19 April, 2012

Roti telur.

Pagi-pagi kalau rasa dah tak cukup masa nak prepare bekal buat anak. Selalunya roti jer yang jadi mangsa. kalau tak roti bakar, roti taruk jem kaya, strawberi, peanut…… tak pun buat roti telur. Ok jugaklah kalau di rumah memang sentiasa ada stok roti putih dengan telur. Kalau tak ada tu maknanya kena la singgah gerai tepi jalan tapau nasi lemak yer dak hehehe.

pagi ni buatkan Che mat bekal untuk ke sekolah pun roti jugak. Menu terjun la kekdahnya. Mata tu berat nak bukak walaupun 4 handphone kat rumah ni menjerit pagi-pagi seawal pukul 5.

kali ni saja bagi meriah sikit roti telur selalu buat bentuk tiga segi tak pun potong dua bentuk segi empat kan.

kalau rasa dah bosan tu cer cuba cara kat bawah ni yek.. may be banyak dah ibu2 kat alam maya ni buat tapi aku nak juga share kan.

 

roti

senang jer ni, ringkas dan cepat.

 

20120418_060033

09 April, 2012

Menara Kay El…

Baru berkesempatan nak naik ke KL tower ni. Tak plan pun, singgah sini lepas balik kenduri kawen member Pak Enchek kat Ampang. Dah Alang-alang ke KL ni kan, buat la rombongan cik kiah ke Menara ye puan-puan.

Dulu-dulu dengor citer masuk kena bayor 10 hinggit. la ni ko ambik sorang kena la 30 hinggit tu pun kalau ada mykad. klu tak de mykad kome bayor le lebih 40 hinggit sorang gitew!! Macam mahal je aku rasa. padahal dok kat atas tu bukan ada aktiviti apa pun cuma observed jer pemandangan sekeliling dari ketinggian 276m. kalau dapat masuk restoran berputaq tu best gak. Time ni la depa nak buat renovation ke hapa ntah.

Ada la dia bg free suh pilih aktiviti sama ada masuk animal zone,pony ride atau XD theater.

1 malaysia cultural village

20120408_141235

best arr..dapat duk rumah traditional ni macam dulu-dulu. Rumah opah kat kg pun dah bertukar ke rumah batu huhu

20120408_141437 - Copy

20120408_153037

klu tengok dari atas ni tak la rasa gayat sangat.Tapi risau gak la klu tetiba jadi apa-apa…

 

20120408_141510

siap dibina tahun1996. aku baru nak masuk poli time ni. Tun M yang rasmi dalam suasana hujan lak tu.

 

20120408_141909

persembahan tarian joget menara kut ni…

 

20120408_142844

aku risau je kuda ni patah pinggang bw kitaorg.dah la aku ni lebih 50 kilo tambah lagi kilo pak enchek hahahaha..

20120408_144143

 

20120408_162042

ni Che Mat mula-mula nak berjinak  bergambo dengan iguana..geli aku!

 

20120408_163624

 

20120408_162629

Che mat beriya ngajak masuk bukit nanas eco park. Aku tengok sunyi jer. macam tak ada orang pun masuk eco park tu. dah la petang waktu tu dah nak pukul 6. tak kuasa aku nak masuk. Ada pulak aku terbaca jangan bagi monyet makan. lagi la aku tak nak masuk. tetiba teringat kisah siamang kat zoo melaka tu…JOM BALIK jer lar.

04 April, 2012

Dinner..

Setahun sekali je la aku join department Dinner. Itu pun pasal F.O.C. Tak jugak~~ mula-mula kena add RM3 sebab dah over budget dari yang sepatutnya management bagi.

Tapi biasalah kan, aku ni menggunakan statement 'Management Belanja' apa barang kena bayor2 ni. Memang la orang kata apa la Rm3 pun nak berkira ker..bayor je lar apa susah. Tapi aku memang susah..masa ni la kita nak happy-happy dibelanja oleh boss. Setahun kita berpenat lelah takkan satu malam ni pun nak berlelah-lelah jugak hahahaha. lelah makan tu tak per.

aku pun macam biasa la IP bos tanya, ni apasal lak aku kena bayor2 plak ni dinner department yang sepatutnya FREE hehehe. Boss reply committe dinner nak makan sedap so kena add sikit. Aku kata dah tak cukup budget makan je la kat kedai mamak kan. tak yah le nak menyusahkan diri and poket hehee. Last2 dia kata tak pe dia tolong bayarkan Rm3 untuk aku ngan group kitaorang. Suker betul hati mak...makan free..!!! in fact aku tau boss aku tu memang banyak duit. lol

Kitaorang dinner kat restaurant ni..

