25 January, 2012

Lamanya tak jumpa…

Hampir 10 tahun kut aku tak jumpa dengan classmate PUO aku memerangkap housemate aku masa sem4 ngan sem 5.

Rata-rata classmate aku banyak gi area Penang untuk cari rezeki. Ada beberapa kerat jer yang lepas kat area klang Valley ni. Tapi Kalau classmate perempuan tu ada la 2 kerat je kut. Sorang dua kat Perak. Apa taknye ada 8 orang je bunga kat kelas TK.

Thank tu Noni sebab sudi luangkan masa jumpa aku. Sorry tak ajak mai rumah hehehe. Rumah macam tongkang pecah tak berkemas. Lain kali klu hang mai sini, harap2 hang boleh singgah rumah aku pulak. Sudi-sudikan lah terima DIY bag aku yang tak seberapa tu sebagai tanda kenangan hehehe.

 

20120124_130639 handbag kecik aku tu sentiasa nak bergambo.

Cozy pouch for yayandroid.

hahahahah! poyo jer tajuk.

Aku ni dah agak giler dengan perkataan droid ni. Kalau tengok android nyer miniature memang tangan gatal nak beli. Tapi Alhamdulilah la takat ni aku mampu kawal nafsu dari membeli yg tak sepatutnya. Tapi satu jer yang aku dari dulu memang nak beli maniature robot R2D2  ngan C3PO dalam filem Starwars.

Memang suke giler la ngan citer Starwars tu sebab masa tu suka tengok Natalie Portman yang jadi princess Amidala.Dapat jugak kumpul DVD citer ni dari eposide 1 sampai final.

ok, stop kat situ pasal starwars and droid. Bukan itu yang aku nak stori mori hehehe..

sila jamu mata ngan cozy pouch DIY aku untuk bulan ni…..

20120125_105240 cozy pouch untuk android tab aku…

 

20120125_105253

 

20120125_105339

stick gambar robo N, kat portable DVD player Che Mat ngan Che Nah.

 

20120125_105324

applique huruf D sebagai tanda untuk portable DVD player.

 

20120125_105400

 

20120125_105439

Mika Travel Blanket

Siap jugak la travel blanket untuk Che Mat. makan masa 2 hari jugak nak siapkan ni hehehehe… asyik mengantuk jer pagi petang hahaha!!maklum le cuti-cuti kan.

Untuk Che Nah belum beli kain lagi.. Itu ari nampak ada kain fleece kaler purple ngan merah menyala kat kamdar. Cam best je nak rembat. Tapi time tu tak budget nak beli kain. Duit dah over budget melabur kat daiso membeli bento Che Mat & Che Nah dan benda-benda untuk Pak enchik huhuhu. Untuk aku cuma beli kain felt untuk buat yayanosoros.

20120125_105553

20120125_105623 Aku buat simple jer. ikut Che Mat dia suruh letak gambar angry bird. Tapi aku tak rajin.

16 January, 2012

Beg PJ

Weekend yang lepas tak de mood nak pergi jalan2. Anak-anak pun sedap jer tidur berlawan-lawan dengan bapaknya.

Aku pulak tak abis-abis rasanya buat kerja rumah. Macam tak ade full stop kut waktu cuti ni. Rasa kalau kerja kat kilang pun tak ler sesibuk kat rumah. Yang pelik badan aku ni tak pulak kurus2 hahahahaha. Nak kata makan banyak tak le jugak.

Penat aku bila tengok bakul baju yang dah kering. Tak pernah surut. kalau ditabur atas katil Che Nah tu, mau boleh cecah Gunung Besout. Sure bapak aku kagum dengan pending lot aku tu. Sebab kat kampung bapak aku ni suka lipat baju.Harap-harap Pak enchik dapat ambil contoh FIL dia yang mithali itu hehehehe. Aku main bunjut-bunjut je dalam kain batik macam orang dulu-dulu. Bakul dah tak dapat nak menampung muatan berkapasiti tinggi. huhuhuhu masa ni mula la berangan nak ada robot macam doreamon tu. Boleh tolong lipat baju untuk aku.

Hari Ahad aku dipenuhkan dengan aktiviti jahit-menjahit. Nak ambil terapi jiwa sekejap. Kalau terus-terusan aku tengok kain baju yang mengunung tu mau aku mati kena sakit otak. Sakit nak fikir solution masalah negara yayanosoros.

semalam aku sambung jahit lencana sekolah kat uniform Che Mat,sempat oter seluar sekolah agama dia 2 helai. Dan jahit beg untuk isi uniform sekolah dia bila PJ hari isnin nanti. Hari isnin Che Mat kena pakai uniform sekolah dulu untuk perhimpunan then baru tukar baju PJ (pendidikan jasmani). Dia risau nak tukar baju macam mana, kat mana dan bila. Aku kata dengar je arahan cikgu. banyak kali aku pesan suruh dia masukkan unifrom dia dlm beg yg aku DIY tu, Takut tercicir parah plak aku nak beli yang baru. Nak mencari naik turun pasaraya yang leceh tu.Harap-harap result dia tak mengecewakan aku petang nanti.

So, untuk beg PJ dia kali ni aku guna balance kain askar masa buat DIY beg ngan bandana untuk bapak dia dulu. Nasib baik besar jugak la saki baki kain tu.Dapat jugak buatkan satu beg untuk dia. Che Mat ni memang banyak songeh sikit kalau jahitkan beg untuk dia. Kalau tak kena pada mata dia memang dia kata NG direct terus ke muka aku huhuhuu!!!

 

20120115_172058

 

20120115_190254

pandangan dari belakang

 

20120115_190320

pandangan dari depan.

 

20120115_191115

peace!!! model kena paksa bergaya dengan beg baru hahahaha!

 

20120115_190024

ni baju sukan Che mat..memandai je aku letak tag imanazyan kat baju dia. Dengan harapan dia tak bertukar baju dengan kawan-kawan yang lain.

12 January, 2012

memoir of SK 7

Bagi pihak Che Mat.

Ada 2, 3 scene Che Mat kat Sk seksyen 7 yang dapat dikenang. Pengalaman di alam persekolahan darjah satu.

kisah pertama,
hari pertama bersekolah dia mengadu tak ada semangat, sebab kelas dia panas dan angin tak banyak katanye.. memanglah kelas dia tu ada dinding tiang yg lebar. Tingkap pulak ada 3 baris jer..memang agak berbahang la kelas dia. Aku pun bole tak ada semangat klu panas2 ni. keturunan darah panas hahahaha.

kisah kedua
Che Mat lebih suka kalau aku ambik dia balik sekolah lambat. Dia nak feel lepak2 kat tempat menunggu dalam kawasan sekolah sambil hye! hye! bye! bye! dengan kawan-kawan dia. Apa lar, patutnya lagi best kalau mak pak dapat ambik cepat.

kisah ketiga
Dia boleh makan cepat2 waktu rehat, dan naik ke kelas sebab nak main dengan kawan2...apakah!

kisah keempat
Tali tag nama dia terputus dan hilang. So, dia kata cikgu suruh mak dia yakni aku la buatkan yg baru. Tali asal dah hilang ntah ke mana. Disebabkan mak dia ni kan tukang jahit separuh masa yang berkaliber hehehehe dengan otak kreatifnya tu maka dijahitkan tali tag nama kaler coklat dengan corak yang attaractive. Konon2nya seni le tu. Sekali cikgu nye pesan balik nnt suruh mak tukar tali tag tu yea, sebab tak boleh pakai yg corak2 dan lain warna.hahahahha Hanya tali warna hitam kosong sajer yag boleh dipakai. hahahah ambik ko..mak tak sedar diri.lol
Nak berkreatif tak mengira tempat.

Kisah kelima
Ada hari bapak dia pergi ke sekolah sebab nak maklumkan pertukaran sekolah. Bapak dia kena tunggu la sekejap.Sebab cikgu kelas tak de dlm kelas, ada meeting.Sementara menunggu tu dia intai2 le kelas Che Mat ni. nampak ada cikgu seisi pagi yg belum balik lagi, sesekali masuk tengok-tengokkan murid2 dalam kelas. Bapak dia dengar cikgu tu kata jangan buat bising dalam kelas dan...bla..bla..bla.. byk lg la cikgu tu pesan. Belum pun cikgu tu abis angkat kaki keluar kelas, riuh rendah budak-budak ni bising...hahahah nama pun budak2 kan. agaknye cikgu pun dah lali dengan peel2 budak darjah satu ni. Fuh! siap ada yang main kapal terbang kertas, masing2 puji memuji la hebat bagai...ekekeke kelas dia kat SK seksyen 7 ni, perempuan 2, 3 org jer yg lain semua lelaki. maunye tak gamat kelas.


Apa-apa pun SK seksyen 7 ni memang environment sekolah dia best sebab kawasan dia luas, lapang. Kategori sekolah baru memang rasa selesa. Tempat anak2 menunggu bas sekolah pun panjang dan selamat. Cuma nak parking kerete je bermasalah klu nak ambik anak balik sekolah. padat giler ditambah dengan jammed nye. lepas ni  tentu Aku akan merindui saat2 jammed itu ekekeke. no..no.. tak mau lg menempuh saat2 manis itu.

SELAMAT TINGGAL SK SEKSYEN 7... moga jumpa lagi kawan2 di sana dikemudian hari.

sekolah dan anak…

2 minggu aku menguruskan hal sekolah Cik Mat ni. Minggu pertama uruskan pendaftaran dia kat sekolah seksyen 7. minggu kedua plak sibuk pindahkan sekolah Che Mat kat seksyen 16 dan daftar sekali di sekolah agama. Aku awal2 tahun dah apply unpaid leave..lol... belum lagi cecah bulan 12. Cuti memang tak pernah nak cukup bagi status mak-mak ni.

Pindah sekolah semalam, mula2 Che Mat macam tak happy. Yer la dah syok2 sekolah kat seksyen 7 tiba2 kena tukar plak. Nak-nak kat seksyen 16 ni seisi pagi.Tapi bila dah nampak ada member pra JAIS dia. Dia jadi ok. Kawan dia plak siap peluk Che Mat macam welcome hugs gitu ekekeke.

Kelas kat seksyen 16 pun tak banyak mcm kat seksyen 7. Cuma 3 kelas jer, nama kelas plak guna nama permata. Che Mat kelas 1 Delima.
Secara first impression aku ni, sekolah sini tak la havoc sangat macam seksyen 7. maklumlah average kelas setiap darjah ada 3 kelas sahaja. Murid2 dalam kelas pun dlm 18-23 org jer. Kebersihan sekolah quite ok lar.

Yang aku sangat impressed, ada kelas untuk budak2 istimewa kat sekolah ni. Rasa terharu dan sebak bila lihat budak2 ni gigih belajar dan cikgu2 yang mengajar juga sangat awesome.sempat la aku mengintai kelas diaorang masa nak beli buku kat kedai buku sekolah. Owh la..la…!! kedai buku dia sangat simple dan 5S yang so-so. Sila hire aku, sure lebih berseri kedai buku sekolah tu ekekekeke.

so, semalam Che mat dah rasmi balik naik avanza Pak Cik Mat (sama plak nama pak cik tu ngan dia). Semalam pergi tengok dan ajar dia balik naik kereta pak cik tu. Aku memang agak hairan la sebab jln depan sekolah ni tak sesak dengan kenderaan mak pak. Tak macam kat seksyen 7, walaupun datang setengah jam awal,nak park kereta pun dah jauh mencari tempat. kat sini rata2 budak balik jalan kaki sebab rumah tak jauh dari sekolah di tambah pulak pelajar yang tak ramai. Bayangkan kelas keluar pukul 1. klu kita br sampai around pkl satu, masih ada tempat boleh parking dekat dgn pintu sekolah. aku sangat terpana hahahaha

Petang Che Mat pergi sekolah agama plak. Mengeluh jugak lar dia sebab x boleh nak bermain-main dengan Ecah. kena siap cepat.Semalam balik dr sekolah ugama nampak dia berpeluk2 beriringan 4 orang keluar dr gate sekolah hahahaha happy betui nampaknye.

