21 May, 2013

coret-coret PRU 13.

Walaupun dah lama berlalu hari mengundi senegara.
saja je nak tempek gambar-gambar PRU.
tahun ni aktiviti memangkah masih kat kampung.
tak tukar alamat pun lagi.
Malas nak tukar alamat mengundi.
sebabnya time mengundi ni lah dapat jupe kengkawan.
maklumlah time raya je selalu jumpa ramai kawan-kawan.
kalau nak senaraikan tak puas hati dengan pengurusan PRU.
sampai election akan datang pun tak akan habis.
Malas nak story banyak-banyak meh kita layan gambar...

20130505_071426

Cuaca pagi hari mengundi sangat nyaman, berkabus lagi.dah macam kat cameron gitu heheheh

20130505_072155

20130505_072757

20130505_110224

20130505_091138

Yang bestnya kali ni mengundi di sekolah rendah aku dulu. memang memori daun lalang sungguh. Mengundi dalam kelas masa aku darjah dua. Dapat gak jejak lagi kelas ni. Sangatlah uzurnya kelas aku tu. Disebabkan  cuaca tengahari agak terik dan fikir nak cepat balik. Terlupa nak pusing2 sekolah melawat kawasan huhuhuhu.

Pictures4

07 May, 2013

jjajangmyun mee style Yayan

 

20130502_191323

Ingredients

3-4 sudu besar tauchu
(kes tak de black bean paste korea)
3-4 sudu besar kicap pekat atau apa-apa aje jenis kicap.
4 sudu besar minyak masak
2 sudu kecil gula
daging lembu dipotong dadu
(suke hati korang la nak letak berapa gm)
1 biji bawang besar dipotong dadu
6-7 biji kentang size sederhana potong dadu.
1 sudu besar sos tiram. kalau nak tambah
1 1/2 cup air atau lebih
2 sudu besar tepung jagung bancuh dengan 3 sudu besar air
mee kuning size besar atau spageti
garam secukup rasa.

Cara-cara
- rebus daging sampai empuk. ketepikan
- tumis bawang besar dan kentang sampai agak garing sedikit.
- masukkan daging dengan stoknya.
- masukkan tauchu,sos tiram, kicap,gula,garam
- tambah lagi air jika perlu.
- masak sampai kentang empuk. Rasa kuahnya, mana yang tak cukup tambah
- masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau dalam beberapa minit.
- tutup api.
- celur mee kuning / spageti.
- boleh hidang dengang apa-apa aje hirisan sayur atau telur rebus kalau korang suka la.

kalau nak original resepi pergi la kat sini . Tapi original guna daging  P**k.

jjajangmyun noodle ni boleh la aku kategorikan ala-ala mee masak kicap.
tak pun ala-ala claypot yee mee.
cuma dia letak kentang je.
Tapi tak sure la rasa dia yang sebenarkan.
tak pernah lak rasa.

dalam versi aku,
kuah dia tu aku tambah serbuk lada hitam sikit.
nak pedas aku tambah jer serbuk cili.
bole la setakat nak fefeling kpop khen.
hehehe

selamat mencuba yer pada sesiapa yang menyinggah tu.

25 April, 2013

Lat in the making

Si Che mat ni kalau kita offer dia outdoor activity, semua pun tak nak.
Ada offer dia untuk kelas teak kwan do dan silat cepat jer geleng kepala.
Nak hantar belajar berenang pun tak nak.
ajak pergi x-treme park lagi la takut.
Tapi kalau indoor activity tu memang suka.
seharian pun boleh duduk rumah main computer games, online games or whatever games.
Kalau tak main games, kerja dia melukis.
itu ajelah yang paling dia suka buat.
Buat homework pun laju-laju,
sampai kekadang tu tertinggal huruf-huruf dalam perkataan.
Punyalah nak kejarkan sketch book dia tu.
Baru-baru ni tekun dia mengadap sketch book.
gigihlah melukis ntah apa-apa.
sekali tengok.........
Oissh!! tak sangka pulak dia boleh lukis macam tu.
Tak ada nak lakar-lakar ke apa dulu.
elok je dia tiru terus ke sketch book dia.
hahahaha aku pun tak boleh lukis macam ni.
lepas ni ingat nak enroll dia kelas melukis.
mana tau boleh jadi pengganti LAT ke kan hahahaha.

