14 February, 2013

Raja Ayam Goreng Malaysia

2 minggu lepas, aku & famili pergi cyberjaya kejap.
pergi pick up SIL untuk ambik kereta dia.
Dah seminggu masuk workshop.
Masa otw ke Shah Alam, teringat pulak nak menyinggah ke kedai Raja Ayam goreng malaysia kat Taman Equine.
Kelantan Fried Chicken katenya.
Masuk dalam Jalan-Jalan Cari Makan.
Boleh beli menu cukup-cukup Rm10 kalau tak berduit.
Memang sungguh pun.
Menu dia berbaloi jugak dengan harganya.
Cuma kedai dia kecik.
Tak dapat nak tampung ramai orang.
May be sebab baru je seminggu keluar JJCM.
Maka, orang memang ramai yang datang.
Kebetulan pekerja dia tak ramai.
sebab ada yang off day.
Tapi kita bagi kredit juga la kat kedai ni.
Paling best aiskrim mint dia.
RM2 penuh cup. Sedap lak tu.
Aku tengok float dia pun murah baru RM2.50.
Kitaorang cuma tapau je sebab, meja full lagipun nak cepat ambik kereta SIL kat workshop.
Cer korang datang sini kalau nak try KFC versi timur hehehe.

20130203_192840

ni aku ambik pamplet kat kedai tu. nanti kalau datang lagi nak try  Hawaii burger ngan kelantan chicken chop lak.

20130203_162659

Tag hijau tu JJCM nye tanda. Abaikan susun atur kedai. Agak serabut sikit.

20130203_162733

penuh orang sampai nak jalan pun susah. Ada yang dine in repeat order.

Zira wedding

10 Feb 2013

Selamat pengantin Baru pada adik perempuan aku Nazirah aka Mak lang.
Abah menunggu agak lama jugak ler nak merasa berkenduri kendara majlis kahwin ni.
Hampir 8 tahun tu.
Kira ni kenduri anak perempuan last.
majlis Alhamdulilah syukur berjalan dengan lancar.
Tetamu pun ramai yang datang.
Saudara mara pun ramai juga berkumpul.
babysitter Che Mat , Che Nah pun datang.
Tak terkecuali MIL, FIL sekeluarga.
Lauk pauk pun Alhamdulilah licin.
Terutama sayur masak kacang panjang +hati, Ayam panggang dan kuah belacan.
Feveret orang kampung aku ni kuah belacan.
Resepi kuah belacan tu, nanti kita cerita kemudian.
Ayam panggang abah order 140 ekor dari hutan melintang perak.
memang terbaik!.
Tema adik aku Pink purple.
Tapi tau aje la aku ni, belasah je kaler warna warni.
Lagi pun aku kerja belakang tabir tak yah nak melawa. Kang tak jadi kerja hahaha
Punya la kalut aku mengedar goodies bag bagai.
sampai aku tak bergambo dengan pengantin huhuhuhuu.

20130209_095121

20130209_095132

gift untuk di isi dalam goodies bag. Label buat sendiri hehehe. Tu pun gigih nak bagitau :)

20130209_105445

ni budak berdua ni bergambar bersama mak lang  lepas selesai majlis akad nikah.

20130210_125713

ni gambar masa bersanding.

Photo2846

gigih nak bergambar kat pelamin. ntah siapa yang snap pun aku tak tau. sibuk di dapur. Che Nah ni pantang, asal nampak orang bergambo je kat pelamin dia pun datang menempel.

Photo2843

dapat kawan baru.

20130210_221238

malam, acara yang ditunggu-tunggu iaitu buka hadiah. Ada pulak sorang pakai baju kuning bercekak pinggang. xcited terlebih nak tengok hadiah pengantin hahahaha. Masa ni Pak enchik tak de pergi membeli Char kuey tiow di simpang jalan ngan Che Nah. Che Mat awal-awal lagi dah terbuntang tido kepenatan bermain dengan kawan kampung.

Hello Kitty in da house.

sekarang ni demam hello kitty dah menjangkit kat mak dia.
anak memang dah lama suka dah.
ni kalau nampak apa-apa barang hello kitty,
mak dia yang lebih-lebih nak membeli hahahaa.
yang untung anak dia jugak ler.
pak dia geleng-geleng kepala.
Sekarang ni kat pasaraya Giant ada banyak barang-barang Hello kitty.
Harga boleh tahan ler.
Tapi kalau nak rembat semua sekaligus,
memang kopak.
Tak perlu pun Che Nah nak merayu kat mak dia.
Selalu sampai dia cakap ‘Tolong lah! Tolonglah!’ sampai tekap dua tapak tangan macam sembah raja zaman dulu-dulu. minta belikan hahaha
kali ni,sekali mintak je dah dapat hahahaha tak yah bargain2 sebab, mak dia pun berkenan sebenarnya lol.

20130131_221515