25 February, 2009

Running

Run
Running all the time
Running to the future
With you right by my side


Me
I'm the one you chose
Out of all the people
You wanted me the most
I'm so sorry that I'm falling
Help me up lets keep on running
Don't let me fall out of love


Running, running
As fast as we can
I really hope you make it
(Do you think we'll make it?)
We're running
Keep holding my hand
It's so we don't get separated


Be
Be the one I need
Be the one I trust most
Don't stop inspiring me
Sometimes it's hard to keep on running
We work so much to keep it going
Don't make me want to give up

Bengang gilos nih!

Angin jer aku ngan company ni…

kejap boleh kejap x boleh,

apa igt biskut ke!, Amende ler ada ke patut

implement claim medical bill utk 1 tahun jer… bengong

klu yer pun bg la notis kat kitaorg ni. Tak de la aku marah sgt…

Memang x fair sungguh, manager2 yg dah byk gaji tu bole lak cover medical utk

anak, yg kami ni keje mcm nak mati ngan gaji ciput x bole lak nak claim. Sakit betul

ati aku, aku dendam nih…

24 February, 2009

Biskut CornFlakes

Hari ni terasa nak baked biskut cornflakes utk Che Mat n Hubby. Dah lama x buat biskut sejak raya thn lepas. Biskut feveret derang ni klu buat satu tong drum pun x de hal nye, x makan nasi pun x pe dok mengadap biskut ni. Belum bakar lg dah cukai adunan nih… alamat aku nnt dpt serbuk jer lar…hehehehehehe

IMG_0221

Bahan-Bahan

2 cwn tepung serbaguna

1 cwn majerin @ mentega

2/3 cwn gula kastor

3 biji kuning telur

2 cwn emping jagung

1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

masukkan campuran tepung dan emping jagung yg telah diramas sehingga sebati

Pukul majerin bersama gula, kuning telur, esen vanilla sehingga sebati. Bentukkan doh menjadi bebola kecil dan susun di atas kertas pembakar tanpa minyak dan leperkan sedikit.

Bakar pd suhu 375 celcius sehingga keperangan, sejukkan sebelum simpan di dalam TUPPERWARE….

Pecah rumah

Semalam petang rumah jiran aku kena pecah dek pencuri.. ni kira first case lps ada nye khidmat security kat apartment aku. Nak kata cam ne nye, nak salahkan security x check??? pencuri tu mungkin x guna kenderaan masuk dlm kaw apartment kami. Nak trace pun susah sbb brg yg derang curi kecil, cash money n laptop. Mungkin pencuri tu x sempat nak geledah abis.

suspek, student yg buat keje ni n mungkin 2 org punye angkara. Klu nak di ikutkan kira berani gak la pencuri2 ni. bole panjat dapur jiran aku utk masuk ke dlm bilik anak dia padahal paras 4 dan tingkap jiran aku plak berselak dr dlm cuma grill dia x lock. klu silap langkah mau jatuh, klu x mati pun patah riuk. Mungkin jiran paras lain x perasan sbb ptg semalam hujan lebat. Senang la keje dia.

So, lps polis dtg ambik statement bagai, polis sek 7 minta gi balai polis sek 11 utk minta polis penyiasat (CSI) utk ambik cap jari bla..bla..bla..So,jiran aku pun lepak jap ngan anak2 dia kat rumah aku sbb x nak usik tempat kejadian sebelum polis abis ambik laporan.

sekian.

21 February, 2009

Ralat

Pagi ni aku n family gi seremban utk bagi ubat sakit jantung papa kat mama. Otw ke S.A kami singgah jap kat muzium negeri sembilan. Dah lama nak singgah kat sini utk tgk rumah traditional N9.

Sampai je kat c 2, aku ngan xcited nye ckp kat hubby jgn lupa shot gbr rumah traditional tur.. Tp hampeh! sungguh, kamera dah ada, batt pun aku dah spare kat dashboard keta, alih2 dlm kamera aku tu x de SD card plak.

Ralat sungguh lar, ni kes aku yg kuorkan sd card tu,  nak save gbr Hannah kat dlm pc la ni semalam.

Apa nak kata, jln je la. Kat dalam muzium tu x byk brg2 pameran, cuma ada skeleton manusia yg dijumpai kat tapak bangunan apa ntah kat Melaka. Seram gak aku, dah la aku bw se kecik tur. Lain2 cuma tunjuk brg2 pos malaysia dr setem hingga la pakaian posmen, basikal tua n etc…

Ada gak di tunjukkan gendang gangsa dan batu megalitik serta tulang mawas… errr! takut…aku ni dah le penakut, mcm2 lak aku pikir.. cepat2 aku kuor.

19 February, 2009

Tajuk ..?

MALASSSSSSSSSSSSSSSSSS…

Aku dah malas… aku dah malas… oh!..ooo..oo.

Malas betui aku ari ni nak sambung buat J*** manual, blog-hopping je dr td yg aku tau.

Satu keje pun belum jln lg. Si babeh lak dok pusing ke hulu ke hilir,

tu nak intip aku le tur dok buat apa. macam le aku x tau niat suci ko tur.

Dasar %#%0x$….

 

aku nak igt blk apa yg aku buat pg td yerk!…

owh! pg td aku jd rescue ranger kat clerk ofis aku yg preggy, dok tolong tunda kan

buggy car yg dah mati di tepi jln.Tapi hampeh dua2 buggy car batt weak. Sudah nye

aku tinggalkan aje kat situ, malas aku nak tolak. berat nak mampus..

kat ofis aku ni ada 2 buggy car utk kegunaan kitorg gi merewang ke dept2 lain..

mmg syok naik menatang tu tp bila batt nye dah kong, ko rasakan la labu. menapak  la

blk ofis. X de makne nye nak menolak buat hangit ketiak jer..

sekian.

17 February, 2009

Evening Roses

Homemade choco made for my beloved sister Sri Ana. Saja buat utk dia,tak de kena mengena ngan valentine day, secara kebetulan buat pada weekend td. lg pun dah lama nak try resepi  Delila yg di ceduk dr myresepi.com

 

IMG_0216

Bahan-bahan ( 15 ke 20 biji )
  • 2 bar coklat masakan putih
  • 1 sudu kecil pewarna merah jambu
  • 1 sudu kecil perisa strawberry
  • 2 sudu besar crisco/minyak jagung
  • 15-20 biji badam (goreng tanpa minyak)
  • Paper cup secukupnya
Cara-cara
  1. Bahagikan Coklat putih kepada 2 bahagian.Double boilkan 1 bahagian coklat masakan putih.Campurkan 1 sudu crisco/minyak jagung ke dalam nya berserta 1/2 sudu perasa strawberry dan 1/2 sudu pewarna merah jambu.Kacau hingga sebati dan cair. Angkat dan masukkan ke dalam acuan coklat berbentuk mawar sehingga 1/4 penuh.biarkan keras di dalam peti sejuk selama 30 minit.
  2. Keluarkan coklat dari peti sejuk dan letakkan biji badam di permukaan coklat. Ulang langkah-langkah di 1 dengan menggunakan baki coklat putih,perasa strawberry, pewarna merah jambu dan crisco/minyak jagung hingga cair.Tuangkan coklat tadi hingga memenuhi acuan.Sejukkan dalam peti sejuk hingga keras.Keluarkan dari acuan dan letakkan di dalam paper cup.Sentiasa letakkan coklat ini di dalam peti sejuk sehingga lah masa utk menghidang tiba.

CUPcake Jambu…

IMG_0202

 

Weekend lepas mimpi apa ntah aku teringin lak nak wat cupcake nih…selalu tgk cupcake org jer kali ni nak buat yg sendiri punye.guna resipi kat dlm buku variasi cupcake beli masa kat karangkraf.Krim icing dia aku buat satu kaler jer, sbb malas nye pasal . Tu pun main sapu je x decorate guna nozzle, sbb x pdi. In future kena belajo ni.

