04 January, 2013

Family gathering

Weekend lepas masa berkumpul untuk Family Haji Ahmad. Yakni family mak mertua aku. Ada majlis bertunang anak sedara MIL memerangkap sepupu Pak Enchik.  First time jugak le aku menjejakkan kaki ke rumah Mak cik Matun adik kepada MIL aku ni. Sungguh la Pak Enchik ni memang tak pandai nak ingat jalan nak ke rumah mak sedara sendiri hehehe. Nasib baik aku pernah sampai dulu masa bertunang sepupu dia yang belah FIL. Area situ jugak. Sangat senang kalau ikut NKVE terus ke UIA. Dari UIA pergi ke batu 12 1/2.

Majlis bertunang Sepupu Pak Enchik dibuat kat PULAPOL KL. Selalu kalau majlis bertunang ni tak le ramai sangat yang menghantar. Tapi sebab Family Haji Ahmad ni ada 14 orang adik beradik. Pulak tu jenis keluarga yang memang suka memeriahkan majlis2 sebegini maka berderet le kereta masuk ke dalam PULAPOl hehehhee. Meriah kome dah macam satu batalion dah. Ni sebahagian kecil jer ahlinya. kalau betul-betul satu big family Haji Ahmad datang mau terkejut tuan rumah hahahaha

IMG-20130104-WA0015

IMG-20130104-WA0016

IMG-20130104-WA0032

memasing sihat-sihat badan termasuk aku hehehe

Tapi bukan pasal majlis bertunang ni jer yang aku nak story.

Korang pernah dengar MIMALAND.

haa…. ni yang aku nak story ni. Aku pun tak pernah dengar sehinggalah aku berkahwin dengan Pak Enchik. Rupa-rupanya MIMALAND ni sangat ler gojes tempatnya dulu. Cer korang tengok kat link ni. Mesti korang terpegun jap. Banyak dah blogger2 citer pasal tempat ni. Sebab mak sedara pak enchik duduk kat situ dan berkait le jugak dengan aku. Aku pun teringin nak story jugak hehehe

Quite famous jugak water park ni. Kira  yang pertama kat Malaysia sebelum ada SUNWAY LAGOON. Rumah mak sedara Pak Enchik tu memang bersebelahan je dengan water park tu. Siap pengunjung MIMALAND tu tumpang tandas rumah mak sedara Pak Enchik lagi. Sebab Tandas kat MIMALANG tu penuh orang. Sekarang ni tempat tu memang dah jadi hutan belantara macam gambar dalam blog oh!tidak tu.

Aku sendiri pun siap berbisik dengan Pak Enchik kenapa jalan masuk rumah mak sedara dia ni macam masuk hutan. Kampung aku pun tak le seteruk ini aku kata hehehehe. Sabo je la yer Bang.

imagesCAOPEJ5D

Ini ler pintu masuk ke rumah mak sedara Pak Enchik dan juga jalan nak masuk ke MIMALAND. katanya dulu siap ada dua lane.

Sekarang dah jadi terbiar macam dalam gambar ni. Tapi hari tu pergi macam lagi worse keadaan jalan dia dari dalam gambar ni.

imagesCAJBYFVN

antara gambar dalam internet yang aku ceduk.

35511089329364233893

imagesCA9PTAJV

imagesCAAV9E45

korang gugel le gambar-gambar MIMALAND ni. Sure korang akan impress dengan sejarahnya. Siap ada pulak novel kisah MIMALAND ni. Dengar citer tutup sebab ada pengunjung singapore meninggal dan ada yang nampak patung haiwan bergerak sendiri la. Siap filem gila-gila remaja yang femes lakonan faizal hussien dulu shoot kat sini ler.

korban-tasik-mima-jalil-rahman-1986-amazone-bks-store-0511-16-khwateoh@19

Teringin nak baca novel ni. Ada ke lagi dijual kat kedai buku ekk.

No comments: