20 August, 2008

Gatal tangan

Hari ni aku sick leave, perut aku ni sakit plak sejak dua hari ni bila berjalan. Kaki plak sudah mula bengkak dan menyakitkan. Hari ni nak relaks kan kaki dan badan yg masih kepenatan. Tetiba terpandang lak jam dinding yg cedera ni. rasa nak makeover la jam ni, dpt jgak la menghilangkan keboringan.

Sebelum seisi gatal tgn bermula...
Tadaa...
walau pun tak sekreatif mana.
Ok la untuk tatapan mata aku.



Berita sedih

Weekend lepas aku ngan famili mentua gi melawat kakak ipar kat lumut yg masuk wad Manjung sbb accident. Amat menyedihkan bila aku lihat anak sedara yg berumur 7 tahun patah kedua2 belah peha. kakak Ipar tidak mengalami kecederaan yg teruk hanya terkoyak gusi, tp itu pun cukup ngeri buat aku. Disebabkan kecederaan itu kakak ipar tidak dpt bercakap dgn jelas . Sungguh besar dugaan yg di hadapi nya. klu aku x tau la mcm mana nak hadapi. kakak Ipar masih lg trauma dan emosi nye masih lg x stabil. Perasaan nye mudah terguris dan aku tengok air mata nye mudah mengalir. X tau la apa yg di fikirkan nye.

Tapi walaupun kami dlm situasi yg menyedihkan, ada jugak peristiwa yg melucukan terjadi masa kami ingin melawat kakak ipar di Hospital. Masa tu kereta kami telah menghampiri hospital dan x semena2 kami lihat ada 3 ke 7 org nurse dan MA berkejar2 seperti ada emergency meluru keluar kawasan hospital. kami semua tertanya2 sesama sendiri apa yg terjadi sbnrnye dan membuat mcm2 andaian (kepochi la plak).

Bila kereta kami menghampiri pintu masuk hospital ada beberapa nurse telah memegang tgn seorg patient cina yg rupa2nye telah lari dr wad. Patut la tgk ramai nurse berlari2 igt ada kes apa. patient tu plak siap dah tukar baju biasa lak tu. Tak tau la kenapa dia lari tp yg aku dgr dr pak guard dia ckp kat nurse dia nak blk rumah. Kelako jgak la bila kejadian ni terjadi depan mata aku. mcm drama swasta la plak. Mmg x kan lupa kejadian ni klu aku menjejakkan kaki ke Hospital ni di lain kali.

09 August, 2008

Ragam manusia


Bila tengok gambar ni teringat lak rasa x puas ati masa menghadiri majlis perkahwinan sepupu hubby aku ni. Memang la org kita ni suke melebih2 kan org yg popular dan glamer. Rombongan belah kami (pengantin lelaki) sampai selepas azan Zohor. Cam biasa la pihak pengantin perempuan akan sambut rombongan pengantin lelaki, tapi yang x best nye, x de meja khas disediakan untuk rombongan kami. Semua sedara-mara terkontang kanting dan semua pakat berdiri kat tepi khemah berhadapan dgn pelamin sebab meja semua sudah penuh. Apa yang aku x puas ati ada 2 meja khas disediakan tp bkn utk kami, meja tu disediakan untuk artis Azmir and kump gang star dr Filipina & Thailand yang dijemput khas oleh pihak perempuan.


Sepatutnye tuan rumah kena la mengalu2 kan rombongan pengantin lelaki, ni tidak sampaikan kami terpaksa menunggu agak lama untuk makan berhidang bersama pengantin, kerana menunggu untuk majlis tepung tawar dan ucapan dari tuan rumah dan artis jemputan dr kump gang star tu. Sudahnye aku ngan hubby makan dlu di meja lain sbb nak kejar satu lg majlis kawin member di klang. Memang nampak gah dan glamer le wedding tu sbb artis ada dtg. Aku tengok mak sedara aku semua mcm muke x puas ati. Tapi masing2 diam je. Tak sangka lak bila 2 minggu lps tu masa aku blk ke kg hubby, mak sedara aku cerita psl x puas ati ngan layanan tuan rumah masa majlis kahwin tu.


Dan x disangka2 majlis perkahwinan tu ada disiarkan di slot diari Gang star. Patut le beriya2 layanan nye, rupe2 nye nak masuk tv la plak. Tur la adat resam manusia yg suke menyanjung org yg berpangkat, kaya atau ternama. Tapi bukan semua org begitu. masih ada lg manusia di luar sana yg x tergolong dlm kategori manusia seperti ini.

Emmm sedap!















Tadi tgh dok kemas2 bilik,godek2 jap digicam. Tak sangka hubby ada snap gambor Che Mat tengah makan donut yang Pak Ngah dia bawa. Sedap sungguh le donut tu yer sampai thumb up. Abis celomot muke Che Mat. Che mat mmg suke sgt mkn donut, sampai tido pun bole dok pegang lg donut dia. Sampai ayah dia nak ambik pun dia x kasi takut ayah nye mkn le tur. Sudahnye abis baju dan sofa kena krim donut.Dah lama mama x buat donut kan, kemalasan yg amat sgt, sejak preggy ni mmg x larat nak ke dapur. Tengok la weekend ni klu ada masa bole le buat sikit utk Che Mat.

02 August, 2008

Alahai!

Semalam gi check up kat poliklinik cam biasa. Alhamdulilah cepat plak abis, 9.30am dah siap semua, selalu dah nak tgh ari br nak abis. Nurse Siti Zubaidah kata jantung anak ngan kedudukan dia ok, cume carta gerak anak salah tulis.. hehehe aku ni kekadang terlupa nak kira dah berapa kali baby gerak. Pas ni kena kira betui2. Harap2 x de apa2 yg x elok terjadi. Blk klinik call hubby suruh ambik , then gi mkn kat Sek 2. Tgk jam masih awal lg, ajak Hubby gi be'bes House beli brg baby sikit sblm hubby gi solat jumaat.

Pas Hubby abis solat sambung shopping brg dapur lak, 6.10pm br ambik Afiq konon nak bw sekali gi mkn2 kat pizza hut, majlis farewell Che mus ngan Che din. Dlm kete dia tido lak, so aku gi sorang je lar. Untuk derang berdua aku doakan Good Luck!. pas ni klu ada lubang keje rekemen2 le aku ni kihkihkih...