26 June, 2009

PURI NASI + BAYAM

*MASAK SENDIRI UNTUK BAYI ANDA

PIC_0995

 

Penyediaan;

- Beras dan daun bayam hijau dibersihkan

- bayam di potong kecil

- Masukkan beras ke dalam periuk dan biarkan mendidih sehingga beras menjadi hancur

- setelah bubur nasi masak, masukkan daun bayam

- biarkan sebentar sehingga daun bayam lembut dan kisar untuk mendapat tekstur puri yg halus.

 

PERIHAL BAYAM

Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.Terdapat juga jenis bayam hijau dan bayam merah.

Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal. Bayam tua yang direbus dan diminum dapat memperbaiki penglihatan dan memperkuatkan hati.

PURI KELEDEK

*MASAK SENDIRI UNTUK BAYI ANDA

 

PIC_1000

- Ubi Keledek di kupas dan cuci bersih

- potong keledek menjadi bentuk dadu dan rebus sehingga empuk

- kisar keledek sehingga halus

- jika perlu tambah sedikit air masak semasa mengisar

 

PERIHAL KELEDEK

Mengandungi protien dan antioksidan. Merupakan sumber Vitamin A dlm bentuk beta-karotin.Terdapat juga Vitamin C,fiber, Vitamin B6 yg mana dpt mengurangkan risiko serangan sakit jantung, potassium dan zat besi.

Isi keledek boleh didapati dalam warna oren atau kuning. Kulit luarnya pula ada yg berwarna putih, kuning, oren, merah atau ungu.

22 June, 2009

satu lagii..

lagi dan lagiiiiiii…
pemandangan dr bawah meja ofis haku hehehehe
cam biasa, mesti panggil Che Fid suh tengok. Pastu akan ada la seisi brainstorming mak2 yg gila jahit beg DIY.

 

PIC_0022

weekend yg tenat

Niat di hati wah! macam2 nak buat weekend td,tp dlm byk2 benda tu beg DIY jugak yg aku sempat jahit. x de planned pun. plan asal nak jahit baju kurung Hannah tp ke lain pegi nya. Semua brg2 jahit bersepah kat atas meja makan. Tetiba lak kepala naik pusing dan terus demam.

Satu hari aku tak masak.Maka nye, makan jer la Nasi Ayam Lemon made in Pok Li kopitiam. Mama korang dah tak larat nak ke dapur.. err! cam biasa ayah yg belanja yek…

16 June, 2009

dari Teluk Intan hingga ke Lumut

PIC_0802

Papan kenyataan

 

 PIC_0751

takal jam loceng

 

 PIC_0759

Batu hiasan seakan jed yg mungkin telah di curi

 

 

PIC_0748 tangki air

 

 

PIC_0650 

Che Mat tengah merajuk! nak bergambar tp malu menyorok belakang Mama..

 

 

PIC_0841

pemandangan di Jeti Lumut

 

 

PIC_0842Che Mat ngan Uwan nyer..

 

 

PIC_0847

Asyik masyuk tgk kapal kat bawah nih!

 

 

PIC_0848

Kapal ni dgr citer nak diubahsuai menjadi restaurant makan belanja hampir billion ringgit!!….

MENARA CONDONG TELUK INTAN

Info MENARA CONDONG ;

 

PIC_0705

LOKASI
Bangunan ini terletak
diantara pertemuan
dataran segiempat, iaitu
Jalan Pasar dan Jalan
Ah Cheong dengan
Jalan Selat dan Jalan
Bandar di kiri dan
kanan menara.

 

TAHUN DIBINA
1885
1892 – mengikut catatan S. Durai Raja Singam, halaman
172 A Hundred Years Of Ceylonese In Malaya And Singapore.
(1867 – 1967), Mr. S. Sabapathy ( Asst. Engineer),
P.W.D. Teluk Intan turut membantu dalam pembinaan
ini.


SENARAI PENDERMA
1. Kontraktor Cina yang dikenali sebagai Leong Choon
Cheong serta Kontraktor Ceylon turut membina dan
menjadi penderma utama.
2. Penduduk tempatan bagi membeli Jam Berkunci dari
London buatan Firma J. W. Benson – Ludgatehill
London.

 

TUJUAN DIBINA
Melalui kajian yang dibuat terhadap Menara Condong
yang dahulu dikenali sebagai Jam Tinggi, tujuan dan motif
pembinaannya adalah seperti berikut :

1. Sebagai sebuah tangki air untuk penduduk bandar
sekiranya berlaku kemarau.
2. Bagi memperingati jasa pentadbir (British)
3. Bagi membekalkan air untuk memadam api sekiranya
berlaku kebakaran.
4. Sebagai penentu waktu “Time Keeper” dan
5. Menjadi mercu tanda Bandar.

 

SEJARAH PEMILIKAN
Walaupun kontraktor Leong Choon Cheong berusaha
membina menara jam ini, namun tidak dapat dinafikan
bahawa pihak British adalah pemilik dan pentadbir ketika
itu. Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,
menara jam ini secara automatik menjadi milik negara.
Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan
oleh askar-askar Jepun sebagai menara kawalan bagi
memerhatikan musuh.


SEJARAH PENGGUNAAN/PENYEWAAN
1940 – Sebagai pejabat pengakap di tingkat 2
1977 sehingga 1992 – Sebagai Pejabat Cawangan Perancang
Keluarga (National Family Planning Board)

 

DISKRIPSI GAYARUPA
Setelah diteliti, didapati pengaruh senibina Cina
begitu kuat pada bangunan ini. Ini adalah kerana
ianya berkonsepkan senibina “Pagoda”. Walaupun
pembinaannya pada zaman pemerintahan British,
namun pengaruh Cina, penderma dan kontraktor
telah berjaya dalam memperjuangkan budaya itu
untuk dihayati.
Ini jelas didapati pada fasad bangunan menara jam
ini seperti gerbang, bumbung genting dan hiasan
jubin dan sebagainya yang menunjukkan kekayaan
budaya dan senibina Cina.
Dari luar kelihatan seolah-olah menara jam ini
adalah sebuah bangunan 8 (lapan) tingkat, tetapi
sebenarnya hanya terdapat 3 (tiga) tingkat sahaja.
Menara jam ini memiliki 110 anak tangga yang
menghubungkan setiap aras yang tingginya 5 meter.
Kekayaan senibina diperbuat daripada struktur kayu
dan batu. Setiap tingkat dilengkapi dengan lorong
jalan 1.8 meter lebar berdindingkan tembok rendah
0.6 meter tinggi yang dihiasi dengan batu berwarna
hijau
Ketelitian senibinanya dan perancangan ruang dapat
dilihat dari adaptasi penggunaannya iaitu sebagai
tangki air. Tangki air tersebut terdapat di tingkat
3 yang diperbuat daripada kepingan keluli setinggi 5
meter dengan muatan 18.36 meter padu. Lapisan
bawah bangunan ini berukuran garis pusat 13 meter
dan semakin menguncup ke atas berukuran garis
pusat 8.2 meter.


FAKTOR KECONDONGAN
Selain disebabkan bangunan tersebut didirikan di
atas struktur tanah yang lembut, faktor lain yang
turut menyumbang kepada kecondongan menara
jam ini ke arah barat laut, adalah kerana terdapat
bebanan tangki yang berisi air pada masa tersebut.


Rujukan : CD Menara Jam Negeri Perak Darul Ridzuan Oleh Perbadanan Perpustakaan
Awam Negeri Perak Darul Ridzuan.

 

sumber info: Laman web Majlis perbandaran Teluk Intan

Sepetang di Teluk Intan

Teluk Mak Intan

Hujung minggu Lepas aku sempat jalan2 cari makan di Pekan Teluk Intan.

Agenda pertama aku dan keluarga, pergi makan kenduri kawin anak kepada kenalan FA&MA in law masa derang kat quarters navy di lumut satu waktu dlu.

Dah alang2 sampai kat sini, aku requested kat Hubby utk pergi melawat Menara condong Teluk Intan. Walaupun aku ni dlu dibesarkan di pekan Teluk Intan. Tapi x pernah sekali pun dpt masuk ke situ. Sbb masa aku kecik2 dlu tempat ni mana ada di buka untuk awam. siap berpagar lagi.

Kawasan sekeliling Menara telah byk berubah. Masa zaman 80-an dlu kat tepi dia ada market ikan punye la hiruk pikuk dan busuk lak tur. Aku ingat lagi kat depan menara tu ada untie cina jual kacang rebus. Waktu musim nak raya plak ada org jual mercun dan bunga api pakai kereta tolak.Nostalgik sungguh!

sekarang tempat tu dah cantik, dah jadi dataran. Market ikan lak dah di pindahkan, tapi kedai2 kecik depan market tu masih wujud lagi hingga ke hari ini. Dlu kat kedai ni la Abah aku selalu shopping beli kasut sekolah atau kasut raya. Seronok dpt menyusuri jln2 yg pernah aku lalui dlu masa zaman kanak2.

Dlu aku pernah tinggal kat Batak Rabit. Ganas betul namanya. Ntah sapa la yg bg nama tur.Abah bekerja di kilang kelapa sawit. rumah quartes pekerja plak kat depan kilang padi. Tapi sekarang tempat tu dah serba membangun dah x de lagi kilang kelapa sawit maupun kilang padi.

Alangkah bestnya klu dpt menyusuri jln2 di sini bersama Abah dan Adik, tentu banyak cerita lama yg Abah akan cerita nnt. ohh! rindunya kat Abah..

PURI NASI + ISI AYAM

*MASAK SENDIRI UNTUK BAYI ANDA

 

PIC_0606

 

Bahan-Bahan
- Beras
   (saya lebih suka guna beras wangi)
- Isi ayam
- Air masak secukupnya

 

Cara-cara
- Masukkan beras, isi ayam dan air
- masak sehingga kembang
- kisar dan tambah air jika perlu
- Sedia untuk dihidang..

 

PERIHAL BERAS
Beras/Oryza mengandungi zat-zat kanji,protien dan juga lemak.  Selain itu di dalam beras juga terkandung zat-zat logam seperti besi, kalsium,vitamin dan sulfat.
Zat oryzanol yang terkandung dalam beras boleh memperbaharui perkembangan pigmen melanin dan efektif menangkis sinar ultraviolet. .

Zat beras banyak diperoleh sekiranya beras itu dikupas kulit tanpa di bersihkan.  Beras yang dibersihkan berwarna putih berkilat.  Beras yang ada tanda merah pada hujung adalah lebih baik daripada beras yang putih bersih.   Di kalangan orang Melayu, beras yang ditumbuk dengan lesung lebih banyak mengandungi zat daripada beras yang di proses dengan mesin. 

Zat beras juga boleh hilang sekiranya cara memasak salah.  Memasak dengan periuk terbuka, membasuh beras terlalu bersih dan membuang kanji beras semasa nasi sedang mendidih boleh mengurangkan zat dalam beras.  Zat beras boleh juga menjadi kurang sekiranya beras itu disimpan lama dan banyak mengandungi habuk dan ulat beras...

sumber info: internet

PURI EPAL


*MASAK SENDIRI UNTUK BAYI ANDA

 

PIC_0605

 

Bahan-Bahan
- Epal
- Air masak secukupnya

 

Cara-cara
- Epal di buang kulit dan di potong dadu
- rebus sehingga empuk
- kisar bersama air rebusan epal tadi.
- Sedia untuk dihidang..

 

PERIHAL EPAL
Epal mengandungi Vitamin C
Berkemungkinan dapat mengurangkan risiko kanser dengan menghalang kerosakan DNA.
Kandungan fibernya membantu mengawal pergerakan usus,penyakit jantung, kehilangan berat badan dan mengawal kolesterol.

Penggunaan epal boleh membantu membuang makanan terperangkap dan membersih antara gigi-gigi, tetapi asid malik yang mengandungi di dalam buah juga berupaya menghakiskan enamel gigi mengikut masa, dan melalui penggunaan berlebihan.

sumber info: internet

15 June, 2009

PURI Dingin Beku

* MASAK SENDIRI UNTUK BAYI ANDA

 

PIC_0615

 

Puri yg di kisar bole di dingin beku untuk stok 1 @ 2 minggu

Simpan di dalam bekas puding.

Memudahkan IBU2 yg bekerja.

Hanya panaskan bila tiba masa untuk di hidang kepada si manja

 

PIC_0618

 

Jangan lupa utk tulis tarikhnya ….

12 June, 2009

Masak-masak

Menjadi seorang IBU yang bekerja di KILANG bukanlah menjadi alasan saya untuk tidak memasak sendiri makanan untuk anak kecil saya. Yang penting niat dan semangat untuk memberikan yang terbaik untuk anak hasil dari air tangan sendiri. Tiada niat utk menunjuk2 hanya sekadar memberi idea dan berkongsi sesama ibu2 bekerja yg lain.Dan yg penting yg baik jd kan teladan yg sebaliknya jdkan sempadan.

Saya amat sedih bila setiap kali hantar anak ke pengasuh. Disebabkan tuntutan hidup yg memerlukan IBU seperti saya bekerja. Maka adalah lebih baik saya memasak makanan untuk little H saya. Saya rasa seronok bila little H saya amat suka makanan yg saya masak.Yang penting dpt pastikan tidak ada bhn pengawet etc..dlm diet dia. Dan jd terapi utk saya bila berada dirumah.

Memasak sendiri makanan utk anak adalah satu pilihan yg baik disamping mengeratkan hubungan antara anak dengan Ibu. Pemakanan anak juga lebih terurus.

PURI Lobak merah

MASAK SENDIRI UNTUK BAYI ANDA

PIC_0597

PURI LOBAK MERAH

Bahan2

- Lobak merah

- Air secukupnya

cara-cara

- Lobak merah dibersihkan dan di potong dadu

- rebus sehingga lembut

- kisar bersama air masak jika perlu

PERIHAL LOBAK MERAH

LOBAK MERAH bagus untuk mengekalkan kesihatan mata, dapat menyembuhkan sembelit,asma,masalah gigi,kesukaran tidur,memperbaiki kesihatan rambut,kulit dan kuku.. kaya dengan vitamin A. sangat diperlukan oleh tisu badan untuk pelbagai fungsi. Salah satu daripadanya adalah untuk membina pigmen bagi penglihatan yang baik pada waktu malam. kekurangan vitamin A akan merosakkan penglihatan.

