28 December, 2009

Tahniah!

24th Dec 2009

Pagi-pagi lagi dah bersiap nak balik ke kampung.
Sebelum tu singgah dulu kat Asrama semai bakti di Kelana Jaya.
Ambik Alang dan barang-barang untuk keluar asrama.
Alhamdulilah Alang dah habis kursus penjagaan kesihatan anjuran FELDA.
Next year dia dah start kerja di bahagian farmasi di Hospital KPJ.

On the way home, Alang call abah, nak tanya keputusan PMR adik.
Alhamdulilah adik dapat 8A.Hahahahaha... Abah ngan mak suka sangat, sampai mak melompat-lompat bila tengok slip keputusan adik.Aku pun suka jugak.
Masa cuti sekolah yg lepas aku tengok adik asyik tidur jer, dah la tu asyik main games jer.Pas tu makan tak berhenti-henti , mcm kebuluran plak aku tengok.Kat asrama tak cukup makan kot. Boleh tahan gak budak ni study. Harap SPM nanti dia bole buat yg terbaik juga. apa-apa pun CONGRATULATION untuk adik aku.. Nak hadiah ker? buat-buat tanya plak aku.. mesti la nak yer dak??

23 December, 2009

Agak free

kerja hari ini agak free sedikit. Product baru sudah masuk mass production. Lega sikit rasanya, sekarang hanya follow up dan support PIC untuk cost down matter dan set preparation untuk magazine review.

Suasana ofis juga rasa sedikit hening. Ramai staff yang cuti untuk clearkan annual leave. Cuti tahunan syarikat hanya boleh di bawa kehadapan dlm 5 hari sahaja. selebihnya klu tidak digunakan akan burn begitu saja. Tidak ada pembayaran di buat untuk balance leave yg tinggal.

Tambahan lagi si santa telah ambil half day second half hari ini. Aman damai rasanya. Alahai! Che Fid `awat la hang ambik half day sama ngan dia, klu tak boleh kita berdiskusi` hehehehe

kegilaan lama

Akhir-akhir ini, terasa semacam bersemangat pula untuk meneruskan hobi lama mengumpul setem. Rasanya kali terakhir aku meletakkan setem ke dalam album setem, adalah 12 tahun yang lalu. Agak lama juga tu.Sayang sungguh ada sebahagian kecil setem-setem yang dikumpul telah hilang dari simpanan. Mana tidaknya, album-album setem terbiar di kampung. Kali ini aku akan pastikan koleksi setem lama itu mendapat perhatian yg sewajarnya hehhehehe.

Teringat masa dahulu waktu sekolah rendah, hobi mengumpul setem, duit syiling lama menjadi antara hobi yang popular.Zaman sekarang ni masih popular lagikah hobi sebegini di kalangan budak-budak sekolah? Kebanyakannya lebih suka bermain PS2 online games.mmm tak taulah sebab anak belum bersekolah lagi, dan adik-adik pulak sudah bekerja.

Baru-baru ni dapat setem Japan yang masih belum digunakan. Supporter dari satu ofis dengan aku yang bagi. Terkejut jugak dia tengok aku gigih mengumpul setem. Mana tidaknya dah jadi mak-mak masih lagi nak meneruskan hobi ni.

 

PIC_0065

arigatogozaimasu Iwami san.

jahit

bulan ni sempat jugak la pegang mesin jahit untuk jahit beg2 dan tudung DIY.

IMG_0019

jahit beg ala-ala beg guni untuk isi biskut buat hantaran

IMG_0023

jahit beg jerut lebihan kain beg hantaran, dapat 2 pcs. tapi telah di kidnapped oleh ipar duai.

IMG_0022

lagi beg jerut round shape.ni nak bagi kat anak babysitter.

last but not least, tudung DIY untuk SIL. sebenarnye nak buat awning guna kain satin je then nak cantum ngan selendang. disbbkan tak jumpa yg sesuai.

aku jahit je body dia guna kain satin jugak.

kat atas tudung tu aku tampal manik2

dan labuci lebihan lace baju

IMG_0040

busy month

Bulan ni memang bulan yang amat sibuk untuk aku. majlis bertunang sister in law baru saje selesai. Mana tak nyer, tolong teman pergi beli kain, bawa pergi jumpe tailor, cari bahan2 buat hantaran dan mini pelamin, jahit itu jahit ini wah!!! masa aku kahwin dulu tak pulak rasa se busy ini. Maklumlah main order jer, makcik2 yg settlekan. memang la aku rileks hehehehe…

Lepas ni majlis convo adik pulak. Then nak kena pergi ambik barang2 kat asrama dia untuk bawa balik ke kampung. Weekend ni pulak ada wedding cousin hubby kat Tanjung Malim. Hubby kata nak pergi majlis akad nikah sekali sebab dah dekat dengan rumah abah.Penat berganda2 la nampaknyer.

Mlm tadi baru  jer dapat settle kan 2 bakul besar kain2 yang tak berlipat.Nasib baik hubby tolong basuh pinggan dan baju sementara dia tengah cuti nih! Malam ni nak pack baju, untuk balik kampung lagi. huhuuhuhu!!! letihnye..

16 December, 2009

100yen

Tak tau nak tulis apa, so tayang jer la barang2 yang dibeli di kedai 100yen. Konon nak tengok jer,sekali tangan dah menggeletar tak sabar nak beli. Sib baik dlm kocek ada sebelah tangan jer klu idak mau shopping x hingat dunia...

 

IMG_0550

bekas isi sos or ketchup

 

IMG_0551

pencucuk hiasan

 

IMG_0552  

tool utk buat hiasan bento comel!!!

 

IMG_0553

cheese cutter apa2 nak cut pun bole lah!!

 

IMG_0554 

small pan. masa beli ni tinggal satu jer!!

 

IMG_0555

yang ni paling aku suka EGG MOULD.

05 December, 2009

SI TIKUS

perihal si tikus atau nama lain yg selalu aku sebut ialah cik ti.

Cik Ti memang sejenis binatang yg  suka merosakkan barang2 dalam rumah. Paling besar musibahnya pembawa penyakit atau virus yg bole menyebabkan kematian. Jangan sesekali memandang ringgan terhadap Cik Ti ni.

Baca info di bawah untuk panduan bersama..

 

clip_image002

 


Poisoning from Rat/Mouse Droppings

A stock clerk was sent to clean up a storeroom in Maui, Hawaii.

When he got back, he was complaining that the storeroom was really filthy and that he had noticed dried mouse or rat droppings in some areas.

A couple of days later, he started to feel like he was coming down with a stomach flu, complained of sore joints and headaches, and began to vomit.

He went to bed and never really got up again. Within two days he was severely ill and weak. His blood sugar count was down to 66, and his face and eyeballs were yellow. He was rushed to the emergency at Pali-Momi, where he was diagnosed to be suffering from massive organ failure. He died shortly before midnight.

No one would have made the connection between his job and his death, had it not been for a doctor who specifically asked! If he had been in a warehouse or exposed to dried rat or mouse droppings at any time. They said there is a virus (much like the Hanta virus) that lives in dried rat and mouse droppings.

Once dried, these droppings are like dust and can easily be breathed in or ingested if a person does not wear protective gear or fails to wash face and hands thoroughly.

  An autopsy was performed on the clerk to verify the doctor's suspicions.

This is why it is extremely important to ALWAYS carefully rinse off the tops of canned sodas or foods, and to wipe off pasta packaging, cereal boxes, and so on.

Almost everything you buy in a supermarket was stored in a warehouse at one time or another, and stores themselves often have rodents.

Most of us remember to wash vegetables and fruits but never think of boxes and cans.

The ugly truth is, even the most modern, upper class, super store has rats and mice. And their warehouse most assuredly does!

Whenever you buy any canned soft drink, please make sure that you wash the top with running water and soap or, if that is not available, drink with a straw.

The investigation of soda cans by the Center for Disease Control in Atlanta discovered that the tops of soda cans can be encrusted with dried rat's urine, which is so toxic it can be lethal. Canned drinks and other foodstuffs are stored in warehouses and containers that are usually infested with Rodents, and then they get transported to retail outlets without being properly cleaned.

23 November, 2009

wallet DIY

The idea came out when i saw my hubby used name card holder as his wallet. Alahai kesiannye!!
Then i decided to make it one for him as a birthday gift. Not because i dun av a money to buy one, since i av my Janome why not iam try to sew a wallet. "practice make perfect" right?? so, let start mama be confident!! hehehehe

 

 

imageni pola yg aku guna

 

 

IMG_0634 

walaupun jahitan ku ke laut. Hubby ku kata "OK la ni".

28 October, 2009

Jalan-Jalan

Bulan ni dapat jugak merehatkankan minda bersama hubby dan anak2. Pada masa yang sama dapat jugak melawat Tuk  dan sedara mara di kampung.  hari pertama kami jalan2 ke Teluk senangin di lumut. Tujuan asal nak makan2 dan mandi manda. Ingatkan pantai dia  landai dan berpasir macam di Teluk Batik. Sekali sampai je, penuh dengan orang sedang memancing, siap bawa khemah dapur bagai.  

Terdiam kejap lar kehampaan. Sudah tersalah port la pulak. Syurga pemancing rupanya.Pasir dia banyak cengkerang siput yg sudah mati. Tidak sesuai sangat utk mandi manda bersama keluarga. Tapi ada jugak family yg mandi kat situ.Tapak kaki hubby siap berdarah terkena serpihan cengkerang siput. Kami lepak dalam satu jam, siap perabih makanan yg kami bawa.

Next, on the way nak ke pantai Remis untuk beli ikan, nampak sign board PUSAT PENGURUSAN PENYU. Alang2 dah sampai ke situ kami pun menyinggah la sekejap.Masuk adalah percuma tapi tak pasti la sebenarnya percuma atau tidak,tempat tu tak ada orang jaga. May be sbb hari Ahad kot. Itu pasal la kami dapat masuk FREE. Tapi tempat anak2 penyu tu telah di pagar, untuk mengelak anak2 penyu dari di sentuh atau di curi oleh pengunjung.

 

IMG_0441 peace yo!!

 

Che mat ngan Imani syok dapat tengok penyu-penyu kat situ. Anak2 penyu memang cute la, Che Mat suruh bawa balik, mana nak di campak kan  nnt kalau bole pun kan . Tak hidupnya klu pakai air paip je. Tak dapat la nak oiii!! klu tortoise tu boleh la

 

IMG_0466

kata Che Mat ni adik penyu dengan kakak penyu hahahahahah!!!

 

IMG_0489 merenung nasib penyu ke kome berdua nih!

perempuan

kalau sudah namanya anak perempuan, perempuan jugak lah kan. Ada hati  tu nak pakai kasut mama dia. Geleng kepala ayah dia tengok gelagat si Hannah. Tu cerita kasut, bedak compact mama plak abis berderai di kerjakan si Hannah. Apa saja yg mama dia buat semua nak… bak kata Che Mat kacau lar..

 

IMG_0365 hallu!! cik adik manis mau size berapa?? ada muat ka???

21 October, 2009

Baju kurung Hannah

Berjaya jugak aku menyiapkan 2 pasang baju kurung untuk Hannah. hampir 6 tahun aku tak menjahit baju kurung. H asil yang boleh dibanggakan jugak la bagi orang yang  pegang mesin jahit sebulan sekali ni..

 

IMG_0547

baju kurung kuning guna japanese cotton

 

IMG_0370

baju kurung biru ala2 songket  gitu,, sedondon ngan mama dia raya tahun ni.

Raya 2009

Raya pertama, kami sekeluarga pergi beraya di Ipoh,rumah Achik, Lepas asar kami bertolak pula ke rumah Atuk di Kayan. Agak meriah jugak bila sampai di rumah Atuk . Wan, mak anjang, Pak chu dan sepupu2 aku memenuhkan dan mengamatkan rumah Atuk aku.

Lepas solat maghrib baru berangkat balik ke Besout. hampir pukul 11 malam baru sampai kat rumah Abah. Sesudah sampai je aku anak beranak pakat tidur awal. Penat beraya la katakan.

Raya kedua lepak2 kat rumah jer. Lepas Asar baru bersiap2 pulak untuk balik ke negeri 9. Kami sempat singgah sekejap hantar barang2 yg x berkenaan kat rumah di S.alam.

Raya ketiga, kami sekeluarga bersama famili hubbby aku , pergi beraya rumah mak2 sedara belah negori pulak. Aku ingatkan dapatlah merasa soto ayam ke daging salai masak lemak ker.. alih2 biskut raya jer. Yer la dah raya ketiga mana nak ada semua tu kan… Tahun depan la pulak klu di Izinkan Allah S.W.T.

Seperkara masa kamii pergi beraya ke rumah bakal BIL, seorang penunggang motosikal kuasa besar terbujur kaku di tengah2 simpang tiga jalan menuju ke Serting Hilir (kalau tak silap). Agak menyayat hati bila melihat mangsa menemui ajal dalam kemalangan jalan raya. Hanya Al-fatihah yang aku mampu berikan. Dalam hati aku sempat berkata “bertambah lagi  jumlah korban opss sikap tahun ni” nak salahkan pemandu2 kenderaan saja tak boleh juga. Simpang tiga tu agak sibuk sepatutnya buatlah lampu isyarat untuk memudahkan pengguna jalanraya. Atau sebenarnya memang ajal hamba Allah itu sudah sampai hanya kemalangan itu sebagai penyebab kematiannya.

30 September, 2009

Gegaran tsunami 30/09/09

ptg td lbh kurang 6.15ptg apartment aku bergoyang2. Tetapi aku x perasan cuma rasa pening2 saja. aku igtkan sbb perut aku yg masuk angin sbb lbt mkn. rupa2 nya Husband yg dok menyembang kat playground bersama kengkawan nye, bergegas panggil aku dan anak utk turun ke bawah.

kat bawah dah heboh psl apartment kitaorg yg bergoyang ramai org dah turun masing2 kecoh. Bila dgr berita td kat TV3 rupa2 nye tsunami melanda kat sumatra. Ya Allah selamatkan lah kami  jauhkan lah kami dari bencana alam AMIN.

16 September, 2009

SAMBAL IKAN MASIN KURAU

Minggu terakhir puasa ni malas betul nak masak utk sahur. makan pun x berapa selera dah. Lauk sahur aku panaskan saja yg aku dah beli kat kantin kilang. Aku mmg suke beli lauk kat kantin kilang sbb murah. Untuk 2 org  dewasa makan mmg cukup sesangat lar. petang semalam sempat buat sambal ikan masin untuk sahur bagi membangkitkan selera.

 

SAMBAL IKAN MASIN KURAU

PIC_1527

Bahan-Bahan

300gm isi ikan masin kurau

Santan pekat dari dua biji kelapa

2 biji bawang besar

7 ulas bawang putih

100g cili kering

 

cara-cara

Bawang putih, bawang besar, cili dikisar

goreng dahulu isi ikan masin

tumis bahan kisar hingga naik bau,

masukkan santan dan bila dah agak pekat, masukkan ikan yg di goreng.

tumis sehingga kering untuk di simpan dalam bekas.

