25 November, 2011

Pneumokokal membawa maut

copy paste artikel ni di kosmo untuk panduan aku dan pembaca

artikel asal di sini

Oleh NURUL IZZA ROSLY


MUNGKIN ramai pernah mendengar perkataan pneumokokal, namun tidak semua yang tahu apa pneu- mokokal itu sebenarnya.

Jika anda mempunyai anak kecil dan tidak pernah mengambil vaksin pneu- mokokal atau tidak mahu memberi- kan anak anda vaksin itu, anda perlu berfikir sekali lagi selepas anda membaca artikel ini.

Pneumokokal merupakan suatu penyakit yang berpunca daripada keha- diran bakteria Streptococcus pneumoniae (pneumokokus).

Punca kematian kanak-kanak

Ia biasanya ditemui di dalam saluran pernafasan kanak-kanak dan disebarkan melalui batuk atau bersin.

Kini terdapat lebih daripada 90 jenis pneumokokal yang diketahui, namun hanya lebih kurang 10 peratus dari- padanya boleh menyebabkan penyakit yang serius.

Bakteria itu menyebabkan jangkitan invasif termasuk bakteremia/sepsis (jangkitan bakteria dalam darah), meningitis (radang membran yang menyelaputi saraf tunjang dan otak), pneumonia (radang paru-paru) dan otitis media (jangkitan telinga tengah).

Tahukah anda bahawa penyakit pneumokokal merupakan punca utama kesakitan dan kematian kanak-kanak di seluruh dunia?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit pneumokokal mengakibatkan sehingga satu juta kematian dalam kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada lima tahun di seluruh dunia.

Ia meragut lebih banyak nyawa kanak-kanak berbanding penyakit AIDS, malaria dan campak secara bergabung.

“Lebih separuh daripada kejadian dan kematian akibat penyakit pneu- mokokal berlaku di rantau Asia Pasifik yang merangkumi 28 peratus daripada kematian berkaitan pneumokokus global.

“Kita perlu mendidik ibu bapa dan orang ramai tentang cara melindungi kanak-kanak daripada penyakit pneumokokal kerana kesan penyakit ini adalah amat buruk tetapi sebenarnya boleh dielakkan,” kata Pakar Perunding Pediatrik Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr. Musa Mohd. Nordin.

Tambahnya, kaedah pencegahan berkesan perlu disediakan untuk semua kanak-kanak di Malaysia.

ANAK kecil tidak perlu menderita hanya kerana kegagalan ibu bapa memberikan mereka suntikan vaksin pneumokokal.


Di Asia sahaja, hampir seorang kanak-kanak di bawah usia lima tahun meninggal dunia setiap dua minit akibat penyakit pneumokokal.

Menurut WHO, penyakit pneumoko- kal adalah punca kematian yang boleh dicegah dengan vaksin dan imunisasi boleh dianggap sebagai cara paling cekap dan menjimatkan kos untuk mengurangkan penyakit dan kematian.

Dr. Musa yang juga Ahli Pengasas Pakatan Strategik Asia bagi Pencega- han Penyakit Pneumokokal (ASAP) turut menceritakan pengalamannya berdepan dengan beberapa kes meli- batkan kanak-kanak yang menghidap penyakit tersebut.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun datang dengan batuk yang berlarutan selama tiga minggu, demam panas, tidak memberikan respons terhadap antibiotik. Di hospi- tal, keadaannya lemah, nafasnya laju dan dada berombak.

“X-ray menunjukkan paru-parunya penuh dengan cecair. Apabila dikeluarkan cecair itu kita dapati bakteria pneumokokus di dalamnya. X-ray mendapati paru-parunya mengalami kerosakan yang teruk,” ceritanya.

Sambungnya lagi, kes kedua meli- batkan seorang bayi perempuan berusia lima bulan yang telah demam selama 36 jam, masalah pemakanan (poor feeding) dan muntah.

“Dari klinik saya bergegas ke Unit Rawatan Rapi dan kami sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk menyelamatkannya, namun bayi tersebut meninggal dunia selepas masa 10 minit.

“Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana ia dapat dielakkan dan dapat menyelamatkan nyawa dengan memberikan vaksin,” katanya.

