30 July, 2012

Jambu Susu.

 

jambu susu

Nama scientifik buah ni idak ler teman tahu, nak gugel pun teman malas. Ada jugak orang panggil buah ni dengan nama buah jambu tetek. Tak tau la mungkin sebab jambu ni warna putih macam susu. makanya, susu tu kan ke keluar dari T3t3k kan.. ada la kaitan kut di situ perihal nama buah jambu ni.

Rasa buah ni ada yang Masam, dan ada yang manis, bergantung pada pokok jugak.
Abah teman tak ade la tanam pokok ni. Sebab katanya pokok ni beso karang takut timpa rumah klu tumbang. tapi untung la jiran teman ada tanam pokok ni dan buah dia manis. Selalu  main mintak jer hahaha. klu datang Rumah Cik Amah ni. dia nampak jer muka teman dah tau dah mesti nak minta jambu susu.

Since, memang teman agak rapat dengan jiran makcik2 kampung,istilah muka tebal tu dah tak de dlm kamus hahaha.Apa-apa musim buah je, klu ada main minta jer sesama jiran. sharing is caring kekdahnyer.

Alhamdulilah setakat ni kampung teman masih ramai lagi yang tanam pokok buah jambu susu ni. selalu buah jambu ni akan berbuah antara bulan 2-3 dan bulan 7-8 setiap tahun. Tapi tak jugak, teman tengok pokok Cik Amah tu selalunya dia tak berenti berbuah bila habis je luruh akan terus berbunga balik. Mungkin sebab pokok tu tau teman ni selalu datang mengadap dia hahahah siap cakap ngan pokok tu berbuah la lebat2 dan doakan pokok tu umur yg panjang,moga teman dan orang kampung bleh makan buah ni sampai when..when..

yang tak syoknye time dia berbuah time tu la teman tak sempat nak balik kampung. selalu mis gitu huhuhu.

Buah jambu susu ni memang susah nak jumpa orang jual kat pasar. Mungkin sebab buah ni senang nak rosak tak boleh simpan lama2. kena mkn dalam 2,3 hari. klu dah lembik kurang le power nak mencolek dengan sambal kicap hehehe. Tapi kalau potong kecik-kecik ditabur dengan serbuk asam boi. mak oiii!! mau  menjilat mangkuk kome wei..

19 July, 2012

3 tiers Bentou DIY cover

 

Kalau pergi ke Daiso tu memang sangat-sangat giler ler tengok barang kat situ. Giler la kalau siapa yang pergi tu tak terpikat dengan benda-benda yang kiut miut. Ni kalau dapat pergi Japan masuk kedai 100yen ker Daiso ke mau parkinson tangan nak memilih. Rasa satu kedai nak borong  kut hahaha.

Tapi sebab dah selalu sangat masuk Daiso, rasa banyak dah item yang jadi koleksi. Jadi windoe shopping dulu kekdahnya.. Akan TETAPI lagi… boleh pulak terpandangkan 3 tiers bentou box ni kat rak yang bukan berharga rm5. Terus rasa berkenan walaupun..corak dia agak kureng. Tapi dari membiarkan bentou box ni di situ haruslah aku rembat dulu kan. Dah la ada 2 unit jer. Cuma tinggal 1 unit ni jer yang masih elok berbungkus lagi. So tak menyempat aku pun terus rembat.

 

picasabackground.bmp

macam comelkan kalau bawa pergi piknik. nak-nak bila di bungkus macam kat bawah ni… osem tak cover dia hehehhee.

 

20120715_193617

ok dah siap dan sedia untuk di bawa berpiknik hehehe

tutorial yang tak seberapa di bawah ni..

malu nak share hahahaha

 

yan-0001

18 July, 2012

Mencece

hari ni hari mencece aku
tau apa itu mencece.. nak tau kena nyanyi dulu lagu P.ramlee bujang lapuk 'oiii mencece mencece mencece mencece mencece'

Mood menulis mencece ni bukannya selalu datang. kalau dah datang tu tak koser dah nak halang-halang hahahhaa

Benda pertama aku nak mencece.hahaha mcm la banyak benda nak mencece. Aku ni kan tak faham betui la apasei nye tandas kat malaysia ofis aku ni kalau masuk jer mak oii bau dia boleh melumpuhkan sekawan gajah.

Harum semerbak tak pe, ni baunya hancing tahap gaban..aduyai!! pitam..pitam.. tak kisahlah kan nak beristinjak tu guna batu ker kertas ker tisu ker..atau yang lebih afdhalnya guna air ker,janji pam tandas dan siram area yang berjejeh-jejeh air ehem..ehem tu kan.

satu lagi kalau membuang air besar tu tak boleh ke siram 'anu' tu dulu, ni menyesakkan lubang idung aku yang tenggelam ni. Dah la lepas makan nak gi basuh tangan dan berkumur terus jadi muntah mungik lak kat sink.

Susah nak kata la..klu tandas awam macam kat shooping compleks tu  faham la jugak.macam-macam jenis orang yang guna. yang tak tahu guna tandas pun opkos la ramainya. ni kat opis aku ni, bukan calang-calang orang semuanya level2 executive, yang berpelajaran tinggi ko. Tapi still tak dapat nak maintain kebersihan toilet. Bersih dari segi bau dan kekotoran kekdahnya.

Tapi kan aku bukan nak pandang kerek le kat satu kaum tu kan. Tapi aku dah perhatikan banyak kali dikalangan kaum ni klu guna toilet diam je tak de dengar bunyi apa-apa pun start masuk sampai le keluar, tapi bau dia memang all out lah.

Ada la sorang dua yang pam toilet tu,ok ada la good attitude sikit kat situ. tapi yang main buang je bahan kumuh derang tu sangat ramai
(sori kalau ada yang tengah makan masa terbaca cece aku ni huhuh)

siap aku tanya pancik gugel apasal toilet boleh bau han_keching.. dah tak tahan dah tau.
Rakyat malaysia please lah jaga kebersihan tandas. Jangan muka je cantik tp kalau ke bilik air/tandas hancuss.... Ingat tandas ingat orang lain jugak okey..

khidmat masyarakat ini dibawakan oleh yayanosoros.

Telekung kanak-kanak DIY

Salam..

Syoknya lagi 2 hari lagi InsyaALLAH akan masuk ke bulan ramadhan. Harap-harap masih berkesempatan untuk menjalankan ibadah puasa tahun ini. So, mood ramadhan pun dah mula terasa-rasa . Ingat tahun ni nak pergi sembahyang terawih berjemaah dekat surau depan rumah hehehe.

Tahun-tahun sebelum ni susah sikit sebab Che Nah masih kecik susah nak handle karang buatnya dia menangis time tengah sembahyang haru pulak suasana dalam surau huhuhu. Kalau dia menangis bukan suaranya boleh di perlahankan macam volume radio kan. Mau orang dok jeling aku pulak hehehe

kain putih dah lama dah beli tapi selalu saja tertunda nak jahit mini telekung untuk Che Nah. Selalu Che Nah guna jer tudung dia tu buat sembahyang. kali ni dah ada telekung harap dia bersemangat lagi nak bersolat hahaha.

20120715_190813

buat simple jer letak riben dan jahit corak sulaman keliling telekung. Bukannya apa aku memang niat asal tu nak beli jer telekung dia. kan sekarang ni macam-macam corak dijual, ada gambar strawberi lah, tembikat, polkodot. Tapi Pak Enchik tak suka katanya. karang orang tak kusyuk sembahyang dok tengok ke telekung yang gambar buah-buah tu. hahaha ada yang pikir pasal makan pulak time sembahyang, cam ne tur..

lagi pun kekadang tu aku rasa harga kain telekung budak ni pun mahal jugak. Yang simple pun boleh harga 3 ke 4 puluh ringgit. hehehe aku bukannya banyak duit bebenor kome wei..Dah ada mesin jahit tu moh le kita buat sendiri yer dak.  lagipun rasanya tak le susah sangat nak jahit. kita tiru jer kain telekung yang kita guna, ukuran tu main agak2 jer la yek. Tak pun kita tanya pakcik gugel cara-cara jahit telekung hahaha.

Untuk Che Nah 1 meter kain yang bidang 60 sudah cukup sebab dia tak lah besar mana. Kos riben dan kain + benang dalam RM12. Bak kata kamdar berbaloi-baloi.

psssst: memang kain tu beli kat kamdar pun hahaha (' _^)

Recently Updated

tengok tu kemain suke Che Nah. kalau bergambo tak sah le kalau tak piece yo! satu yang tak boleh blah sikit-sikit  dok korek idung jer kerjanya. Tu ngikut sapa la gamaknya..Pak Enchik sila jawab yek..

