27 May, 2011

that`s all..

Aku selalu lost. Tumpuan selalu tak bertahan lama setiap pagi hari ketika ber`morning meeting.. Jauh fikiran aku melayang-layang ke Australia,Japan sempat jugak singgah di Tasek Kelana Jaya. Bihun sup dan char kuew tiow kat situ sedap la pulak!

Aku tenggelam dalam perkataan basically,actually yang entah berapa puluh kali berulang.
Aku agak tersedar bila bos aku buat lawak tapi dia sorang aje yang gelak. Dan tak habis-habis aku menantikan `that`s all` yang juga entah berapa kali tak all, all jugak.

Isnin depan ada khabar gembira. Bos aku tak kan jadi tai ko lagi untuk berucap di meeting pagi. Tapi macam tak berapa gembira,bila dia kata dia still akan menyampuk jugak klu new bos kecik memberi ucap tama. Perlu kot untuk aku berlatih berdiri weekend ni. Itu pun klu aku rajin. Aku jangkakan lepas ni standing morning meeting akan lebih lama adanya. Mata aku asyik terpandangkan kerusi di depan meja hijau.

25 May, 2011

bila mesin berbunyi….

Bila mesin berbunyi di waktu malam….

makanya, dengan adanya bunyi mesin itu adalah kerana tuan empunye rumah yang bernombor 402 sedang menjalankan aktiviti-aktiviti senaman tangan, kaki dan mata.

Dengan itu terhasillah apa yang dinamakan karung-karung yang membawa maksud tidak lain tidak bukan beg-beg buatan tangan yakni 100 peratus made in london Mesia.

*** sila baca ayat – ayat di atas ala2  intonasi Pak Jabit AKA Gagak di rimba.

 

25cmx19.5cm rm8

 

22cmx25.5cm rm7.5

 

22cmx25.5cm rm7

 

21cmx16.5cm rm4

 

32cmx38cm rm13

 

37.5cmx34.5cm rm10

black and white.

P5240913

ala-ala adidos.

sasuke dame!

mission imposible.

percubaan yang gagal.

Hajat di hati teringin nak buat sasuke doll dari kain felt macam gambar kat bawah ni.

Tak agak-agak ko yong oii!!!

sasukegambar hasil gugel.

comelkan doll yang kat atas tur..

tengok plak hasil kerja tangan aku ni huhuhuhu……………….

 

P5250922

arrrggghhhh! tensiooooooooooon!

tak menjadi la puloks!!!!

21 May, 2011

minggu yang malas!!

 

2 minggu ni bercinta sungguh nak memegang mesin jahit. Jahit pun tak seberapa je. Bulan ni macam mood berehat-rehat jer lebih.

 

P5150860

Jalur 1 = ada poket

 

P5150861

jalur 2 = kosong

 

P5150863

jalur 3 = berzip

 

P5150865

 

P5150867

 

P5150869

P5150871

P5150873

sepetang di kay el

Siang tadi aku se’famili’ turun KL. aAgenda utama, nak sign document with lawyer kat bangunan Loke Yew. hahahaha wah! mcm hebat je bunyinye kan.  Sampai jer KL ngam-ngam nak masuk waktu sembahyang jumaat. Maka nyer Pak Enchek ngan Che Mat pergi le ke Masjid Negara utk bersolat Jumaat. Aku ngan Che Nah lepak la dalam kerete jer.

Sekali ada la 5 sekawan ni lalu di depan kereta aku….Amboi! sikit punye baik  pandangan diaorang kat aku yg dalam kereta ni. Macam tak pernah tengok orang jer. Aku Macam nak sepak je sorang-sorang. Dlm hati aku kata derang ni tak pernah tengok orang beristirehat dalam kerete ker? Common la aku bukan nak buat maksiat ok. Aku tengah bagi ‘nenen’ kat Che Nah. Apa! pelik sangat ke ?

Bukan Lima sekawan tu je yang buat muka dan pandangan yang pelik. Ada la 3 ke 4 orang lain lagi yang konon-konon macam hairan sangat-sangat. eeeeeee…pakat je aku ni penyabor orangnye yer dak.

 

P5200887 Dataran Merdeka agak mendung waktu ni baru lepas Hujan. Ada khemah-khemah dan bangsal tempat duduk penonton tengah dipasang untuk program colur 1 malaysia.

 

Copy of P5200881

Yang abang macam  nak melepaskan gas jer.Pose Che Nah tak bole blah. Masuk tangan dalam poket. Kakkoi desu ne!

wakakakaka!!

 

Copy of P5200879tangan tetap maintain dalam poket. 

05 May, 2011

Hotaru no Haka

(/ _ ; )クスン

sangat mengharukan. Aku tengok anime dia tapi Cik tengok live action movie.

Hotaru no Haka  (The grave of fire flies)

anime keluaran Ghibli studio. Asal keluaran studio ghibli  je memang akan aku beli. sebabnya kebanyakan citer anime dia banyak nilai-nilai kekeluargaan, persahabatan dan kemanusian yang baik untuk ditonton seisi keluarga. citer anime dia pun banyak kisah-kisah era zaman aku membesar.

Aku beli Collection DVD Ghibli studio  lebih kurang lapan tahun lalu masa tengah bercouple dengan Pak encik. Beli kat mid valley, kedai pun tak ingat apa nama dia tapi kat level food court sana. Siap share tu bayar sorang separuh. punyalah bajet. Masa tu tinggal satu unit tu jer. Pak encik kata masa dia kat korea/jepun masa kecik2 dulu, derang siap tape anime Nausicaa the valley of the wind. Aku pulak suka citer sprited away. Masa tu tengah hot citer tu. Tu yang beriya beli.

Kira DVD yang aku paling sayang la dan dijaga dengan baik. Tapi Che Nah dah buat calar kat sekeping DVD citer Totoro huhuhuhuhu. Kes tak sabar nak tengok dan konon-konon nak pasang sendiri kat DVD player. Siap ambik kerusi kecik pergi cari DVD ni kat rak TV.Alahai!

Sekarang ni Che Mat ngan Che  Nah pulak suka tengok anime ghibli studio macam Tonari no Totoro, porco rosso, laputa (castle of the sky), pom poko. Semua la derang suka sampai kalau boleh hari2 nak tangok DVD tu.

Dalam banyak-banyak citer tu paling aku tak boleh tahan anime Grave of fire flies. Menderu-deru air mata aku ko. tak nak la aku tengok lagi. Sungguh menggangu emosi aku hokey! tak boleh nak cakap la memang sedih.. cer korang tengok.Tengok jangan tak tengok.

makan

Semalam aku pergi restoran dekat dengan tasek seksyen 7. Semata-mata nak cari nasi ayam. Malas nak pergi juah-jauh,lagi pun dah nak maghrib. Pergi masuk restoran dhuha ngan Che mat ngan Che nah. Duduk terus minta menu konon-kononnya lah. Padahal dah tau dah niat datang nak beli nasi ayam.

Aku order nasi ayam, pelayan kata tak ada. Nasi kukus ayam berempah saja ada.Aku tengok kat kanopi dia ada tulis nasi ayam. Order mee rebus plak. Mee rebus pun tak ada kak. oh! tak da ekk. Oklah minta saya mee bandung 1, bungkus yer. OK yang ni ada katanya. Nasib baik ada. kalau lah tak ada jugak, nak je aku kata sila bungkus kedai. Tengah lapor ni bahaya naik darah aku karang. tunggu dlm 10minit gitu. Dah siap pergi singgah kedai makan Le Lac plak.

Tengok ada jual nasi ayam. OK tanya harga dulu berapa ringgit. Pasal sebelah dia ada Pak Hailam. Nasi ayam dia, rasa memang not bad tapi rm9.90 sepinggan kalau nak beli 3 pinggan/bungkus dah berapa tu aku nak kena bayar. Aku malas lah nak beli kat situ, baik aku beli ayam sekor lepas tu masak nasi ayam kat rumah. Masalahnya aku malas nak ke dapur malam tadi.

Sekali keluar nyonya mener tanya aku nak berapa bungkus.. aku terlopong jap. mata melilau tengok dinding restoran tak nampak tanda Halal plak. Tapi meja makan ramai yang bertudung tengah sedap menjamu selera. Err! kejap yer. aku pun cuba tanya kat pelayan yang lain dia ni cina muslim ke hapa? derang cakap ntah derang pun tak tau. Aku dah was-was dah.ermmm!… tak per lah i cancelled order. So, mlm tadi kitaorg makan malam pisang goreng, nugget & sotong ball. chop! aku makan mee bandung MUAR katanye tapi rasa macam mee tomyam udang. Banyak jugak la udang dia  taruk. Ke mee udang banjir yang dia cuba nak bagi kat aku ni. krisis identiti plak mee bandung dhuha ni.

03 May, 2011

kek cawan

kek cawan ke ni..?

tak, cuppies.

eh! sama le tu…

hahahahahaha

Cik Fid jangan lupa na homework hang haahaha!!!

soklan ni tak related ngan ayat di atas.

 

P5030840 sedap & kiut miut.

beli ni dari member sekilang. abang othman silalah bagi link yer.. lupa tadi nama blog wife abang othman.

chantek sangat!

Mama..mama chantekkkk kan..

a’ah cantik sangggaaaaaaaaaat!!!

aje bebenor ko yong kalau tak cantik.

mak kome yang menjahit. ate pandai kome memuji yer.

baguih-baguih anak mak jati kamu ni.

pah bedah..pah bedah sekelian chantek tak?

hehehe maaf kome-kome yer  teman tengah mood perasantan..

 

P5030842

P5030849

hek eleh cantik ker?

Pesta buku 2011

Sampai di PWTC dah nak pukul 2 petang. Bersusun kereta nak park di parking kereta bertingkat seberang PWTC. Dari dalam kereta aku tengok punyalah banyak manusia. Wah! dalam hati aku cakap Bagus! kiranya rakyat malaysia ni jenis membaca buku jugaklah yea.

Sebelum masuk  dalam pwtc, pekena aiskrim kon dan aiskrim roti dulu. Sambil tu, mata melilau tengok sekeliling. Aku tengok orang yang datang tak banyak pun beli buku. Ni kalau tak disebabkan buku dah banyak habis kena borong atau diskaun tak berapa nak ada. Sekali aku masuk level ground floor dia, mak aii! berjembek manusia. Buku tak nampak dah yang nampak cuma perut-perut manusia berkerumun sana sini. Anak-anak aku pun dah mula naik ragam.. mana tak nya ,sandal dia asyiklah tercabut dilanggar manusia-manusia yang rakus mencari buku.Cari je lebih beli tak jugak aku tengok. Macam aku le tu.

Dalam pada tu sempat jugaklah aku buka buku akaun tabung haji. Murah gila ko! rm2 je sorang kena bayor.Seisi famili aku daftarkan. Dalam hati cakap ala baru lapan hinggit. ceh! apa la aku ni.Ni nasib baik diaorang buka meja kat sini, kalau tak ntah bila-bila la aku nak buka akaun tabung haji. sampai kesudah le berangan nak gi tanah suci yer dak.

Berjam-jam turun naik eskalator, ni jer yang aku sambar.. Apakah!

 

P5030853 

yang penting! nak recall balik skil lipat melipat aku masa kecik-kecik dulu. Macam-macam benda boleh lipat, kapal terbang, bunga, kamera…apa lagi. Kalau main pondok-pondok tu habis daun kelapa kena kerja. Buat jam, rantai, head band. Dah macam majelis kawin orang india dah tarafnya. budak-budak sekarang?