25 October, 2011

Android tablet pc.

 

Firts time review gadget kat yayan.

Tablet PC..baik ipad, samsung galaxy. semuanye nampak cool. cuma duit je tak berapa nak kool.  Tapi aku baru jer tau pasal andriod tablet ni. Harga boleh tahan kalau nak compare dengan samsung galaxy.  cuma memory size dia kecik berbanding galaxy.

Best kan. Aku rasa kalau Pak enchik bagi aku ni. Dia kan regret, pasei bini dia akan berkepit ngan menatang ni ku hulu ke hilir. Nak Tengok korean drama, baca manga, surfing, hatta ber Fb-ing and twitter-ing, bukan masalah lagi hahahha. Di mana-mana pun boleh. Asal ada internet provided (^_^) hahahaha. Gelak bertanduk dua di sini. Satu lagi anak dia pun sat gi sakan nak main angry bird.

Pasei apa kata  kalau Pak enchik beli kan, Pasei kalau aku yang kedekut tahi idung masin ni. Memang tak kan beli la sampai bila-bila hahhaha. Sebab aku tengah mengumpul pitih nak membeli itu DSLR yang suatu waktu dulu konon2nya nak jadi penangkap gambo pro.

 

PA250195aku kalau ada yang sudi bagi Free tanpa syarat.. hulur je tangan hehehe

give back….

 

orang kata.. ‘orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa.’Aku pun terasa macam kurang manis le kalau tak memberi apa-apa pulangan di atas pertolongan En. Fujii yang membelikan aku manga yang aku suka tu kan. So, aku pun tak tau nak bagi apa. aku bedal jer jahitkan pouch bag dah sumbat famous amos ni.

 

PA120183

harap polka dot tu tak le terlalu feminin.

 

PA120181 rasanya biskut ni tak le sama harga dengan buku tu kan. Tapi gasak je lah.. dan satu lagi. Aku pun tak tau la macam mana aku tersalah beli fabric kat bawah ni. Memang kaler dia menarik sekali ada gambar dua org budak membawa seekor doogie. huhuhu takkan aku nak buat bag etc utk kegunaan aku kan. Faham-faham je la kan.

so, aku jahitkan pouch bag kat bawah ni bagi kat sorang minah jepung yang selalu beremail-email ngan aku. Harap dia suke le kan..

 

 PA120187

aku ada buat 2 pieces. emm! tak tau 1 lagi nak bagi sapa..ada yang nak ker?

 PA120189

10 October, 2011

Hana yori Dango

Akhirnya dapat jugak aku Hana yori dango 1 set in japanese version. Aku tak tau la kat M’sia ni nak cari kat mana kan. tu yang order dari supporter japan kat Nihon. Gigih la aku membaca lepas ni.. 1 buku tak tentu boleh habis dalam 1 @ 2 hari. Thanx to Fujii san yang sudi melayan permintaan aku. So far aku dah ada Drama and anime. Tak sangka pulak dia nak bagi free. Kena la fikirkan sesuatu benda untuk bagi kat dia ni.

Aku anggap ni sebagai pre hadiah untuk birthday aku tahun ni ahahahaha…

PA070126

aku dah memang addicted dengan Hana yori dango. Terutama sekali dengan versi korean Boys over flower.. huhuhu Lee Min Ho dengan Kim Bum yang hensem and sweet (^_^) … buat aku bole berjaga sampai pagi layan episode demi episode. Aku dah terjebak dengan K-pop hahaha cukuplah animax buat aku  jadi musang berjaga malam. ni tambah plak korean dorama, abis la masa tidur ku huhuhuh.

PA070129

untuk cik ZZ, peh ni bole le kita baca manga sesama yek hehehehe.. untuk sensei Cik Fid hahaha jangan marah no, kalau hari-hari mai tanya kanji kat hang. lol

Sayang Hannah

Selamat Hari Lahir  baby Hannah.... Sorry!! baby, mama lupa birthday baby tahun ni. Sibuk sangat fikir hal kat tempat kerja ni. Nasib baik Ayah ingatkan.

LUV U SO MUCH!…

7 oct 2011 – 3 tahun.

 

PA090162

 

PA070136  abaikan mural hasil nukilan Hannah kat wall belakang tu hahahaha!

 

PA090151

tengah makan susu .. nak bagi milo dia tak nak..!

04 October, 2011

Off-days

off-days la sangatkan.
Sejak aku join department ni aku rasa makin hari badan aku ni makin mengembang adanya.

Tak satu pun aktiviti memerah keringat yang aku dapat buat kat department ni.
Balik-balik aktiviti makan, makan, makan,  AJER! hahahaha

kalau ada pun senaman jalan kaki ulang alik dari production ke ofis. Itu pun kalau tak mengelat naik ofis guna lif lah.

Bosan...bosan..bosan..

Aku rasa once a week aku kena off-days dari hal makan-makan aku tu dan start utk burn semua fatty tummy yummy aku ni....

untuk pengetahuan cik zz hahaha aku ngan adila san dah start main-main lepas waktu kerja ekekeke. last week kitaorang gi bantai main tenis, basket ball + netball. Mencurah-curah ko  peluh membasahi tubuh ku ewah!!!. hingga masuk ke dalam mata. Terasa masin peluh nya ekekekeke.

this week we all nak sambung lagi main-main.
ZZ nak join tak kitaorang nak dapatkan six pack ni hehhe adilah kata IB group kena dapat kan berat 60kg jer hahah betui ke fakta aku cik fid..

sekali seminggu tu macam tak cukup je kan tapi boleh la dari tak ade. Dapat jugak le release tension dari mengadap benda yang lagi lagi bosan tur...

03 October, 2011

Apakah cara kerja anda di tempat kerja.

 

kerja anda  buka laman sembang sosial dari pagi sampailah habis waktu kerja... kemudian baru terasa nak buat kerja maka anda pun OT settlekan kerja anda.

atau,

memang anda buat kerja dari pagi sampailah ke petang atau hingga ke lewat malam.

atau,

buat kerja dari pagi sampai ke petang sambil-sambil tu bukak laman sembang sosial.

atau,

ketawa-ketawa, gedik sini gedik sana gedik situ. merenyeh sana sini situ. lepas tu buat overtime.

apa-apa pun cara kerja korang. TOLONG jangan susahkan orang lain atau pendek kata kalau kerja sekadar suka-suka. Mintak tolong berhenti kerja SEKARANG juga!. Sangat menyampah okay...

Aku tak paham satu perkara kenapa orang yang jenis kerjanya ala-kadar dan yang suka nare-nare shi dengan leader atau bos tu la yang jenis cepat naik tak kira pangkat atau gajinye.

kriteria macam tu kut trend sekarang ni. Patut included skill mengampu atau mesra ketua dalam column others kat CV .

aku bukan CEMBURU BUTA yer.. jauh sama sekali nak berdengki dengan rezeki yang ko dapat tu. Cuma aku tak suka work enviroment yang macam hampeh ni. Menambahkan dosa aku dan meninggikan darah ada ler. Tempat kerja harus lebih serius dan focus okay! bukan tempat untuk bergurau senda macam di kedai mamak yer. Nak bergurau tu biarlah berpada-pada.

aku memang tak suka membebal bab-bab  macam ni... tapi aku dah tak larat nak tengok generasi baru sekarang ni bekerja (kat tempat ofis aku la) sangat tidak memuaskan. Sudahlah dengan senior pun tak berbudi bahasa, perkataan hormat tu aku rasa dah tak ada kut dalam kepala hotak diaorang tu.

Apa yang aku rasa diaorang ni budget hebat dan pandai dalam serba serbi.

DAN

apa yang aku tengah rasa sekarang ni.. aku sangat MENYAMPAH HOKAY!!!!

sekian, wassalam.