28 May, 2009

bila kak yan membebel… part 1

Aku sebenarnya agak kecewa dengan sikap segelintir muda mudi sekarang yg kurang berusaha dan suka mengharapkan org lain.Terutama bab Duit. Patutkah seorang yg sudah akil baligh,bujang, berpendidikan tinggi dan sudah bekerja masih nak meminta wang dr ahli keluarga yg lain. Kenapa ilmu yg dipelajari tak dipraktikkan dlm kehidupan seharian. Klu sekali dua kesempitan wang bole juga la terima. Ni, klu dah acapkali meminta. Darah tinggi jadinya.

Selalunya org kita klu berkehendakkan sesuatu jarang mengukur pada kemampuan. Yang tau biar papa asal bergaya. Di tgh keadaan ekonomi meleset ni pun masih x sedar lagi.Hanyut dengan nafsu dan tau nak berseronok aje. Saja x nak paham kesusahan org lain yg penting kesusahan mereka yg dahulu di selesaikan.

Aku mmg tidak bole terima, org yg prinsip idupnya suka meminjam2. Terutama SEKALI bab duit. Bole la dikatakan aku ni kedekut.Sbb bukan senang nak cari duit ni.Duit yg ada bukan utk di bazir2kan hatta klu kaya sekalipun. Mmg dr kecik Abah aku ajar, jgn membazir dan jgn biasa kan diri meminjam2 atau berhutang. Klu ada duit beli klu tak ada silalah bermimpi saja yea.. Andai kata meminjam jugak mesti bayar secepat mungkin.

Sejak abis SPM je aku dah kuar rumah cari keje, bln2 walaupun dpt sikit sekurang2nya aku dah x meminta2 pada abah klu nak beli apa2. Hatta, masa kat Poli pun aku x minta duit register masuk kolej. Duit belanja aku guna pinjaman JPA sepenuhnya. Tak de baju branded2 sumer gi kelas pun naik basikal je. Bawa motor pun cuma last sem tu pun abah punya aku pinjam aje. Tujuan nye senang aku nak balik kg dan makan free kat rumah mak sedara aku waktu weekend.Tapi bdk sekrg klu gi kuliah bw keta, baju plak sesuai fesyen semasa. emmmmm!!! berTUAH sungguh no…

Pada yg masih lemah dlm pengurusan kewangan bole la gi cari info di laman AKPK (Agensi kaunseling dan Pengurusan Kredit)

TOLONG lah berubah!klu tak, membawa rebah. poket sakit tak kebah2. 

lagi-lagi beg..

Bulan ni demam jahit eco bag. Hubby dah tau dah klu pegang mesin jahit tu kejenya nak jahit beg saja la. Tak cukup2 lagi gamak nye yer.. Mlm tadi aku buat la satu yg kecik utk dia isi bekal nasi etc. Selalu dok cari plastic bag yg bukan transparent nak bw bekal letak kat repair stage. Cover line takut kantoi bw makanan kat prod +++ malas nak gi loker.

 

PIC_0102

Momma In Black

Semalam aku dengan rasmi nya telah memakai tudung DIY ke ofis.

Dah beli lama dah kain ni, almost 2 month, last2 nye br last week terasa nak

menyudahkan nye.

Awning dia guna kertas pengeras keseluruhannya,

body dia ikut measurement tudung syria.

Memang susah la nak jahit tudung for the first time.

 

“Kira tabik spring la kat Che Fid yg

walaupun kurang npk namun dah berhelai2 dia jahit tudung sendiri.Ni bole menangis

pengkritik Che Fid kalau dia tgk koleksi hang.

Tak kisah la senget ke tak tapi bila Che pakai totap menjadi tarikan org.”

 

Mula2 tu ada gak rasa fedup nak jahit tudung ni, tapi bila aku tgk harga kat luar jual 2

kali ganda kos membuatnya. Terus terbantut, pujuk balik diri sendiri supaya jahit je

la yong. next time beli kaler lain plak since Che Fid kata kat kamdar ada byk choice.