20120329_201541

 

Ada yang tak kenal Chef Zubir ker..? juri master chef malaysia season 1. Macam dah ada season 2 , 3 plak ekekeke. kalau berhajat nak makan dekat sini selain KL boleh la  turun ke restoran Laman Grill and steak house branch dia di Shah Alam. Gugel la cara-cara nak datang macam mana. Banyak review dari blogger dah pasal restaurant dia ni. Bagi aku steak beef dia tu sos memang sedap. Memang best makan sini, lagi best kalau ada yang belanja. kalau tak kisah nak spend around RM100 per pax and per nite nak makan kat sini sila lah jangan malu-malu..kut2 berpeluang dapat bergambo dengan chef Zubir. Beruntung le kome!

 

20120329_203209

 

20120329_205341

dessert tiramisu ni sedappppp~~~~ ┐( ̄ー ̄)┌

 

20120329_194835

bergambor dengan budak-budak degil…

IMG-20120329-00445

budak degil yang kena makan kat luar kedai..huhuhu

 

20120329_195942

ZZ kenai tak nih…?

 

dinner 120329

group kucar kacir nih!

 

DSC_6517

boss besor.

DSC_6521

gigih nak speech dlm bahasa.. pakcik ni nak balik jepun dah..

DSC_6538

macam tak suka je dengan hadiah tur hehehe…

 

DSC_6547

department yang banyak masalah ni..

 

20120329_212135

sempat gak ni bergambo ngan Chef Zubir hehehhee … ☆^▽^☆

Hot Air Balloon 2012

kat mana…kat PUTRAJAYA ler weh!

Sebenarnya ni dah lama dah pergi festival belon udara panas kat Putrajaya. Tapi biasa la menebas lalang semak samun kat rumah ni sebulan sekali. Itu pun kalau rajin la.

Mula-mula tu plan nak tengok waktu petang Jumaat 16hb march tu. Beriya bawak makanan bagai. Last2 ended up dengan hujan yang sangat lebat sampai ke sudah. sampai koyak rabak sudah beg kertas isi pastry My MIL buat huhuhu. Sib baik pastry tu masih boleh dimakan.

So, balik jer la petang tu gi pekena nasi beriyani ayam rempah satu hehehe...

Pagi sabtu esoknya tu gigih le anak beranak sefamili gi terjah balik kat putrajaya. Dah alang-alang sampai kan lg pun otw ke kampung. Singgah jugak la kat sini. Tapi tak dapat naik pun tiket dah sold out. Duit aku pun sold out jugak beli macam-macam untuk budak-budak tu hehehe.

Yang bestnya klu pergi subuh sepeie..suasana redup sejuk ( masa tu hujan sikit) view pun cantik orang pun tak ramai. fotographer jangan cakap lar..merata-rata dengan DSLR camera. siap bawa lens macam-macam size bentuk, tripod segala bagai. macam-macam aksi fotoshoot bole tengok dari pengunjung yang datang ekekeke. Aku and famili pun sama gak nak kata orang kan..hahhaha..

Tapi belon yg bentuk dark vader tu tak dapat tengoklah. ntah masa bila la dia kuar. Hari last festival tu la kot.

 

20120317_093100

 

20120317_093108

 

20120317_094738

ni tengah memujuk pak encheck nak beli belon angry bird.

 

20120317_094754

majuk!!! tak dapat…

 

20120317_094805

duta belon ‘jangan mare!’ hehehehe

 

20120317_095036

horeyyyy!!!! dapat dah..

lepas 3 hari belon ni mula kempis sikit. so kitaorang cuba la lepas kan nak tengok dan bereksperimen la kunun bole terbang lagi ke dak. Dah nama belon kan opkos le terbang. Maka dengan jakunnya anak beranak ni kata ‘kemana la agaknya belon ni jatuhkan’ kitaorang lepaskan angry birds ni waktu malam. Rasa bersalah pun ada macam membuang sampah di langit yang terbentang luas pulak gayanye..