Jelasnya, pemberian vaksin pneu- mokokal bukan sahaja memberikan perlindungan kepada kanak-kanak, malah turut melindungi seluruh ahli keluarga kerana kuman tersebut tidak akan disebarkan kepada orang sekeli- ling.

Pemberian vaksin pneumokokal itu mampu mengurangkan penyakit tersebut kepada 99 peratus bagi mereka yang mengambilnya dan menunjukkan penurunan 60 peratus terhadap mereka yang berusia 50 tahun ke atas tanpa mengambil vaksin tersebut.

“Mengenai menjadikan vaksin ini sebahagian daripada Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), kita telah meng- utarakan perkara itu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 2005 lagi dan ia mengambil masa sedikit,” katanya.

Laman web pneumokokal

GAMBARAN X-ray yang menunjukkan paru-paru yang mengalami pneumonia.


Sejajar dengan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung penyakit pneumokokal, Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. dengan sokongan ASAP, Pitter Patter, parenting2u.com dan SJ Echo melancarkan sebuah laman web baharu iaitu www.abc4pneumococcal. com baru-baru ini.

Laman tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran tentang penyakit pneu- mokokal dan menekankan hakikat bahawa penyakit itu boleh dicegah menerusi pemvaksinan.

Sempena Hari Pneumonia Sedunia yang disambut di seluruh dunia pada 12 November lalu, pelancaran laman web tersebut diadakan sebagai lanjutan Kempen Sasarkan Liputan Lebih Luas (ABC) yang dilancarkan bulan Jun lalu.

Ia menyeru ibu bapa dan individu yang memperjuangkan matlamat sama untuk menyokong seruan bagi memastikan setiap kanak-kanak di Malay- sia dilindungi daripada penyakit pneu- mokokal menerusi vaksinasi.

Laman web www.abc4pneumococ- cal.com mengandungi pelbagai maklu- mat tentang segala perkara yang berkaitan dengan penyakit itu, sekali gus ibu bapa boleh melindungi anak mereka daripada jangkitan.

Kempen itu turut menggalakkan ibu bapa untuk menandatangani ikrar sokongan dalam menyeru agar pemvaksinan dimasukkan sebagai Program Imunisasi Kebangsaan.

Presiden dan Pemimpin Serantau Asia Pasifik bagi Persekutuan Organi- sasi Meningitis (CoMO), Bruce Lan- goulant memberitahu, penyakit pneu- mokokal perlu diambil perhatian.

“Saya merupakan seorang bapa kepada seorang anak yang pernah menghidap penyakit pneumokokal. Semasa berusia enam bulan, anak perempuan saya, Ashleigh menghidap penyakit pneumokokal yang menyebabkan meningitis.

“Ia menyebabkan anak saya pekak sepenuhnya, sawan dan kurang upaya dari segi intelektual. Saya merupakan salah seorang daripada ribuan ibu bapa dan keluarga yang mengalami kesan penyakit yang mengancam nyawa ini,” luahnya.

Perjuangan ibu

Beberapa ibu bapa yang hadir pada majlis pelancaran tersebut turut berpeluang melontarkan pandangan serta berkongsi pengalaman.

PERLINDUNGAN vaksin pneumokokal kepada kanak-kanak mampu melindungi mereka daripada penyakit-penyakit yang membawa maut.


Pengalaman yang dikongsi oleh Zura Baharudin, 29, amat menyentuh hati pe- nulis dan membuatkan hadirin sebak.

“Saya mempunyai seorang anak lelaki berusia 11 bulan yang baru sahaja keluar hospital Jun lalu kerana penya- kit pneumokokal meningitis.

“Pada mulanya saya tidak tahu ia adalah pneumokokal kerana hanya menyangka anak saya mengalami demam biasa. Tetapi selepas dia muntah-muntah tanpa henti, tidak kenal saya seba- gai ibunya, saya terus bergegas ke hos- pital. Anak saya dimasukkan ke ICU selama lima hari,” ceritanya menahan sebak.

Zura amat sedih melihat keadaan anaknya. Lebih terkilan apabila menyedari keadaan tersebut tidak sepa- tutnya berlaku jika dia memberikan vaksin pneumokokal kepada anaknya.