 

Ianya boleh dimakan secara mentah mahupun dimasak.. Betakaroten di dalam lobak merah mempunyai khasiat yang tinggi terhadap kesihatan. selain kaya dengan serat diet, antioksidan dan mineral.Ia juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.

Job sharing + multi tasking

Pagi ni boss aku panggil kat meja dia. Dia request utk aku support others group. Sbbnya group yg satu itu telah kekurangan manpower. Maka untuk mengurangkan cost syarikat aku kena jd multi tasking. Sebenarnya aku dah tau awal2 lg tp saja je berlakon depan boss, konon2 x tau apa2. Keji sungguh!

Maka dengan tanpa soal aku cuma cakap “OK, no problem” Boss aku mcm muka terkejut ngan mata yg terkebil2 memandang aku. Macam x percaya jer! x de argument atau apa2 lah. Mungkin dia harap aku akan bg byk alasan sbb kena support keje org lain. Aku dah masak sgt ngan `peel` derang ni. Jawapan “YES, BOSS!” tu mmg jawapan yg derang amat2 suka dan aku pun x perlu nak ckp lama2 ngan derang. 

apa-apa lah..

Bulan ni aku dah start bz kat ofis. Design stage dah dtg lg. Dah berhari2 aku tak YM ngan kengkawan, x updated blog bla..bla… penat blk kg kenduri baru nak habis, weekend ni nak kena turun Lumut plak. Ikut kan hati malas nak pergi,dapat rehat ngan anak2 kat rumah sambil kemas rumah lagi best.

Last week pergi survey utk built in kitchen cabinet. Dah bertahun beli dan duduk kat rumah tu, baru skrg mampu nak buat sumer tu. Alhamdulilah rezeki kali ni, merasa gak la aku.Tapi masih dalam dilema sama ada nak kaler “Black” or “white” Pas ni sibuk nak kemas dapur la plak.

03 June, 2009

Pulut panggang

Minggu ni teringin nak mkn pulut panggang. Mlm td dengan gigihnye aku ke dapur utk masak2. Tapi bab gulung / lipat kuih ni guna daun pisang mmg failed. ada yg gumuk ada yg panjang.. ala Mak terlebih sudah!

 

PIC_0581

Resepi Pulut Panggang cara  kak Yan

Bahan-Bahan

Beras pulut

santan

sedikit garam

daun pandan

 

Inti

Kelapa parut

2@3 ulas bwg putih

cili kering + cili padi

udang kering

sedikit garam & serbuk kunyit

 

Cara2nya

1-Tanak beras pulut dan Sukatan santan sama mcm memasak nasi

2-masukkan daun pandan dan garam secukup rasa.

3- Bwg putih,udang kering & cili di kisar

4-Tumis bhn kisar hingga agak garing dan masukkan kelapa serta serbuk kunyit

5-kacau rata dan masukkan garam secukup rasa

6-Gulung pulut yg telah dimasak bersama inti kelapa menggunakan daun pisang

* pastikan daun pisang dilayur terlebih dahulu dan di lap bersih.

7-Bakar/panaskan di atas kuali/dapur/oven ikut kesenangan anda..

02 June, 2009

jongang..jongang..jongang..

“Halimah gigi jongang”

“jongang,jongang,jongang”

“Halimah gigi jongang” la..la..la..la..

 

dua hari ni asyik tergiang2 je lagu Halimah jongang ni. Sedap plak lagu dia tp lirik lg ni x sesuai la sbb mengutuk kekurangan org. Ni lagu tema drama Halimah jongang kat astro prima lakonan Sheera anak Aznah Hamid yg bergigi jongang dengan Johan raja lawak.Citer dia ok la menghiburkan tapi bukan happy ending. Sbb Halimah gigi jongang yg dah cantik last2 sekali bersama ngan org lain.

lapar..

Pagi ni saya rasa lapar sangat. selalu saya sempat breakfast sebelum start keje.

Saya kena follow up pwb kat SMT line utk send ke Japan.

Maka saya telah ambik kesempatan singgah beli kuih kat mini mart factory tempat

saya bekerja. Yang tinggal cuma kuih roti gulung goreng dan cekodok pisang.

Disebabkan ari ni `pakcik rasalah` dtg dengan kacang putih nya. Saya pun telah

membeli meruku campur utk di makan bersama Che Fid diwaktu2 boss x de :)