Petang semalam aku kena "pau" lagi. Che Mat suh beli waffle untuk dia, 2 plak tur.

07 January, 2012

blog via android...

Gigih mencari application utk berblog guna smart phone. Lepas ni dak zz x leh la nsk kate blog ai selalu di tinggal2 kan. Hahahaha...


Tengok jap menjadi tak..


Published with Blogger-droid v2.0.2

04 January, 2012

Pencil case..

Aku sebenarnya memang ada niat nak belikan pencil case untuk Che Mat tapi bila belek-belek kat pasaraya tu macam tak berapa berkenan jer. Kalau yang jenis fabrik tu mahal bebenor.. macam le aku tak bileh DIY jer kan. Nak beli pencil case yag berbagai bentuk kereta la petak ler rasa macam tak tahan lama jer. Dah pernah belikan dlu..sekejap jer elok..tak sampai sebulan dah kemana hala dah cover pencil case nyer..

sebelum ni aku buatkan dia pencil case rambo..kali ni buat warna cerah plak. Ambik risiko lar kali ni. Bertukar kaler ker tak nanti pencil case dia ni. Tag nama dia tu ambik dari baju sekolah tadika dia. Suka sangat ada tag nama. Tadi dia dah pesan suruh beli tag nama dan lencana sekolah. Macam mana aku nak beli nanti nak tukar sekolah bukannya sama lencana sekolahnya..

 

20120104_215906

Afiq dah pakai seluar biru….

Pejam celik pejam celik , Che Mat dah tujuh tahun dah tahun ni. huhuhu aku rasa macam sekejap benor. Dilema jugak la bila Che Mat dah darjah satu ni. Rasa nak berhenti kerja makin meruap dah ni. Permulaan ni Che Mat sekolah di SK seksyen 7. Mungkin nanti kena tukar ke seksyen 16 atas sebab masalah transit.

Tapi dilema jugak la aku ni. Che Mat suka dah dengan sekolah seksyen 7 ni. Tapi darjah 1 kat sini seisi petang. Susahlah utk aku nak uruskan dia klu nak teruskan bersekolah kat sini. Nak hantar sekolah agama waktu pagi siapa plak nak uruskan dia. Nak ambik kelas KAFA malam kesian plak mesti penat nnt.

Tak pe lah.Harap2 Che Mat tak patah semangat bila bertukar sekolah nanti. Lagi pun masih baru lagi kalau nak tukar sekolah. Dia ni senang berkawan. Harap-harap semuanya OK nanti.

Orientasi 2hb tak banyak masalah Che Mat ni. Happy jer gi sekolah. tak de banyak kerenahnya.

20120102_105242

Balik dari orientasi terus layan game dia.

Pendaftaran 4hb pun dia ok jer. senang tak meragam.Tapi aku ni kejam gak ler tak bagi duit belanja kat dia. Sebab aku dah bekalkan makanan semua. Dia kata nak beli air milo tapi tak de duit. hahahahaha esok lusa la aku bagi dia duit poket.

20120104_124843 berbaris ikut kelas..kelas 1 Fitrah. Masa ni kakak (anak ustazah) tempat dia mengaji Iqra datang cari. Gigih dia nak jumpa Afiq. Bagi semangat gitu.

 

20120104_124954

20120104_124927 lepas ikut dan tengok kelas dia. Terus kitaorang balik. Cikgu dah pesan bagi kepercayaan kat guru dan anak untuk belajar. Tak perlu bersidai di tepi kelas.

Balik jer aku terus check bekal makanan dia. hahahaha risau anak tak makan. Alhamdulilah dia pandai makan bekal kat kantin. Dia kata makan kat pondok. haahaha aku tak sempat nak melawat kawasan sekolah, ada pondok ke kat kawasan sekolah. Hari ni dia kata cikgu tunjukkan toilet, kantin, mengira dan mewarna.