang haruslah beli je tepung instant di kedai, jimat masa. Tapi kalau nak buat sendiri pun boleh..kena gugel la resepi utk dpt hasil yang mabeles yumm..yummm ..yumm..delicious.

meh kita review sikit pasal tepung goreng pisang yang ada kat pasaran. Wah! banyak jugak ekk tepung pisang goreng nih..sehangat pisang goreng jugak.

ok Tepung pisang goreng pertama yang aku kenal jeng..jeng..jeng.. MESTILAH ADABI..

tpg pisang 2gorengan dia memang aromanyer harum tp serap minyak dengan kadaran yg banyak...rasa makan minyak jer kut dr rasa pisang. jadi utk kurangkan serap minyak tpg adabi tu saya campurkan sedikit dgn tpg gandum. hasil dia memang lawa.

ke-2.. tepung goreng pisang Ts delima mcm kut nama dia kalau tak silap la. sebab stok tepung ni kekadang cepat habis. ni klu sekitar s.alam kat tesco je yg nampak ada jual. kedai-kedai runcit biasa tak nampak plak. Tp hasil gorengan dia best sgt2.tapi kena tambah garam sendiri dalam aduanan sebelum mengoreng. Tak serap minyak sangat.Rating..kena cuba Gambar tak dapat search la pulak..

ke-3 tepung goreng pisang jenama aroma ni memang mabeles gak tahan lama  kerangupan dia. tak perlu tambah garam dah.Pun tak serap minyak sangat. Rating..mesti cuba

tpg pisang 1

masa gugel td terjumpa ada banyak juga tepung goreng pisang pelbagai jenama. Tapi belum pernah cuba lagi.

tpg pisang 3

tpg pisang 4

tpg pisang 5

tpg pisang 6

tpg pisang 7

http://wwwnurasha.blogspot.jp/p/new.html

ni klu nak tepung nurasha ni klik kat blog dia.

ok ada banyak lagi tepung goreng pisang sebenarnyakan..bergantung pada kawasan jugak la… untuk tau rasa dia best ke tak kena la cuba kan.

ok pisang aper yang best utk buat pisang goreng…korang tau..? anataranya:

pisang yg aku rasa paling best ialah pisang TANDUK.

pisang tanduk

PISANG TANDUK

pisang nipah

PISANG NIPAH

pisang awak

PISANG AWAK

pisang nangka

PISANG NANGKA

pisang nangka ni klu buat kerepek sedap sangat..sangat

Untuk resepi tepung goreng pisang yang best kena la kita singgah kat rumah Hairul. 

tapi masa saya kecik2 dlu. Mak kawan saya yang sangat rajin, buat tepung goreng pisang guna beras yang ditumbuk halus dan dijemur. baru dia guna untuk buat goreng pisang.. teringin pulak nak pergi rumah kawan saya tu ..

kredit: semua gambar adalah hasil dari carian di google.

29 May, 2012

..main-main.. kerja..main-main..

Tadi member ofis dok emailkan Interesting Excel-sheet…

main2 excel format dengan masukkan D.O.B.. dan bla..bla…bla…

so, keluar semua yang kat bawah ni… yang paling tak menahan tur..Loves to chat…yer bebenor le yong oii..!

OCTOBER
* Loves to chat
* Loves those who loves him
* Loves to takes things at the center
* Attractive and suave
* Inner and physical beauty
* Does not lie or pretend
* Sympathetic
* Treats friends importantly
* Always making friends
* Easily hurt! but recovers easily
* Bad tempered
* Selfish
* Seldom helps unless asked
* Daydreamer
* Very opinionated
* Does not care of what others think
* Emotional
* Decisive
* Strong clairvoyance
* Loves to travel, the arts and literature
* Soft-spoken, loving and caring * Romantic
* Touchy and easily jealous
* Spendthrift and easily influenced
* Easily lose confidence

ni bab minum AIR…

image

psst: cik tengok tu 1.85liters je yer aku kena minum air per day hahahaa berbangga la pulak … baget tak nak kalah minum air ….

ni plak result ‘Who are you’ lepas jawab beberapa soklan cepu mas.

image

kembang kempis hidung aku ekekekek…

Bila buat life calculation ni.. huhuhu INSAF sangat2 dengan nikmat hidup yang ALLAH S.W.T beri.. tapi aku rasa days sleeping tu may be lebih hours lagi la bukan sekadar 4090 days…

agaknya berapa hours la aku guna untuk melakukan ibadah kepada-NYA.. yang pasti tak setanding dengan hours sleeping tu. kena buat sesuatu ni …

saje je tak reveal age tu kan..macam le orang nak tau sangat hahahah.. kira pakai hari pun boleh..yer dak hihihih..

image

kalau rasa-rasa korang nak excel sheet tu tinggalkan email korang yer. nnt saya forwardkan…boleh le kome cuba-cuba di tengah boring kan…berfeeling2 gitu.

ambik nafas...

 

dah masuk 2 minggu bersengkang mata berkembang kempis hidung meyolder PWboard ni.. bukan satu dua point nak disolder. nak dekat 100 points tu. cer darab dengan 95 boards, mau tak juling bijik mata...pungkuq pun bole kematu wei..

hehehe tapi idak le sampai kena solder 95 boards tu, sib baik bos yg tak seberapa baik tu sub kan ajer 40 boards tu ke japang. Selamat haku...! mau muntah hijo klu nak kena settle semua tu.

hari ni kunun keluar dari rumah ada la niat nak pergi jumpa doktor minta cuti hehehe niat suci sungguh tp sebab memikirkan gaji belum keluar lagi bole la aku postpone je lagi 2 hari ,tak de maknanye nak bercuti tanpa sesen di poket. Tak proaktif namanya wakakaka..

Makanya, hari ni sendiri istihar hari berehat-rehat. Boleh plak cenggitu. suka-suki aku plak, mood nak buat keje serius hari ni belum mari lagi.click sana click sini, baca email fuh!

bz le tu kan...sangat..

gumbira betul hati aku dapat menatap blog2 diva terhormat sambil mata meliar tengok kiri dan kanan. takut terkantoi. dah lama dah tak buat aktiviti bebas ni.. kucin2 beso tengah bermeeting, tiba la masa untuk tikus2 berjimba-jimba yiehaaa!

tiba-tiba tersampuk plak ngan mode lomography... osem nyer gambar2 dr kamera lomo ni... dan mode berangan pun bermula.....

13 May, 2012

Nasi kerabu simple.

Jangan gigih scroll sampai ke bawah untuk resepinya kalau anda nak kan resepi yang menepati standard nasi kerabu pantai timur  hahahahaha… sebab menu makan malam ni  Nasi kerabu segera.Main masuk jer apa yang ada kat dapur.

 

20120513_174038

mesti korang rasa macam tak cukup bahankan.memang pun budu tak de, sambal cili tak de..ni nasi kerabu plain jane heehhehe.

Bahan-bahan Nasi.

  1. Bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
  2. halia
  3. daun pandan
  4. sedikit garam
  5. pewarna biru kalau tak ada bunga pukul sepuluh
  6. beras (saya guna beras basmati)

cara-caranya.

satukan semua bahan dan tanak. Kalau nak dapatkan nasi kerabu kaler biru dia lembut. titikkan pewarna biru tu dalam periuk kacau sampai beras sebati dengan kaler. Lepas tu buang air tadi dan masukkan air baru untuk menanak nasi. Sebenarnya terlebih titk pewarna tadi tengok air nasi dah biru macam nila baju pula. tu yang dapat ilham buang air tu masukkan air baru.warna dia memang cantik, biru yang lawa.

Bahan –bahan perap Ayam.

  1. Ayam yang siap dipotong dan dibersihkan
  2. kunyit
  3. garam
  4. serbuk kari
  5. ketumbar yang ditumbuk.
  6. serbuk cili (optional) kalau nak lebih pedas
  7. serai atau lengkuas yang diblender (klu ada)

cara-caranya: satukan semua bahan dan perap selama mana yang anda suka.

Bahan-bahan sayur: Aku cuma ada kobis dan daun silum jer. cincang2 halus je pastu gaul kedua-duanya.

sambal kelapa kosong yang digoreng garing dengan sedikit garam, gula,

tur jer bahan yang ada hehehe

selamat mencuba Smile

Ring Bag

Beli handle plastik jenis ring ni di DAISO. sepasang ring ni harga rm5. so far kat situ ada 2 color je dia jual Black n white. separuh bulat pun ada.

Aku saje-saje la jahit nak tengok senang ke susah masa nak masukkan ring dia. Serius aku rasa nak give up menjahit beg pakai ring ni. Jenuh nak pikir utk buat reverse bag guna ring. Dah tengah2 malam naik syeikh nak menjahit,pas tu otak jadi jem tak boleh nak fikir plak teknik-teknik menjahit. parah betui!!! Gigih jugaklah meneruskan perjuangan walaupun dua tiga kali juga dok jahit, tetas balik..apa lar..

 

20120513_180334

Sekarang ni tengah musim polkadots kan.. aku tibai je la kain ni.

Tips: masa nak jahit ring lebih senang klu guna tapak zip.

Tutorial bergambar tak sempat nak prepared kalau tutorial berlukis tu mungkin boleh kut. tapi next time le kepala dah pening ni sebab tak cukup tidur. gara-gara nak jahit beg ni.

Selamat hari guru 2012

Tahun lepas aku tak ingat nak suruh Che Mat preparedkan hadiah untuk cikgu dia masa di tadika.. Ntah sejak bila pun aku tak tau yang student dah jadi trend bagi hadiah sempena hari guru. Bagi aku memang tak kisah ler. tak la rasa membebankan sangat. Kalau yang dari keluarga tak berapa bernasib baik tu mau rasa kerdil je bila tengok kawan2 bagi hadiah pada cikgu sedangkan budak tu tak mampu nak bagi apa-apa.

Harap-harap cikgu tak melupakan dan tak membezakan antara pelajar yang beri atau tidak hadiah sempena hari guru 16 mei ni. Dan janganlah mengharapkan hadiah semata-mata yang penting tugas sebagai guru tidak dilupa. Kalau guru yang baik anak murid memang sentiasa ingat dan dengan ikhlas hati memberikan sesuatu yang bernilai kepada guru. dengan susah payahnye

Seingat aku dulu-dulu, aku memang tak pernah bagi hadiah pun pada cikgu.Maklumlah makan pun tak  seberapa inikan pulak nak beli-beli hadiah. Kedai yang jual barang serbaneka dan gift2 ni pulak jauh, kena pergi ke pekan koboi sungkai. tu kira dah jauh le bagi aku dlu. Naik bas mogah yang tak berapa semegah keadaannya. masuk felda pun boleh dikira berapa kali dalam sehari. Abis-abis pun naik prebet sapu jer la.

Tapi cikgu2 sekolah aku memang terbaik. cikgu zaman tu jenis yang mengajar betul2 punya yang memang nak tengok anak bangsa berjaya. Sampaikan Ada 2 , 3 guru  menetap terus kat felda kampung aku tak nak tukar sekolah. punya le depa tu syok duk situ hehehe.Harap2 cikgu zaman sekarang ni pun masih bersikap seperti cikgu2 zaman 80-an 90-an yang berperah keringat tanpa mengira wang ringgit tenaga dan masa untuk mendidik murid-muridnya.Hanya Allah S.W.T sahajalah yang dapat membalas jasa baik guru-guru semua.

Kali ni Che Mat awal-awal suruh belikan hadiah untuk cikgu. Aku tak tau la nak belikan apa. Tapi dia kata cikgu dah pesan kalau nak belikan hadiah beli barang yang boleh dipakai..wah!..wah! siap berpesan tu hahahaha.Aku dah tak nak fikir banyak-banyak karang boleh menaikkan darah tinggi aku. Aku terjah je ke DAISO tempat aku sefamili menghabiskan duit.

AKu sambar je la barang-barang kat bawah ni..kira bole dipakai jugakkan. Takkan nak beli seutas rantai emas pulak hehehe

 

20120512_164317

mug ni tengok cam comel jer..belasah jer la janji gift ..asal bole jer aku ni.

20120512_230028

Biasa la aku malas nak balut-balut hadiah,aku jahit jer beg jerut..mug tu aku balut dulu dengan bubble plastic wrap.

20120512_231349

Che Mat minta prepared 3 bungkus jer.. semua cikgu perempuan je dalam list dia ekekekek…

Bukit Belacan

Pertama kali aku sampai ke Bukit Belacan. Ni budak2 ofis group aku le plan nak bako-bako ayam kat sungai. Sampai je kat sana,Hari mendung semacam je. Elok landing je barang2 bawah bangsal terus hujan tapi bako-membako  ayam tetap diteruskan. hehehe dah alang-alang sampai kena sempurnakan plan ye tak.

Air sungai jangan kata ler keruh macam the tarik hahahha..Agak deras jugak dalam sejam gitu hujan pun reda. Dapat la budak2 dua orang main2 air basahkan badan jugak. Che Nah memang pantang nampak air. Laju jer dia mencelop kaki ke sungai tu. Buat-buat terduduk la. Akal dia tu nak mandi.

Sempat jugak la budak berdua ni dapat kawan baru Nama Muhammad Ali berketurunan Iran. Siap join main baling-baling selipar dekat sungai dengan Che Mat dan Pak Encik. Katanye bersekolah kat International school kat wangsa Maju. Mak Pak dia tak mandi tu yang laju jer menempal kat kitaorang hehehe.

Dalam pukul tiga semua berangkat balik.. Hari masih lagi mendung.Sesiapa yang nak datang bukit belacan tu, klu dr ampang point jalan straight jer sampai la nampak signboard ke bukit belacan. senang sangat. Tapi jalan nak ke bukit belacan tu teruk sikit la tak maintain. Ada sesetengah tandas tak ada air. kalau nak mandi memang susah. Rasanya aku bagi 2.5 bintang jer la kat tempat rekreasi ni. Lagi best kut Ulu Yam ngan sungai gabai ape ke nama yang dekat gombak tu…

 

20120506_154549

masing-masing dok asyik tengok beruk menghalang jalan....macam tak pernah tengok jer..hahahha

20120506_154601

batch yang ntah keberapa dalam ofis aku. Kira batch ni yang paling banyak bumi. Ni pun dah resigned 2, 3 orang. tinggal berapa kerat je kat opis tu. sikit lagi pupus la kut.

Che Nah Meow..meow…

Che Nah ni memang suka kucing. Kalau dapat peluk kucing mau mati tercekik kucing tu. Tahap geram dia sampai kucing pun takut nak dekat hahahaha…

Dia ni kalau sorang2 dia tu ada je la kerja dia. Rajin berimaginasi, ntah apa-apa je la berangannya..

20120406_201613

tengah nak bagi baby makan kononnya. Pektis le yer Che Nah nanti ada baby baru boleh le diharap ni heheheh. Jadi Kak Ngah Smile

 

20120406_201648

 

20120406_201540

masa ni dia perasan gambar dia kena kandid tu yang terjelir ke malu-maluan tu…

simple apron

Che Mat request nak satu baju kotor untuk kelas melukis. Nak lapik baju katanya nanti baju sekolah kotor pulak kan. Gigih la aku nak menjahitkan apron untuk dia. Mcm biasa la dia kata tak berapa cantik sangat. Amboii komen tak hengat ko yea. Tapi at last dia guna jugak bawa ke sekolah.

20120414_164538

mula-mula tu ingat nak try buat yang macam  che Nah pakai tu. Beli dari cosway. tapi rasa mcm susah beno la pulak. dah le tengah malas dan mood nak cepat siap buat je la apron dapur jer untuk Che Mat.

20120414_164340

skill Che Nah mewarna ngalahkan abangnye. siap gigit berus tur hahahaha.

20120414_164613

ni kalau kat rumah tak de kerja lain melukis mewarna jer kerja dia. Che Nah jangan cakaplah tak cukup kertas lukisan dinding rumah pun dia mural kan… ni kalau orang datang rumah aku mau mata asyik tengok ke dinding je le.

tutorial tak ada prepared sebab ni apron basic sesangat. Kalau search kat pakcik gugel tentu ada banyak yang dah publish.

03 May, 2012

Mencari Al-Quran

ALhamdulilah Che Mat dah habis membaca Iqra. Hari ni dia dah mula baca Al-Quran dah. Tapi aku tak sempat nak pergi membeli Al-Quran untuk dia semalam. So, tadi bergegas jugak la aku ngan Pak enchik pergi PKNS cari kitab untuk dia.

Tapi lupa pulak nak tanya ustazah nak beli Al-Quran yang macam mana. Last-last ambik AL-Quran yang siap dengan tajwidnya sekali dan coloring pada huruf2 tajwid. Harga untuk 1 unit yang ada tajwid sekali ni RM80 tak tau la aku kalau kedai lain boleh bagi harga yang lagi murah. Aku dah kesuntukan masa pergi satu kedai jer la tak kuasa nak pusing-pusing  turun naik mencari kedai buku malam-malam ni.. Kalau Al-Quran yang biasa tu harganya sangat la murah RM13 jer.

