07 January, 2013

D.I.Y and recycle diary.

Tahun 2013 ni dah tak dapat dah dairy free yang berkenan di hati. lagi pun masa lucky draw end year 2012 aku tak datang ofis. So, tak tahu la dairy yang macam mana group aku dapat.

Memandangkan aku tengah jobless diawal-awal tahun ni. Saja je lah aku membizikan diri buat DIY dairy guna dairy terpakai tahun-tahun lepas.

Jenuh jugaklah aku buat custom margin untuk fit printer kat ofis ni guna excel. hahaha selamba jer guna kemudahan ofis ni. Bukan apa aku buat organizer atau dairy ni pun untuk bawa masuk meeting dan catit kerja-kerja ofis. Kira jimat jugak ler sebab aku print both side.

Untuk korang diluar sana tu. kalau printer, A4 paper belambak kat rumah tu baik ler korang recycle je buat organizer sendiri. Tentu lagi kebaboomm!.wakakaka

Bukannya susah nak buat benda ni kalau dah minat yer dak itu pun kalau korang terlebih gile le macam aku ni hahahaha.

Untuk kulit Dairy/organizer, aku recycle kulit dairy tahun 2010. Dairy ni aku dapat free dari Cik Fid. Tengok tu kalau perasan ada logo SHELL di bawah tu.

20130105_173852

Memandangkan aku ni jenis yang suka add page dairy bila-bila perlu, aku guna file yang ada ring mcm kat bawah ni. aku potong supaya masuk elok2 dalam cover dia.

image

Lepastu print banyak-banyak daily sheet. Daily sheet tu tak letak fix date sebab senang nak arrange page. first time buat fix date, bila print ok tapi bila sampai proses memotong dah bercampur2 tarikh tu tak tersusun.

Malas nak pening2 kisah pasal tarikh tu aku pun buat common sheet jer.Di sebabkan ring file tu besar maka cover dairy tu tak boleh nak tutup. So aku pun potong lubang untuk jadikan cover tu boleh dilipat dengan sempurna.

20130105_173826

Yang best kalau kita buat custom sheet ni, boleh letak macam-macam cute clipart kat setiap page yang kita nak. nak letak quote ker date untuk birthday ker macam-macamlah boleh letak di situ. Cute kan ada clipart hello kitty kat sheet aku tu . Letak hello kitty sebab Che Nah suka sangat ngan icon tu. so sambil kerja bole berfeling2 duduk ngan anak hahahha.

Aku suka ada dairy/organizer ni. Boleh jadi rujukan bila boss nak melahar kita kalau kata kita ni tak buat kerja or kalau dia tiba-tiba tukar statement dia. so, boleh le kita recall decision dia yang simply-simply bertukar tu hahhahaha.

No comments: