22 July, 2010

Dah agak dah!!

Malam semalam aku col cikgu Che Mat tanya betul ke Che Mat ada bawa colouring book ke sekolah. Cikgu dia kata memang ada dan cikgu tolong simpan kan dalam almari buku kat dalam kelas. semalam lupa nak bagi balik buku dia.

Al kisahnya cikgu dia kata kengkawan dia masing2 berkerumun nak ambik sticker dlm colouring book tu siap ada yg tampal kat tangan, pipi, dahi.  Aku say sorry la kat cikgu dia klu anak aku dah buat havoc dalam kelas. Mana la tau kan kalau menjadi kesalahan pulak. Yg nyata nya budak2 tu have fun dengan sticker yg ada dlm colouring book tu :)

Mini skirt

 

PIC_0173

skirt ni simple dan senang nak jahit. tapi kedut di bawah skirt tu sebenarnya klu guna tapak kedut mesin jahit epal lagi senang kerja menjahit. Masalahnya tangan aku kaku je masa menggunakan tapak kedut tu, 3 kali test tak menjadi. last2 buat cara manual. Tarik benang utk  jadikan kedut2 sebelum cantumkan pada body skirt. 

Panjang kedut skirt tu aku potong 3 kali ganda dari ukuran body skirt. Rasa tak puas hati lagi ni, aku tengok vcd cara guna tapak kedut tu macam senang aje. Bila aku try memanjang senget je jadinya.. cis!!!

21 July, 2010

Apakah!!!!

semalam  buku coloring che mat yg bapaknya belikan kena ambil dengan cikgu kelas dia.

Aku dengar2 jugak malam sebelum tu, bapaknya dah pesan jgn bawa pergi sekolah tadika, takut berebut dengan kawan2, nanti cikgu marah pulak. Pesan bapak nya bersungguh2.. klu nak bawa jugak tinggalkan kat rumah ibu (pengasuh) je. Berkali2 bapak tu mengingatkan Che Mat.

tup..tup ptg semalam dlm kereta otw nak balik rumah. Che Mat cerita kat aku. Colouring book Thomas and friend yg bapaknya belikan kelmarin, kena ambik dengan cikgu kelas dia.Dah lah malam tadi che mat menangis minta buku colouring book tu. Mana aku nak cari, ptg td dia sendiri cakap buku kena ambik dengan cikgu dia.

aku tanya jugak le kat Che Mat, pasal apa yg dia bawa buku tu ke sekolah tadika dia. Sebab bapaknya dah berkali2 ingatkan malam semalam.
Che Mat diam jer.. aku tanya lagi kenapa cikgu ambik buku dia. Pun Che mat diam jugak.Tak kan lah cikgu tak bagi tau sebab kenapa cikgu ambik buku tu.. mesti ada sebabnya, berebut dengan kawan ker aku tanya.... Che mat diam je dah sedih, ada riak2 nak banjir dah aku tengok. Tak tahu lah apa yg dia fikirkan time tu takut nak mengaku kesalahan dia dlm kelas ker atau mmg dia tak de jawapan pada soalan2 aku.Aku pun usap kepala dia dan pujuk suruh ambik saja colouring book yg lain kat dalam bilik dia.

Nasib baik jugak le bapaknya tak marah kan Che Mat. Dah tau dah budak2 klu dah ada benda yg dia suka mesti nak share2 tunjuk kat kengkawan.

Pg ni aku suruh bapak dia col cikgu che mat tanya sebab musababnya. Sementelaah henset aku kehabisan bateri.klu tak mmg aku nak jugak dengar sendiri apa sebenarnya yg berlaku dari mulut cikgu dia.

Kesian pulak kat anak aku, dia memang minat bab2 mewarna ni. Tak salah la klu ibu bapa memberi sedikit dorongan belikan buku mewarna yg dia suka. Tapi alkisahnya dah kena rampas la pulak.. apa salahnya pulangkan semula lepas habis waktu sekolah. Dan terangkan sebabnya klu tak bole bawa buku persendirian ke sekolah.

Tak sabar pulak nak dengar penjelasan dari cikgu...

14 July, 2010

Samosa Kentang

Minggu ni terlebih rajin pulak, tetiba rasa nak buat samosa kentang. Kena buat inti yang tak pedas untuk Che mat dan Hannah. Bekalkan satu tipuware kat rumah babysitter untuk diaorang makan sesama ngan anak didik yg lain.

 

PIC_2784

Bahan-bahan

2 biji kentang saiz giant

daun kucai

bawang besar

daun sup

1 sudu besar serbuk kari

Cara-cara

  • kentang dibuang kulit dan di potong dadu
  • tumis bawang besar yang di cincang sehingga layu
  • masukkan kentang, air secukupnya
  • masukkan serbuk kari, 2 sudu besar gula dan garam secukupnya.
  • biar sampai kentang empuk dan agak kering.
  • padamkan api dan gaul bersama daun sup dan daun kucai.
  • biarkan sejuk baru mulakan proses melipat samosa.

Tuna Puff

 

tuna puff

menu orang malas cam ni ler.. puff yg terabik tu salah teknikal terlebih tekan ngan garpu abaikan je lah!

Bahan-Bahan

puff pastry segera jugak le jadi pilihan.

Inti

Tuna dalam tin

Bawang besar di cincang

lada sulah

Garam secukupnya

 

Cara-cara

  • campurkan semua bahan2 inti.kacau rata dan ketepikan.
  • Isikan inti tuna secukupnya ke atas pastry. Lipatkan pastry dan tutup hujungnya dengan garpu. Ulang sampai habis.
  • Sapukan puff degan telur. Bakar puff pada suhu 200C selama 20minit.

  • 13 July, 2010

    Apple pie

     

    applePIE 

    Bahan-Bahan

    Kulit

    Puff pastry segera ( jenama kawan)

    Inti

    epal hijau

    gula  (ikut suka)

    serbuk kayu manis (sesedap tangan nak letak)

     

    Cara-cara

  • Kupas kulit epal dan potong dadu.
  • Campurkan gula dan serbuk kayu manis.
  • Masak di atas api yang sederhana sehingga empuk.
  • Lenyekkan epal tapi jangan lenyek semua
  • Sedia untuk digunakan.

  • Isikan inti tadi ke dalam puff pastry
  • Tutup dan tekan dengan garpu

  • Simpan dalam freezer selama 15 minit sebelum di goreng.
  • kek masam manis

     

    IMG_0454

    Bahan-bahan

    1/2 kati biskut marie

    10 biji telur ayam

    1 buku butter cup

    2 gelas gula pasir

    1/2 tin susu pekat

    2 camca baking powder

    asam manis secukupnye.

    cara-cara

    - biskut marie dikisar halus dan campurkan baking powder

    -asingkan & pukul putih telur dan kuningnya berasingan

    -pukul putih telur dengan gula pasir sampai kembang

    -masukkan kuning telur dan pukul sampai kembang

    -masukkan esen vanila

    -pukul buttercup sampai kembang dan masukkan susu pekat ke dalam adunan buttercup tadi

    -masukkan telur yg dipukul tadi sedikit demi sedikit sehingga habis.

    -masukkan biskut marie kacau hingga rata dan bahagi kepada 2 bahagian.

    -ambil 1 bahagian adunan kek dan masukkan pewarna (jika suka) kukuskan selapis demi selapis bersama asam manis hingga habis.

    -kukus setiap lapisan selama 10 minit.

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    resepi ni aku salin bulat2 dari mulut senior kat production. Cer perhatikan biskut marie tu di sukat guna kati hehehe dan gula yg di sukat menggunakan gelas...

    sebenarnya kek ni dah lama dah aku buat saja je review resipi ni. Takut nanti kertas kotor yg aku guna salin resipi ni hilang sekali lagi. Ni pun terjumpa masa buat 5S kat kotak2 buku ptg td.

    Yang bole tertarik buat kek ni sebab dia guna biskut marie gantikan tepung gandum. rasanya mmg sedaplah tp berpeluh2 mengukus kek nih.. tak sanggup nak buat lapisan nipis2. dah macam kat bilik sauna dah rasanya.. harus setahun sekali je kot buat kek yg kena kukus nih.

    10 July, 2010

    Cloth Pad

    Hasil 2 minggu lepas. Balance kain felt ada dlm semeter. Dapat lah buat 12 keping untuk panty liner je. inner dia cuma buat 4 lapis kain felt + 1 lapis kain velvet tafetta. Seperti yang digambarkan oleh Che Fid. Akan datang harus kena buat lagi untuk guna masa pEod nanti. Bahan2 semua dah ada, cuma mood je yg tak mari lagi..

    Hasil jahitan… hohoho… masih banyak yg perlu di review sangatlah tidak come nyer. Pak encik macam surprised gak sampai benda  ‘tut’ tu pun kaum hawa nih gigih nak jahit sendiri. Ada modal la ni nak kapow! pak encik beli mesin jahit tepi.. bang..bang.. duit ku2 mu itu eloklah di leburkan di kedai apek singer hehehehe…

     

    PIC_0088kain yg siap dipotong. patern pad aku tekap je pad koteks kat kertas A4.

     

    PIC_0095 

    inner yang siap di jahit. Guna jahitan zig zag ganti jahitan mesin jahit tepi. So-so lah hasil dia di mata aku.

     

    PIC_0098

    PIC_0096

    Buat ni tak le renyah sangat, tapi tang nak samakan susunan kain tu buat aku mengantuk…huargghh!

    Open day Che Mat

    Pagi tadi,  pertama kali nya pergi sain report card Che mat di Prasekolah Jais Shah alam. Aku pergi sorang jer, pak encik tak dapat cuti. Majlis start pukul 8.30 pg. tapi aku terlebih excited plak dtg setengah jam awal.  Sebelum tandatangan buku laporan Che mat, ibubapa dipersembahkan dengan beberapa persembahan dr murid PSJSA.

     

    P6230214 

    Ucapan dari pengetua PSJSA. Muda belia pengetua sekolah ni hehehe

     

    Copy of P6230218

    Persembahan Dari kelas 5 tahun..nyanyi ABC…123 dan alif ba ta…

    siap ada kiraan 123 bagi salam, 123 nyanyi…123 pusing kiri jalan… hahahaha

     

    P6230215

    Persembahan Nasyid dari pelajar 5 dan 6 tahun.

     

    P6230222

    iskh! iskh! iskh.. anak sapa tur..

     

    P6150171

    jom balik!

     

    P6150165

    cover cun kena ngorat wakakakakaka!!!!