 

* sambal ni klu di makan dengan nasi putih panas2 kompem bertambah2 makan.

pending..

lagi 5 hari saja lagi InsyaAllah untuk umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri . Persiapan aku masih tak complete. Tahun ni semangat nak buat kuih raya tu berkobar2 tapi sampai skrg pun masih x buat2 lagi. hatta resipi yg simple mcm biskut cornflakes madu pun aku rasa cam malas. Baju  kurung Hannah pun x siap2 jahit lagi. Kain nya dah siap jahit cuma baju dia belum cantum tangan. Hubby kata beli saja lah x payah jahit2. bukan  aku x nak beli tapi kaler yg aku nak match kan dgn ba ju aku n abg dia x ade. Semalam cuti x dapat buat apa2 pun. Pergi sana pergi sini sampai rumah dah petang..x sempat dah la nak uli doh bagai…

14 September, 2009

sampul raya

masa jalan-jalan kat pasar karat shah alam ternampak sampul duit raya ni.. Hubby yg gigih nak beli . Sampul note seringgit dan lima puluh dah abis!!. beli note $5 dan $10. nak beli yg note $100 cam x logik jer.. kang buat bebudak tertipu lak cover sampul x sama ngan isi dalam sampul. Hubby kata mesti nanti bebudak yg dapat ni suke!! iyolah klu dapat duit raya bkn bebudak yo yg suke  mak budak pun suke.

PIC_1523

Ayam goreng lengkuas

PIC_1490

Bahan-bahan

  1. Ayam
  2. lengkuas yg telah di kisar
  3. garam
  4. kunyit

cara-caranya

  1. campur semua bahan-bahan dan perap 1 atau 2 jam
  2. goreng dengan api sederhana

* nak sedap lagi perap semalam atau bole di tambahan ngan rempah ratus yg lain.

Ana Muslim..

Hannah ngan tudung baru.. Ayah yang beriya-iya nak beli. Layannnn..memang comel tapi cam kesian plak kecik2 di pakaikan tudung.

PIC_1522

PIC_1505

31 August, 2009

sambil-sambil..

Sabtu yang lalu,sementara menunggu MIL aku sampai. Aku sempat membeli buku-buku ni di kedai dlm Hospital Pantai. Kami melawat BIL aku yg baru menjalani operation di bahagian hidung akibat sinus dan sukar untuk bernafas. Struktur tulang hidungnya didapati bengkung akibat jatuh masa zaman kanak2 nya. Doktor telah membuang tulang yg telah menyempitkan lubang pernafasan nya. Moga BIL cepat sembuh.

 

PIC_1411

 

PIC_1408

terlebih sudahhh…

Hari ni teringin nak makan tauhu sumbat.. tapi versi aku kali ni cuma sumbat ngan timun je.. Tauhu dia aku lumurkan ngan kunyit dan garam sebelum goreng..

nyammm..nyamm..!!

PIC_1403

Menu berbuka

Sosej cheese roll

PIC_1400

tadaaa!!!

sosej roll feveret si Ayah

Bahan2

1- Roti putih

2- Cheese

3- Sosej

 

Cara2

- Sosej potong 2

- Potong / buang kulit roti putih dan di lenyek rata, kemudian potong kepada 2 bahagian

- Potong cheese ikut suka anda

- Gulung kepingan roti putih bersama dan sosej.

- Goreng hingga warna keperang-perangan.

05 August, 2009

weekend lepas

weekend lepas aku berjaya menerjah ke sale Gudang Anakku. Konon2nye sebelum pkl sepuluh pg aku nak dtg, punye la Xcited nye alih2 sampai pkl 11 pg. Che Fid siap nak balik dah.. Dlm 2 jam gak la abis masa kat situ. Tak banyak pun shopping baju bebudak ni. saiz baby je banyak yg baju junior plak besar sesangat. Kurang syeikh la aku shooping waktu tu.

Next, aku pergi PKNS plak tgk pesta buku shah alam. Buku2 keagamaan byk kali ni. Che Mat plak nak buku Ensikopedia Dinosur, harga boleh tahan la, tp pergi round2 kat tempat lain dlu pastu bole terlupa nak pergi beli buku Dino tu. Nasib baik Che Mat tak merajuk. Aku pun dapat gak rembat satu buku psl jahit menjahit ni. siap minta diskaun boleh! biasa la klu tak tawar menawar tak sah.

rasa macam hari masih siang lagi sambung plak beli barang dapur kat Tesco..Che Mat siap tertido dlm troli kepenatan.. kesian

20 July, 2009

ate.. apa ke hey nye yong

emmm.. aku tak tau le apa yg tak kena ngan aku ni. Asal ada henpon je semedang nye rosak. ni  hp aku udah mati lagi. pas ni ntah bile plak le nak membeli nye.

tgh2 check email mailbox teringin lak nak membaca sekali lagi email yg Meon bagi. Email SURAT UNTUK AKHIL HAYY dlm loghat perak.

Adoi!!! x tahan mike membaca nye. lama sungguh mike x berbahasa kampung mike ni. Ni klu jupe deme2 ni nak-nak klu berjupe aini kecik mau pecah perut bercerite.

19 July, 2009

apa da…

aaarghhh!! mengantuknyer. hajat aku nak mengupdate kan gambar kat FB masa gath petang td.  tapi mata pelak berat sgt , bila tgk jam dah pkl 12 tgh malam ptt la layu je mata. anak2 n hubby masing2 tido bergelimpangan kat depan tv.

Pinggan di dapur byk plak x berbasuh bahana ptg td nyer mkn2. kain baju plak melonggok di sofa belum berlipat. Pelik jugak aku rasa semlm mcm dah settle sumer dah. Bila nak start keje balik mcm2 keje nak kena buat.. perlukah aku cari maid yg made in indon… owh! tidak sekali2 kerana aku tidak mau itu maid akan mendera aku yg baik lg lembut hati ini…ekekekkeke! iyer ke yong..

aku x tahan dah ni tgk seisi keluarga aku dah lelap. wait for me!! i’m coming gedebussssss…..

serbuk ikan bilis

*MASAK SENDIRI UNTUK BAYI ANDA

Serbuk ikan bilis

PIC_1058

Bahan-bahan

* ikan bilis

 

Caranya;

* ikan bilis di basuh dan di goreng garing tanpa minyak

* tumbuk halus @  kisar halus

* tapis serbuk ikan bilis goreng td utk  dapatkan hasil yg halus sekata.

* simpan di dalam tuperware or tipuware anda…

+++ taburkan  serbuk ikan bilis dlm puri/bubur nasi ketika  menghidangkan utk si manja anda

bandit’s pants

lama sangat dah tak menjahit. Asyik ada aje benda yg nak kena buat. klu free sikit, asal nak pegang mesin jahit je, hannah lak mengacau.

cuma seluar belang2 penyamun ni je yg mampu aku buat utk Che Mat. Mula2 marah sungguh kat aku bila suh fitting hehehehhee!. bila dah pki x mau tanggal plak.. apa makna ni!!

 

PIC_1052

Sayonara..sayonara hingga berjumpa lagi..

petang td dapat jugak berjumpa dengan kengkawan lama masa kat PUO dlu. Pas ni ntah  bila pulak la nak berkumpul lagi. walaupun sekejap je, janji dpt berjumpa + makan dan borak2. Kali ni masing2 ada hand bag kecik. masa untuk  membesarkan keluarga ekekekeke!!!!

PIC_1076 PIC_1085

PIC_1093

bergambo bersama  seisi keluarga

macam x puas nak menyembang, sekejap sgt. tak sempat nak borak2 ngan gundu2  angah, intan, Adun, mai, asouyy. Asouy tetap maintained slim river,  Adun cam biasa la tetap cun, Angah  ehehhe sori da mori u look tembam, dlm seisi berpantang lagik :), mai plak , tup!tup! ko kando brg2 plak meniaga yekk!.. sejak bila plak ko jd bisneswomen ni!

 

PIC_1105

buah tangan dari fiji.

 

PIC_1115 PIC_1118

ni plak intan gundu yg bg … sukeeeee nye mak nyah! byk betul brg free mak dapat.

 

PIC_1103 PIC_1137

antara harta rampasan petang tadi. snack di taja oleh acik Adun, cupcakes lak dr nadia n button. timekaceh bagi aku rembat semua nih !

 

PIC_1124

aaaa EEE gaga iguugu da da..!!! waf..waff..waff

maksudnye : “ ni anna unyer,mekaceh untie adun….. “

sebelum balik sempat shopping cuties pin dari acik Mai pulak,

PIC_1138

17 July, 2009

Sumpahan ikan sebarau

Info yg di ceduk dr wikipedia:

Ikan Sebarau atau nama saintifiknya Hampala macrolepidota merupakan sejenis ikan yang terdapat di Malaysia. Ikan Sebarau merupakan ikan air tawar. Ikan ini banyak tulang halus berbanding dengan ikan lampam.

Ikan Sebarau biasanya terdapat di sungai-sungai yang mengalir deras. Diet utamanya adalah anak-anak ikan dan juga udang.

 

Sumpahan Sebarau

hujung minggu lalu,aku sempat bersembang2 dengan mak tiri dan adik perempuan aku mengenai asal keturunan keluarga kami. Menurut cerita mak tiri aku yg dlu nye pangkat mak sedara sebelum berkahwin dengan ayah aku,Keluarga kami tidak bole memakan ikan sebarau. sejenis ikan sungai yg byk tulang.

 

Seperti yg diceritakan:
Alkisahnye keturunan nenek moyang aku dahulu sebelah datuk berasal dr keluarga bangsawan di Banjar Masin, kalimantan Indonesia.
Mereka datang merantau dan membuka tanah di sekitar sungai manik. Dikatakan mempunyai banyak tanah hasil dr penerokaan hutan. Disebabkan nenek moyang aku dahulu melanggar pantang memakan ikan sebarau, maka banyak harta tergadai dan jatuh miskin.

Aku antara percaya dengan tidak cerita mak aku ni. Macam cite dongeng jer aku dengar..nak2 plak bila kata dr golongan bangsawan.  Tapi mmg dr kecik keluarga kami x mkn ikan sungai. Tak tahulah klu ini penyebabnye.

tapi dr pemerhatian aku mmg datuk2 aku seorang pelaut yg handal dan bole membina sampan  yg besar seorang diri. Malah boleh berkebun atau buat apa saja pekerjaan berat seorang diri.Dan setiap seorang datuk2 aku mempunyai senjata warisan.
Datuk sebelah aku menyimpan sebilah parang panjang yg kononnye ditempa selama 7 jumaat. Sekarang ni senjata tu ada bersama opah aku dan  hanya berbalut kain kuning saja. Parang panjang ni pernah di gunakan semasa perang dengan tentera jepun.

tapi aku x nampak plak tanda2 yg lain. Sebab atuk aku seorang yg pendiam dan jarang bercakap atau bercerita dengan cucu-cucunya.

Mungkin amalan2 dahulu telah dibuang oleh Atuk aku. takut nnt akan mengganggu anak cucu nya.

Cuma ada 1 cerita pasal parang panjang atuk aku yg aku tau telah di pinjam oleh orang utk membuat kerja2 x bermoral. Sewaktu si peminjam ingin keluar rumah parang tu secara tiba2 jd berat dan tidak bole di bawa menyebabkan si peminjam menghantar semula parang berkenaan.

