28 March, 2012

obes nombor 1..

 

Malam tadi selepas merayau-rayau kejap kat seksyen 20. singgah la ke KPJ melawat Cik Fuza yang baru dapat baby boy Erfan. sedap nama tu. Nama-nama anak dia semua sedap-sedap. Tu pun siap col cik dulu tanya kut-kut  Fuza belum keluar hospital lagi.

Hannah nampak teruja lah dengan baby kecik. Cium berkali-kali. yang Si Che Mat pulak berkali-kali duk buat statement yang kepala baby ni kecik dari kepala Baby Qaseh. memang le nak oii!!! baby Erfan tu baru 1 hari usia dia. Yang baby Qaseh tu dah nak 7 bulan huhuhu.

Yang tak tahan tu Che Mat tanya masa nak balik rumah. Rumah baby kecik tu kat mana sebab dia nak datang tengok lagi wakakaka siap nak ajak gi hospital tengok baby. Adoii! budak-budak ni.

Memang baby ni sesiapa saja tengok akan jatuh kasih. Kekadang rasa macam tak faham dengan orang yang sanggup  buang anak bunuh anak yang baru lahir. Ye! kita tak tahu apa masalah dan emosi mereka watu tu. Tapi kemanalah kewarasan akal fikiran mereka waktu tu. Tak kasih kah mereka pada darah daging sendiri.

balik pada tajuk post.

sampai rumah dah pukul 9 lebih malam. Pak enchek belum makan lagi. Tanya dia nak makan malam ker sebab dah lewat. selalu dinner sebelum maghrib atau selepas maghrib. selalu tak lebih dari pukul 9mlm. Pak enchek kata siang td dia gi derma darah. Ada check berat. Dia kata berat badan dia dah obes 1. kengkawan yang lain overweight. huhuhu dia kata aku pun agak2nya kategori obes 1. Terus aku tak de mood nak makan.Tapi hidang jugak la sebab dah prepare food kan. Memasing makan sesenduk je hahahahaha.Insaf le sekejap tu. Tapi aku sure esok lusa tu mesti makan tak hengat. dah ratus kali kut kata malam ni LAST KITA MAKAN MALAM hahahahahaha...

20 March, 2012

lagu najib..

korang pernah dengar lagu najib tak?... tak pernah kan..

aku pun tak pernah.

najib mana..?

najib mana lagi najib pm kita tur lah.


jenuh aku pikir bila masa najib ada lagu nih.

lagu yang msna satu ekkk...

ni che mat yg tanya ni masa otw nak balik rumah.


aku pun ngan kompiden nyanyi le lagu 1 malaysia. dengan penuh semangat la konon.. tak .. aku tipu jer.


sekali dia kata salah!. .. bkn lagu tu yg dia nak.

abis tu aku kata lagu apa.. cer nyanyi...


lagu dia macam ni..

"sepohon kayu daunnye rimbun ...bla...bla...bla..."

emmmmooohhh! tu bukan lagu NAJIB nak oiii tu lagu NASYID..

adoiyaii...!!!

nak gelak kesian tp aku gelak jugak la... lawak tahap 1 la katakan..


Published with Blogger-droid v2.0.2

15 March, 2012

cabut gigi…

 

first time in my life huhuhu

gigi geraham aku ni memang dah bermasalah masa pregnant kan Che Nah.  Tapi sakitnya tak la seteruk malam tadi. selalu on off je kira bole la tahan lagi sakitnya. Tetiba malam tadi denyut dia alamak aii! sampai rasa nak tampar-tampar muka orang. Pe kejadah nya sampai nak tampar  muka orang plak kan.. Hanya orang yang sakit gigi je yang tau perasaan sebenar hehehe

So, since aku ni memang penakut nak jumpa doktor gigi. Boleh! hari ni aku berkira2 nak gi jumpa doktor ke tak.. sudahnya aku pergi kerja jugak. Sebelum tu sempat la lagi google info pasal sakit gigi.. senang zaman sekarang ni apa-apa je rujuk google. Sib baik banyaklah blogger yang sudi kongsi pengalaman cabut gigi diaorang. Tetiba rasa cam berani plak nak gi cabut gigi. sementelaah gigi aku ni berdenyut-denyut dengan ganasnye. Terus minta gate pass kuar ofis dgn hati yang ada takut-takut lagi. nak-nak bila baca pengalaman mamat sorang tu (tak jumpa plak blog dia yag kena dikerjakan sampai 3 doktor gara-gara nak cabut gigi dia.)

Sebab aku ni tak banyak duit. Aku pergi je lah klinik kerajaan. Ni pun siap google dulu. Takut jugak tu dgr cerita cabut gigi kat klinik kerajaan ni macam-macam hal. Tapi mana ada cabut gigi tak sakit kan. Aku pergi jer Poliklinik seksyen 7  S.alam. Pendaftaran bayar seringit. Tunggu agak lama jugak sebab banyak orang. Tapi agak kagum gak la aku kan. Aku cabut gigi rasa tak sampai kut 10minit. masuk je dia inject ubat bius. duduk sekejap tunggu sampai pipi ke gusi ke aku tak tau la dah kebas, Tak boleh nak rasa dah. Terus dia godek2 gigi aku dengan forsep dia. goyang2 dua tiga kali gitu terus doktor tu kata dah siap. la cam tu jer. Senang lah pulakkan. Sebelum keluar sempat lagi minta MC hahaha. apa lah aku ni. Pas tu bayar seringgit lagi utk cabut gigi tu. kos semua Rm2.oo.

Masa drive balik aku pegang pipi ,dagu, bibir masa sentuh tak rasa apa. Aku ter-imagine lebih keadaan muka aku macam stephen chow dlm citer kungfu hustle.  scene lepas mulut dia  gelebeh yang kena gigit snake tu huhuhu.

pastu lepas balik dari klinik, google pulak lagi cara-cara pengajaan gusi lepas cabut gigi tu. So kira bolehlah guna cara-cara azie atau sini , akakkopi mana-mana cara yang rasa bersesuaian dengan diri masing-masing.Ada lagi blog lain tapi content nya lebih kurang sama je.

OK so, Hari ni selamat dah gigi aku.. kira pengalaman pertama aku cabut gigi BUKAN SCARY…Alhamdulilah. 

Benci aku bila pak enchik kata lepas ni gigi aku dah ronggak.. siap la dia malam ni.

05 March, 2012

beg recycle IKEA vs beg baja

masa aku bergotong-royong menolong Che Nah ngan Che Mat mengemas mainan itu ari dengan guna beg recycle IKEA tu. Dah lama dah aku nak reveal kat blog sebenarnya. Dulu masa aku kat kampung gunung aku tu. masa kecik-kecik dalam darjah enam ke 13 tahun umur aku. Aku selalu tolong abah aku pergi membaja pokok kelapa sawit. Yer la siapa lg nak diharapkan dah le aku anak sulung. Pompuan ke lelaki ke tak terkecuali semua turun ke ladang.

Tau tak material beg recycle IKEA tu sama material dengan beg baja yang abah aku dapat dari felda tu.Aku tak tau la pulak material jenis apa  tapi memang sama. Serius cuma kaler dia putih dan tak le rupa macam yang ikea tu. Ada la aku berkata dalam hati hek eleh! beg guni baja ni yang IKEA guna aku masa kecik2 dlu siap sepak-sepak jer hahaha. tak pernah lak terpikir bole buat beg recycle kan. Tapi apa pulak nak direcyclekan beg guni baja tu tak safety. buat keracunan je nanti.

imagesCAN0GY8P

image hasil google.. memang mcm tu la keadaan dia dulu main campak-campak je kat ladang abah aku.

Selalu abah aku buang je guni2 baja tu tak pun simpan dua tiga helai buat lapik bahu untuk nak pikul buah kelapa sawit yang jatuh dalam gaung. Masa tu kalau tengok abah aku memikul buah kelapa sawit yang berduri tu dengan susah payah, menangis aku tengok.

kalau Pak enchik aku la yang spesis anak orang bandar ni buat keje-keje ladang, rasa mau dia pengsan seminggu tak bangun-bangun letih mengait kelapa sawit. mau berhenti keje ngan abah aku bg notis 24jam.

imagesCAGGB7VJ

20120223_211659

Bluberry Cheese tart TERBAIK!

20120227_124814

Ini lah rupanya Cheese tart yang aku rasa tart paling sedap di sekitar shah alam ni. Lupa dah apa nama kedai yang jual Cheese tart ni. Tapi kalau ada yang berkenan boleh la cari kat kompleks PKNS shah alam. kedai dia dekat tengah2 tepi tangga dan berdepan dengan butik Avon.

Serius bagi aku lar.. cheese tart dia memang sedap. pantang  dia letak jer tray kat kaunter lepas bakar berebut orang membeli. selalu kena tunggu dia bakar tart dlu sebelum nak beli. memang ramai yang suka tart kat situ. Bukan tu je muffin dia pun sedap terutama la bagi aku yang  perisa vanilla tu.Dah lama dah kut kedai ni beroperasi. start aku datang s.alam merantau sekitar tahun 2000. sekarang dah nak masuk 12 tahun dah kut... tak tau lah kalau kedai tu lebih tua daripada itu.

Ni kalau pergi beli tart ni tak de maknanya nak beli sorang satu. paling sikit beli sorang 3 ketui. ko! ambik pelahap cheese tart. yang best filling chese tart dia dibakar sekali lagi dengan base dia. So filling dia x lembik macam sesetengah cheese tart tu. mmg la kalau dia sejuk filling dia mcm mengecut gitu kan. tapi rasa dia memang mabeles. TERBAIK! ko.

Tak mahal pun harga Cheese Tart ni seketul RM3.20 muffin dia RM2.50 tapi biskut coklat chip dia aku tak pernah try lagi. tapi may be sedap kut. Cuma yang aku buat terasa macam tak teringin nak beli tu packaging dia kurang menarik. Bole gitu aku assume biskut dia tak sedap. Nanti-nantilah aku cuba cookies dia. ekekekek ni kalau tiap2 minggu layan cheese tart ni mau rabak purse mak.

Tak larat nak 5S dah…

 

Aktiviti hujung minggu yang tak abis-abis.
Kalau nak buat 5S mesti ada penambahan 6S semak dan sepah.

kali ni aku suruh Che Nah ngan Che Mat kemas segala-mala mainan diaorang dalam storage box kat bilik che mat.

Sekali kumpul mainan diaorang tu ada la dalam satu beg besar ikea tur. Terkezut mak. banyak betul mainan derang rupa-rupanya.
tur baru dua org anak kalau tambah sorang lagi berapa guni plak jadinya.

tapi kalau bab mengemas mainan ni Che Nah memang suka. suka membelek mainan-mainan lama yang Che mat punya dulu yang dia tak perasan kewujudannya. lepas tu mula la main je yang lebih dari asing2kan mainan yang elok dari yang rosak.

Kejap je aktiviti sebab masing2 leka main.Che nah tu lagi la haru lepas mainan dah separuh asing. Dia pulak masuk dalam beg plastik biru tu main dalam tu. mungkin dia pikir karang kalau keluarkan mainan tu kena marah ngan aku. sudahnya main le dia dlm tu. ni ada lagi separuh beg tu tak berkemas tersadai kat bilik Che Mat.

 

20120223_211659

Dalam shopping beg kaler kuning tu pun ada lagi huhuhu. kalau jual kat bai besi buruk ni berapa sen je ler yang dapat nye.

02 March, 2012

jambu jepun


kecoh pasal buah jambu jepun ni dlm grp whatapps member2 sekolah aku. masing2  mengugel nak tau nama sebenar buah kat gbr tu. ada yg kata buah jambu mawar la. apa tak nye member kawan yg bg gambar ni dok kat vietnam. mana dia tau nak translate ke bm hahaha. hAru betui.

masing2 dok ingat buah jambu jepun tu umeboshi la pulak. takat ni hanya blog kasya3351. blogspot.com je yg reveal pasal jambu jepun ni. Tak pulak dia bg tau farm nama apa yang dia pergi tu. teruja tengok buah jambu jepun ni. Comel2, sayang nak makan klu dapat hehehehe

dah tu gugel punye gugel terjumpa la buah jambu golok la pulak. klu kat kg aku panggil buah gajus. macam-macam hal. Lepas tu masing2 melalut plak ke buah-buah bentuk yg pelik. Dah tak de keje dah masing2 di petang jumaat. memang haru sungguh!

Published with Blogger-droid v2.0.2

01 March, 2012

my feveret magnet

Comel je magnet couple ni. Bukan aku yg punya asalnye. Tapi aku minta kat senior engineer yg dah resign wat kenangan. Selamba je minta hehe. Sayang sumer colleagues hat lama2 dah byk yg resign. Hanya aku masih setia di sini.


Published with Blogger-droid v2.0.2