Korang rasa Al-quran yang bertajwid berharga RM80 tu murah ke mahal? Ada tak rasa korang nak tawar menawar harga ketika membeli Al-Quran?

Aku memang dah agak dah harga dia dlm lingkungan RM100, makanya tak la aku nak terperanjat ke apa. Lagi pun itu kan Al-Quran kitab bagi kita kan. Takkan nak berkira waktu beli pulak.Tapi aku keep wondering jugak ada ke orang beli Al-Quran minta tawar harga ekk…!

Korang dah beli AL-quran untuk diri sendiri? Harap-harap aku dapat le khatam lebih dari satu kali dalam setahun. InsyaALLAH.

20120502_225603

 

20120502_225631

wedding nite!

Pergi kenduri kahwin ni memang ler syok dapat berjumpa kaum kerabat sambil makan-makan kan. Weekend lepas ahad malam isnin. Famili Pak enchik & aku pergi makan kenduri kat Pusat Maritim Putrajaya. Rasanya tetamu dalam 300 orang jer kut. Pengantin pulak siap naik bot untuk ke hall majlis resepsi diarong kat pusat maritim tu.

Ramai jugak le pakcik-makcik belah Pak enchik yang datang. Majlis macam ni memaksa untuk aku and famili pakai ikut dress code. Karang kalau pakai sembarang jer mau di cop nya macam makcik-makcik kononnya dari PPRT,FELDA ler kan. Asal apa saje benda-benda yang tak elok semua nak kaitkan dengan 2 tempat ni. Apasal low class sangat ke orang-orang yang duduk di FELDA, PPRT ni.Apa ingat orang yang duduk di bandar ni high class sangat dah kut, konon urban tahap dewa la tu… tak paham aku fikiran orang yang kononnya bandar sangat ni.

Aku bukan berasal dari FELDA tapi membesar tu memang di FELDA. Tak ada masalah pun dengan kehidupan kitaorang, lagi bijak pandai ada la. Berapa ramai yang memenuhkan sekolah berasrama penuh, sekolah sains atau uni. Yang berdengki tu apa pasal ntah. emo plak aku..

Balik ke tujuan asal post..

Memang Nampak Grand la buat majlis kat sini. Makan pun sedap dekorasi pun ok, dengan parking space yang banyak. sesuai la pada yang ingin buat majlis yang simple jer. Pengantin pun nampak cantik & comel jer.Terima kasih pada pengantin yang sudi menjemput moga dipanjangkan jodoh hingga ke syurga.

Cuma satu jer yang agak canggung bagi aku.Masa ketibaan pengantin ke Wedding hall tu diiringi oleh salawat ke atas nabi tetapi pengantinnya tidak menutup aurat. ermmmm…pada yang tak kisah tu orang akan kata ok jer.

 

New folder1

02 May, 2012

come and go..

Setiap bulan ada saja yang muka baru dalam department aku ni. Ni antara engineer yang ala-ala berhenti beramai-ramai pada bulan lepas. Sorang dari group aku yang lagi dua tu dari group software.

Kekadang penat jugak aku ni, setiap bulan nak kena berkenalan, kenal peel sorang-sorang bila nak deal dengan diaorang ni. Bila dah elok-elok kenal borak-borak gitu yang kononnya ada le sikit kimia antara aku dan mereka. Dah berhenti la pulak. Nasib aku la kan siapa suruh nak jadi pekerja yang setia kerja sampai pencen di kompeni ni.

Aku pun dah tak ingat dah berapa ramai engineer yang keluar masuk department aku ni. Yang ada sekarang pun aku tak kenal nama dah. Mana taknya engineer yang baru masuk ni menyombong, tegur jangan le harap apatah lagi nak senyum-senyum gitu. Apa la yang ada dalam mulut diaorang tu emas berkati-kati kut.

Yang syoknya bila nak minta tolong pandai plak bermanis muka, seolah-olah dia kenal aku dah bertahun la pulak kan. Nare-nare shi la konon….ermmm! layannnn… 000

New folder

yang best si kecik Nadia ni kembar tiga. Suka dengar dia cerita kisah dia ngan kembar-kembarnya. Lepas ni dah tak dapat dah nak dengar kisah dia. sedey!