29 December, 2010

Logik sesangat kah!

Ceritera ni dah lama berlaku… dah basi la kira-kiranya klu aku nak masukkan jugak dlm entry aku hari ni. Disebabkan mood aku yang tak menentu hari ini. Di tambah dengan kelapangan yang tak agak-agak. Jari jemari aku ni terasa ringan je nak menaip huruf-huruf seterusnya.

Menunjukkan betapa aku ni belum bersedia untuk nak melupakan scene yang tak logik ni dari kotak ingatan aku.

soalan aku yang pertama kepada si `tut`

Apakah yang korang harapkan dari budak yang berumur 5 tahun

jika nak di bandingkan dengan

lelaki yang berumur pertengahan 30-an?

lelaki 30-an yang di nyatakan di sini bukan di kalangan yang tidak waras atau OKU.

 

Agaknya ni salah satu krisis pertengahan umur la kot…kan!

Bolehkah korang semua terima keadaan di mana 2 peringkat umur di atas hanya,

 

BEREBUT KEROPOK! 

huh! logik tak kalau situasinya seperti kat bawah ni!

 

Negeri: Gara-gara adik kepada budak berumur 5 tahun tidak habis makan keropok. Seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan pertengahan 30-an telah sanggup berebut dan menjerkah malah dikatakan telah sanggup memukul punggung budak berkenaan.

Lelaki berkenaan dikatakan tidak berpuas hati hanya kerana budak yang berumur 5 tahun itu tidak memberikan baki keropok berkenaan.Walaupun telah diminta untuk beberapa kali.

Difahamkan keropok itu telah dibeli oleh bapa kepada budak berumur 5 tahun itu untuk kedua adik- beradik berkenaan. Situasi berebut keropok itu telah berlaku ketika ibu budak berkenaan sedang sibuk membasuh pinggan di dapur manakala bapa budak itu sedang membersihkan kereta di luar perkarangan rumah.

Suasana yang agak bising dengan jerkahan lelaki 30-an itu, telah menarik perhatian si ibu kepada budak itu, untuk datang memeriksa keadaan dan membawa anaknya ke tempat berasingan bagi mententeramkan perasaan budak itu.

Malangnya, si ayah yang tidak tahu hal sebenar telah cuba memarahi budak berumur 5 tahun dan seakan-akan menyebelahi lelaki 30-an itu. Dikatakan si ayah dengan lelaki 30-an itu mempunyai pertalian saudara.

Si ibu berpendapat perkara sebegini dapat dielakkan sekiranya lelaki 30-an itu beralah kepada budak berumur 5 tahun berkenaan. Memandangkan lelaki 30-an itu yang berpendidikan dan berstatus tinggi sepatutnya berfikiran lebih matang dan bukan keanak-anakan. Peristiwa itu sedikit sebanyak telah menguris hati si ibu pada budak berkenaan.

Tanda kenangan

Minggu lepas minggu orang berhenti beramai-ramai.

Maklum lah kompeni dah ofer Vie as as, So last week merupakan last day derang kat jay bee si.

Aku kira sedih jugak la, abis dah kengkawan yang seangkatan dengan aku dah say bye..bye. sib baik dept aku dok jauh sikit.

klu tak mau banjir kilang ni ngan ayor mata. Sebagai tanda kenangan aku kat kak Anis a.k.a kak Mazni. Gigih la aku menjahit beg ni walaupun pada perancangan awalnye nak buat benda lain untuk dia.

Harap2 dia suka la hasil keras tangan aku ni. Ntah bila le dapat berjumpa lagi. Tang ni la yang meruntun jiwa raga haku nih!

Ni klu kat luar, selalu la aku konpius muka sesetengah tu selalu la mcm pernah tengok. Mana tak nye bersepah kengkawan lama yang dah Vie as as kat luar sana. Sampai kekadang nak tegur pun aku takut klu tersalah org.

Bila ko pandang aku, aku pandang ko.Peh tu senyum2 kambing sikit, mula la dlm kepala otak aku tur memikior `kat mana aku tengok minah atau mamat ni yea` di tambah ngan kerabunan jauh aku ni. kompem le tak ada berani aku nak menegur.Pandangan pertama aku 50 persen selalu nye tersasar. Macam selalu lar aku akan tunggu derang tegur aku le dulu..

 

PIC_0145

 

agak2 nye tangan sapa ler tu yea…

 

Ni pulak dept aku pun ada yang nak blah beramai2.. makin kronik dah work enviro kat opis aku nih.

13 December, 2010

sushi

Last week aku dapat parcel dari Jepung, hand carry oleh pakcik Yakabe.

PC060457 

Tak tahan aku paper bag siap ada animal printed lagi. Gambor babe plak tu adoii!.. Che Fid siap kata nak kena samak nih!

Aku ingatkan apa kebenda la. Bersungguh yong cari aku kat lab nak bagi tau aku dapat something from Japan. pakat2 le depa dtg tempat aku, nak kepochi benda apa dlm paper bag tu.

hahahahaha sekali derang tengok aku dpt benda ni ….

 

PC060459 

Beras jepung kau.. ambik! segar dari Hokkaido.

Memang cantik le beras dia.

Dan love letters ni yang tak tahan tur..

