17 June, 2013

Family outing ❤ Epic movie

Happy jer budak-budak 2 orang ni.
Pak Ngah dia belanja tengok movie EPIC.
Best jugak layan citer cartoon ni.
Che Mat best lar fokus jer tengok cite.
Yang Che Nah ni sejam pertama je boleh duduk rileks.
lepas tu dia dah boring.
sekejap pergi kat mak teh,
sekejap dia berdiri.
sekejap berjalan ulang-alik.
hahahaha sabar ajelah.

IMG-20130526-WA0003

Ni tengah tunggu pulak nak pergi tengok MU katanye.
hari-hari dok tengok kalendar.
kira berapa hari lagi MU nak keluar.

untitled

Resipi ✿ Ayam vange-vange.

amak!.
vange-vange.
ini resepi ada sedap jugak.
kasi cuba dulu adik manis.
Tara susah punya resipi.
campak-campak saja dalam itu kuali.

C360_2013-06-03-18-50-08-505

Bahan-Bahan
1 ekor ayam (goreng separuh masak)
3 batang daun kari

bahan kisar
30g cili kering (ikut suka nak pedas mana)
7 biji bawang putih
1 biji bawang besar
3 inci halia

bahan tumbuk
2 sudu besar lada hitam
2 sudu besar jintan manis

kicap lemak manis (ikut suka nak letak berapa sudu)
gula dan garam secukupnya.

cara-cara
1- tumis daun kari sampai wangi.
2- masukkan bahan kisar tumis sampai naik bau.
3- masukkan kicap, gula dan garam.
4- masukkan lada hitam, jintan putih

SELAMAT MENCUBA.

Family outing ❤ Cameron Highland.

Walaupun dah berminggu lepas pergi CH.
Barulah terasa nak updated blog hehehehe
Perjalanan yang tak dirancang.
nak kata jauh jaraknya tak jugak.
sebab, gerak dari rumah abah kite :)

Gigih la anak-beranak bangun pagi.
mandi air pili gunung yang sejuk giler.
serius tak tahan.
tapi masa kecik-kecik dulu,
rilek jer mandi pagi-pagi pergi sekolah.
Tak pulak melompat kesejukan.

kitaorang gerak seawal 8 pagi.
ikut Highway then turun exit Tapah.
Sejuk je udara pagi-pagi mendaki bukit yang macam ular kena palu.
kenderaan masih belum banyak.
Cuma ada beberapa simpang ada pokok tumbang dan kerja-kerja membuat longkang sepanjang lereng-lereng bukit.

memang best pergi CH ni.
walaupun cuaca dia dah tak sesejuk dulu.
tempat wajib pergi, Ladang teh, strawberry park, taman kaktus. 3 tempat ni mesti terjah dulu hahaha.
seisi bergambar, minum-minum, dan makan-makan.
Pak Enchik teruja sangat.
Beriya nak pergi Equatorial Hotel heheheh.
Tapi tak tidur pun, saja melawat kawasan.

Disebabkan udara dia yang selesa.
Tambah lak duduk di tanah tinggi.
tetiba terasa lak nak stayed je kat situ.
Ada la cakap dengan Pak enchik.
'Jom le kita pindah duduk kat sini.’
hahahahahha
lepas ni tak payah gaduh-gaduh nak pasang kipas selalu kan...
apa-apa jer la mama dia ni.
sepanjang berjalan hari tu.
Tak terasa lapar pun.
apakah!

C360_2013-05-31-17-04-22-870

budak berdua ni boleh tak nak makan strawberi. Rugi..rugi…

20130531_141941

20130531_142005

cantik dipandang tapi tak beli pun. tak koser nak menjaga bunga. Yang ada pun dah lama mati..tangan tak rasi menanam atau menjaga pokok .

20130531_145714

20130531_114909

sejuk mata memandang. Ku lihat HIJAU… pemandangan dari atas Equatorial hotel.

20130531_215005

tak agak-agak beli teh. semua perisa aku beli. amekaw!! minum sampai lebam.