Wallahu`lam aku  tak tau sejauh mana benarnya kesahihan cerita ini. Aku hanya sekadar mendengar dan bersyukur dengan kehidupan yg aku kecapi sekarang.

16 July, 2009

i hate you …..

semakin hari semakin bengang

apa yang aku nak kata kan lagi...

aku bosan berhadapan dengan manusia yg

1- suka memaksa orang.
2- tidak boleh menerima pendapat orang lain
3- suka menyalahkan orang lain
4- tidak meminta maaf
5- tidak mengaku kesalahan diri sendiri
6- pentingkan diri sendiri

bla..bla..bla.. ni klu aku nak senaraikan berkajang2 adanya.

sekadar melepaskan ‘ketensionan’ aku… pada hari ini..

sekian.

26 June, 2009

PURI NASI + BAYAM

*MASAK SENDIRI UNTUK BAYI ANDA

PIC_0995

 

Penyediaan;

- Beras dan daun bayam hijau dibersihkan

- bayam di potong kecil

- Masukkan beras ke dalam periuk dan biarkan mendidih sehingga beras menjadi hancur

- setelah bubur nasi masak, masukkan daun bayam

- biarkan sebentar sehingga daun bayam lembut dan kisar untuk mendapat tekstur puri yg halus.

 

PERIHAL BAYAM

Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.Terdapat juga jenis bayam hijau dan bayam merah.

Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal. Bayam tua yang direbus dan diminum dapat memperbaiki penglihatan dan memperkuatkan hati.

PURI KELEDEK

*MASAK SENDIRI UNTUK BAYI ANDA

 

PIC_1000

- Ubi Keledek di kupas dan cuci bersih

- potong keledek menjadi bentuk dadu dan rebus sehingga empuk

- kisar keledek sehingga halus

- jika perlu tambah sedikit air masak semasa mengisar

 

PERIHAL KELEDEK

Mengandungi protien dan antioksidan. Merupakan sumber Vitamin A dlm bentuk beta-karotin.Terdapat juga Vitamin C,fiber, Vitamin B6 yg mana dpt mengurangkan risiko serangan sakit jantung, potassium dan zat besi.

Isi keledek boleh didapati dalam warna oren atau kuning. Kulit luarnya pula ada yg berwarna putih, kuning, oren, merah atau ungu.

22 June, 2009

satu lagii..

lagi dan lagiiiiiii…
pemandangan dr bawah meja ofis haku hehehehe
cam biasa, mesti panggil Che Fid suh tengok. Pastu akan ada la seisi brainstorming mak2 yg gila jahit beg DIY.

 

PIC_0022

weekend yg tenat

Niat di hati wah! macam2 nak buat weekend td,tp dlm byk2 benda tu beg DIY jugak yg aku sempat jahit. x de planned pun. plan asal nak jahit baju kurung Hannah tp ke lain pegi nya. Semua brg2 jahit bersepah kat atas meja makan. Tetiba lak kepala naik pusing dan terus demam.

Satu hari aku tak masak.Maka nye, makan jer la Nasi Ayam Lemon made in Pok Li kopitiam. Mama korang dah tak larat nak ke dapur.. err! cam biasa ayah yg belanja yek…

16 June, 2009

dari Teluk Intan hingga ke Lumut

PIC_0802

Papan kenyataan

 

 PIC_0751

takal jam loceng

 

 PIC_0759

Batu hiasan seakan jed yg mungkin telah di curi

 

 

PIC_0748 tangki air

 

 

PIC_0650 

Che Mat tengah merajuk! nak bergambar tp malu menyorok belakang Mama..

 

 

PIC_0841

pemandangan di Jeti Lumut

 

 

PIC_0842Che Mat ngan Uwan nyer..

 

 

PIC_0847

Asyik masyuk tgk kapal kat bawah nih!

 

 

PIC_0848

Kapal ni dgr citer nak diubahsuai menjadi restaurant makan belanja hampir billion ringgit!!….