31 August, 2009

sambil-sambil..

Sabtu yang lalu,sementara menunggu MIL aku sampai. Aku sempat membeli buku-buku ni di kedai dlm Hospital Pantai. Kami melawat BIL aku yg baru menjalani operation di bahagian hidung akibat sinus dan sukar untuk bernafas. Struktur tulang hidungnya didapati bengkung akibat jatuh masa zaman kanak2 nya. Doktor telah membuang tulang yg telah menyempitkan lubang pernafasan nya. Moga BIL cepat sembuh.

 

PIC_1411

 

PIC_1408

terlebih sudahhh…

Hari ni teringin nak makan tauhu sumbat.. tapi versi aku kali ni cuma sumbat ngan timun je.. Tauhu dia aku lumurkan ngan kunyit dan garam sebelum goreng..

nyammm..nyamm..!!

PIC_1403

Menu berbuka

Sosej cheese roll

PIC_1400

tadaaa!!!

sosej roll feveret si Ayah

Bahan2

1- Roti putih

2- Cheese

3- Sosej

 

Cara2

- Sosej potong 2

- Potong / buang kulit roti putih dan di lenyek rata, kemudian potong kepada 2 bahagian

- Potong cheese ikut suka anda

- Gulung kepingan roti putih bersama dan sosej.

- Goreng hingga warna keperang-perangan.

05 August, 2009

weekend lepas

weekend lepas aku berjaya menerjah ke sale Gudang Anakku. Konon2nye sebelum pkl sepuluh pg aku nak dtg, punye la Xcited nye alih2 sampai pkl 11 pg. Che Fid siap nak balik dah.. Dlm 2 jam gak la abis masa kat situ. Tak banyak pun shopping baju bebudak ni. saiz baby je banyak yg baju junior plak besar sesangat. Kurang syeikh la aku shooping waktu tu.

Next, aku pergi PKNS plak tgk pesta buku shah alam. Buku2 keagamaan byk kali ni. Che Mat plak nak buku Ensikopedia Dinosur, harga boleh tahan la, tp pergi round2 kat tempat lain dlu pastu bole terlupa nak pergi beli buku Dino tu. Nasib baik Che Mat tak merajuk. Aku pun dapat gak rembat satu buku psl jahit menjahit ni. siap minta diskaun boleh! biasa la klu tak tawar menawar tak sah.

rasa macam hari masih siang lagi sambung plak beli barang dapur kat Tesco..Che Mat siap tertido dlm troli kepenatan.. kesian