27 December, 2011

Candy….

Apahal pulak aku ni tiba-tiba jer letak krismas candy ni kan… Aku tak sambut hari natal yer. Cuma candy ni rakan muka email aku kat nihon yang bagi. candy dia memang sangat cute dan menarik untuk dijamah. TAPI, macam biasa la aku akan rujuk kat cik Fid dulu , tanya bahan2 terlarang yang ada dlm candy ni.

Penyudahnya! gula2 ni aku bagi kat Staff manager aku yg female. yang hat male tu  aku bagi tengok aje. kirim salam aku nak hulurkan kat dia. 

 

20111219_155823 

20111219_160333

 

20111219_160344

comelkan!…

Cozy pouch..for sPhone.

Buat cover untuk S-phone. Tau ke sPhone tu apa? hahahah! yo yo ooo je kan. Nak jugak letakkan nama ala-ala iPhone tu. Yer la nak membeli iPhone sungguh le saya tak mampu kan.. dapat sPhone pun jadilah. S tu tentu ramai yang boleh agak selain iPhone from apple, smart phone dari Samsung pun tak kurang competitives nyer kan.

20111215_082336 cover ni untuk aku nye samsung-wonder pet. Buat dari felt. suka sangat gambar robot tu..

20111215_082347

ni untuk my ofismate Adilah. Sebab dia ni alergik dengan pink kaler. so aku buatkan kaler biru. Dah lama dah offer kat dia nak buat pouch ni. Tp dia buat jual mahal jer. ada ker dia ingat aku nak buat pouch ropol2. huhuhu! tak le serajin itu pun. Label birdie tu pun agak cute.

20111215_082323

tadaaaaaaa! ada sesiapa nak order juge?

Omiyage!

Dapat omiyage ni dah lama dah..tapi biasalah kan..updated nye baru sekarang. Semua stock kat bawah dah abis dibedal dah pun. Kiriman dari Cik ZZ nun jauh di Shunan

Terima Kasih bebanyak bagi food ni kat kitaorang. Kalau rasa-rasa kaya lagi hantar le apa-apa yang patut utk kitaorang kat sini hahahahaha.

20111216_060713

gula-gula mintia tu huhuhu! memang power jugak ler dia punye berangin tu. Sampai aku tersedak-sedak menghisap gula2 ni.

Kopi starbuck tu jer yang belum kitaorang rasmi lagi. sebab kononnya nak buat 1 jug kongsi ramai2. Sampai Cik Fid mimpi2 aku bancuh kopi ni hidang kat diaorang. Hahahahaha! bila ntah nak bawa jug nye.

07 December, 2011

Burung Marah

ANGRY BIRD!

kalau direct translation ke BM burung marah la kan..

ke,

Burung Pemarah?

Sejak angry bird game wujud dlm I-phone. Game burung ni dah jadi feveret seantero dunia kut. Termasuklah me and family. kalau tablet kita tu Che Nah ngan Che Mat tak de keje lain le mesti nak main game ni. Tapi mula2 dia tak sebut game 'ANGRY BIRD' Che Mat Sebut game 'VAVI'. Aduiiyaii!

dari game sampai la melarat ke soft toy. pantang nampak angry bird mesti masing2 riuh rendah.

 

PC050424

Ni masa tengah berangan dengan angry bird

 

PC050426

buat aksi otromen cosmos! fireeeee!! zassssssss

 

PC050430

Che Nah kata yang angry bird hitam tu ayah dia, Yang angry bird tu mak dia. Yang hat kecik tu anak dia. Tapi ada plak chobbit terselit kat tengah tu hahaha mana datang nyer..

Malam semalam gigih bawa pa&ma angry bird dia ni pergi melawat Akif  hehehehe

PC060435

Daging Masak Hitam segera.

Perencah masak hitam ni dah lama dapat daripada gundu Intan, masa gathering bulan sebelas itu ari. Sebab jarang membeli daging,tu yang tertunda nak guna perencah ni. Sebenarnya boleh je guna ayam atau ikan. Tapi saja menggatal nak jugak masak guna daging lembu.

Senang je masak pakai perencah ni. Rasa dia pun sedap. Sesiapa berminat nak cuba bolehlah contact no hp kat label perencah kat bawah ni. Harga tak tau pulak sepeket berapa sebab itu ari Dak Intan bagi free je kat kita hhehehehe

kalau sekitar lembah klang ni boleh col Mizuana (intan) 013-3949305

PC030410

 

PC030423

nak jugak menayang hasil masak-masak. walaupun seni menghias makanan out!

Tapi daging ni kita perap dulu lepas gaul dengan perencah masak hitam sebelum masak.

Puding Roti jagung.

Sejak makan puding roti mak mertua kita buat masa hari raya haji itu hari. Hari-hari kut pasang niat nak buat puding roti hahahaha. Tapi tak sempat nak minta resepi dari dia. main ingat-ingat gitu jer.

So, apa lagi cam biasa guna pakcik gugel menerawang blog2 kaki masak. Sekali mata terpaku kat rumah kak Azita. Gambar masakan dia mabeles macam dalam majalah gitu. itu pun tau lepas singgah di rumah cik Mat gebu.

Tak tunggu lama la terus cari resepi puding roti  kak Azita. tengok gambar pun dah terliur kan. Tapi memang best belog kak Azita ni.

huhuhu tapi kita telah menderhaka dengan resepi puding roti dia..biasa la bahan2 tak cukup kat dapur rumah kita. Orang rajin sangat-sangat ke dapur macam tu ler Bila dah naik syeikh nak masak tu memang tak dpt le nak menolongnye. Guna je bahan-bahan terjun yang ada.

kalau nak resepi mabeles mcm kak Azita buat pergi le melawat kat sini. Tapi kalau nak cuba resepi derhaka aku.. sila tengok di bawah hahaha.. Winking smile

PC060431

BAHAN-BAHAN

satu buku roti gardenia yang bungkusan pendek.

5-6 sudu besar gula pasir ( ikut suka si tukang masak tambah ikut suka hati)

2 sudu besar butter.

2 sudu kecil esen vanila

1 tin jagung manis

1 kotak kecik santan ( guna santan kotak jenama kara je)

sedikit garam.


cara-cara

roti di carik2 dan masukkan satu persatu bahan2 di atas dan gaul sebati semuanya.

senangkan...

lepas tu griskan loyang dan bakar.

Kita guna jagung dalam tin sebab tak suka makan buah kismis dan kita pun tak masukkan telur. sebab tak suka.

tapi rasa tetap mabeles.

disebabkan terlalu rajin sos kastard kita tak buat. memandangkan mata dah nak layu. Teringin nak masak-masak bila dah pukul 9 malam. nak tunggu siap bakar  lagi kan.. memang tertido-tido la.

Buat dak Zizie yang berada di perantauan tu sila la cuba ni untuk party makan-makan kamu hehehehe. eh! hostel kat nihon tu ada oven ke?