04 January, 2013

Hannah in school

Tahun ni si Hannah dah mula sekolah tadika untuk umur lima tahun. kecik je orangnya. Cikgu sekolah dia ingat masuk kelas umur empat tahun. Ni kalau beratur kompom le dia kena duduk depan sekali hehehe.

IMG-20130104-WA0012

First Day sekolah memang moody sikit. Menitik jugak le ayor mata dia. Tapi nasib baik le tak meraung. Cuma sekejap-sekejap duk panggil mama dia yang duduk kat belakang suruh teman duduk dengan dia.

IMG-20130104-WA0014

IMG-20130104-WA0011

Balik dari sekolah dah nampak happy dah. Siap cerita macam-macam dengan bapaknya.

IMG-20130104-WA0005

Second day.

Wah! lagi bersemangat.

Masuk je kelas terus bukak beg,keluarkan pensil warna dan note pad. Hehehehe elok jer le dia berkawan dengan Si Emil tu. Tapi hari kedua masa budak-budak kena berkumpul di dewan musola. Ramai la pulak budak-budak meraung. mula-mula tu sorang jer, lepas tu dah berjangkit plak ke dua tiga budak. Udah macam histeria la pulak memasing meraung. Risau jugak Si Hannah teremosi sekali. Nasib baik dia cool. Cikgu siap suruh mak pak jangan kerumun dekat kelas nanti anak-anak lagi kuat menangisnya. Tapi ada jugak ibu bapa yang terlebih risau tak mau berganjak dari kelas. Aku tengok si Hannah dah ok terus je la aku keluar sekolah gi buat aktiviti bebas hehehe.

Waktu balik, masa dalam kereta bising mulut dia bercerita ramai kawan-kawan menangis sebab nak mama dia. Tak berhenti-henti la pulak nak bercerita sampai bergaduh dengan abang dia berebut nak bercakap hehehehe.

926601do9y3g7tff

No comments: