07 November, 2010

kukis Almond choko cip

Buat kukis ni tak de kena mengena ngan raya deepavali, kalau buat sempena cuti raya deepavali tu yer. dah cuti kompeni bagi 4 hari kan. dari dok melahu je buat le baking2 sikit. nak cuti-cuti malaysia, pak encik pulak keje. Dok rumah je ler nak kuar ngan anak2 kete plak anto workshop.

 

PB040240

Ni kalau mak mentua tengok kukis aku ni, mau kena komplen tak lawa katanye. Tak kisah le janji sedap!! hehehe sedap ker? sedap ke tak sedap meh le nengok kan resepi nye.

kukis almond choko cip.

bahan-bahan

250g butter

200g icing sugar

50g tepung susu

200g tepung gandum/sebaguna

50g tepung jagung

2 tbsp serbuk koko

1 telur

2 tsp esen vanilla

*** yang ni ikut suka tuan/puan. kot kat dapur ada macam2 bahan lagi taruk je lar.Bahan yang aku tambah kat kukis ni .

- serbuk kacang hazel

- coklat cip

- badam cincang

nak clear kan stock baking di aidilfitri lepas al-kekdah nye. Sampai membawa ke aidiladha le pulak yer. sib baik due date bahan2  tu jan 2011 klu idak mau drag ke raya tahun depan le kot.

Cara-cara

creamkan butter & icing sugar, masukkan telur esen vanila kacau lagi.

tepung gandum, tepung jagung,serbuk koko,tepung susu , serbuk kacang hazel kacau rata dulu baru masukkan dalam adunan butter tadi.

kacau lagi sampai sebati. last sekali masukkan coklat chip  dan almond cincang.

bakar 180 celcius selama 35 min.

memang harum bau kukis  yang di bakar. kompom satu blok terhidu2, tertanya-tanya dapur siapa le tur.

Matryoshka key case

 

Sebenarnya dah lama teringin nak tukar key case yang baru. Key case yang uzur kat bawah ni pun bukan beli pun free jer sebenornye. Dah sampai tahap proses pengelupasan dah. Buruk beno le pulak aku tengok. Nak beli yang baru rasa macam tak patut. saki baki kain felt tu macam ada lagi. Patut-patut kan le jahit yang mana patut kan. So, hari ni penggunaan perkataan PATUT le pulak..

 

Sebelum

Ni namanya alah menerima menang memakai. Pakai sampai lunyai.

PB040241

 

Selepas.

Matryoshka pattern mmg come2 kalu di gugel. terpulang le pada kreativiti dan stok kain yang ada untuk membuatnya. Sebab kali ni sangat kemalasan nye. aku jahit zig zag je keliling key case ni. kira hasil kerja tanan sampingan tatkala membakar kukis almond choco chip.

 

PB040244

05 November, 2010

sling bag

Lawa jugak tipuware bekas air yang Che mat dapat menang masa sukan itu ari. Tetiba aku pulak yang terover makeover bekas air dia.

PB030210 pasei aku dah terover. aku jahitkan sling bag kat bawah ni untuk isi bekas air Che mat. Ada seminggu lagi nak sekolah sebelum cuti panjang. bole le dia guna sling bag tu nanti. Penat2 aku jahit bole pulak dia tak nak.  Dia kata sling bag yang aku buat ni beg untuk orang pompuan.  ada ker patut! aku kata kaler biru tu sesuwei le untuk lelaki. Dia tetap tak mo jugak.

 

PB030222 sikit punyer lawa tur bunga-bunga lagi ! siap aku letak adjustable di situ. tak de di heran kan nyer. Hannah yang sibuk2 nak mengayakan nyer. memang budak pompuan suka benda2 gini je kot. Patut le che mat tak nak. Aku buat ler satu lagi versi yang ala-ala sling macam tupperware.

 

PB030217 yang ni baru le dia nak.banyak cengkadak jugak che mat ni.

 

PB030225

kalau dia tak nak, tak pe bior  mak dia je yang guna. tak de kisah nyer!

Sport Day Che Mat

Khamis lepas Sport day kat sekolah pra JAIS shah alam.

Malam sebelum sukan tur, ada le aku tanya dia acara apa yang dia masuk. Acara lari2 katanye.. dapat no lapan. aii!! aku kata sikit punye laju lari kalau aku kejor dia no lapan je yang dia dapat. Aku pun saja le bagi ayat semangat konon2 nye. lari le laju2  kalau menang nanti bole le dapat hadiah. Yer ke mama lari laju2 dapat nombor empat ye mama?  aii!! no empat je yang ko taget yer nombor satu ke mana?

Sekali aku pegi sport day tu ada tiga rumah je yang lawan. nombor satu ke, nombor 2 ke hatta kalah dapat no last pun dapat hadiah gak. mati-mati aku ingat ada lapan orang sekali lari hehehe apa-apa aje lah aku ni.

 

PB010043 Che mat di barisan rumah hijau.

 

PB010069 huh! sempat beronggeng depan speaker pulak dia nyer.

 

PB010080acara pertama bawa bola dalam kon. kecoh! ahli pasukan che mat sorang dah hilang.  Sekali cikgu announce acara kena tangguh kejap sebab peserta tengah sakit perut dalam toilet.Jenuh le cikgu menunggu di luar pintu.

 

PB010089berlari ke garisan penamat,  menjerit cikgu dia kata jangan pegang bola pegang kon saja. Patut le laju je che mat lari… hehehehe

 

PB010111

acara campuran 5 tahun dan 6 tahun lari pas baton. Cikgu pun ikut excited tengok anak murid berlari. 

 

PB020160

penyampaian hadiah

 

PB020185

hip hip Hoooorayy!!

 

PB020202

muka penat. Dapat 2 balang air menang acara bawa bola dalam kon dan lari kepit bola hehehe.

Beg jerut

                   Al-kisahnya nak pergi melawat Angah yg baru lepas bersalin, Tapi ntah macam mane lupa pulak nak beli kertas pembalut. keluar masuk keluar masuk bilik  Hannah yang dah macam store tu, cari paper bag yang come2 kut-kut ada yang bole di recycle kan. bole le letak hadiah kat dalam tu. ke hulu ke hilior tak jupe2 jugak. Terpaksa le aku kerobek storage box cari kain2 yang bole di buat beg untuk taruk hadiah yang tak seberapa dia bawah ni..Jam dah pukul sebelas malam dah aduh !!! pukul berapa le nak bole tidonye!!

 

PA280032

selimut dari kain fleece .

Hadiah mainan untuk baby pun aku guna kertas minyak jer .

Cantik gak bila dah taruk riben dan gift tag. kreatif le tu konon kan.

sebab nak cepat tido. Jahit je ler beg jerut ni.

Harap2 beg ni berguna di kemudian hari buat Angah.

 

PA280029

nasib baik sempat siap sebelum detik 12 tengah malam. Jahit dengan kelajuan maksima eceh!

 

PA280036 

Senang jer kan, tak de kertas pembalut jahit je le beg buat penganti. Abih!! citer.