26 December, 2012

memori sungai perak dan si tanjung kepah.

 

masa kecik-kecik dulu sungai perak sangat dekat ngan hidup aku. Rumah atok aku ni bersebelahan dengan sungai perak. Dulu-dulu kitaorang sepupu sepapat selalu berlari kejar kapal yang lalu dekat sungai perak ni. Gigih melambai-lambai kapal tu. macam le anak kapal tu nampak ke kitaorang heheheh. Dan kalau dari tebing sungai rumah atok aku tu boleh nampak sayup-sayup jeti Bagan Datoh. Tak tau la sekarang ni wujud lagi ke tidak jeti tu.

Pernah la dulu merasa naik bot dari jeti kampung atok aku ke jeti Bagan Datoh. Pekan dia kecik jer. Bangunan kedai dia pun tak banyak. Dekat jeti kecik tu ada la orang jual mainan macam peniaga dalam cerite p.ramlee bujang lapok tu. Masa tu tak ada jambatan boleh menghubungkan Teluk intan ke bahagian kampung atok aku. Sebab sungai perak ni dah area ke kuala sungai. lebar dia dah macam ala-ala laut. air dia pun masin bukan tawar.

Pernah jugak la aku merasa bersekolah kat kampung. Balik sekolah jer campak baju sekolah terus follow atok,pak sedara ngan mak sedara pergi tangguk udang geragau dekat tepi sungai. Bila petang pulak pergi tengok air sungai naik. Dengan harapan jumpa mainan yang masih elok dibuang orang. Walaupun masa tu aku tak ada emak tapi kehidupan aku sedikit pun tak rasa sunyi.

Tanjung kepah pulak tempat kitaorang mencari kerang. Dulu serius kerang sangat banyak kat sini. korek-korek je pasir kat tepi pantai tu mesti jumpa kerang. Berbakul jugak la kitaorang bawa balik. Masa tu pergi naik land rover Pak uda aku. Mula-mula mak sedara aku tak bagi ikut. Deme senyap2 jer keluar rumah kata nak pergi mana ntah. Tapi siap bawa bakul makanan tu. Tu yang buat aku tak mau balik. aku tau deme nipu. saja tak nak ngajak  pergi sekali. Aku ni masa tu degil follow jugak dari belakang. last-last diaorang terpaksa jugak bagi aku ikut. Serius kalau derang tak benarkan aku join sekali masa tu tak ada la aku kenangan manis bersama mereka.

images

Tanjung kepah [kredit: tiblakedah,blogspot.com]

Ntah kenapa yer hari ni aku rasa sentimental pulak. Sangat-sangat rindu dengan sepupu dengan mak pak sedara.Rindu dengan kenangan bersama mereka dulu. Inilah dikatakan jalinan kasih sayang. Walau apa pun yang terjadi mereka adalah insan-insan yang pernah memberi dan berkongsi segala pahit manis bersama kita. Tak wajar kita melupakan mereka walaupun apa situasinya. Yang aku tau kasih sayang yang ikhlas memang akan berkekalan dan berbekas di hati kita. Hoping my kids pun dapat sweet memory zaman kanak-kanak mereka seperti mana zaman kanak-kanak aku penuh dengan keseronokan.

Sebab tu kadang kala aku benarkan Che mat ngan Che Nah ikut ibu derang balik kampung. Biar dia rasa suasana kampung. Kalau nak harapkan balik kampung aku memang tak ade sepupu derang nak main. Cucu-cucu jiran abah pun bukannya ada. Sama la jugak dengan belah Pak enchik pun bukan ada siapa-siapa kat kampung tu. watever le kan kata orang putih, Aku bersyukur dibesarkan di kampung. Pengalaman yang aku dapat masa tu sangat berharga dan membuat aku lebih menilai erti kehidupan dan kekeluargaan.

24 December, 2012

Jiran sepakat bawa berkat jiran berpakat dapat gosip berkarat.

Wah! tajuk tak menahan.

Bukan apa terkejut sebenarnya bila member baik aku meluahkan rasa sedih dia terhadap jiran-jiran sekeliling dia. Sehingga mendatangkan stress pulak pada dirinya.


Alhamdulilah setakat ni jiran-jiran aku tak mendatangkan banyak masalah pada aku sekeluarga.
Masing-masing dengan urusan sendiri, kekadang nak jumpa pun payah. Tambah lagi aku pergi kerja matahari tak timbul lagi, balik kerja pulak matahari dah nak terbenam. kalau balik kerja awal tak jammed bagai dapat ler berselisih dengan akak jiran depan rumah. Nama akak tu pun aku tak ingat. Ada la bertukar-tukar nombor henpon itu ari. Tapi Bila henpon lama tu dah rosak dah hilang terus no jiran depan rumah aku itu. Nak mintak lagi segan plak ko. Nampak sangat nanti tak ingat nama akak tu padehal dah nak dekat 8 tahun berjiran huhuhuhu.
Itu ler adat orang idup di bandar yek. Tapi walaupun tak jumpa selalu ikatan kejiranan tu tetap ada cewah!. hehehe bukan ayat kaverina nih!

Sejak aku berkahwin,aku tak pernah ada pengalaman berhadapan dengan jiran yang kepochi hal-hal aku sefamili. Alhamdulillah bersyukur sangat.

Tapi bila kawan baik aku mengadu hal jiran yang suka gosip hal dia, malah menganggu keluarga dia. Serius aku rasa macam betui ke nih! takkan serius sampai macam tu sekali kan. Sebab duduk kat bandar ni ada ke lagi sikap seting garden yang tak boleh blah tu. masing-masing sibuk dan kebanyakannya educated kan. Tapi bila dia kata yang kuat bergosip tu ibu-ibu yang duduk rumah yakni yang tidak bekerja sepenuh masa. huh! itu le dia, kang kita kata surirumah sepenuh masa ni kuat bergosip marah. Tapi kenyataannya jangan pulak nak ditidak-tidakkan. Nak bersidai ker, nak berparty chit chat sesama jiran setingkap ker tak kisah. Malah amat bagus untuk merapatkan silaturrahim. Tetapi hindarkanlah dari memperkatakan benda yang sia-sia. Kalau rasa sekadar nak sembang-sembang kosong baik tak payah. Kalau nak jugak berchit chat ngan ahli forum, sediakan modul sekali macam chit chat mengait ker. chit chat masterchef ker. idak ler kerjanya menyembur ayo lior jer kan. Buang tanggapan orang terhadap surirumah sepenuh masa ni kaki gosip dan bla…bla…bla…

Susah nak komen dengan masalah kawan aku tu. Dia berusaha nak jadi jiran yang baik, tapi  sesetengah manusia ni memang tak boleh tengok orang lain senang atau lebih dari dia. Mulalah nak tabur gosip, celaan dengan jiran yang lain. Paling menyedihkan kalau jiran yang Not good tu sesama agama dan bangsa. Sedih sedih sedih..

kekadang sikap kita yang tak nak campur hal orang pun boleh disalah anggap sombong dan sebagainya. kalau kita bercampur karang tak pasal2  terjebak bergosip. tak ke sia-sia menambah saham dosa.

sempena tahun baru ni 1434H  walaupun dah masuk bulan kedua SAFAR. sesama la kita bersikap lebih positif serta berusaha menjadi ummah yang lebih baik dan berkualiti.

In syaa Allah. Moga diberikan ketenangan dalam hidup berjiran hingga ke akhirnya.

21 December, 2012

Buku resepi

926601do9y3g7tff

Buku resipi ni tak sah kalau tak de kan. Setiap surirumah yang pemasak tegar ke sederhana tegar ker mesti ada koleksi secret resipi gitu. Ada yang save kat blog sendiri atau refer kat blog blogger masakan yang femes.Tapi bagi aku buku resipi yang hard cover wajib ada. Senang nak rujuk at anytime gitu. lagi pun seronok dapat tengok gambar masakan sambil feling2 nak masak satneka jenis resipi hahahaha.

Ada jugak le yang simpan segala secret resipi kat dalam smart phone kan. Lebih berteknologi kata nyer heheheh. Kalau yang rajin tu siap print kaler tempek kat buku masakan D.I.Y dengan segala seni kreatif ada ditempek sekali dalam buku tu. Aku ni tak le rajin sampai macam tu sekali. Letak jer buku resipi kat atas oven. Lepas tu main selak2 je la menu yang mana berkenan. Kalau yang di cuba tu menjadi baru la aku transferkan resipi tu ke dalam buku secret resipi aku sendiri hahaha.

Korang cam ne ado ker? tu memasing sorok buku secret resipi le tu.

tak aci..tak aci..

20120925_231647
tengok tu siap ada buku belajar memasak lagi tu kat dapur. Langkah demi langkah lagi ko. Terserlah ketidak PRO nyer aku dalam memasak ekekekeke.

Transform beg Jaring.

Dah lama sangat dah tak buat aktiviti keras tangan ni. Sibuk dengan hal anak-anak dan sibuk menjahit langsir le konon untuk Abah. Sekayu abah beli kain langsir untuk kenduri kahwin adik aku yang nombor 3.

Al-kisahnya Che Nah ni beli mainan vegetable untuk main masak-masak. So, sayur-sayur plastik dia tu selalu je lar bertaburan gitu. suruh letak dalam Almari mainan dia tak nak. Maklum ler mainan baru, ke hulu hilir la dia bawa.

Beg jaring vege dia tu tak bertangkai. So, aku decided buat kan tali jerut supaya senang dia nak bawa. Tak la mulut beg jaring tu ternganga je kan. Beg jaring ni boleh jugak dibawa ke pantai untuk isi segala tool penyodok plastik untuk buat istana pasir.

sebelum di transform

20121013_214255

selepas di bege-bege… TADA!!!!!

20121013_220438

Cuti sekolah Dec 2012

 

Tak de plan pergi mana-mana pun. Sebab tiap-tiap weekend pun sibuk ngan kerja di rumah.

Cuma last week pergi temankan keluarga makcik aku, bawa diaorang  pergi jalan-jalan sekitar Shah Alam. Tempat pertama yang diaorang nak  pergi ialah  I-City. Macam biasa la tempat tu tak pernah tak ramai orang. Tambah lagi sekarang ni macam-macam dah ada dekat situ. Wet world lah, ferris wheel, snow walk, space walk tapak konsert pun ada. Memang berduyun-duyun manusia. Nak beli tiket opkos le kena beratur nak main permainan kat situ pun beratur. fuh! abis masa dengan beratur je la kejenya. Kitaorang pusing-pusing sekejap jer kat I-City lepas tu balik. Yang Snow walk tu tiket masuk dia bagi aku lah kira mahal ler RM35 per pax tapi itu pun ramai jugak tu yang beratur nak masuk. Banyak duit diaorang yek. Baru dapat bonus kut masing-masing.

Then bawa Achik sefamili pergi bukit cahaya seri Alam, nak cakap bukit cerakah macam buruk pulak bunyinya. Tempat ni pun ramai jugak manusia huhuhu. Aku ada lar pergi 3 tahun yang lalu tak la seramai ini. Nak menunggu naik shutter bas dia kemain beratur panjang. Nampak dah ada perubahan sikit kat Bukit cahaya ni. Dah ada kolam renang katanye. Tapi yang kat taman Binatang tu cam sama jer dengan dulu-dulu. Malam sebelum tu tak dapat nak masuk snow walk kat I-City sebab mahal. so kat bukit cahaya jer la masuk iklim house. Sementelaah sekarang musim sejuk. Dapat ler diaorang bergambar dengan ais kat situ.

Oh yea! kalau nak naik boat kat tasik shah alam pun boleh. Harga tiket tak mahal. tak Silap dewasa rm6, kanak-kanak rm4. syok jugak lah. Masa tengah naik bot tu nampak ada sepasang pengantin baru tengah shoot gambar kahwin. Beriya kitaorang duk hai-hai bye-bye dengan pengantin tu. Pengantin tu pun elok je happy lambai-lambai kitaorang .

Kira nasib famili achik datang ke S.alam minggu ni sangat baik. Cuaca elok tak hujan waktu kitaorang jalan-jalan. Bila sampai di rumah baru hujan turun. Memang bernasib baiklah. Cuaca yang mendung  buat tak penat sangat bila berjalan.

20121215_210918

12 December, 2012

Bawa motor.

Bawa motor..Aku???? 

oissh! jangan cakap ler aku terer bawa motor ni hahahahaha.

Bukan satu kebanggaan ler tapi, aku mula belajar bawa motor masa awal darjah enam.Biasa ler masa tu budak kampung cuma ada motor je nak lenjan ke mana hala kan. kalau dah nama budak felda tu kalau tak pandai bawa motor memang macam perkara luar biasa la pulak hehee. hatta budak darjah tiga pun belasah je bawa motor. Aku pulak naik seram tengok budak-budak kecik berani bawa motor. Benda pertama yang aku fikir masa tu, macam mana mak pak diaorang ni boleh bagi anak-anak yang tak mumayiz ni bawa motor yek. Dah le kaki pendek. Kompom tur boleh jatuh kena hempap dengan motor.Tak sedar diri aku tu pun masa tu belum cukup umur nak bawa motor.
sibuk pertikaikan budak lain hahahhaa.

Masa tu memang tak takutnya jatuh motor atau xcident. Yang tau seronok jer dan boleh tunjuk eksen kat member-member yang lain sebab dah terer bawa motor. Basikal dah sorong bawah rumah dah. sesekali je pegang kalau terdesak. Sebab selalu motor ni available time abah tak gi kebun jer.

So bila aku dah start sambung belajar balik lepas SPM. Abah suruh aku ambik lesen motor. Lesen L dah ambik dah masa semester 2 kut kalau tak silap, eh! betul la tu.Test sudah lepas tapi lesennya belum ambik lagi, biasa la kena tunggu seminggu nak dapat lesen. Itu dulu la sekarang ni tak tau kalau boleh dapat on da spot ke kan. Pernah la sekali tu,aku nyaris kantoi kut dengan pak polisi balik dari mandi sungai kat ulu chepor ngan uda, angah, along. Gigih la sangat nak mandi-manda konon di musim kemarau yang hangat pijor. Sudahnya abang-abang polis tu tahan kitaorang. Dia dah syak dah mesti kitaorang ni tak de Lesen punya, dah le basah lenjun satu badan naik motor. macam-macam le alasan kitaorang nak lepaskan diri. masa tur Man Lata pun ikut gak escot kitaorang. Dia punya motor kitaorang guna. Dia pulak ntah pinjam motor siapa ntah siap tak de side mirror lagi. Dia pun nyaris-nyaris nak kena tahan gak ngan pak polis. Tapi sebab abang-abang polis tur lebih tertarik ngan kitaorang yang basah di atas motor ni, maka Man Lata tu terlepas dari roadblock. Kitaorang ni la jenuh menjawab. Sib baik si Along ngan si Angah ntah macam mana ter speaking Jowo pulak. ngobrol2 itu ini dapat le kitaorang excused hehehe ape lagi pecut le balik TC. kenangan bawa motor yang terindah tur.


Adik-beradik aku semua perbelanjaan ambik lesen ditanggung beres oleh Abah & Co. Alhamdulilah aku lulus sekali test jer hehehhe. Lepas tu baru rasa konfiden bawa motor. Dah tak nebes dah kalau nampak polis kat depan atau lalu kat sebelah hehehe. Cuma masa aku nak ambik lesen kereta aku guna duit gaji  bulan ketiga bekerja.

First Bawa motor keluar dari gunung adalah masa aku di semester 5. masa tu Abah baru beli motor EX-5. kalau budak Ipoh cakap motor kapcai. Aku memang tak sangka betui la Abah percaya kat aku bawa motor dari kampung ke Ipoh. Aku sendiri tak percaya aku boleh bawa motor sejauh itu hehehe.Mana aku dapat keberanian tu pun aku tak tahu. Tapi motor tu sangat berguna dan berjasa sepanjang tahun akhir aku kat IPOH. Banyak kali jugak le budak lelaki nak pinjam motor aku. Tapi sekali pun aku tak kasi pinjam. Bengang jugak derang sebab sebelum ni aku rajin pinjam motor diaroang kalau nak ke town hehehe. Yang gigih nak pinjam motor aku selalunya si Jepp. Sebab dia kata tak pernah lagi naik motor orang perempuan.  Alasan tak logik lansung. Yang sebenarnya diaorang tu nak jimat duit minyak motor nak pergi dating. Hampeh!

Walau apa pun kenangan aku dan Motor. Bila aku lihat sepupu aku yang baru darjah 6 post gambar bawa moto kat FB. aku jadi cuak.Aku memang tak sokong lansung budak-budak yang tak cukup umur bawa motor tanpa lesen. Jangan kira situasi aku masa dulu. sebab masa tu ilmu tak banyak. Aku tak setuju hatta nak pergi kedai dekat dalam taman ker dalam kampung ker. Rasa lebih afdhal bawa basikal lebih berpeluh. sihat tubuh badan. Ada lesen baru boleh menunggang. kalau tak ada lesen 'NO WAY'
Bagi aku kan bawa motor ni banyak risikonya. Sebab senang jadi mangsa kena langgar atau jatuh. Dan kalau jatuh pulak memang akan cedera. Kalau cedera di muka lagi tragis.

Motif entry ni sebenarnya aku cuma nak cakap aku tak setuju budak yang tak cukup umur bawa motor tanpa lesen.Itu jer, tapi mukadimahnya terlebih sudah.