“Syukur, kini anak saya berusia 16 bulan kembali sihat dan dia membesar seperti kanak-kanak lain. Sejak keja- dian itu, saya lebih memahami apa itu pneumokokal dan mula menyebarluaskan mesej mengenainya melalui blog saya, Facebook dan memberitahu kepada rakan-rakan saya betapa pentingnya mengambil vaksin pneu- mokokal ini,” katanya.

Sebelum ini Zura pernah mendengar mengenai pneumokokal, namun dia enggan memberikan vaksin tersebut kepada anaknya.

“Ketika melihat anak saya terlantar di hospital, saya ingatkan saya akan kehilangannya selama-lamanya.

“Saya tidak mahu ibu bapa di luar sana membuat kesilapan sama yang saya lakukan. Mencegah itu lebih baik daripada merawat,” ujarnya.

17 November, 2011

11.11.17

HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD AFIQ MIKAIL!

PIC_3697 Happy birthday Che Mat! Luv u so much!

Masa Che Mat kecik2 mama selalu cakap bila la Che Mat ni nak pandai bercakap.. bila dah enam tahun ni hahahha tak menang telinga nak dengar Che Mat bercakap di tambah dengan Che Nah. Kadang2 berebut dua-dua orang ni nak bercakap. Sampai aku pun tak tau nak dengar  cakap  siapa dulu.

Dan paling tak tahan Che Mat suke kaler anggur ..

Copy of afiq6

suka tengok gambar Che Mat masa dia kecik-kecik.

 

PIC_3704

Semoga ALLAH S.W.T melindungi anak-anak mama dan diberikan kejayaan dan keberkatan dunia dan akhirat.

Air Yasin

 

PB170399

Sekarang ni Air yasin pun sudah boleh dibeli. Tak silap 1 botol ni harga dia rm1.00.  Yang ini dibotolkan di Madrasatul Quran Lekir sitiawan, Perak.

Aku baru tau adanya air yasin ni di jual.. tak tau la dah berapa lama air yasin ni mula masuk pasaran. Selalu baca sendiri je kan.

Apa-apa pun bagi aku ini  merupakan satu kemudahan juga bagi umat islam.

Cocktail Jelly.

 

PB170398

 Bahan-Bahan

1 tin koktail buah-buahan

jeli

gula

limau kasturi

cara-cara

campurkan koktail buah-buahan dan jeli. Perah air limau kasturi ke dalam campuran koktail. Tambahkan air gula kalau kurang manis.

15 November, 2011

Konvo Pra JAIS..111115

 

PB150375 

PB150384 persembahan lagu boria

PB150388

sembahyang subuh

PB150389

PB150391

PB150392

PB150393bersama Ecah.

Copy of DSC00916

Copy of DSC00919best fren Che Mat..Aniq Naufal

14 November, 2011

android media player.

aku sangat sukakan Android tab aku. Nak nak bila dapat si hijau ni. Bertambah suka lara aku dirumah menonton mysoju bersama android ku..

 

PB140363 

PB140362

ah! matanye kaler anggur.

menghabiskan duit sajork!..

Ni kalau pergi ke Daiso.. memang kedainya kata setiap barang RM5, tapi kalau keluar kedai tu tak de nyer rm5 lagi, berpeluh-peluh  berpuluh-puluh le habisnye kan.. nak-nak yang rambang mata macam aku ni.. sib baik dalam beg duit aku ada kertas note merah jer yang tinggal. kalu tak haru biru aku.

antara barang yang aku sempat snap n grab!

sila jamu mata dengan gambo di bawah.

PB130342 pengacau ayor

PB130346 PB130347

handle untuk buat beg. dah lama ku cari ni. ada 2 kaler tak silap aku putih dan hitam. aku beli dua jenis bulat dan separa. Ni kalau buat beg pun mungkin utk kegunaan persendirian. Tak jual kut. sebab handle je rm5 kang aku jual beg mahal2 ada ke yg nak beli?

PB130351 sandwich maker

PB130354

PB130343

PB130353 pak enchek nak nih!

PB130355 Cik Mat gigih suruh aku beli ni..konon-kononnya water proof la. sudahnya tak terlipat aku. banyak beno garisan lipatan kapal origami ni. pening2.

PB130356

 PB130357  buku origami buat koleksi dan memenuhkan gobok.