20130420_180911
20130420_180934

kimchee

sejak dekat-dekat nak pilihanraya ni,
makin bosan pulak tengok tv nasional.
nasib baik ada beyond.
Bolehlah layan kdrama.
korean ni hidup diaorang tak sah kalau tak makan kimchee.
sedap sesangat ke kimchee ni?
teringin jugak nak makan.
Tapi tak tau kat mana ada jual.
gugel punya gugel.
jumpa satu blog yang best
beyondkimchee
siap ada instruction bergambar lagi.
wah! teruja kau.
dan dan tu jugak nak beli kobis panjang,
so, selasa lepas apa lagi berkimchee le.

Kimchee ni masa baru-baru di gaul tu tak keek sangat hahahha
bila dah letak dalam peti sejuk semalam dah mesra gitu.
Baru taste dia wallah!
ecececece!!! tapi seyes memang rasanya best.
boleh la masuk tekak orang melayu.
siap ratah macam tu ajer.
ala-ala kerabu le kalau orang melayu kita kata.
lepas ni teringin nak buat jjangmyeon noodles lak.

 

20130424_100256

bawa gi ofis untuk brunch hahahaha. tapi cili flakes yang aku beli ni tak merah menyala macam dalam belog beyondkimchee. Tapi aku main tambah je cili powder nak kasi kaler kimchee aku ni merah sikit.

20130424_100228

bento la konon  (^_^)Y. Nasi putih, Daging black pepper.

15 April, 2013

macaron deco set.

Yea ,
barang order ngan groupun dah sampai.
muahhahahhahahaah!
gembira lak kali ni.
Kata nak send 26hb hujung bulan ni.
tup! tup! sampai pulak hari ni.
itu hari saja-saja gatai tangan nak mengorder set kat bawah ni.
berkenan sebab ada squeeze bottle tu.
dan silicon mat tu pun best.
Niat asal nak beli benda ni bukan nak buat macaron.
Tapi nak buat biskut shiroi koibito,
muahahahahaha!!!!
giler punye suke ni.

lepas ni kompom, tambah giler beronline shoping.

20130415_103612

tak menahan betui la groupon ni. siap box dia ada tulis ‘congratulations this package comes with a free cardboard box’. iyo lah. apa-apa aje lah. janji barang mak yong sampai sudah heheheh

20130415_103640

nasib baik le benda ni murah, boleh  le mak yong beli. kalau mahal mak yong cuci mata je.

05 April, 2013

Asam Jawa

First time kut, tengok secara live.
hahahahaha
amenda la aku ni.
serius, ini la pertama kali tengok dan makan buah asam jawa yang fresh.
Selalu beli asam jawa untuk masakan je.
Idak le pernah makan begitu saja.

Buah Asam ni budak ofis yang bawa. Dari perlis tur.
Isi dia manis tak macam yang guna dalam masakan tu.
Macam jakun sekejap.
Boleh terkeliru buah asam jawa dengan asam gelugur.
Siap gugel lak tu.
failed, pengetahuan am huhuhhu.

20130403_084530

kiut pulak rupa buah ni.

20130403_085514

Kat bawah ini pokok asam jawa. Gambar gugel. Dah macam pokok petai lak tengok.

untitled

Muzium Negara.

Weekend cuti sekolah lepas tak pergi jalan mana-mana pun.
Anak-anak baru je baik demam.
So, bagi diaorang rilek-rilek je dulu kat rumah.
Kebetulan,
sabtu lepas MIL datang dengan famili celebrate besday kat rumah aku.
Masak le sikit-sikit nasi impit, rendang ngan soto.
Manggo cheese cake BIL yang bawa.

So, tengok Hari masih awal lagi.
Lepas makan BIL ajak pergi Jalan-jalan.
Mula-mula BIL ajak pergi Tasik perdana.
Tapi risau cuaca belah petang kan hujan jer minggu ni.
So, teringat pulak Che Fid bawa Akif pergi Muzium Negara.

So, kita pun sekeluarga pergi Muzium jugak.
Kalau hujan tak de la gelabah nak lepak mana kan.
Aku pun dah lama tak pergi muzium sejak aku darjah 2. hahahah giler lama.
Che Mat & Che Nah memang happy pergi muzium ni. Kebetulan Che mat pergi muzium ni pun darjah 2 jugak, macam mak dia.
Jangan dia pun nanti kemudian2 bawa anak pergi muzium masa umur anak dia 8 tahun jugak ekekekek.

Pictures3

Che Mat paling suka tengok kapal. Sampai kat rumah terus lukis kapal kat muzium katanye.

20130330_160454

20130330_165444

budak come yang baru baik demam.