27 August, 2011

SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL 2011

 

kad raya1

 

Kepada para blogger dan pembaca aku nak ambik kesempatan untuk uncapkan SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL 2011. Walaupun aku tak lah ramai kawan blogger. Aku tetap nak sampaikan salam Aidilfitri kepada semua umat Islam seluruh alam maya. Andai ada salah dan silap HARAP DIMAAFI.

 

kad raya2

Hannah punye kerja

ermm…tak tau aku nak kata apa dah dengan cik Nah ni..

Dia punya kerja boleh buat aku darah tinggi.

Sebelum ni bila dia tumpahkan bedak satu botol siap berenang-renang atas bedak tu aku boleh cool lagi. masa dia berlotion satu badan dengan satu botol lotion,pun aku masih ok lagi. Compact powder aku eye shadow aku dikerjakannya pun aku boleh sabar lagi. TAPI..pagi tadi 4.00am memang betul la menguji kesabaran aku.

Kali ni dia TUMPAHKAN PULAK SETENGAH KAMPIT BERAS 10KG penuh satu dapur rumah aku termasuklah ruang tamu. Masa bila dia bangun tidur buat kerja tu pun aku tak tau. Tiba-tiba dia gerak aku nak susu. Sekali aku buka mata aku nampak dapur aku memutih macam pasir di pantai. Dah la mamai baru bangun tido, berpusing jugak la RAM otak aku ni  nak analyse apa kebenda kat lantai dapur aku tu.

Tak dapat aku bayangkan betapa kecewanya aku bila tengok beras-beras tu bertaburan .. aku suspek dia berenang-renang jugak di atas beras tu macam mana dia buat kat bedak talkum dia dulu.  Ikutkan marah aku ni nak je aku rotan kaki dan tangan dia. Baru aku marah dia sikit dah melalak sambil buat-buat batuk sampai muntah putih..muntah susu. Muntah kat gaun raya pulak tu adoiyaii!!! Masa ni kalau 3D effect tu wujud memang nampak kepala otak aku tu berapi-rapi.

Aku tak boleh tahan aku kejutkan pak encik suruh bangun tolong aku  settlekan hal cik Nah yang muntah tu. Sejam jugak la aku menyapu bagai. nak pakai vacuum takut mengganggu jiran2 plak pagi2 mengemas apahal kan. Mau orang ketuk pintu rumah aku pulak.

Amazing nyer..Cik Nah tak kena marah pun dengan pak encik..emmm memang le anak perempuan kesayangan sungguh.

15 August, 2011

soju…

Aku dah terjebak dengan mysoju.com

kak hazelin tolong aku.

sabtu lepas satu malam aku tak tido. Mentang-mentanglah minggu ni aku dah raya. Lepas sahur temankan pak encik makan, aku  sambung layan mysoju.com lagi. Kepala otak aku dah pusing-pusing dah waktu ni.

Sebelum pak encik keluar ke surau solat subuh..pak encik suruh aku siap-siapkan Che Nah ngan Che Mat. Dia nak ajak kitaorang pergi ber’shoping raya hahahaaa. Tang shoping memang la aku suka. tapi huhuhuhu pulak sebab aku baru plan nak qado tido. Apakan daya!

Aku rasa dah macam zombie kampung pisang plak sepanjang hari bershoping raya dalam keadaan mata sembab. Sesekali aku terasa kepala otak aku berangin semacam makan gula-gula polar mint. Taubat aku tak kan layan korean drama lagi sampai berpagi-pagi.  satu pc online mysoju. Satu pc lagi buka manga.. tahap nak jimat masa nak layan dua-dua sekali gus.

Giler!

itu la keadaan aku weekend tadi.

01 August, 2011

ugly doll versi aku…

 

PIC_0442_thumb

Minggu lepas minggu terakhir Cik naunau kat ofis ni. Tak tau nak bagi  benda ungu apa kat dia. Last-last aku bagi benda biru je versi ugly doll. Sekejap je buat benda ni sebab aku guna  mesin  jahit hahaha.  kalau 100 persen jahit tangan macam selalu aku buat tu mau tak siap-siap membawa ke syawal le gamaknye. kredit gambar  to naunau.com. Gambar yang dia IP kat aku last week entah tak dapat dikesan kat mana aku save.

Sweet memories dapat keluar makan jumaat tengahari lepas dengan IB/TC . Lagi sweet bila Adilah san yang bayarkan selepas bermegah-mengah nak habiskan ayam. Good luck to ZZ san moga-moga you tak lupa hana yori dango ai hehehehhe saje je boldkan word tu dengan ko punye feveret kaler. Menunjukkan betapa ai mengharap you hahahahha sempat lagi tu request, tuan punye badan pun belum lagi berlepas ke nihon.

Bak kata penaja Che Hannah untuk Cik ZZ: “hati-hati yea” baca dengan gaya mengada-ngada hahaha

**bermegah-megah : tercungap-cungap

Pertama ramadhan.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 2011

Berapa tahun dah yer aku tak berpagi-pagi ke tempat kerja. 5 atau 6 enam tahun dulu kut.

First ramadhan kena masuk kerja slot seawal pukul 7 pagi. Kepala aku ni masih pening-pening lagi sebab bangun pagi sangat.

HARI PERTAMA PUASA.

4.30am : Bangun untuk prepared sahur.

5.30am : Mandi, dan bersiap sedia nak keluar  rumah.
5.50am : Bergerak dari rumah nak hantar anak ke rumah babysitter diaorang
6.00am : Sampai rumah babysitter.

sangat kagum dengan diri sendiri hehehe 10 minit je dah sampai ke rumah pengasuh diaorang.Jalan memang sangat legang, pertama kali rasa jalan sangat terbentang luas untuk aku hehehe. Berbahagia sangat tidak bersusah-susah nak menyelit di roundbound yang sesak di keempat-empat arah tu.

Bahagia jugak dapat menghirup udara pagi yang segar seperti suatu waktu dulu. wah! Sungguh sentimental. Rasa macam kembali ke awal kurun ke 20.
Nak-nak bila bersolat subuh pulak dekat surau kilang. Terjumpa pulak dengan cik bedah roomate aku dulu. Masing-masing dok berfeling-feling macam gadis-gadis gitu.

Satu je yang aku risau... takut waktu pukul 7 ke pukul lapan pagi tu penyakit mengantuk aku datang balik. dulu masa aku kerja shift. Punye lah seksa nak menjegilkan bijik mata dari pukul 7am - 8am tu. Asyik-asyik je la aku ter'solder jari , tangan, meja. Budak-budak line aku dah tau dah kalau terbau hangit semacam tu memang la diarong direct pergi ke repair stage aku hehehe..

Waktu tu memang skills solder aku tahap dewa la. Mata terpejam pun boleh solder beb! hahaha memang giler pro...pro solder tangan ekekeke. Nasib baik lotion nivea visage tu penyelamat dari kesan parut yang huduh. Kalau tidak, malu ai masa Pak encik sarungkan cincin di hari tsunami.

balik awal hari ni harap-harap jalan tak jem.