 

PC060461

So, aku pun dengan gigihnya try la buat sushi hanya menggunakan filling isi ketam, timun jepun & telur dadar.

Tu je la yang mampu aku capai kat giant. malas nak pikir lagi inti apa yang perlu diletak.

 

sushi 

serius aku memang tak pandai guna bambo mat tu nak gulung sushi. siap terkeluar-keluar  telur dadar tu jadinya. Aku main belasah je la masuk dlm plastik cover untuk Che fid ngan Cik Zizie. Yang pakai acuan dia pun sama jugak, timun  tu sesuka je nak kuar. Gasak le kan…

07 December, 2010

Lemon Herb Roast Chicken

 

Teringin plak nak buat roast chicken dlm majalah ni. resepi ni dalam majalah PEARL jusco issue 57 november 2010. Gambar Amber Chia kat muka depan nye.  Nampak cam sedap je kan.. try buat.

 

PC050453 

tengok macam best kan.. nak resepi ? pada yg nampak tu tengok je la kat dalam gambar tu. klu yg mata nye tak berapa bole nak zoom tu bole le kopipes resipi dlm majalah ni kat bawah.

Lemon Herb Roast Chicken

preparation time ; 20minutes

cooking time; 1 hour 20 minutes

served 5 –6

******************************************************************

1.5kg                  whole chicken, rub salt over chicken and inside cavity

100g                    butter, room temperature

1                            lemon rind, pick rind all over with skewer

2                           tbsp mixed herb

800g                  Potatoes, peeled and cut into pieces

2                          tbsp plain flour

some vine cherry tomatoes

******************************************************************

preheat oven to 200 C

******************************************************************

  • combine butter with herb and lemon rind. Using your fingers, gently separate chicken skin from the flesh over the breast. Push herb butter under the skin and spread evenly over the breast.Put lemon into chicken cavity.
  • Place chicken onto one side on the roasting pan, loosely cover chicken with a foil. Place potatoes on a piece of foil and put it next to the chicken.
  • Cook chicken covered for 1 hour 10 minutes, remove foil from chicken and continue to roast chicken uncovered for 20 minutes. At the same time, remove potatoes and keep warm.
  • Drain pan juice into a small saucepan. Sprinkle flour over it and cook medium fire, stirring all the time. Add a cup of hot water until gravy is smooth. Season with salt and pepper.
  • serve roast chicken with gravy, potatoes and tomatoes on the side.

*******************************************************************

 

Yang gambar kat bawah ni Lemon Herb Roast Chicken versi aku

PC050445

** aku add honey & black pepper dlm resepi ni..

Bebola keledek

 

Minum petang dimulakan dengan Bismillah.. Di sudahi dengan Alhamdulilah..tetiba lak  ekk.. bebola keledek ni buat ala2 resepi Kak non buat masa kat london suatu waktu dlu. Anak2 suka ni manis dan lembut.

 

PB130282

Bahan-bahan

* ubi keledek ( direbus dan dilecek/lenyek)

Sebab buat ni untuk minum petang membawa ke malam. jadi keledek yg digunakan ada la dalam 6 biji saiz sederhana.

* tepung gandum

* gula / garam secukupnya.

Cara-cara

keledek yg dilenyek tu di gaul dengan tepung gandum, gula dlm 1 sudu besar dan 1 sudu kecil garam. Tepung tu agak2 le untuk dapatkan adunan mcm nak buat cucur bawang. Dah siap goreng, gaulkan dengan gula kastor.

Robowan key chain

 

Buat ni untuk Ichiyanagi san. minah jepung ni suka sangat beremail2 ngan aku tanya itu tanya ini. Terjadi kawan le pulak walaupun tak  pernah jumpa.

 

PB090255

Handmade Key chain dari kain felt jugak.

Mini pizza..

 

PC040440

Bahan-bahan.

* puff pastri segera Jenama kawan

* sosej

* mix vege

* Cheddar cheese slices (apa2 cheese je la)

*mayonis & cili sos

* serbuk lada hitam/ lada sulah

 

cara-cara

* Sosej & mix vege di rebus dulu, sosej dipotong 2

* letak sosej dan mix vege atas pastri

* letakkan sos, mayo dan cheese yg di potong ke atas mix vege & sosej

* taburkan serbuk lada hitam/ lada sulah

* bakar 180 celcius dlm +/- 20min

 

PC040438

mini pizza yang sedia untuk di bakar.  macm biasa gambar  sesudah masak tu tak dan nak snap.

Beg lagi..

 

Minggu ni dapat settlekan beg2 kat bawah ni.

 

PC030436

 

PC030432 

 

PC030431

corak kain sama cuma size dan pattern je lain.

goodies

Bulan lepas sebelum cuti sekolah. Aku hantarkan 100 goodies bag kat sekolah Che mat. Cam biasa ler..isi puding, coklat,wafer dan snack untuk kawan2 kelas dia dan semua bebudak kat tadika pra JAIS. Sempena birthday Che Mat.

Bahan2 goodies;

* paper bag putih

* riben

* label

* gam cair.

 

PB120281

untuk cikgu plak aku masukkan extra item.

Keychain dari kain felt

 

PB120269

Che Mat happy sesangat2 bila bagi goodies kat kawan2 dia.