IMG_0204

IMG_0199

CUPCAKE MENTEGA

BAHAN-BAHAN

250 gram mentega

250 gram tepung berserbuk penaik

200 gram gula kastor

5 biji telur

1 sudu kecil esen vanilla

pewarna* optional

 

CARA-CARA

  1. Pukul mentega dan gula hingga gebu
  2. masukkan telur satu persatu berselang seli dengan tepung
  3. Masukkan tepung dan pukul hingga kembang
  4. Masukkan esen vanilla dan kacau rata
  5. Tuang adunan ke dalam bekas cawan mini beralas kertas dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 C selama 15-20 minit atau hingga keemasan
  6. sejukkan sebelum dihias dgn krim

 

KRIM MENTEGA

BAHAN-BAHAN

125 gram mentega

125 gram lelemak sayuran (krimwell)

80 gram gula kaster

1 sudu besar susu sejat

1 sudu kecil esen vanilla

pewarna*

 

CARA-CARA

  1. Pukul lelemak sayuran dan mentega hingga berwarna putih
  2. masukkan gula dan pukul hingga gula larut
  3. Masukkan esen dan susu dan pukul rata ( berserta pewarna)
  4. simpan dingin

SELAMAT MENCUBA

BABY WRAP BINDER (BARUT)

ZIG ZAG MOMMA Baby wrap binder (Malay traditional Barut)

Sew this for my lil dotter Hannah last 2 week…

come with 2 colour white n pink….

My third project since i bought Apple janome on Jan 12th 2009.

Easy project for the beginner like me kihkihkihkih…

baby wrap binder

12 February, 2009

Tak ketahuan

Hari ni aku rasa cam weng sikit lar..
fikiran x tau melayang kemana..
dah la kat opis ni dok mainkan lagu soprano,
lg lar aku mcm x ketahuan dah.
or, sbb aku x ckp tido dok melayan Hannah yg sibuk nak
belajar menjulur plak.
Memang mengantuk gile ler tapi bila tgk dia susah payah
nak menjulur jd hilang la kejap rasa letih berganda ni.
Dr mlm semlm lg dia dok buat keje.
Tertonggek2 punggung dia nak bergerak ke depan..
mulut lak x abis2 bunyi ookk eeeek2x ...
Dr perhatian aku ni si Hannah ni klu nak belajar benda
baru mesti waktu mlm. Nak tunjuk kat Mama dia le kut..
siang mama keje mlm pun mama kena overtime jugak..
adeh! layannnnn je lar.

06 February, 2009

Flash back

Aku hampir lupa dah cam ne nak lipat sampan kertas ni.. masa bebudak dlu, terer bab lipat melipat kertas nih. Sib baik Che pid tanya, dapat gak la refresh balik seni pat pat siku lipat ni.
yg sampan tongkang tu aku selalu buat utk main kuda longkang especially klu lps waktu ujan kecik2 dlu. Syok wooo... tp jarang la dpt belayor jauh, asyik karam di tengah longkang je, maklumlah tongkang kertas... nak2 plak lps ujan air longkang bergelora. Tp main ni selalu gaduh je, ngelat lebih.. selalu lepas tongkang x ikut garis mula, x aci sungguh.

04 February, 2009

PUISI Tentang Org MELAYU

Puisi dari Usman Awang yang bole di renungkan bersama

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani,
Semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan

Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka


03 February, 2009

Wall E

Wall Eeeeeeee....eeeeee

Che mat sekarang ni suke sgt ngan char Wall E..
1, 2 minggu ni asyik sebut perkataan ni jer sambil buat bunyi robot transform...Wall E mana bole transform `Nak ooii! saje le tu melebih-lebih.
kebetulan plak Hannah ada tshirt Wall E ni, klu Hannah pki baju tu mesti Che mat jerit2 panggil Mama dia suruh tgk gambar Wall E kat baju baby Hannah.




Human Error

Ni nak story pasal human error... antara aku, suami dan dot..dot..dot

Semalam aku ke JPN s.a untuk betulkan surat beranak n Mykid Hannah..
sekian lama nye aku bole x perasan tarikh lahir dia x sama.
Tetiba aku jadi blurr kejap, dah sah2 aku beranak kan dia pd 07hb oct 2008 bole plak JPN nye staff tulis 08hb oct. Klu ikutkan ok lar tu kan anak aku muda sehari lagi...
Tp itu dah kira auta bukan fakta.

Maka dgn rasa tanggungjwb yg x berbelah bg, aku apply half day utk settle kan benda ni.
Sib baik layan baik. Tapi kena la caj RM7 + RM2 utk plastic cover surat beranak tur.
aku sure nye lah bila Hannah beso nnt mesti dia akan tanya kenapa surat beranak dia lain dr org lain (yg x sama kes ngan anak aku).