13 March, 2013

kain batik Ayong.

opocot kain batik!
terkejut mak yong! kain batik melondeh hehehe.
acah je tur.
kini tidak lagi anak-anak.
kain batik mak yong dah ada getah pinggang hohoho.

macam blank kejap bila tengok banyak betul kain batik dalam lemari .      check jugak takut tetiba mereput pulak.
maklumlah dah hampir 5 tahun tak berusik.
sungguh la mak yong ni kan..
pakai kain batik ni cuma waktu berpantang jer.
boleh cenggitu le pulak.
nampak sangat bukan gadis melayu terakhir.
nak pakai hari-hari memang tak le jawabnya.
macam susah je nak lipat-lipat.
dah le kalau pakai kain batik ni mesti nak terlucut je.

pikior punye pikior. sambil tenung ke kain batik tu.
Dapat le mak yong buah pikiran.
Mak yong rasa elok kalau di transform kan ke bentuk ala-ala kain berpotongan mermaid aka dugong duyung.
senang, main sarung jer dikemudian hari.
tak payah nak susah-susah nak pikior londeh ke melurut ke kan.
next time mak yong nak jahit macam kain belah tipu pulak.
Tur ada lagi dalam 5 ke enam 6 helai kain batik belum berusik.
nampak le nanti mak yong pakai kain batik ala-ala memakai  cara original.
padahal pinggang bergetah hahahha
ate, kome pun tentu ada terpikior nak buat cam gini kan.

20130216_183334

Donut Hello kitty

Weekend lepas ada la terlebih rajin sikit.
tak tau dah nak masak apa.
teringat pulak dah lama tak buat donut.
Terlanjur pak enchik  dah pergi ke kedai.
kirim je kat dia suruh beli mauripan.

so, petang tengahari sabtu itu ari.
kita dua beranak pun berdondang sayang.
happy-happy buat donut ntah apa-apa hahaha

masa bila ntah tak ingat.
ada orang share gambar donut bentuk love dalam fesbuk.
Terigin la jugak nak buat bentuk macam gitu.
Tak agak-agak.
So, korek punye korek acuan kat dalam almari tu.
Nampak pulak acuan biskut come belum pernah guna lagi.

so, jadi la donut macam kat bawah ni.
ate, kome-kome come dak donut teman ni ha...

20130309_165807

ni la acuan hello kitty yang baru nak rasmi. bukan guna buat biskut. buat donut la pulak.

20130309_165946

20130309_175602

bila dah siap digoreng, tak nampak dah misai kucing, mata dia bagai hahahah. dah rupa macam nugget ayam hehehe

tapi yang bentuk love & bintang tu come. kena beli acuan yang size besar sikit baru best.

yang bentuk bulat biasa pun ada gak buat. Khas untuk orang tua-tua. Untuk aku le tu maknanye hahahaha.

Pictures2

tadaaaaa!!!

06 March, 2013

Sungai Bil, Slim river.

Sungai oh! sungai..
masa wedding adik perempuan teman hari tu, sempat la menyinggah kejap bawa budak-budak pergi main air di tepi sungai Bil. Rumah adik ipar bersebelahan dengan sungai.
Ni kalaulah rumah abah teman yang berada di sini. Kompom dua beradik tu terjun sungai aje dari pagi membawa ke petang.
Sebelum ni dah pernah bawa diaorang piknik kat sungai Bil. Tu yang bila cakap nak pergi rumah Pak Lang Jijan. Memasing laju jer. Nak mandi sungai la katakan.

20130217_140615

ni yang bahagian bawah dan landai. sesuai untuk anak2 kecik nak mandi.

20130217_140809

Tak sempat nak mandi, Nak cepat balik S.A. main air jer buat hilang kempunan. Sungai Bil ni jugak adalah kampung Mazidul Akmal Sidek.

Tahu tak kome sungai atau air terjun sangat banyak di negeri Perak.
memang kalau nak berpiknik kat tepi sungai,
banyak pilihan kome weh.
meh kita senaraikan sungai-sungai yang ada di Perak.
Masa kecik-kecik dulu memang puas mandi sungai ni.
Takat Lata kinjang tu dah puas dah kitaorang melepak. Kalau dari highway utara selatan boleh nampak air terjun Lata Kinjang tu. Cantik.

antara sungai yang kita pernah terjah;

Sungai Bil, Slim River
Sungai Klah, Sungkai
Lata Kinjang, Chenderiang
Lata Pongsu, Sungkai (selalu camping pengakap ni)
Lata Iskandar, jalan ke Cameron Highland
Lata ulu Chepor,Jelapang
Lata apa ntah nama dia kat area tanjung rambutan.jln nak masuk ke Maktab perguruan

Sungai-sungai yang dikatakan senang nak di akses;
Lata ulu kinta,Ipoh
Air terjun batu berangkai, Kampar
Air terjun bukit Jana, Kamunting taiping
Air terjun buntong, Ipoh
Air terjun Gepai, Bidor
Air terjun Geruntum, Gopeng
Lata Batu Pecah, Manong Ipoh
Lata kekabu, lenggong
Lata perahu, Kuala kangsar
Lata Tebing Tinggu, Selama
Lubuk Timah, simpang pulai
Papan cascades, Ipoh
Air terjun salu, kampar
Air terjun Sinju,simpang pulai ke cameron highland
Air terjun Tupai, Taiping

Sungai-sungai yang dikatakan agak sederhana untuk di akses;
Air terjun air hitam, Batu kurau
Air terjun belum, Gerik
Air terjun Chelik, simpang pulai ke cameron Highland
Air terjun Damak, Ulu Geroh Gopeng
Air terjun kamunting, Taiping
Lata Tanjung Kala, Gerik
Lata yuk, Chenderiang
Lon Rapids, Sungkai
Bukit Larut, Taiping
Air terjun tebing tinggi, antara selama dan lenggong
Air terjun Trong, Trong

Sungai-sungai yang dikatakan susah nak di akses;
Lata Puteh, Antara selam dan Lenggong
Air terjun strata, Tanjung malim
Air terjun Tibang, Ulu slim
Air terjun Tigok, Pos Gedong Bidor.

banyak rupanya air terjun yang aku tak pernah pergi.
kebanyakan nama sungai-sungai yang ada di perak suka letak nama Lata.
apa maksud Lata ni yek. meh selak kamus.
lor, Lata tu maksud dia air terjun. Cis! baru la Pah bedah tau.

cuba tengok keindahan air terjun / lata kat link ni

kalau berkunjung ke negeri perak tu,tanyalah sedara-mara kut-kut boleh menyinggah ke sungai-sungai seperti di atas tu.

menyampah kut...

3 minggu yang memenatkan.
bukan penat pasal kerja rumah bagai.
tapi penat dengan kerja-kerja pindah ofis.
also, penat dengan karenah bos-bos huhuhu
konon boleh settle dalam 2 minggu jer.
huh! meh aku gelak hahahahah
bos ingat bab pindah randah ni cepat siap.
ni dah nak masuk minggu ke-3 kut.
nak update daily report pun bosan.
hari-hari tulis support shifted office.

so, sekarang dah pun duduk dalam ofis baru,
tapi tak la baru sangat.
bekas ofis kitaorang jugak dulu.
sebelum diusir ke bangunan R&D div lain.
konon nak classy sikitkan.
tapi rasa menyampah pulak dengar bila manager dok kata,
ofis baru ni more efficient & senang nak pergi production. Some more eliminate waste katanye.
sebelum ni depa tu bodo kut tak leh fikir.
padahal kita dah tau lama dah pasal nak eliminate waste ni.
bayangkan dah 5 tahun berlalu , dah berapa banyak loss disitu.

satu lagi,
bos tecik aku sekarang ni tak senang duduk sebab.
selalu dia boleh ke hulu ke hilir.
nak skodeng pc kitaorang.
Now, ofis baru tak memungkinkan dia nak around da office hahaha.
tapi dia tetap gigih cari jalan nak around da every side or corner. lawak-lawak.
dan lagi,
bos arrange pc nak letak macam mana.
mengeluh budak-budak group kitaorang.
sebab masing2 nak cpu letak dekat atas meja.
senang nak turn on cpu atau guna usb port.
tak payah la nak membongkok masuk bawah meja.
tapi itu lar.
kang kalau kita cakap masalah kita dikatanya
tak positif lah. banyak komplen la.
so, positif tu diukur dari segi ???????

mode ari ni:  menyampah u....

IMG-20130222-WA0025

gigih berposing sebelum pack barang.