15 January, 2013

Choco ball

Malam tadi gigih lah mengodek takoyaki pan nak rasmikan le konon. Bukan takoyaki yang aku buat tapi aku buat choco ball hahahhaha.

mula-mula tu, terhegeh-hegeh membancuh batter choco ball padahal takoyaki pan tu dah lama dah dipanaskan.

gabra giler kut aku, masa nak masukkan batter dan choco filling nutela dalam acuan tu.
hasil dia memang le sedap tapi rupa choco ball aku tu tak cantik hehehe. gigih mula-mula nak buat bentuk bulat tapi sebab macam dah tersalah teknik. buat je la bentuk separuh jer. nak kena praktis lagi nih!

20130114_225325

Resepi untuk Choco ball. aku guna premix waffle jer. sebab tepung ni ada banyak lagi masa beli buat waffle ari tu.

Choc ball
------------
Bahan-bahan
- 1 biji telur
- 1 cawan air
- 2 cawan tepung pre-mix waffle
- 3 sudu makan minyak masak.

filling
- choc Nutella
optional
* peanut butter
* kaya

Cara-cara
- pukul telur sampai kembang
- masukkan air dan pukul lagi
- masukkan tepung premix dan putar sebati
- last sekali masukkan minyak masak dan  putar jugak sampai sebati.
- rehatkan dalam setengah jam.
- kemudian masukkan separuh aduanan dlm acuan masukkan filling dan tuang penuh aduanan dalam acuan tersebut.
-masak sampai keperangan.

20130114_225302

1 comment:

Sinar Qalbi said...

salam..dimana boleh dapatkan buku masakan korea tue?