28 May, 2013

Family outing ❤ Bagan lalang

Terlanjur berjalan ke rumah member di KLIA.
singgah la sekejap kat bagan lalang.
orang kata kalau nak makan yang bakar-bakar.
datang sini.
Hari minggu lepas, saja-saja la datang.
orang tak ramai sangat.
mungkin orang nak datang minggu ni.
minggu budak-budak cuti sekolah.

kalau nak lepak-lepak sekadar BBQ, main pasir.
ok la bawa anak-anak jalan-jalan di sini.
kalau nak mandi macam tak sesuai jer.
air dia ada bau sikit.
bila teringat pantai,
terasa nak balik kampung (lumut) mandi laut.
yehaaa!! meh kite bergambo aje la wei!

20130519_175901

20130519_180131

20130519_181313

20130519_181627

20130519_182020

20130519_183109

C360_2013-05-19-18-24-54-705

C360_2013-05-19-18-26-17-141

21 May, 2013

coret-coret PRU 13.

Walaupun dah lama berlalu hari mengundi senegara.
saja je nak tempek gambar-gambar PRU.
tahun ni aktiviti memangkah masih kat kampung.
tak tukar alamat pun lagi.
Malas nak tukar alamat mengundi.
sebabnya time mengundi ni lah dapat jupe kengkawan.
maklumlah time raya je selalu jumpa ramai kawan-kawan.
kalau nak senaraikan tak puas hati dengan pengurusan PRU.
sampai election akan datang pun tak akan habis.
Malas nak story banyak-banyak meh kita layan gambar...

20130505_071426

Cuaca pagi hari mengundi sangat nyaman, berkabus lagi.dah macam kat cameron gitu heheheh

20130505_072155

20130505_072757

20130505_110224

20130505_091138

Yang bestnya kali ni mengundi di sekolah rendah aku dulu. memang memori daun lalang sungguh. Mengundi dalam kelas masa aku darjah dua. Dapat gak jejak lagi kelas ni. Sangatlah uzurnya kelas aku tu. Disebabkan  cuaca tengahari agak terik dan fikir nak cepat balik. Terlupa nak pusing2 sekolah melawat kawasan huhuhuhu.

Pictures4

07 May, 2013

jjajangmyun mee style Yayan

 

20130502_191323

Ingredients

3-4 sudu besar tauchu
(kes tak de black bean paste korea)
3-4 sudu besar kicap pekat atau apa-apa aje jenis kicap.
4 sudu besar minyak masak
2 sudu kecil gula
daging lembu dipotong dadu
(suke hati korang la nak letak berapa gm)
1 biji bawang besar dipotong dadu
6-7 biji kentang size sederhana potong dadu.
1 sudu besar sos tiram. kalau nak tambah
1 1/2 cup air atau lebih
2 sudu besar tepung jagung bancuh dengan 3 sudu besar air
mee kuning size besar atau spageti
garam secukup rasa.

Cara-cara
- rebus daging sampai empuk. ketepikan
- tumis bawang besar dan kentang sampai agak garing sedikit.
- masukkan daging dengan stoknya.
- masukkan tauchu,sos tiram, kicap,gula,garam
- tambah lagi air jika perlu.
- masak sampai kentang empuk. Rasa kuahnya, mana yang tak cukup tambah
- masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau dalam beberapa minit.
- tutup api.
- celur mee kuning / spageti.
- boleh hidang dengang apa-apa aje hirisan sayur atau telur rebus kalau korang suka la.

kalau nak original resepi pergi la kat sini . Tapi original guna daging  P**k.

jjajangmyun noodle ni boleh la aku kategorikan ala-ala mee masak kicap.
tak pun ala-ala claypot yee mee.
cuma dia letak kentang je.
Tapi tak sure la rasa dia yang sebenarkan.
tak pernah lak rasa.

dalam versi aku,
kuah dia tu aku tambah serbuk lada hitam sikit.
nak pedas aku tambah jer serbuk cili.
bole la setakat nak fefeling kpop khen.
hehehe

selamat mencuba yer pada sesiapa yang menyinggah tu.