10 January, 2013

makan Free..

Sabtu minggu lepas, kilang tempat aku keroje buat makan-makan. Annual lunch and happy new year katenyer. Adalah ceremony kecil-kecilan bagi award kat pekerja-pekerja cemerlang bulanan.

Bulan lepas punye pemenang untuk kategori executive,dianugerahkan kepada department aku . Tahniah! ler untuk deme kan. Siap bagi name tag tur tulis 'pekerja cemerlang' kena pakai kat jaket kompeni. Sama ler macam pakai tanda nama pengawas jer masa kat sekolah dulu hahahhaa.

Kilang tempat aku bekerja ni dah lama dah tak de buat annual dinner bagai. Sejak dah merged dengan Audio produk dulu terus tak de sebarang event yang raikan pekerja.Yang lagi tak best, loket emas untuk services award dah tak de.sedih-sedih. Bila dah merged pulak dengan kompeni Kenwood ni baru la nak ada sikit event mesra pekerja.. Ok ler kan walaupun ciput merasalah juga kitaorang ni

Makanya, MD pun pung pang pung pang bercakap kat mini stage di kafeteria.. sepatah haram  pun aku tak faham english dia.Itu ler ghupenya jepun bercakapnyer. cer kalau org kite cakap omputih salah sikit mau kena gelak sakan hahaha. Gigih Manager QA translatekan ke Bahasa. Ok lah motto ucapan dia suruh pekerja hapuskan pembaziran.. pekerja je la jangan membazirnye hat yang bos-bos besar itu kalau membazir tak ngape.

so, apa menu makan tengahari kitaorang. Yang memasak hari tu budak-budak dari pusat giat MARA. cawangan mana aku tak tau. Tapi ok ler chicken chop dia sedap le juga. Walaupun coleslaw n mashed potato tak ade. Tu mungkin sebab budget tak cukup le tu kan. heheheh tapi aiskrim cornetto tu aku dapat sebat 2. Sebab ada sorang tu sakit tekak dia taknak makan aiskrim. so, lebih baik bagi aku makan kan Smile senyum lebor teman.

20130105_124648

anyway, annual giveaways dia bagi set sudu untuk semua pekerja.

20130110_102111

jadilah dapat ni pun kan. Alhamdulilah.

No comments: