25 September, 2010

weekend craft..

2 bulan kebelakangan ni hujung minggu disibukkan dengan menghasilkan benda2 keras tangan di bawah

 

P9241071 

yellow chick – masih available lagi !!!hehehe.looking for tuan tanah baru..

 

P9241069

ni tak tau nak nama kan apa ntah…ala2 watak kartun hello kitty ‘ My melody” macam  dalam gambar kat bawah ni. tapi tak berapa menjadi je kali ni hahaha.. buat keje tergesa2 cam tu ler..

 

images

sardin gulung cheese

pagi ni sarapan buat yang simple-simple je. Roti gulung sardin dengan cheese. Roti putih di potong kulit tepi nya dan gelek bg leper. Tarukkan sardin yang telah dilenyek2 bersama cheese. Tak kisah le cheese apa2 pun kan. kemudian celup dengan telur dan goreng dengan minyak yg sedikit mengguna kan frying pan… tadaaa!!!

 

P9241063

Another version..

Yang ni versi ada misai dan ekor. kira dihasilkan serba lengkap zahiriah nya…

PIC_0329

Yang ni request dari salah seorang ofismate.

Tat kurma

Syawal dah nak masuk hari ke –15 aku baru nak tayang biskut raya apa kes.. satu jenis lak tu buatnye. orang lain dah tinggal serdak jer gamaknya.Walau apa pun penantian Pak encik selama enam tahun nak makan tart buatan tangan binik dia tercapai jugak akhirnya. apa punye mak encik le kan…

 

PIC_0314

Resepi ni salin bulat2 kat sini . kat mana lagi klu tak kat Myresipi.com

Bahan-bahan ( 1 balang kecik )
  • 200gm tepung gandum
  • 1 biji kuning telur
  • 150gm butter
  • 20gm tepung kastad
  • jem nenas secukupnya

Cara-cara

  1. masuk semua bahan kecuali jem kedalam mangkuk n gaul hingga jadi doh.
  2. buat bentuk disukai, isi jem n bakar 30min.

*** Disebabkan rajin sangat nak buat jem nenas tu..maka aku gantikan dengan kurma yusuf taiyob.. potong 4 isi kurma gulung je dengan doh tat abih cerita. Sedap tur siap buat 2 adunan kahkahkah… naik lif tekan sendiri la omak eh!!

neko

Dah tak de keje lain dah ke aku ni.. asyik le dok buat menatang ni kan.. Al-kisahnya dah yang ni je yang termampu diternak buat masa ni.. Yang lain-lain haiwan perliharaan tengah dalam proses pemotongan ..

PIC_2949versi awal-awal spesis tak de misai..

Ugly plushie

Pattern plushie ni tak ingat dr web mana ntah.. rasa2 mcm kat perancis kot lawatan sambil belajar la konon …hahahahah bila check kat history dah tak jumpa dah laman sesawang tu cadang nak letak link… apa2 pun pak-pak omputih jgn le saman aku. Aku buat ni hanya suka2 je klu jual pun tak le sampai bole buat schedule untuk mass production…

P9221061

ada yang berani nak beli? hhehehhehehe

kucing lagi…

lagi version kucing@yayan house…

PIC_2968

kesian kat kucing ni hilang misai… tak bole le kategori kan kucing jantan or betina..

21 September, 2010

kucing dan aku

Aku dengan kucing ni memang pertalian yg macam air pasang dalam.Sangat la berlawan sifat dengan pak encik.Pak encik lauk di pinggan pun bole disedekahkan pada kucing gelandangan klu mkn kat gerai.

pernah pak encik request nak bela kucing kat rumah. huh! tak de makna nye rumah 8 tingkat aku ni nak bela kucing. tak sesuwei!!! lain le klu berumahkan laman nan sekangkang 2 kangkang kera. anytime bang oii!. masa baru2 kawin, pernah le aku menyewa kat rumah teres. Asal ada makanan lebih je, mesti dipanggilnye kucing2 belakang rumah jiran buat open house. sampai ada 2 ekor kucing yg tetiba je dah menetap kat tepi rumah aku. Mmg cantik bulu dia manja plak tu.Disebabkan time tu aku tgh peknan tak berani le aku nak bermanja2 ngan kucing ni.

Masa peknan sulong tu aku cukup suka mkn udang goreng kunyit. tp tang kepala ,kulit, ekor tu aku kopek dan tumbuk lumat2 gaul dengan nasi bagi kucing2 unofficial pak encik ni mkn. Pak encik yg request sebenarnye. sebab belum ada anak lg kan aku layan je la bg mkn kat kucing2 tu.sekor dr kucing tu tgh bunting masa lepak2 kat rumah aku. Tau2 je kucing ni plak beranak dlu dr aku. Dapat la 2, 3 ekor anak angkat plak. tp disebabkan kucing ni kategori ibu muda tak pandai nak jg anak abis sekor mati dan selebihnya aku tak tau sapa dah rembat. tau2 je dah hilang.ke mati jugak!aku tak tau apa nasib 2 ekor kucing ni lps aku pindah.


Dok kerana rajin melayan kucing2 ni sampai mcm2 binatang pun nak dtg rumah aku. duduk koner lot kat tepi semak belantara stended le kan. kalu waktu mlm mcm2 bunyi aku dengar.Sampai satu mlm tu nak buka pintu pagar subhanallah anak anjing pulak duduk landing elok kat depan pintu rumah. Hah! ko gamat taman tu tgh2 mlm jiran2 duk tolong aku alihkan anak anjing tu. Pak encik plak tak de keje shift mlm.Jenuh pg tu pak encik samak segala lantai pintu rumah adanye.  

sejarah kucing dengan aku dah lama terpadam.. sejak aku berumur 10tahun. itu la last bela kucing. Menangis bagai nak rak kena paksa pegang kucing atas motor sebab abah nak buang kat pinggir ladang kelapa sawit. Sudahnya sampai sekarang aku tak ada rasa mcm nak bela kucing. 

walaupun aku tak berapa suka kucing. Tapi aku suka sangat buat kucing2 mcm kat bawah ni...dah berekor-ekor dah aku buat ada yg dijual dan ada yg dihadiahkan kat kengkawan..

 

PIC_0297

 

yang terbaru black cat versi ni ada ekor la pulak.. untuk Si Akif yg sambut besday sama tarikh sama tahun dengan Che Mat cuma lain bulan jer..

20 September, 2010

Reunion batat

Dah macam kek batat plak bunyinye. Kek batat masih bole le di ngap walaupun tak naik gebu. klu dah reunion yg batat memang dah tentu2 le tak de makan2.Raya ketiga sungguh2 nak buat reunion ni ngan budak2 kampung. Al sudah nye hmmmm! nan hado jer lah.

Dah aku jangka dah reunion itu ari mmg tak ramai yg dpt join.psl masing2 blk kg mertua. yg adoo tu aje la kitaorg pegi ambush rumah cikgu Tazali n lepas tu gi makan kenduri kat rumah ajam. happening jugak le…kannn


kali ni byk muka2 member yg dah berkurun lama tak jupe dtg nak ber`union. kecewa jugak derang bila tau pagar dewan berkunci… nak buat mcm mana dah reunion ala2 melukut di tepi gantang. tu yg terjah rumah cikgu tu. sib baik cikgu Tazali ada kat rumah dpt jugak la tgk cikgu yg ala2 mirip macam chief penyamun si pendek dlm Ali baba bujang lapok tu. Assalamualaikum cikgu..kami datang nak beraya.. hehehehe Terkejut cikgu sekali bekas anak murid nya dtg beraya . Penuh jugak le ruang tamu rumah cikgu.. cikgu tetap maintain macam dlu2 cuma rambut je kaler baru ekekekeke…

06 September, 2010

cloth books

PIC_0257

 

Next projek dalam angan-angan ku. wakakaka!! tak agak2 tu.cadang nak try buat cloth books seumpama cam kat gambar ni. Sesuwei untuk ulat buku si Hannah yang rajin menelaah buku2 Che Mat.  Cloth pad ni kira tahan lasak le washable, nak gigit ke nak ganyang ker mmg ok. Cuma tak bole tahan conteng jer. Jgn dibuat kain pengelap susu dia sudah. Kang ada pulak tompok-tompok peta harta Qorun.

Banyak juga le buku cite Che Mat yang tinggal isi jer di kerjakan si Hannah.Jenuh aku kena soletep balik dari kulit ke kulit. Paling haru buku dinosour buku kesayangan Che Mat yang terabik 98 peratus adanye.Nak tak nak kena la satu buku habis bertampal-tampal. Tak sanggup telinga aku nak dengar Che Mat bertanya bila nak gam buku dia.Bila nak beli baru, Sapa buat koyak bla..bla..bla..bla.. tapi klu aku buat pun nnt cloth books ni tak gerenti dia tak sentuh buku Che Mat nye…

Iklan raya TV3 2010

Aku ni amat jarang nak membebel atau mengulas hal2 semasa dlm blog. selalu dok baca enrty2 kat dlm blog orang atau pun baca komen2 dalam forum. Tapi disebabkan Iklan raya bangang dari tibitige ni, dah buat aku MARAH dan ada le rasa macam nak bakar je sri pentas tu bole…

 

Kita tengok apa kata PM & TPM terdahulu mengenai kes binawee tu,

 

2010/09/04
PEKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati memuatkan sebarang artikel atau kenyataan sensitif dan menghina agama di laman web atau laman sosial.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata tidak ada pihak yang akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah menghina mana-mana agama yang diamalkan rakyat di negara ini.

 

Tindakan undang2 juga harus diambil ke atas tibitige tanpa pengecualian yg didapati bersalah tidak peka,menghina dan memuatkan Iklan raya yg jelas menyinggung sensitiviti umat islam.

Minta maaf tu memang le WAJIB kan, tapi hukuman tetap kena bagi jugak kat tibitige ni. Hukuman teladan namanye.

apa2 pun kita tengok berani tak MELODY nak reveal citer ni minggu depan.