22 July, 2011

Tak laku…laku…

Baru balik dari production floor. on the way nak balik ofis bertembung dengan perempuan yang lagak macam lelaki. pengkid le kut. Aku terpandangkan dia, dia pandang aku balik. aku  pun buat-buat tengok tempat lain. tapi dia still tengok aku lagi sampai la kitaorang hilang dari pandangan masing-masing. Sempat lagi dalam hati aku berkata 'cantik budak ni kulit putih, mulus dan yang bestnye tak de jerawat sebutir pun kat muka dia. ni mesti meletops punya kalau dia dressing macam perempuan jati.

erkkk! tiba-tiba aku ter'recall kenangan aku bersama Is. Ntah! tak ingat aku nama penuh perempuan dia apa. Tak pernah nak tengok pas nama dia pun. Body dia totally dah nak macam lelaki muka je agak jambu. Ada awek plak tu. dua-dua minah ni buat kerja kat line aku.

Memang Is ni baik, peramah dan agak menarik  sebagai seorang pengkid. Gulp! tiba2 roomate  aku buka mulut dia kata is minat seseorang tapi tak sure orang tu suka kat dia ke tak. So,Ecah roomate aku ni konon2 nak jadi penasihat tak bertauliah tu,suruh Is berterus terang saja. Iyer la, Ecah ingat orang yang dia suka tu lelaki.

Sekali!

aku:Ecah ko nak tau tak siapa orang yang dia suka tu.
Ecah: siapa?
aku: AKU.
Ecah:huh! bior betik...lar hahahaha (ketawa tak hingat!)
aku: Ko tak perasan ke hari-hari dia call sehari ntah berapa kali cakap sayang la rindu la bla..bla... Ayat dia kalau ko dengor naik meremang segala bulu yang ada. giler!
Ecah: patutla dia tanya macam-macam kat orang pasal k.yan

Macam-macam aku buat untuk elakkan dari terjebak dengan Is. seram okay! tak munasabah lansung. sia-sia jer aku kena chop tak laku. Iyer la dah tak ada ke lelaki-lelaki yang nak kat aku sampai pengkid lak yang datang huhuhu

Tu bukan yang pertama kali, masa lepas spm dulu pun ada jugak pengkid yang nak cuba dekat. huhuhu aku ni ada ciri-ciri pencinta wanita ker?.... yang pasti sekarang ni aku dah laku hehehe

08 July, 2011

Teh Bunga.

Chrysanthemum tea.

Che Mat memang suka minum teh bunga. Selalu beli dalam kotak aje. kalau nak yang ori kena lah beli kat pasar malam. Dah lama teringin nak buat sendiri. Maka gigih la aku mengugel teh bunga ni nak cari di mana ada jual. Ntah! la tak ku jumpa belog yang cakap bunga kekwa ni jual di mana. Banyak cerita bab khasiatnya kesedapannya saja.

Pernah la aku nak buat muka tebal tanya penjual kat pasar malam tu mana diaorang beli. Tapi bila dah mata bertentang mata terus kelu lidah nak bertanya. Sungguh ai malu you…ai malu kalau-kalau diaorang tak nak bagi tau al-maklum la diaorang tu kan berniaga. karang kata mengganggu periuk air diaorang pulak.

Sudahnya aku tanya paksu aku kat kampung. Dia kata cuba cari di kedai-kedai ubat cina. Paksu kata dia beli di situ. Bandar S.alam ni mana aku nak cari kedai ubat cina…Ntah macam mana tergerak hati aku nak terjah salah satu kedai runcit cina di sek 16 s.alam. Mula-mula tu aku saja je keliling kedai dia nak survey la konon. Padahal aku nak tunggu tokey kedai tu habis layan semua pelanggan dia dulu. Ai ni pemalu. Bila aku tengok semua pelanggan dia dah blah. Cepat-cepat aku tanya dia kedai ni ada jual teh bunga tak?. Sekali dia jawab ‘ADA BERAPA U MAU?’

huhuhu rasa nak nangis kau! perasaan dia macam dapat benda mengidam anak sulong. Tambah nak nangis bila tokey tu kata setengah kilo rege dia 26 hinggit. Terkebil mata aku kejap…aku minta 100gram jer. Tu pun aku tengok banyak jugak bunga tu. Siap aku tanya cara-cara nak buat pada tokey tu. Nampak sangat first timer.

 

P7071439 Teh bunga kering. Nampak tak…blurr kan gambar dia.Camera biasa aku tak dapat nak elakkan blurr ni

 

P7071440

Ni gula batu. Tengok tu dia kata sungguh enak, sungguh sedap dan yang paling penting SUNGGUH MANIS.Masukkan gula batu ni dalam periuk  teh bunga sewaktu air dah mendidih.

 

P7071443

Warna kuning asli dari bunga kekwa ni sangat mengujakan. hahahahah Sebenarnya aku dah letakkan 2 ketul gula batu besar bola ping pong. Tapi tak manis juga. Kata SUNGGUH MANIS kan!!!!! tak sedor yang periuk aku tu beso.  Nak salahkan gula batu tu pulak, apa ke hey nyer.Last-last aku taruk je gula pasir.

 

P7071445sedap ni! cer korang buat……..

07 July, 2011

oh! span kuning

Oh! pening kepala aku bila tenggokkan harga sticker ni. Apa yang best pun aku tak tau. Tapi aku say thank you la pada pembeli dan pemberi sticker ni. Mahal siot! untuk 200 keping  reusable sticker ni RM28.00++. Adui! yaii!! kalau aku nangis air mata darah pun aku tak beli punya. Tapi tak sure la kalau pembeli tu dapat harga lelongkan. harap-harap pembeli tu tak beli harga sebenar yang di tag pada kotak.

 P7051433 nampak macam best kan…

 

P7051434

sticker biasa-biasa je kau…pada aku ler…

Transformers

 

transformers

Salah satu cara nak pancing mak pak budak-budak beli produk diaorang senang jer….bagi hadiah dalam barangan yang dijual. Nutrigen suka sangat bagi hadiah dalam minuman susu kultur diaorang. Sekarang tengah demam transformers. Itu ari siap bagi free gift bookmark kayu animal. Cuma buku tu jer yang Che Mat beli. Ada juga mainan kad transformer dari mamee. Ni KFC pun ada bagi mainan transformers jugak.

 

P7071454

siap ada bunyi…rm4 per pcs.

Didedikasikan untuk….

Cik Fid dan Kak Non.. dengan bangganya nak habaq mai, BM aku tu dah keluar dari kotak hahahha. Punya la berkurun terperuk di tepi katil. Itu pun makan setengah tahun lamanya kalau terperuk di bawah katil haruslah bertahun-tahun kut. Ni kalau TTM buat entry pasei BM jadi tukun harus la ai sentap ekekekeke.

tengok..tengok! bukan dapat BM jer dapat free artwork lagi tu…

P7021313 agak-agaknya ada tak karikatur Kak Non Vogue di situ hehehhe

mula-mula tu teringin nak buat roti. Gigih la buke internet menerjah belog Kak Non dan TTM. Semangat menggunung waktu ni. Belek-punya belek resepi roti-roti diaorang. Terus aku kansel nak buat roti pasei banyak sangat bahan yang tak da dalam rumah + aku rasa macam kurang berkeyakinan boleh menjadi. Last-last jumpa la resepi ni kat rumah TTM.

Aku jumpa ni resepi calzone kat rumah TTM. Tapi aku bantai buat jadi donut. Mula-mula tu memang tak confident boleh jadi ke tak kan.. Memang la aku ni orak peghak jati lima minit sekali dok tengok tingkap BM tu tengok macam mana benda alah tu buat keje. Maklum la pertama kali pegang BM. Kome jangan le jadi macam teman yer.. ate mari le kita nengokkan resepinya.

TTM minta kopipes resepinye yer..

Calzone Tayangan Perdana katanyer..

Bahan:

240ml air

2 tbsp olive oil (aku tak de olive oil, aku bantai guna sunflower oil)

1 tsp salt

1 cup wholemeal flour( tak pakai)

2 cups bread flour( Aku pakai 3 cups bread flour jer)

2 tsp yeast

Masuk dlm BM ikut urutan....Setting:PIZZA atau Dough.

Ntah la aku tak tau lepas habis BM tu buat kerja kena keluarkan dough tu untuk naikkan sekali ganda lagi ke tak. aku terus jer terap guna donut cutter. tapi agak melekat sikit doh ni so kena tabur tepung untuk dusting. so next time ingat nak try masukkan 4 cup bread flour. Apa-apa pun memang terbaik la hasilnya gebus mulus jer donut aku ni. Che Mat kata sedap sangat-sangat hahahaha

Tapi yang tambah kejinya pada masa yang sama aku buat 1 adunan lagi tapi uli pakai tangan. hahahha punye la tak caya mesin tu bole buat kerja. last-last donut yang pakai mesin tu yang laku. hat yang uli tu penyudahnya ke…… tak sanggup nak sambung cerita. memang best la pakai BM ni…

P7021320

02 July, 2011

Main askar-askar

Ada dua orang budak ni sibuk main perang-perang.Memang banyak kereta kebal dalam almari mainan derang. Main tengah-tengah mara, asal aku nak ke dapur je mesti tersepak soldier derang ni. Lepas tu masing-masing bising la soldier derang tersungkur di kaki aku hahahahahah

 

P6291288Bersedia di medan pertempuran. Squad hijau tu Che Nah punya.

 

P6291291

ni squad Che Mat.Batalion ke sepuloh. Haruslah dia punya lebih dari adik dia siap ada kapal terbang stand by.

 

 P6291299

adik dia suruh tambah ahli squad. Mana aci dak dia pun nak jugak ada macam-macam army transportation hahahaha. Cara nak jatuhkan soldier-soldier tu derang guna senapang berpeluru dart plastik.

Nasi sup

Masa belajar dulu boleh dikatakan menu ni menu faveret. Kak Milah kata mui. Cik Fid pun kata mui jugak.Ntah macam mana nak eja mui tu aku pun tak tau. Popular kut kat kedah nun. Bubur nasi yang disiram sup. Tapi bubur nasi kali ni aku guna beras jepun. Ada la belen dalam sepot, lebihan buat sushi dulu-dulu.Part yang paling aku suka bubur nasi ni kalau letak lobak masin sekali. Bertambah-tambahlah aku makan. Pak Enchik pulak tak suka masin katanyer.Aku bedal jer.

P7021317

Nasi goreng yong berkari

Nasi goreng ni semingu paling tidak pun sekali mesti buat punya. Menu orang penyegan macam aku kan. Tapi kali ni ni aku buat nasi goreng kari.

Bahan-bahan dalam nasi goreng, sebelum tumis bawang aku pecahkan telur kacau-kacau kemudian barulah masukkan daging kisar,bawang besar dan bawang putih cincang. Masak sampai garing. kemudian tambahkan lobak merah yang dipotong dadu (aku masukkan sayur sawi sekali sebab nak clear kan stock dlm peti ais) dan 1 sudu besar serbuk kari.Ikut pada kuantiti nasi putih banyak mana. kalau nak lebih rasa kari ikut suka hati la nak campak berapa sudu dalam itu kuali. Dah mesra-mesra gitu masukkan lah nasi putih, mesra kan sekali dengan garam, perisa dan gula ker kan.. aku tengok Chef wan tu masak nasi goreng taruk gula sikit pengganti pak aji katanyer. ikut korang la. Sama je la dengan nasi goreng biasa kekdahnya.

 

P6301304 Nasi Goreng Kari.

P6301308Ada orang tu tengah buat homework la konon.