06 June, 2012

KL bird park..

 

Cuti sekolah kali ni tak dapat nak pergi jauh-jauh. Kereta pulak kena hantar workshop repair itu ini. Makanya jalan jer lah kita ke sekitar KL jer.

Ramai dah ni yang pergi kat tempat ni… Tapi Tiket masuk dia agak mahal ler kalau yang famili besar. hahaha klu gaji macam aku ni mau pusing bijik mata kejap kan.. Tapi kira ok la tu kalau nak diikutkan kos operasi bird park ni mesti tinggi kan. kira kita sapot ler taman-taman yang sebeginikan..Tapi yang paling tak menahan tu air tin dia harga RM4.50 setin. huhuhuhu mahal nak mampus.

 

20120604_160710

Sebab pergi pun lepas Zohor jadi sempat jelajah ke Bird park aje la. Tak sempat nak pergi ke taman rama-rama.

20120604_145527

20120604_145739

20120604_145958

 

20120604_150307

20120604_150542

20120604_150630

20120604_153656

muka masing-masing kepenatan

20120604_162201

orang sibuk nak ambik gambar dia pun sibuk jugak nak jadik potographer.. sib baik ok jugak gambar yang dia ambik…

 

20120604_154447

20120604_162404

20120604_152115

Si adik tak tahan bau burung unta..bapak deme ni gigih suruh bergambor depan kandang burung unta ni. muka tak ikhlas le tu berdua ni. aku awal2 lagi dah menjauhkan diri. tak sior aku nak berposing  sama hahahaha.

Si Che Nah n tak abis-abis dok kata tempat ni zoo hahaha asal banyak binatang jer zoo la dipanggilnya.

05 June, 2012

Ayam kikoman soy souce

 

Demam masterchef selebriti ler ni. Ntah ape ntah kemaruk menelaah buku resepi rasa, saji etc.. semata-mata nak feel memasak la konon. hahahaha

Sekali terpandangkan ayam teriyaki fulamak! wallah terus semangat berkobar nak buat macam dalam majalah resepi tu . Tur la nak masak tak agak-agak, perasan dapur macam open kitchen kat masterchef kan semua bahan ada tak payah susah-suah nak pergi ke kedai gitu.

ambik kau… dari nak buat ayam teriyaki terjadi jer la ayam versi kikoman jer..

Elok-elok jer perap ayam dengan kicap kikoman dengan gula sikit. Ingat nak pergi la ke kedai nak beli sos teriyaki tur.. Dah bawa anak gi outing rumah member dia. lansung tak sempat nak berteriyaki.

so ayam kita bersilat jer la dengan kunyit, black pepper, kicap kikoman dan gula. Kemudian goreng jer kekdahnya. Sedap jugak rasanya.

 

20120605_204826

tapi cam tak syok pulak siti sarah terkeluar malam ni…sob..sob.. teringin nak rasa kari ikan haruan yang dia masak tur. sedap kata Juri2 masterchef.

flower frying pan..

 

Comel tak frying pan kat bawah ni….

20120605_103246

secara tak sengaja terjumpa frying pan ni di tesco. Sebenarnya nak cari scrapper panjang konon-kononnya nak buat harajuku crepe. Tak jumpa csrapper jumpa benda lain pulak. Harga dia kebetulan Rm6.90. Sesuai la ni kalau aku nak buat benjo untuk bekal Che Mat ke sekolah nanti.

20120605_103344

Frying pan ni memang la dia kata non-stick kan. Tapi kalau nak goreng telur tu haruslah kena letak minyak masak jugak. Kalau tak, susah nak terbalikkan telur goreng tu.

 

20120605_145446

macam ni lah hasilnya boleh lah nampak jugak shape bunga di situ. Seronok jugak pakai ni. Tapi ada pesanan penaja kena pakai glove masa nak masak guna frying pan ni klu tak panas le tangan di salai kat atas api.

aku tak guna pun glove. main angkat jer letak atas balam pemotong kayu masa proses memecahan telur dah terbalikkan telur tu.Tak la hangat tangan.

Cash Converter…

Kedai yang menjual barang second hand atau baru…. Kalau di Shah Alam berhadapan dengan Plaza Masalam.

Saja jer Jalan-jalan, tengok-tengok kut-kut ada yang berkenan kan..Memang pun. Nampak benda kat bawah ni macam ok jer kan.

Sambar je lah.. bila balik baru terperasan kat hujung dia berkepala dragon la pulak huhuhuhu..

20120604_222137

20120604_222157

pantang nampak murah jer sambor…huhuhu rupanya dia cantik berkilat tp sebenarnye ada rejek sikit kat bahagian atas tu.. harga tur la sebab RM6 kannn…

20120604_223010

jadilah kau tempat penyangkut kunci di situ.

Hero Che Nah

 

20120603_135432

Terjumpa hero Che Nah di PARADIGM MALL..  ULTRAMAN….fire…!!!

Mall ni berhadapan dengan Giant Kelana Jaya. Banyak shop lot untuk branded stuff, Makanan pun lebih variety tapi tak sure HALAL ke tak. Aku tak berani nak mencekik kat situ. Banyak pengunjung tiong hua jer yang memenuhkan restoran makanan kat situ. Tempat Baru so ramai la orang kerumun. Sale pun banyak. Tapi aku tak ade rasa nak bershoping hari tu.

Tak tahu pun ada slot ULTRAMAN LIVE IN PARADIGM MALL ni.. kebetulan jer lalu kat situ. Pelik sebab orang berpusu-pusu beratur..rupanya nak bergambo dengan ULTRAMAN ape ke nama ntah lupa.. Ultraman Nexus kut.

20120603_135458

Tak panas ke orang yang pakai kostum ni..siap mata dia berlampu tur..

20120603_135553

katanyer suit ni dibawa khas dari Japan.

 

20120603_140956

Aku pun sebenarnya suka jugak kat ULtraman ni..SO aku ngan Che Nah berkingsi minat kat TV super hero ni. Walaupun aksi ultraman lawan raksaksa tu macam memang lawak. Tapi ini la superhero yang mula2 aku kenal dari kecik. Tapi masa zaman aku tu Cuma Ultraman Seven, Mebius ngan Tiga jer yang ada. Terbaru Ultraman Zero dengor citernyer.. Anak kepada Ultraman Mebius ngko….

 

20120604_223024

Koleksi Robo + Ultraman Che Nah ngan Che Mat.. Sempat la beli 3 lagi Ultraman masa tu.. Mahal betul 1 pcs yang kecik ni Rm9.90. Tak tahu plak Ada Ultraman Tiga Dark.