14 August, 2012

malam likur

Ni pak enchik la beriya nak berlampu neon di pagar balkoni. Maklum le nak pasang lampu pelita minyak tanah tak praktikal la pulak. Karang ditiup angin jatuh ke ground floor haru. Nak plak terjatuh atas kereta orang lagi kes naya.silap2 boleh kebabom kereta orang.


Aku suruh beli yang bentuk lampu pelita, tapi pak enchik nak yang bentuk ketupat. 2 tahun lepas punya lampu kelip2 simpan jer sebab dah reput.


Published with Blogger-droid v2.0.4

kad raya che mat..

Dah nak last day sekolah esok, mlm ni baru hegeh2 nak karang kad raya untuk cikgu dan kawan hahaha.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Iftar ramadhan 2012

Minggu terakhir ramadhan 2012 bersamaan 1433H

Ada lagi 2 hari untuk countdown cuti raya. Tahun ni persiapan sangat ala kadar. baju raya beli untuk anak-anak saja. Mak pak kena la bukak almari cari baju yang 3 , 4 tahun lepas punye untuk recycle. Harap-harap ukur lilit pinggang tak tersasar hehehehe.

Biskut dan kiuh muih raya pun ada la 2, 3 jenis semua main tunjuk-tunjuk jer. Yang rajin beli pun Pak enchik, citarasa biskut pun ikut tekak dia jer la.

Ok, bab persiapan material dah settle dah berkadaran dengan poket kecik yang lobang berpuluh. Nak review bab ibadah pulak..
Serius ramadhan tahun ni sangat cepat aku rasakan. Tak banyak yang dapat aku manfaatkan untuk menambah saham di akhirat. Sangat-sangat sedih kerana masih gagal mengatur jadual harian untuk lebih menambahkan amalan sunat di bulan mulia ini. Memanjatkan doa yang berpanjangan moga di beri rahmat dari yang ESA untuk mendapatkan Jannahnya.

Ramadhan kali ni jugak pertama kalai beriftar bersama-sama ofismate yang rata-ratanye dah resign dan bakal resign. Kira batch kali ni yang paling banyak muslim dalam group aku. Beriya budak-budak ni collect duit suh masak-masak. Siap si nuyyu ngan masyu dok bukak youtube nak lipat samosa hahaha janji pukul tiga nak melipat last-last pukul 4 ptg baru nampak muka Smile with tongue out

entah bila la diizinkan Allah S.W.T untuk kami berjumpa lagi...Yang pasti kenangan akan sentiasa dalam ingatan.

20120805_210721
20120805_210605

menu iftar ni masak rendang ayam, ketupat segera, sayur lodeh, nasi minyak, cocktail buah-buah + kastad dan air bandung soda. Tak lupa samosa kentang, dan pie tee.

13 August, 2012

Apa nak jadi...!

Apa ke hei le aku minggu ni. Tak tahu la apa yang aku dok fikir-fikirkan sangat.

kes 1
Tak pernah-pernah aku  terlajak drive ke tempat kerja sampai nak terbawa anak aku sekali.
nasib baik la belum jauh lagi mengelamunnya. klu tak jenuh aku nak patah balik ke rumah pengasuh anak-anak aku tu.
Elok-elok aku nak masuk roundabout ketiga, aku terpandangkan Che nah kat sebelah. Aku pun macam pelik "eh! apesal anak aku ada dalam kereta pulak?" Aku tengok muka dia pun pandang aku macam pelik. mungkin dia perasan jalan yang aku lalu tu tak macam jalan yang selalu dia nak pergi rumah pengasuh. tapi sebab pagi sangat dan gelap, so dia pun buat tak heran sangat la.

Aku, time ni apa lagi ada hati memecut kereta macam alex yong. lambat jugak la aku ke ofis. tempat yang biasa aku park kereta telah diambil orang huhuu.

kes 2
Hari last bekerja, aku dapat cuti sakit. Ok sebab dah sakit aku pun singgah sekejap kat sekolah untuk hantar borang pra sekolah Che Nah. Sekali tak approve la pulak sebab tak de stamp pegawai kerajaan gred A, ketua kampung etc..

So, kerani sekolah yang tak berapa sekolah tu, bila ditanya semuanya tak tahu. mood bengang betui. Karang kata bonus dapat naik gaji dapat kerja tak seberapa kang marah pulak kan. Ok kita redho jer la dengan servis mereka tu seketika.

Baru rasa nak rest kat rumah dengan perut yang sakit terpaksa jugak la menterjah 3 buah sekolah menengah semata-mata nak dapatkan tandatangan dari pengetua sekolah. Untuk pengetahuan korang Guru besar tidak layak yer untuk stamp dokumen bagai ni..bukan dalam gred DG bla..bla.. aku pun bukan tau gred org kerja kerajaan ni. Sekali tiga-tiga pengetua sekolah keluarlah, meetinglah. Adoi!.. apa ni susah beno nak jumpa kome yek. Last-last aku terjah jer ke PPD negeri. Ambik ko! ada pun pegawai kerajaan bila aku memerlukan. Terima kasih banyak-banyak. Disebabkan layanan dan servis kome yang cepat aku bagi markah 4 dari 5. Puashati gitu dalam keadaan aku yang sakit perut, muscle bagai kecepatan korang menyelesaikan masalah aku, sangat dihargai.