Bila la aku nak gi  shopping kain lagi ni.

 

PIC_0105

27 May, 2009

selangkah ke alam misteri…

kisah keliwon versi aku : PUKAU

Semalam, keluarga babysitter aku telah digemparkan dengan kejadian kehilangan anak disebabkan ilmu pukau. Seperti yg di ceritakan oleh babysitter aku.

“ ada seorang lelaki datang nak jual barang pada adiknya. kejadian tu berlaku dlm pukul 2 petang. Barang yg dijual konon2nya bole digunakan utk berniaga makanan. bla..bla..bla.. dia minta duit kesemuanya RM1200. Dengan relanya adik dia bg tanpa banyak soal. Lelaki yg jahat tu minta bawa anak lelaki dia yg masih sekolah rendah (x tau umur lupa nak tanya) temankan dia utk ambik barang kononnya nak buktikan dia tak tipu.Lepas lelaki jahat tu pergi, x berapa lama kemudian adik dia tersedar anak dia dah x de dan mula ingat sedikit2 kejadian pukau yg berlaku.

Dengan cepat si mangsa pergi laporkan pada polis. Tapi polis kat kawasan dia bole mcm x nak terima aduan,siap mcm sinis kata “iya ke kena pukau” bayangkan perasaan mangsa ketika tu dgn sikap polis yg ntah2 apa. sementara tu adik beradik mangsa yg lain mula mencari sekitar pekan2 berdekatan, dan ada yg jumpa bomoh untuk tengokkan klu2 bole dpt tau mana anaknya berada.

Dari apa yg bomoh tu kata, penjahat tu guna ilmu pukau tujuannya hanya utk cari @ curi duit dan bergerak dlm satu kumpulan 3 org. Penjahat tu siap mengamalkan ilmu kebal dan waktu itu penjahat tu konon2nya dah sampai ke putrajaya.wallahuallam

Anak mangsa telah di tinggalkan di area K *****.Budak tu disuruh duduk di situ sementara lelaki jahat ni nak ambik lori. Budak tu pun turut kata lelaki tu tunggu kat situ x bergerak2. Sehinggalah bila ada seorang pakcik menegur dia. baru budak tu tersedar dan minta duit seringgit nak talifon mak dia. Tapi pakcik tu cuma bagi lima puluh sen je. mungkin dia igt budak tu tipu kot.Masa berjalan keluar ke jalan besar. Ayah dia yg mencari kat area tu ternampak anak dia, dan waktu tu sudah pun masuk waktu maghrib.

Nasib baik penjahat tu tak bawa anak dia lari bersama.. duit hilang tu tak kisah sgt, klu anak yg dikandung dibawa lari di depan mata siapa2 pun bole gila jadinya.”

 

sedikit info tentang pukau yg di cedok dr DARUSSYIFA ONLINE

PUKAU

1- Bole buat orang yang sedang tidur, akan tidur semakin nyenyak sehingga tidak disedari apa yang berlaku di sekelilingnya.

2- Kalau orang yang sedang sedar, boleh berdialog dengannya tetapi dikuasai minda orang itu sehingga boleh menurut apa sahaja kehendak orang yang memukaunya tanpa daya melawan atau berlepas diri daripadanya.

 

termasuk menidurkan orang yang sedang sedar atau menguasai fikiran orang itu dengan tenungan dan kadang-kadang dengan hembusan. Teknik hembusan juga termasuk dalam salah satu cabang ilmu sihir dengan kekuatan kuasa hembusan yang dikaitkan dengan asosiasi (perhubungan) dengan makhluk halus, maka berlaku penguasaan sepenuhnya atau sebahagian ke atas seseorang.

