29 October, 2012

Apa ada dengan kerang.


kerang ni kalau dibakar cicah dengan air asam fuh! memang mabeles ko.
Dulu aku alergik sikit dengan kerang nih. Naik menyampah pun ada. masa kecik-kecik dulu boleh dikatakan setiap 2 hari sekali mesti ada kerang dalam talam makan tengah hari. Dah tu tak ada dah resepi lain asyik-asyik sambal kerang. Sampai dah tak lalu dah nak tengok kerang huhuhu. mungkin waktu tu kerang sangat murah kut. Tu yang abah aku rajin membeli.Waktu tu bukan nak berlagak kata kaya ke apa yang tak makan kerang tu. tapi menu kerang tu dah jadi main dish kut. kalau hari-hari dihadap benda yang sama mana tak mue kan. selalu aku skip makan tengahari kalau ada kerang. putus selera.

nak dijadikan cerita baru-baru ni sewaktu kitaorang bergathering raya.member aku ni hidang pulak kerang masak tauchu. katanyer resepi masakan jawa. sedor tak sedor 3 kali aku bertambah makan. dah hilang dah alergik nyer yek.Kecoh sekejap le member meja sebelah sebab tak sempat nak merasa udah aku kerojekan hahaha. aku selalu kalau beli kerang untuk masak char kuey tiaw jer.

teringat pulak pagi-pagi tadi nak mengugel resepi kerang masak tauchu ni kut-kut ada blogger yang sudi berkongsi resepi. macam-macam menu jawa le keluar tapi tak jumpa la bahan yang ala-ala yang aku makan tu. Ada jumpa blogger indon tapi udah bahasanye pulak kelaut. tak paham aku nak mentranslatekan bahan-bahannya ke BM.

nak bertanya ke member tu katanyer mak dia aje yang tau resepi. maleh le nak bertanya panjang lebor.kita tanya pacik gugel aje ler.

penyudahnya jumpa jugak resipi ni kat hmetro.com.my setelah puas terjah rumah ke rumah yang kat metro ni paling hampir dengan yang aku uji rasa masa raya itu hari. kira yang ni resepi yang paling simple ler. Ada banyak versi rupanyer.ingatkan resepi dia nama kerang masak tauhu berlengkuas rupa-rupanye:
nah tengok kat sini.

RESEPI: SAMBAL TAHUN KERANG nama di beri hukaloh! kome
-----------------------------------------------------------------------------------

pix_middle
Bahannya:

2 kilogram kerang
5 sudu minyak
4 inci lengkuas dihiris halus
Santan (sebiji kelapa, ambil patinya)
2 sudu taucu
Sekeping asam keping
20 biji cili padi (atau mengikut selera)
Garam, gula dan perasa secukup rasa


Bahan ditumbuk:

2 batang serai
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci belacan
2 inci halia

cara-caranya:

pix_gal1

SEDIAKAN...lengkuas, halia, bawang putih, bawang merah, serai, asam keping dan belacan.

pix_gal2

sediakan juga taucu, cili padi dan santan

pix_gal3

LEBIH SEDAP...ditumbuk bahan dengan lesung batu lebih sedap rasanya

pix_gal4

TUMIS...bahan ditumbuk itu ditumis hingga naik bau. Masukkan taucu dan kacau beberapa minit.

pix_gal5

DIDIHKAN...masukkan cili padi, lengkuas, santan dan asam keping. Biarkan mendidih dalam api sederhana.

pix_gal6

KERANG PULA...kemudian masukkan kerang dan masak hingga kering. Pastikan ia sentiasa dikacau supaya tidak hangus.

Tak tahu pulak aku SAMBAL tahun kerang selalu dimasak di musim perayaan atau kenduri-kendara yang sangat digemari masyarakat Jawa. Selain kerang, ada yang menggunakan ikan bilis ataupun perut lembu.