Kes 3
ok sambungan dari hari last bekerja yang aku sick leave tu. Aku pun keluarlah rumah awal dengan harapan aku boleh pick up Che Mat kat sekolah agama sebelum aku ambik adik dia pulak. Dah cantik dah, aku sampai 10 minit awal kat sekolah agama dia. Tunggu punya tunggu punya tunggu...aku terlelap pulak kat dalam kerete. oo mak aii! terkejut aku bila dengar bunyi riuh rendah budak balik sekolah. Tengok jam tangan dah pukul 5.07 minit.. usha2 tengok Anak aku dah mencicit lari naik jejantas nak balik rumah pengasuh dia kat seberang jalan. ermmm!! sudahnya aku drive sensorang jugak le, pergi rumah ibu dia.
Nasib la aku tak terjejeh ayo liyor masa terlelap tu kalau tak haru.. Anak aku pun satu tak pulak dia camnye kereta bapak dia.

Tur la sepanjang minggu kenangan di bulan puasa. letih bebenor la gayenye.

Bluberry cheese tart

Minggu ni teman agak rajin sikit. Teringin nak makan Bluberry cheese tart. Tapi tak nak beli sebab nak makan banyak. So kena la buat sendiri.

Maka dengan itu, teman bergegas le ke kedai barangan membuat kek, semata-mata nak membeli filling bluberry dengan acuan tart. Dah masuk ke kedai tu kome, macam-macam benda teman nak sambor..cuma memandangkan duit jer tak berapa nak ade.teman kensel nak membelek-belek benda kat kedai tu lama-lama. karang mau mata putih teman lagi besor dari mata itam pulak.

Resepi macam biasa lah..kita gugel ajer. Selalu terus jer teman bertandang kat rumah kak Azlita ni. Nengokkan gambor tart dia ajer udah terjejeh ayo lior.Haruslah kopipes resepinya dan mula la menyinsing lengan membaking ye yeop yong.

resepi di sini.. 

memang best, sebab kak Azlita siap bagi step by step. teruja gitu.

Tapi yang tak berapa syok tu, time teman nak membuat cream cheese tu boleh temannyer mixer time ni le pulak nak rosaknya. ermmm jenuh la mengacau gune kederat yang tak seberapa ni. bab melorek kat atas cream cheese tu pun kelaut peginye. tgn tidak berseni hahahaha.

 

20120804_184356

tiba-tiba terasa macam nak beli gadget kat bawah ni. Seyes teman tak pandai nak membentuk shell tart ni bagi come macam kak Azlita buat huhuhu

ada sesiapa yang jual benda ni? meh la tolong jualkan kat teman satu unit..

tartlet%20press%20100-20wlg

03 August, 2012

Ramadhan 1433 Hijrah bersamaan 2012 masihi

Hari yang ke-14

Teman nengok memasing tuan punye belog duk cerite pasal menu berbuka, menu bersahur, biskur raya, baju raya, meriah laman2 rumah derang dengan post bergambor yang mendangdutkan perut teman hehehe tak kurang juga dengan akitiviti amal ibadahnya.

Ramadhan teman macam biasa ler macam oghang lain jugak. Yang best sikit bulan puasa ni, kilang tempat teman berkeroje tu, tukar waktu masuk keje awal pkl 7pg dan keluor pukul 4.30ptg.

fuhh! terasa keseronokan ramadhannya. hehehe  Rasa heaven, tak payah nak bersesak di bazaar ramadhan dan beratur di jalanraya nak balik ke rumah. hhahaha bahagia la sesangat yer kome. Sempat le memasak di rumah menu2 simple jer.Di samping lauk-pauk tunjuk-tunjuk di dapur simpang jalan kangkung.

Ramadhan tahun ni ex budak2 sekolah kampung teman buat program mengantor kad raya sesama kitaorang.Ada la kut dalam 15 org yang teman hantar kad raya. Al-maklum ler nak ngantor banyak-banyak kad tak mampu le pulak.Duit setem pun dah 50 kupang sekarang, tu pun diskaun 10 kupang katanyer. klu ada 100 kawan2 darab le sendiri berapa bajet duit setem, duit kad raya bagai hahaha. Tu tak termasuk eks bopren, mak angkat,adik angkat lagi tur. lol

lagi satu yang paling bercinta, nak kena pergi pejabat pos le pulak. kan senang kalau ada peti pos tepi jalan yang boleh drive thru hehehe. nak senang ajer teman ni.

20120724_234037

hajat di hati tu nak ler tulis pakai tangan konon pada kad raya tu.Baru tulis alamat kat sampul dan pancit. Sudahnya main ngelat taip jer la kat Ipek komputer  pastu print banyak-banyak. Senang hati dok tampal jer kat dalam kad raya . 15 kad raya ayat yangg sama jer semua hahaha nasib la korang..

Yang penting kad raya telah dilayangkan….kan..kan…..jonet …kan…

punye ler nak mengimbau kenangan lama pantun fofular ni kena la letak sekali

PECAH KACA PECAH GELAS,
SUDAH BACA HARAP BALAS,

haruslah minta dibalas, benda rare mcm dpt kad raya ni hanya setahun sekali . itu pun kalau ada orang yang sanggup nak bersusah payah mengantor ..paling bagus oter pantun tu jadi cam ni,

PECAH KACA PECAH GELAS,
AKU TAK KIRA KO WAJIB BALAS, ………………… wakakakaka

disamping wangi-wangian dari bedak cuticura hahahaha..nostalgia sesangat.

kad raya pertama yang teman dpt tahun ni..

20120801_183552

happy sesangat!!!!!!