09 July, 2012

last Day!..

Dept aku klu dalam sebulan tak sah kalau tak ada yang resign. Terbaru EA dlm group aku. Tak sampai kut setahun bekerja, aku jer yang setia lagi kat sini huhuhu.

So, untuk EA aku tur, aku buatkan dia Owl soft toy ni. Buat pun last2 minit. Banyak barang tak ade. Fibre pun nasib baik ada sikit

20120706_090956

Makan-makan pulak kitaorang pergi Kat restoran Nasi beriani Selatan. Nasi dia sedap jugak. Tapi niat sebenar nak makan mee bandung muar dia. Tapi hari tu tukang masak cuti pulak. Semoga dak Ain berjaya dlm apa yg dia usahakan.

kawin pakcik baan

Hari sukan vs karnival D7

Ni kalau aku tak jumpa surat yang sekolah bg dah tentu aku tak tahu ada hari sukan kat sekolah Che mat hari ni. DIa tak bagi tau pulak kena datang ke tak. Sebab acara sukaneka untuk budak2 darjah satu ni dah buat dah. hadiah pun dah dapat. macam biasa la hadiah dia mesti tipuware hehehe dan seperti biasa mak dia jugaklah yang akan rembat tipuware tu (^_^).

So, aku pun pergi jugak lah tengok kat sekolah dia. Tapi tak  banyak acara sgt dan abis pun awal dlm pukul sebelas.

20120708_110340

lepas abis sukan br dia ckp tak payah dtg pun  tak per sebenarnya… hahahaha rumah sukan Hijau menang keseluruhan. Tapi kheman terbaik dr segi hiasan jatuh kepada rumah Kuning. Rumah sukan Che Mat.

Singgah makan dulu di restoran Pak su. sebelum pergi terjah karnival D7 pulak kat sekolah menengah sek 7. Nampak menarik jer tadi masa otw nak ke sekolah Che Mat.

20120708_122136

penat bebenor la rupanya sampai tertido kat meja makan.

okay!, singgah sekejap kat Sek Men sek 7. Wah! best karnival dia. Macam-macam Ada. Pony ride, go cart, menunggang moto berkuasa besar, Boleh naik helicopter lagi. Bilik pameran pun banyak siap ada artis Ana raffali, May mus..Flying fox, sukan air, memanah, Rumah Hantu pun ada. Gerai jualan pun banyak. macam-macam lah. Rajin cikgu2 dia anjurkan karnival macam ni.

Tapi yang paling tak boleh blah tur.. Naik moto berkuasa tinggi. Ingatkan ada VVIP ke yg dtg siap ada moto berkuasa tinngi dok keliling area sek 7 tu. Rupanya salah satu acara kat situ. Tak tau pulak la berapa bayaran untuk naik moto tu kan. Tapi sempat la Pak Enchek tanya bayaran untuk naik heli tur.. Sorang rm98 hengget. Tak kira kecik ke besar. hahahah mahal ko. tapi ramai jugak tu yg naik. Kaya..kaya deme.

20120708_132614

20120708_133007

20120708_133034

20120708_133050

20120708_133341

20120708_133349

20120708_135236

sebelum balik posing dulu kat depan kereta bomba ni.

Osaka cake

Terbeli ni masa pergi cari kain kat Subang carrefour.  Egg Sponge cake dengan filling Vanilla. Sedap jugak. Harga Rm12 satu box (6 pcs)

20120707_192230

Boleh di sejukkan dalam peti sejuk kalau nak simpan. Makan terus dari peti sejuk pun okay jer kalau tak menyempat nak mencekik kan hahahaha.

 

20120707_192244

nampak menarik jer kek ni, tu yang beli tur..

20120707_192315

try jugak gugel resepi kek ni. tapi tak jumpa. Yg best kek ni tak lah sponge sgt dan tak muak.

08 July, 2012

Warung pecal lele dan xtra joss.

Kedai makan ni rupanya faveret budak2 U kat shah alam ni. Famous kedai ni tapi kedai dia rupa buruk sikit huhuhu. Dah lama kedai ni beroperasi cuma aku jer macam tak pernah dengar.Padahal dekat jer dengan rumah aku. Kedai ni kat area padang jawa. Senang jer nak cari. Kalau dr pintu belakang UITM jln terus sampai jumpa traffic light depan puspakom padang jawa. Jln terus lagi sampai naik flyover masuk simpang pertama di sebelah kanan. pas tu jumpa la kedai makan kat situ.

Ni kalau budak ofis si faza tur tak bagi tau memang lah sampai ke sudah tak tahu. Tapi kitaorang cakap kedai Xtra Joss jer sebab dia tak tahu nama kedai tu. Sekali aku ternampak pulak ada signboard tulis tempat letak kereta warung pecal lele.

Tak tahu la kenapa dinamakan pecal kan tapi lele tu diaorang kata ikan keli. So menu utama dia nasi putih dan kuah dia main ceduk je lah kat kedai tu nak yg mana kan. Yang istimewa katanya air dia letak serbuk xtra joss. Cakap aje nak perisa apa. Air dia pun murah. Air dan nasi + pecal ayam/bebola daging/ikan keli hanya perlu bayar dalam Rm 6 atau rm 7 jer. memang la murah bagi student kan.

20120705_223424

ni air xtra joss mangga..rasa dia mcm air bergas tp tak kuat sangat.

kalau pergi kedai dia memang la ramai orang dan yang buat senang sikit sbb stail layan diri. nasi putih, kuah or lauk-pauk tambah dan sup kosong kena la ambik sendiri. sup kosong dia pedas. Cuma nak tunggu lauk yg kat bawah ni jer lambat sikit kalau org ramai.

20120705_220222

Yang speselnya dia letak sambal tomato, ayam tu dlm bekas kayu. Rasanya tokey kedai dia ni org indon kot. Sebab makanan ni mcm ala2 org sana kan nak pulak semua pekerja dia orang seberang jugak. Pada yang dah biasa makan dlm suasana macam ala2 hotel or kopitiam rasanya tak payah datanglah kut..hahahaha karang lemah semangat pulak kan. boleh pulak aku review kedai ni mcm ni.hehehee

Tapi walaupun kedai dia buruk sikit tapi makanan dia sedap terutama bebola daging yg di cicah sambal tomato tu. Sangat mengenyangkan. No wonder lah student ramai datang.

Serius ramai yang dah cuba dan tercari2 kedai makan ni sebabkan pecel lele atau air dia yg mmg xtra joss hahahaha.

 

20120705_223439

makan sampai pinggan licin hahaha

Tapi pada akulah tak mengecewakan klu dtg ke  kedai ni semata-mata nak mencuba makanan dia.

Nasi Arab..dan pengantin.

 

Weekend lepas berkesempatan menghadirkan diri di majlis perkahwinan kali kedua pak saudara Pak enchek yang telah kehilangan isteri dua tahun lalu.Moga perkahwinan mereka diberkati dan kekal hinga ke syurga firdaushi.

Okay akad nikah diadakan di Masjid tepi KLCC. Dan makan tengahari dibuat di restauran Al-Rawsha KL.

 

20120630_101133

20120630_120132

antara menu hari tu..popia dia isi macam masam sikit tak sure mayonis or tairu …tp okay sedap jugak.

20120630_121615

salad

20120630_121551

20120630_122804

20120630_120354

antara sepupu sedara-mara yang hadir.

20120630_120107

okay..nasi dia boleh la sedap. Tapi sos tomato dia best kalu kita cicah dengan daging kambing dia. Ayam dia pun lembut. Tapi yang paling best mint tea dia klu minum panas-panas memang menaikkan mood. Tapi dia bagi teko kecik jer. mula2 tak pandang pun tea tu ingat tea biasa. sekali MIL kata tea tu sedap terus kita orang cuba. Dah la cawan dia kecik comel jer.. memang tak cukup untuk 10 orang per table. Dengan keslumberan MIL dia minta jer waiter tu refill hahahaha siap tapau lagi wakakaakka lagi haru..

20120630_133231

pada yang nak rasa nasi arab al-rawsha ni kat area shah alam ada cawangan dia kat I-city. so boleh terjah di sana. cuba Mint Tea dia mesti syok..

20120630_133534

makan sudah, berborak, dan peluk cium sedara mara pun sudah..masa untuk berangkat. Tengok nak bergambar pun dah tak larat dua orang ni.

