30 September, 2009

Gegaran tsunami 30/09/09

ptg td lbh kurang 6.15ptg apartment aku bergoyang2. Tetapi aku x perasan cuma rasa pening2 saja. aku igtkan sbb perut aku yg masuk angin sbb lbt mkn. rupa2 nya Husband yg dok menyembang kat playground bersama kengkawan nye, bergegas panggil aku dan anak utk turun ke bawah.

kat bawah dah heboh psl apartment kitaorg yg bergoyang ramai org dah turun masing2 kecoh. Bila dgr berita td kat TV3 rupa2 nye tsunami melanda kat sumatra. Ya Allah selamatkan lah kami  jauhkan lah kami dari bencana alam AMIN.

16 September, 2009

SAMBAL IKAN MASIN KURAU

Minggu terakhir puasa ni malas betul nak masak utk sahur. makan pun x berapa selera dah. Lauk sahur aku panaskan saja yg aku dah beli kat kantin kilang. Aku mmg suke beli lauk kat kantin kilang sbb murah. Untuk 2 org  dewasa makan mmg cukup sesangat lar. petang semalam sempat buat sambal ikan masin untuk sahur bagi membangkitkan selera.

 

SAMBAL IKAN MASIN KURAU

PIC_1527

Bahan-Bahan

300gm isi ikan masin kurau

Santan pekat dari dua biji kelapa

2 biji bawang besar

7 ulas bawang putih

100g cili kering

 

cara-cara

Bawang putih, bawang besar, cili dikisar

goreng dahulu isi ikan masin

tumis bahan kisar hingga naik bau,

masukkan santan dan bila dah agak pekat, masukkan ikan yg di goreng.

tumis sehingga kering untuk di simpan dalam bekas.

 

* sambal ni klu di makan dengan nasi putih panas2 kompem bertambah2 makan.

pending..

lagi 5 hari saja lagi InsyaAllah untuk umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri . Persiapan aku masih tak complete. Tahun ni semangat nak buat kuih raya tu berkobar2 tapi sampai skrg pun masih x buat2 lagi. hatta resipi yg simple mcm biskut cornflakes madu pun aku rasa cam malas. Baju  kurung Hannah pun x siap2 jahit lagi. Kain nya dah siap jahit cuma baju dia belum cantum tangan. Hubby kata beli saja lah x payah jahit2. bukan  aku x nak beli tapi kaler yg aku nak match kan dgn ba ju aku n abg dia x ade. Semalam cuti x dapat buat apa2 pun. Pergi sana pergi sini sampai rumah dah petang..x sempat dah la nak uli doh bagai…

14 September, 2009

sampul raya

masa jalan-jalan kat pasar karat shah alam ternampak sampul duit raya ni.. Hubby yg gigih nak beli . Sampul note seringgit dan lima puluh dah abis!!. beli note $5 dan $10. nak beli yg note $100 cam x logik jer.. kang buat bebudak tertipu lak cover sampul x sama ngan isi dalam sampul. Hubby kata mesti nanti bebudak yg dapat ni suke!! iyolah klu dapat duit raya bkn bebudak yo yg suke  mak budak pun suke.

PIC_1523

Ayam goreng lengkuas

PIC_1490

Bahan-bahan

  1. Ayam
  2. lengkuas yg telah di kisar
  3. garam
  4. kunyit

cara-caranya

  1. campur semua bahan-bahan dan perap 1 atau 2 jam
  2. goreng dengan api sederhana

* nak sedap lagi perap semalam atau bole di tambahan ngan rempah ratus yg lain.

Ana Muslim..

Hannah ngan tudung baru.. Ayah yang beriya-iya nak beli. Layannnn..memang comel tapi cam kesian plak kecik2 di pakaikan tudung.

PIC_1522

PIC_1505