PB130359

ni bukan di beli di daiso.. beli kat tempat lain..model lampu blink..blink..nak interframe.

PB130334

lepak makan eskerim dulu la yek..

PB130336

Roma lalalala…

Buah tangan dari ROMA

PB130340

Apam Balik

Jenuh aku mengugel resepi apam balik yang macam kat pasar malam.. tapi tak akan ada orang yang baik hati nak letak resepi apam balik yang enak macam kat pasar malam tu kan.. kalau ada habaq mai kat aku na.. aku la ni dah suka makan apam balik. kalau tiba hari isnin mesti duk terjah pasar malam kat seksyen 16 cari apam balik.

Dulu-dulu masa kecik aku jual mahal. Abah aku ni kalau gi pekan ( kalau org kampung aku kata pasar sehari lar) mesti bawa balik apam balik. sesuwei sangat le tu.. nama dia kan apam dah balik… sampai aku naik pening kalau nampak apam balik ni. Aku cukup heran dengan Abah.. tang mana la yang sedapnya apam balik tu.. balik..balik.. apam..balik..balik..apam. Siap boleh gaduh-gaduh sebab kecewa tak ada kuih lain.

sekarang ni aku rasa dah kena ketulahan kut.. tak pun gin apam balik abah aku tu dah mula mendominan segala zarah rasa dalam badan aku ni… aku pulak yang dah bawa balik apam balik. Harap-harap anak aku pulak tak menyampah kat apam balik macam mana aku jugak  sangat hangin masa kecik-kecik dulu.

 

PB140367 masih murah harganya Rm2.00 kalau nak jagung lebih Rm2.80

serius aku memang nak resepi APAM BALIK… sila la bagi aku link resepi Apam balik yang kebabooom!!! minta ehsan kengkawan dan pembaca yea…

onegai shimasu!!!

jumpa-jumpa 111111

111111 itu malam dapatlah berjimba-jimba dengan gundu-gundu terhormat di rumah gundu intan kat kundang. seriusly aku sangat seram bila dengar dia kata rumah dia lalu dekat tasek biru… macam puaka tebing biru je kedengaran. Malam-malam pulak tu lalu kat situ… mula fikir ke lain le tur.. Sebab malam aku tak perasankan airnye kaler apa dah golap gulita hanya lampu gerai2 makan je yang lip lap lip lap.

 

PB110332 lepas mak-maknyer berposing

anak pun tak ketinggalan

PB110329

tau pulak anak gundu ina ni cakap melayu..ingatkan tak paham. Yang lawaknya Ina@Angah kata kat sana gi pasar beli ikan cakap melayu. Banyak orang pakistan.. nak-nak pulak pakistani tu pernah kerja kat Malaysia. tu yang pandai berbahasa melayu. Siap boleh tawar menawar tu beli barang-barang dapur.. Tiba-tiba aku terarasa kembang dan bangga bahasa ibunda jadi bahasa perantara di tempat orang. (0_0) suker..sangat2.

SPM 2011

Hari ini SPM 2011 telah bermula. Kertas bahasa melayu katanyer.

Adik bongsu saya bersungguh menalifon saya untuk mendapatkan restu dan doa supaya mendapat kejayaan dan dipermudahkan ketika menjawab soalan.

Iya!!! sudah tentu saya mendoakan kejayaan untuk dia. Satu-satunya adik lelaki saya yang paling cemerlang keputusan akedemiknya. Tapi sayang sukannya tak maju sangat hahahaha.

Teringat masa dia sekolah rendah dulu. Saya rajin belikan buku latihan untuk dia. Ada jugak saya beli dari kilang. Kadang-kadang ada penjual buku datang di kantin kilang menjual buku.

Bukan saja buku macam-macam barang pun boleh di beli di dalam kilang tempat saya bekerja ni. Kadang-kadang Pak guard pun boleh naik konfius kalau check beg-beg pekerja. Kerja kilang buat camcorder..tapi sayur, tempe, belacan pun orang boleh bawa balik hahahahaha.

Dulu saya rajin check buku-buku latihan yang saya belikan untuk adik saya. Alhamdulilah lah dia guna buku-buku tu.

Sekarang saya beli buku latihan untuk anak-anak pulak. Harap-harap anak-anak boleh mencontohi pak su nya yang pandai itu.

Pada ADIK E' SEMOGA BERJAYA DALAM SPM 2011.

Jalan kaki

Hari ini saya berjalan kaki ke depan guard house kilang dari ofis saya di tingkat 2.

tujuannya adalah untuk menghantar parcel ke Japan,sebab sudah terlewat nak kejar masa yang HRD setkan iaitu pada pukul 3.30ptg.

memang agak menyusahkan bagi pihak saya. Merungut jugaklah saya sesama kawan2 yang boleh faham masalah saya. Tapi saya tak suka kalau bercakap dengan seorang tu.. balik-balik buat saya sakit hati saje. Memang bukan salah dia lah sebab mem'baking' orang2 human resource itu.. tapi saya saja yang tak boleh nak terima.

Jauh jugak jarak ofis saya ke guard house tu.. Sempat jugak ber'feeling2' mengingat keadaan dulu semasa di sekolah menengah berjalan kaki balik dari sekolah ataupun balik dari bermain hoki.

saya sangat rindukan zaman sekolah saya. Saya sangat rindu pada kampung saya, suasananya, masyarakatnya, kawan-kawan, pokok-pokok kelapa sawit yang banyak memberi bakti dan kenangan. Rindu pada motor buruk abah yang saya jatuhkan ke dalam longkang depan rumah. bak kata apa-apa saja yang ada di gunung itu saya sangat rindu.

saya tahu sebenarnya...

Saya sangat rindukan ABAH saya...
Apakan daya kerja hari sabtu banyak sangat..

11 November, 2011

Gambar raya Haji 2011

 

Aku sefamili ni memang jarang sangat bergambar di hari raya sekeluarga. Ntah apa yang kitaorang fikir . Orang lain siap sedondon berbaju raya bagai. Kitaorang anak beranak tema baju raya semua lain-lain kaler. Suka-suka hati je nak pakai apa kan. Mungkin belum sampai seru lagi kut nak mengikut jejak sedondon ni.

Harap-harap akan ada seisi bergambar di tahun2 akan datang. Ni apa punye mood la. bergambor raya di tepi kolam ikan koi. Main gasak je aku and famili.

 

PB060308

 PB060305

  PB060307

 PB060306

Kerja baru..

 

Tugas baru untuk penghujung tahun 2011. Mengubah hantaran pulak. Ni tengah menggubah hantaran untuk adik yang nak bertunang bulan disember ni.

Dulu orang yang buatkan gubahan hantaran untuk aku, la ni aku pulak yang buat gubahan hantaran. Ni belum complete sepenuhnye proses menghias.

Tema adik aku EPAL merah EPAL hijau, ekekekeke.. tema buah le pulak kan…macam-macam.

 

PA270201

Nasi goreng serunding..

 

Saja nak tayang nasi goreng versi serunding ayam. bahan2 macam biasa la masak nasi goreng.Taruk la apa-apa pun dalam nasi tu. Sebabkan aku letak serunding, so suka suki hati aku pun nama kan le nasi goreng serunding.

Sedap gak rasa dia, lebih2 lagi kalau letak kacang panjang yg di potong kecik-kecik. tak payah layu sgt sayur tu. baru sedap dikunyah ranggup gitu.

 

PB020213

gigih nak update 111111….

Sempena 111111 ni entry gigih jahit-menjahit telah berjaya di post kan hahahaha.

wah! sekarang nak update belog kena bersempena-sempena plak (>_<) ok le tu sapu sawang kat yayan sebulan sekali wakakakak. Bukti pada ZZ dan Kak leeya aku berjaya sapu sawang hahaha.

Semua hasil kerja tangan tak seberapa ni, di buat untuk gundu Angah and konco-konconya yg br balik dari Roma Italiano.. Harap ko suke ngan pemberian aku ni hehehehhe

 

PB100327 polka dot tote bag

 

PB100312

 

 PB100314angry blue bird versi Ugly doll feat bomber angry bird

 

PB100320 bomber angry bird feat smiley black bat.

 

PB100316  ai tak angry macam sesetengah bird tu!

 

PB100321

we are happy famili yo!

 

PB100325

Hopefully we all dapat terbang ke Roma lepas ni.. dgn tuan tanah baru yehaaa!