Khidmat masyarakat.

Fuh! tak sangka yek..hot jugak cerita drama setia hujung nyawa ni. Tengah meletops katenyer kat TV3. Tiap-tiap petang isnin hingga khamis kut. Ntah aku pun tak tau. Dah lama tak join mengadap depan tv tengok Mdrama petang-petang sejak last drama Nora Elena. Sejak drama tu habis aku pun dah selalu bizi tiap-tiap petang hantar anak mengaji bagai.

Demam setia hujung nyawa ni dah mula menjangkit kat kawan-kawan aku ni. Gigih le derang suh aku terjah ke karangkraf beli novel tu. Udah abis stok katenyer di luar kawasan lembah klang ni. Akak kat krangkraf mall tu pun kata stok yang tinggal hanya kat situ jer. banyak kedai pun minta stok novel ni. harga novel ni tak mahal RM19.90 klau beli kat karangkraf mall dapat less 20%.

Sinopsis dia, malaslah nak copy paste kat sini. banyak dah blogger duk tempek. So far jalan cerite drama ni tak berubah dari jln cerita novel.
Comel jugak lar yek nellyda senrose apa ke nama pelakon heroin tu.

Inilah khidmat masyarakat aku semalam duk beli dan poskan pada member-member aku. Hari ni memasing la tu menelaah novel hahahaha.

20130109_142848

Comments

Popular Posts