Kenapa ia dipanggi sambal tahun? Rupa-rupanya kerana teknik masakannya yang lama berserta api sederhana, ia boleh tahan lama. Sambal ini boleh disimpan dan semakin lama semakin sedap rasanya.

boleh jugak terjah kat rumah mak long kalau nak bahan2 yang lebih mabeles.

balik rumah ni kompem nak try resepi ni. Tak sabo pulak nak cari kerang hahahaha.

foto dan resepi kredit to: hmetro.com.my

yeay! dapat hadiah.

 

hadiah walaupun kecil tapi tetap berbekas di hati. Siapa yang tak suka terima hadiahkan. Walaupun hanya di beri sebuah senyuman pun dah rasa bertuah dan berbahagia sekali hahahaha..

begitu le seadanya kan..
dah tua-tua gini tak sangkalah pulak ada orang nak bagi hadiah besday hehehe.walaupun birthday dah lama berlalu hehehe
Pak enchik tak bagi apa-apa tahun ni katanya poket dia broken ke kereta yang sakit huhuhu Tak ngape bang ai faham situasi you. Tak bagi hadiah pun tak per tak de hukum wajib di situ hehehe. Next year aje lah you bagi tapi, ai nak double yer hahahahaha.

ni member ofis mate bagi Y(^_^)Y. tenkiu so much berguna sangat ni utk aku , boleh save banyak benda ni hahahah.

PIC_0013

Eidul Adha 26th oct 2012

Alhamdulilah raya Eidul adha disambut meriah.

Raya di kampung aku memang selalu ada manisnya. Paling koman pun mesti buat gathering raya tak kira la grand reunion ke mini reunion ker..ape ape pun memang mantap ler hasilnya. Sweet memoir forever gitew!.

tahun ni turn rumah Fadz pulak. Keeper hoki team kitaorang. Dulu kitaorang gelor dia robocop. Siapa-siapa yang pernah main atau tengok permainan hoki, kome mesti tau pasei apa kami gelor robocop.

Kitaorang berkumpul lepas Asar dalam pukul 4.30petang. Menu rumah fadz yang paling mabeles sambal masak tauchu dengan lengkuas. Katanyer masakan orang jawa. Aku tambah 3 kali tur, tak pandang dah bihun tomyam, muffin, lemang dan bla..bla.. Ada jugak la rasa macam nak gugel resepi masakan ni. hahahhaa betapa dah addicted ngan kerang masak tauchu. serius memang sedap la wei. Lepas kenyang memasing ler menjoyah hahaha.

Tahun depan Insyallah raya puasa akan ada lagi gathering ex-smkfb batch spm 95. Jika di panjangkan umur dan di murahkan rezeki. Amin!

306550_487947994573347_140500409_n

25 October, 2012

kitaran 180 darjah.

25th oct 2012

first of all. happy birthdays to me yang ke……. tak kan nak revealed pulak kan (nak ngelat). kononnya' ‘ biarlah rahsia umur tu hehehe’. Sekejap jer masa berlalu dan dalam tak sedar tu sudah 180 kitaran pusingan kehidupan aku lalui.

Hidup aku hampir lengkap, ada suami, ada anak, ada kerja walaupun tak mencabar atau making profit menggunung. Tapi Alhamdulilah semua itu amat berkadaran dengan aku. Dan Allah S.W.T amat adil pada hambanya. Hidup di dalam serba sederhana dan harap2 sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T.

Masa memberus baju sekolah Che Mat tadi teringat 25 tahun dulu. Aku memberus baju sekolah sendiri, memberus baju adik-adik. Dan kini aku memberus baju sekolah anak aku pulak. Satu putaran telah aku lalui.

Harapan moga aku sentiasa sihat dan ceria untuk sentiasa dapat menjaga insan-insan tersayang yang sentiasa berada di sekeliling aku.

Selalu birthday aku akan jatuh pada perayaan Deepavali. Tapi tahun ni Baru dapat meraikan hari lahir berdekatan dengan Hari raya Aidiladha.

birhday wis

20 October, 2012

Abis lah..

 

kenapa nak abis..
sebelum ni aku naikkan status kat FB mampus aku!
tapi ada member kata tak boleh ke guna perkataan yang elok sikit.
Haaa! kan dah kena sound.Aku bukannye sengaja nak cursed diri sendiri. cuma aku ter gunapakai perkataan pasar yang selalu orang duk guna bile buat sesuatu perkara yang macam no way to turn back. Tapi tak per aku ambik  teguran rakan yang sangat perihatin dengan penggunaan tatabahasa aku tu. so aku tukarkan status ke Abis la kat rumah aku pulak.

aper citer...abis la..
huh! ni memang kerja gila-gila.
kebiasaannya kalau aku n da geng pergi buat checking kat low temp chamber. mesti duk posing fefeling macam gi kat negara sejuk.Sambil test performance set and etc. Al-maklumlah nak pergi negara matahari terbit yang tak mungkin akan jejakkan kaki ke sana. So, kitaorang ni tengah mood nak buat workplace photo album tur yang main posing tak kira tempat hahaahha.

Dan kerana kerana terlebih over. kunun2 nak post le gbr bagi budak2 ex-office aku tengok hasil berjimba kitaorang ni. Sekali ter reply pulak official email bos2 seantero kilang local and oversea manager. huhuhuhu sungguh sadis tak terhingga. Tak dapat bayangkan betapa malunye siap attach gambar yang berjimba2 tu lagi dengan ayat pasar yang ganaz hahahaha. Sib baik manager dept aku tak sound cuma kena gelak sakan je dengan diaorang.

bila dapat je email dari kengkawan luar office huhuhu, sungguh fobia bila nak reply ekekekek takut pisang berbuah dua ke tiga kali. sekali silap hantar orang akan kata OK ler kalau dua tiga kali salah hantar email tu dipanggil stupid le kan. yg penting aku tak buat benda tu on purpose dan tidak jugak untuk nak cari publisiti murahan hahahaha.

apa-apa pun untuk dak Nurul and shida kenangan ni tak mungkin dapat dilupakan sepanjang keje kat ofis ni. dan words BERJIMBA itu sangat sensitif kalau didengar hahaha. luv uols.

 

PIC_0010
ada banyak lagi gambar gerilas kita orang, tapi biarlah posing yang hat come-come jer di sini hahahahaha

TIPS mendapatkan perut rata.

tips: dari MW nov ‘05

  • Makan sedikit pada waktu malam.
  • Jangan makan ketika sedih atau tertekan
  • Jangan manjakan diri makan dalam jumlah yang banyak.
  • makan 5 kali sehari
    tubuh perlukan makanan setiap 3 atau 4 jam. cuba untuk makan dengan jumlah yang sedikit/kecil,lima kali sehari sepanjang hari.
    (sarapan,snek,makan tengahari,snek,dan makan malam). Dengan cara ini perut akantetap penuh dan lebih bertenaga.
  • makan 2 per tiga dari keperluan kalori sebelum makan malam.
    tubuh memerlukan kalori ketika anda aktif iaitu pada waktu siang bukan pada waktu malam hari kerana ketika itu 'irama' tubuh anda semakin menurun.

 

image

scary bile terpandang nasi lemak nyer kalori. patut le pun naik lemak kat badan. tinggi betul KCAL nyer.

tips kata jangan makan ketika sedih atau tertekan. Tapi kalau aku sedih memang  tak lalu makan tapi bila happy balik tu yang makan qado yang waktu-waktu sedih tu. makanya tak ade maknanye sedih atau happy. kalau jenis pemakan tegar. memang tak boleh nak elak dari fikir nak makan hahahaha.

09 October, 2012

Happy Birthday! Hannah.

 

Hannah dah masuk 4 tahun. yeay! dah besar anak pompuan mama.
pejam celik pejam celik dah 4 tahun dan si baby ni.  tapi sampai sekarang masih duk biasakan diri dia dengan panggilan baby.

Hannah ni kalau boleh tiap-tiap bulan nak birthday cake. Itu hari siap tunjuk nak kek angry bird. Tapi kat kampung kek apa sangat la yang ada. Yang biasa-biasa jer. Tak sempat nak beli kat S.A.

Semoga anak mama sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T. Amin.

 

PicsArt_1349620146821

Sayang sangat dengan si kecik ni. Kalau suruh cium pipi keliling muka habis diciumnya hehehe.

02 October, 2012

Selulit oh! selulit seramnya…

Tak mengalah lagi cari info pasal selulit bla..bla…bla…Tapi insafnya hanya boleh bertahan 2, 3 minit jer. Lepas tu bila perut berkeriuk mula la makan macam unta di padang al-pasirun. huhuhu takut jugak kalau anak duk cakap mama dia selera macam unta , kes naya.

Lepas baca info di bawah ni harap-harap boleh LAH kekal lama sikit kut insaf ke arah memikirkan pasal makan..makan..makan…

selulit

sekali lagi pencarian aku akan berakhir dengan 3 perkataan ni, BERSENAM, MINUM AIR MASAK, DIET YANG SEIMBANG… makanya bila le nak startnye bersenam ni yong oiii!

info sihat ni diceduk di dalam majalah keluarga oct 2003.

01 October, 2012

Roti bakar cereal

Banyak sebenarnya yang kita boleh pelbagaikan menu sarapan dengan roti putih ni.
Roti putih ni selalu kita akan sediakan:
1-Roti bakar
  sapu dengan segala jem yang ada dipasaran. Paling sedap sapu nutella hahaha.
  mahal kut nutella ni kalau bagi aku yang tak berapa nak ado duit hehehe
2-Sardin/Tuna roll
  dan segala macam lauk-pauk dalam tin yang boleh dimasukkan dalam roti
3-Sosej roll
4-Roti gorang telur
5-sandwich telur etc
6-mini pizza
7-mini tartlet
8-bread pudding

apa lagi dah tak boleh nak fikir dah...hah! sedap dimakan begitu saja tambah syok kalau cicah dengan ayo kopi. Tak pun serawa durian wah mabeles..mabeles..

Tapi pagi tadi bekalkan Che mat roti bakar dengan majerin yang disapu dengan peanut butter dan ditabur dengan nestum.
Sedap pulak rasanya.Semalam pergi giant duk rasa sample yang promoter bagi.
Tu yang buat jugak tu.

 

20121001_054835

20121001_054843

Yang terjadi pasti ada rahmatNYA.

errmmm...
mungkin kes macam ni orang lain kat luar sana tu pernah merasa. Dan selalu aku dengar cerita pasal orang lain kena dibuang kerja beramai-ramai.
Tapi kali ni kes seumpama ni berlaku dekat dengan kehidupan aku.
Tak dapat dibayangkan bila bangun pagi-pagi bersiap seperti biasa pergi kerja, tiba-tiba bila sampai di ofis bos kata, kamu telah diberhentikan kerja kerana company telah bla...bla..bla..owh! rasa nak gugur jantung mendengarnya.Rasa dikhianati oleh majikan setelah berkhidmat berpuluh tahun.

Tak tahulah Macam mana nak redakan hati yang gundah gulana memikirkan nak cari kerja baru pulak untuk menanggung keluarga. Bagi yang berkahwin dan punya anak mau rasa macam nak gila.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Walaupun aku tak la berapa baik sangat dengan staff group sebelah.kekadang tu ada jugak rasa menyampah dengan sikap diaorang.Tapi bila dah jadi macam ni sedih dan kesian jugak bila mendengarnya.

Tak semua orang hidupnya senang walaupun bergaji dan bertitle sebagai engineer atau manager.Masing-masing ada cerita kehidupan sendiri.
Walau apa pun harap mereka kuat dan tabah dalam meneruskan kehidupan. Moga kejadian seperti ini menjadi titik tolak pada kejayaan baru dalam kehidupan mereka. Yang terjadi itu pasti ada hikmahnya. InsyALLAH.