Pancake syrup

 

Jangan tak caya yer..nak cari pancake syrup pun jenuh bergugel hehehe. teringat Pancake McD yg memang sedap ditambah lg pancake syrup dia tu huhuhu mabeles sgt. So, teringin nak buat pancake sendiri tapi tak jumpa pulak pancake syrup di jual sekitar shah alam ni. Dekat Giant tak jumpa, Tesco pulak ada tapi mahal sgt rm20++ jenama tesco. Tapi tengok dah berambuk je botolnye. letak pulak bhgn atas. memang tak jumpa la klu yang jenis tak perhati betul2.

Masa jalan2 ke pasaraya baru checker jumpa jugak pancake syrup jenama pillsbury. Tapi masa tu tak beli tak bawa duit banyak sebab hantar che mat kelas membaca masa tu. singgah sementara nak tunggu kelas dia habis. harga murah je rm17.++. Dan..nak dijadikan cerita masa jalan2 ke sini

20120628_110011

terpikir pulak nak terjah kat Urban fresh nak survey pancake syrup.. sekali ko ambikk! punye la banyak pancake syrup dan maple syrup berbagai jenama dan harga. Dari semurah rm11 hingga ke rm70.++ sebotol. hohohoho syoknya… dlm banyak2 tu aku tgk pancake syrup jena pillsbury tu ada tanda halal. so ambik je yg itu. Harga sama dengan yg di jual di pasaraya checkers RM17.90

 

20120628_154030

Dapatlah aku makan dengan pancake aku kat bawah ni..emmmmm!! hilang mengidam aku hahahahaha ( jangan speku yer aku tak ngandung hahaha)

20120629_054103

karipap sedap..

Okay!..sekarang ni demam masterchef selebriti belum kebah lagi.. Teringin la pulak nak buat karipap bila tengok Datuk CT menjadi juri jemputan masa diaorang kena buat kueh karipap. Yer la Tok Ti dulu kan penjual kueh.. mesti kueh karipap mak dia tu sedap..sesedap suara Tok Ti kan..

Okay macam biasa kita akan gugel resepi wakakakakakaka! nak buat karipap pun gugel yer kawan2 (^_0) hahahah macam tak biasa..ramai yang buat cam ni kan..ekekeke. Lompat punyer lompat rumah ke rumah. Rasanya resepi dari rumah Ros jintan manis ni memang TERBAIK!!

Resepi dia kat sini

suka dengan gambar2 masakan dia lawa2. Rajin orangnya. Kat bawah ni hasil versi aku.. serius mmg sedap. korang kena cuba.

 

20120610_160936

Oh! pedal mesin jahit ku…

Aku ni kan..orang menjahit aku pun gigih menjahit. Orang memasak aku pun teringin nak memasak. Orang berblog aku pun sama la jugak nak buat blog. Kesudahnya terbiar je la gitu.Sama la jugak degan mesin jahit aku tur.. berapa kali jer dlm setahun bekerja.kalau orang tengok pedal mesin jahit aku ni mesti ingat aku ni penjahit tegar punya.

 

20120610_134429

Mula-mula tu aku rasa pelik jugaklah. Bila masanya boleh patah sampai mcm ni..Tengah semangat nak menjahit langsir la konon kan. sekali aku nak pijak pedal dia lansung tenggelam tapak atas tur.

tak sempat aku nak meng’ conan’ kan diri aku dah ada yang mengaku.Ingatkan yang sulung yang punya kerja, sekali Che Nah yang punya angkara. Boleh dia buatnya pedal mesin jahit aku ni sbg stand sebab nak ambik barang tak sampai. Siap la dia nak buat demo la plak..

Pening kepala aku kejap memikior nak dptkan spare part mesin ni. Ni mau makan ratus jugak kut klu nak beli. Nak call center dia malas la pulak.Nasib baik Pak enchik kata tak pe kita gam ajer..

20120610_134609

gam ni serius memang bagus dan murah. Kena campurkan dlu 2 tiub tu kemudian baru sapu pd tempat yg patah tu. Tapi kena hati2 klu nak campurkan gam ni kena buat di atas tutup tin ker..yg seumpama dengannya. klu letak atas benda plastik alamat mengerekot la plastik tu. Gam ni bila dicampurkan dia akan jd panas. dan akan meltkan permukaan yg di gam tu. tu yang hasil cantuman dia sgt mabeles… memang puas hati.heheheh

20120610_141655

tada… ok dah cantik dah seperti sedia kala..