Amalan menggunakan pandangan mata sehingga berlaku suatu proses pukau, jika dilihat pada pandangan syarak, kita dapati bahawa ada isyarahnya dalam as-Sunnah.
Antara lain Rasulullah s.a.w. ada menyebut tentang pandangan mata seperti dalam hadis (mafhumnya):

Ibnu Abbas r.a berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Bahawa pandangan mata yang mengakibatkan sesuatu keburukan adalah benar (boleh berlaku). Andainya ada sesuatu yang seolah-olah mendahului al-­Qadar, maka didahului oleh pandangan mata.”

Dalam hadis lain Abu Hurairah berkata (mafhumnya): “Nabi pernah menyebut al-‘ain (pandangan mata) adalah benar (boleh berlaku).” (Sahih Bukhari Muslim)

A1-Hafiz Ibnu Hajar dalam ulasannya tentang hadis-hadis ini menyebut bahawa pandangan mata seseorang itu ke atas sesuatu, boleh mendatangkan hasad dengki kepadanya, lalu ditemukan objek itu di samping tabiat buruknya muncul, boleh mendapat kemudaratan kepada yang dilihat.

Ash-Syanthiti pernah menyebut bahawa, jiwa-jiwa yang kotor mempunyai kesan yang kotor juga kepada yang dilihat.

Semuanya ini selari dengan apa yang disebut oleh Allah SWT yang mafhumnya:

“Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka tatkala mereka mendengar al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) itu benar-benar gila.” (Surah al-Qalam, ayat 51)

Ayat ni menjadi rujukan kepada hal-hal penyakit yang berpunca daripada pandangan atau renungan mata. Malah dalam beberapa hadis lain menga­takan ‘unta boleh masuk ke dalam periuk kerana pandangan mata’. Maksudnya unta boleh mati, tapi disembelih dan dijadikan hidangan makanan.

Seperti yang pernah disebut Nabi (maf­humnya), bahawa sesiapa yang memakan tujuh biji ajwah (tamar madinah), maka dia tidak akan terkena sihir.

Kesimpulannya

untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau, lakukan amalan berikut setiap hari;

1. Baca doa berikut:

“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

2. Ayatul Kursi
3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)
4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya.

Inilah amalan yang diterima oleh syarak.

Waalahu a’lam.

(Petikan dari Harakah Bil.1334)

Beg lagiii…

Satu lagi Beg DIY, hasil weekend lepas.

Kali ni buat untuk isi lunch box Che Mat.

corak pilihan masih lagi

demam corak petak2

tapi kali ni kaler hijau plak

PIC_0099

 

19 May, 2009

tak bertajuk

minggu ni, kafeteria kilang `minggu lauk ikan tongkol`.

kelmarin, semalam dan hari ni asyik muke  ikan tongkol /ikan kayu

je yg memenuhi

tray. Tapi aku x kisah. Feveret aku ikan tongkol. so, bedal je lah.

Minggu ni juga aku bawa tupperware sendiri utk tapau nasi kat kafe.

Penggunaan polysterin utk isi makanan tidak bole digunakan lg.

Akibat kekenyangan,Aku terlalu mengantuk…

lalu mata ku terarah ke kucing ku nan satu di ofis ini.

ni bukan KURONEKO NO TANGO tapi KURONEKO NO MANGO

hhahahahah..

come je bergayut kat sebelah red ladybug

 

 

PIC_0016

18 May, 2009

over the limit

Hari ni badan masih rasa mcm ringan. Jalan pun rasa mcm melayang2 je. Perut rasa kosong.Semalam berjaya memuntah kan segala isi perut di tepi jalan. Ingatkan 2 malam  berjaga dan siapkan bag DIY bole berbangga sbb bole stayed spi pg. Sejarah dlm idup aku mmg tak bole x tido malam berturut2. selang sehari x pe la lagi. Bahana nye telah pun aku dpt semalam. Pening kepala yg amat sgt. Spi nak shopping pun x larat, capai 2,3 barang yg penting je pas tu gegas nak balik.

 

Tak sempat sampai rumah, minta Hubby berhentikan kereta kat tepi jalan utk membuang. Dah la kat area rumah org kaya2. Sib baik tuan2, dato2 & datin2 tidak melilau di luar rumah. wat spoil jer tanah org hhehehehe! serius akak x tahan. dari aku terhambur kat dlm keta lg kes naya nak cuci.

Zig Zag momma eco Bag

Weekend tadi 2 malam aku x cukup tido, menjaga Hannah yang demam.

2 malam jugak la aku menekun menjahit Zig Zag eco bag aku.

Gigih sungguh! dapat jugak la siapkan dlm 5 helai.

 

tadaaa!!!

Zig Zag Momma eco bag

sbbnye:-

aku jahit guna mata jahitan zig zag shj.

satu line pun x de guna jahit lurus.

hatta guna zig zag jugak ganti jahit tepi.

maklum la x de mesin jahit tepi.

nak anto kedai malas.

al bedal lah..

 

IMG_0300

Seronoknye dpt buat eco bag DIY

 

IMG_0299

dah digunakan smlm, utk ke pasaraya berdekatan.

16 May, 2009

musim demam

Hari ni saya TIDAK BEKERJA.

Seharian menjaga Hannah yg demam. dari petang semalam asyik merengek dan nak memerap aje. Tak sampai hati nak tinggalkan pada bbsitter. Tak kisah la cuti makin sikit janji anak2 dpt perhatian sewajarnye.

Sekarang  ni mmg tgh musim demam. Hannah ni walaupun demam still bole senyum lg klu mama timang2 dia. hilang penat mama.

11 May, 2009

Hari untuk IBU

yg aku baca kat wikipedia

Asalnya;

In 1812 Anna Jarvis trademarked

"second Sunday in May" as a "Mother's Day",

 

Sungguh! aku x dpt menyelami Hari Ibu ni secara total.

Aku di besarkan oleh ibu tiri. Dari detik kematian ibu biologi aku, seingat aku la x pernah aku disentuh di belai di peluk atau yg seangkatan dengannye. Bukan x dpt perhatian lansung dr insan yg bergelar ibu ti-ri.Cuma.. ntah la aku pun tak tau.

waktu aku kecik2 dlu pun aku macam x kisah sangat bab2 semua tu. Yang aku tau kasih emak kandung aku je yg Tulen bg aku.Sebab tu aku x kisah sgt klu kurang perhatian dr mana2 mak selain mak kandung. Tapi aku bersyukur kerana mempunyai mak sedara yg caring. 

Aku sudah terbiasa dgn keadaan ini. Dan hingga kini aku masih kekok utk mengucapkan `SELAMAT HARI IBU` pada ibu tiri aku mau pun MIL. Sudah nye aku x ucapkan lansung. Teruk betui!

Aku seakan terpana bila ada seorg kenalan yg aku panggil `Kak Mazni` mengucapkan selamat hari ibu kepada aku.Aku pun balas balik ucapan nya,dan sambil terfikir sungguh indah ucapan itu bila ada org yg mengucapkan nya pada kita. Sampai aku terlupa kesedapan lauk pauk kenduri kahwin yg aku mkn waktu itu..Tapi kejap je la pastu samb blk mkn. mmg teruk!!

Dan untuk kedua kali nya aku mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu2 di dunia.

aku harap thn depan aku berpeluang mengucapkan ucapan ini lagi dgn penuh pengertian.

aper ni..

CIMB Group

date Mon, May 11, 2009 at 4:23 AM


subject"Urgent" All CIMB Customers

Account Alert Message - ID-5840
Dear Valued Customer,

Your account was placed on restricted status (RS) as it was accessed from a blacklisted location. We have deactivated your account pending your immediate reactivation.

-Activate Now-
http://www.cimbclicks.com.my/

Note that inactive accounts will be deactivated in less than 5min for security reasons. We regret any inconvenience caused.

Sincerely,

CIMB Group

 

ni email kategori apa nih spam le gamaknyer yea..

aku x pernah le plak ada akaun CIMB

tetiba je suh aku active menatang ni apa ke hal nye yeop yong! oii

pepandai je kome nak menjahanamkan idup org yek…

 

08 May, 2009

terkezut gitu!..

