26 December, 2008

Jalan2 cari Buku

Hari ni terasa nak pegi cari bahan bacaan kat karangkraf. Malam td dah survey buku2 yg nak di beli kat website karangkraf. Ok lar bole dapat diskaun 15% off. Ni buku2 yg aku beli tadi



LUPA

Hari ni WEDDING ANNIVERSARY aku yg ke-4.
Malang nya x sorang pun drp aku @ Hubby yg igt detik bersejarah kami hari ni.
mungkin sbb sibuk melayan kerenah anak dan asyik dok cerite psl status compony spi lupa tarikh 26 dec sudah pun tiba.

Sib baik member ofis aku Che Pid wish kat aku pg ni. klu tak, x tau bila aku ngan husband akan teringat. emmm... teruk btl la aku ni...igt nak beli something la waktu lunch break nnt utk small celebration mlm ni.

23 December, 2008

Demam Tudung Mek @ Ekin

Ari ni aku ngan Che Pid dok pulun buat pola tudung Mek. siap ambik kertas keras kat part store lg bukan nya sekeping dua, berkeping2 kitaorg ambik. Ambik plak kat dlm kotak sampah yg besar 4 kali ganda dari kitaorg. Balik ofis kitaorg bekfas dlu pastu lepas aku blk dr pump, kitaorg terus gi kat lab dan mulakan experimen. mula2 kira secara manual macam x berapa jadi jer, pastu transfer ukuran kat dlm excel lak... pun sama gak NG . last2 sambung buat ukuran kat surau lak...kihkihkih kemaruk betui kan.

dptlah siapkan pola satu sorang. tp kitaorg x berenti kat situ, kitaorg sambung lg buat pola kat dalam shield room yg suhu nye bole menghangitkan ketiak. Siap bole ketawa besar dgn kejayaan ari ni... ni klu bos tau mampus kena basuh....

Kek Rebus

Bahan-bahan
  1. 10 biji telur

  2. 1 1/2 buku buttercup

  3. 600gm tepung gandum

  4. 600gm gula halus

  5. 1 kotak besar mixfruit

  6. 2 tbsp serbuk vanilla

Cara-cara

  • Putih telur dan serbuk vanilla di pukul hingga kembang

  • Masukkan gula, pukul lagi

  • masukkan merah telur

  • Asing kan ke dalam mangkuk

  • pukul buttercup hingga kembang

  • masukkan ke dalam adunan telur tadi, kacau rata

  • masukkan tepung sedikit demi sedikit , kacau rata

  • masukkan mixfruit sedikit demi sedikit, kacau rata

  • tin dialas dengan kertas minyak keliling dan bawahnya

  • masukkan adunan tutup ketat, balut dengan plastik, ikat kuat2

  • rebus selama 5-6 jam

Small Gift


isnin lepas distributed comel' gift box ni kat member2 ofis sempena kenduri kesyukuran cukur jambul Hannah. Aku bg awal seminggu, kenduri tu akan diadakan pada 29hb Dec ni bersamaan Awal Muharam ni.

13 December, 2008

Back To Work

Dah nak masuk ari ke-3 aku masuk keje semula slps cuti pjg. Igtkan dah x pyh dtg keje lagi… Hari pertama dtg keje mcm x tau nak wat pe. Updated gossip terbaru ngan Che dulu, petang br mood keje tu ada mari.

Hannah npknye x de masalah tinggal ngan Ibu dia. Cuma bila petang je dia mula merengek nak kan MAMA dia hehehehehe….
Hari pertama bila aku ambik dia x sabo2 nak menyusu spi sejam lebih memerap kat aku. Che mat dah boring dah x bole nak itu ini, adik dia sudah jg bos kecik. So, Layannnnn