Terkezut mak…

Tetiba je nampak YM hubby f****** was online.

Apsal ni mc ke plak. Td elok je dtg keje sama2.

Mentang2 la mlm td citer keliwon,

aku igtkan ada saka plak ke kat rumah aku ni online YM Hubby.

terus call..tanya

tp x dgr plak apa dia ckp, aku ke yg pekak atau Hp aku yg masalah.

samb YM

rupe2nye pki broadband member online kat repair stage.

testing konon..

amboi!3x  berani korang yek curi2 online.

jgn kantoi dah…

Lady Finger for Diabetes

Dapat forward email psl sayur nih!

 

 

clip_image001

Please note that another name for Lady Finger (Bhindi ) is ' OKRA '.

Last month in one of TV programs I learnt of a treatment of Sugar
(Diabetes). Since I am diabetic, I tried it and it was very useful and my
Sugar is in control now. In fact I have already reduced my medicine.

Take two pieces of Lady Finger (Bhindi) and remove/cut both ends of each
piece. Also put a small cut in the middle and put these two pieces in
glass of water. Cover the glass and keep it at room temperature during
night. Early morning, before breakfast simply remove two pieces of lady
finger (bhindi) from the glass and drink that water.

Keep doing it on daily basis.

Within two weeks, you will see remarkable results in reduction of your
SUGAR.

 

My sister has got rid of her diabetes. She was on Insulin for a few
years, but after taking the lady fingers every morning for a few months,
she has stopped Insulin but continues to take the lady fingers every
day. But she chops the lady fingers into fine pieces in the night, adds
the water and drinks it all up the next morning. Please. try it as it
will not do you any harm even if it does not do much good to you, but U
have to keep taking it for a few months before U see results, as most
cases might be chronic..

07 May, 2009

cili

pada sesiapa yg teringin nak makan cili jeruk DIY.

kat bwh ni Kak Yan tempek resepinya.

mudah dan ringkas je caranya.

Rasa yg x menghampakan bg tekak Kak Yan la.

 

 

pic-0021-thumb

Tenkiu kat Che Fid yg sudi ambik gbr nih!

aku guna na pic hang..

 

CILI JERUK

 

Bahan-bahan

8 Cili hijau

5 sudu besar cuka makan

3 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

* sukatan bole di sesuaikan dgn kuantiti cili

 

CARANYA:

campur cuka + gula + garam, kacau sehingga larut

masukkan ke dlm bekas cili yg telah di hiris.

siap.

 

* cara 2 : klu ikut resepi buku cuka+gula+garam tu di larutkan bersama air panas.

 

tp mak Kak Yan ckp x perlu guna air. so Kak Yan pun ikut cara dia. klu sesiapa yg nak cuba cara 2 tu pun ok. tp result x dpt nak bg tau kat sini sbb belum pernah cuba.

soalan sewel

seisi menjawab soklan sewel. tag dr  Che Fid yg dah gila jahit beg DIY

 

1. If you can be an animal, what will u be? Why?

Jadi kucing kot,bole mengiyau2 minta mkn x pyh nak beli kat kedai or masak hahahahaha!

2. If you robbed a bank, what do you want to do with the money?
kita enjoy!

 

3. If you can teleport yourself anywhere in the world, where do you want to be? why?
segitiga bermuda bole sampai tak..

 

4. If you know that you are dying, what is the last meal that you want? why?
time ni dah x de nafsu nak mkn dah.. ingat tuhan je

 

5. If you can only kill one person in this world, who is the person? why?
ni si babiH  la sapa lg…

 

6. If you can choose either to have more than 24 hours a day or can live more than 100 years, what is your choice? why?
klu kekal muda belia sihat walafiat beribu2 thn pun bole….

 

7. If you can date celebrities, who is that person? why?
x bole la, dah meninggal la plak celebrities tur...

 

8. If you can only have 1 thing in this world, what should that be? Why?
special power cam cite HEROES bole hapuskan yahudi kat palastine.

 

9. If you have the opportunity to tag 7 of your friends, who are they? why?

aiseyman! mana aku ada ramai kwn alam maya cam hang Fid. sapa-sapa terbaca blog syok sendiri aku ni sudi2kan le menjawab tag ni. Jgn malu2, jgn segan2.

aksi

Aksi Little H ngan alat muziknya…

 

 

hannah

 

Agak2 dah boring main2 dengar lagu,

 

 

PIC_0093

 

dia bantai nye gi rasa plak sedap ke tak!

 

 

PIC_0092

 

nak gigit gigit plak, tp x de gigi

04 May, 2009

Rotiboy

Last week berjaya jugak menghilangkan kempunan nak makan mexican bun ROTIBOY..sementelaah dah sampai KLCC aku n Hubby punye la jalan laju2 nak gi beli roti tu. Macam la kedai tu nak tutup padahal baru pukul 4.30 ptg. Hubby terus gi beratur mcm org kelaparan sungguh gaye nye. Aku plak gi tgk roti yg lain2 kut ade yg berkenan. Time aku nak gi bayor, aku nampak Hubby tgh makan sebiji rotiboy panas2.Cis! tak aci sungguh mkn dlu. 

 

Sekali tengok ada lapan biji semua nya kitaorg beli.Belum kira bun2 yg lain lagi yg aku beli.ni mmg la betui2 melantak. Yg nak mkn nye 2 and a half man. Belum spi rumah, 4 biji dah kena bedal hehehehe ni mengalahkan org mengidam.. Lps ni bila plak nak merasa agaknye, dah la jarang turun KL. Klu dlu senang gak nak cari kat SACC Mall n Mid Valley. Ntah kenapa rotiboy kat 2 tmpt ni dah tutup plak.

 

Part yg paling suke Mexican bun rotiboy ni, topping dia x seroi macam sesetengah mexican bun. Pada tekak aku n Hubby mmg kitaorg kata sedap ler hehehehe.

 

 

rotiboy1

 

sumber gambar dr internet.

Tak dan nak ambik gambar dah abis kena bedal…

Eh! muda ker..

Penimbang serba tau..

First time tgk dan guna penimbang TANITA nih..yang bestnye bole tau kandungan air ,kolestrol, lemak, kalsium dlm badan.Harga sebenar kat pasaran aku tak tau la tp SIL aku bg tau harga nye  RM500++.Aku & Hubby pun try la timbang berat guna penimbang nih!

 

 

tanita

 

Yang syok nye ngan penimbang ni dia show berapa umur kita dgn kandungan air, lemak, kalsuim bagai.

 

Hubby aku berjaya turun kan berat badan 3kg dlm satu bulan. Tapi masih kena turunkan kadar kolestrol nye yg tinggi. Kandungan air dlm bdn kurang, lemak masih ada kandungan kalsium juga kurang. so, semua2 benda yg ada dlm badan Hubby menjadikan dia berumur 41thn. wahaahahaha! aku ketawa besar jap kat dia..badan sudah tua yea.. ptt la cepat penat. Hubby senyum jer bila dgr angka 41. cepat2 dia suruh aku timbang plak.. nak gelakkan aku plak le tur…

 

Aku plak, berat badan biasa je sama cam sebelum mengandungkan Hannah. Tapi kandungan lemak mmg banyak walupun npk kurus pada dasarnye. Kolestrol & air ok. tp kalsium byk kurang. Pas ni kena tamb pengambilan kalsium. Semua2 tu menjadikan aku berumur 23 tahun.. hehehehehehe… Hubby yg dah get ready nak ketawakan aku dah jd senyum sumbing…jgn mare aaaa… ptt la rasa cam mude belia je kihkihkih..

 

To my beloved Hubby, usaha tangga kejayaan. Teruskan la dgn HL selagi mampu.