28 October, 2009

Jalan-Jalan

Bulan ni dapat jugak merehatkankan minda bersama hubby dan anak2. Pada masa yang sama dapat jugak melawat Tuk  dan sedara mara di kampung.  hari pertama kami jalan2 ke Teluk senangin di lumut. Tujuan asal nak makan2 dan mandi manda. Ingatkan pantai dia  landai dan berpasir macam di Teluk Batik. Sekali sampai je, penuh dengan orang sedang memancing, siap bawa khemah dapur bagai.  

Terdiam kejap lar kehampaan. Sudah tersalah port la pulak. Syurga pemancing rupanya.Pasir dia banyak cengkerang siput yg sudah mati. Tidak sesuai sangat utk mandi manda bersama keluarga. Tapi ada jugak family yg mandi kat situ.Tapak kaki hubby siap berdarah terkena serpihan cengkerang siput. Kami lepak dalam satu jam, siap perabih makanan yg kami bawa.

Next, on the way nak ke pantai Remis untuk beli ikan, nampak sign board PUSAT PENGURUSAN PENYU. Alang2 dah sampai ke situ kami pun menyinggah la sekejap.Masuk adalah percuma tapi tak pasti la sebenarnya percuma atau tidak,tempat tu tak ada orang jaga. May be sbb hari Ahad kot. Itu pasal la kami dapat masuk FREE. Tapi tempat anak2 penyu tu telah di pagar, untuk mengelak anak2 penyu dari di sentuh atau di curi oleh pengunjung.

 

IMG_0441 peace yo!!

 

Che mat ngan Imani syok dapat tengok penyu-penyu kat situ. Anak2 penyu memang cute la, Che Mat suruh bawa balik, mana nak di campak kan  nnt kalau bole pun kan . Tak hidupnya klu pakai air paip je. Tak dapat la nak oiii!! klu tortoise tu boleh la

 

IMG_0466

kata Che Mat ni adik penyu dengan kakak penyu hahahahahah!!!

 

IMG_0489 merenung nasib penyu ke kome berdua nih!

perempuan

kalau sudah namanya anak perempuan, perempuan jugak lah kan. Ada hati  tu nak pakai kasut mama dia. Geleng kepala ayah dia tengok gelagat si Hannah. Tu cerita kasut, bedak compact mama plak abis berderai di kerjakan si Hannah. Apa saja yg mama dia buat semua nak… bak kata Che Mat kacau lar..

 

IMG_0365 hallu!! cik adik manis mau size berapa?? ada muat ka???

21 October, 2009

Baju kurung Hannah

Berjaya jugak aku menyiapkan 2 pasang baju kurung untuk Hannah. hampir 6 tahun aku tak menjahit baju kurung. H asil yang boleh dibanggakan jugak la bagi orang yang  pegang mesin jahit sebulan sekali ni..

 

IMG_0547

baju kurung kuning guna japanese cotton

 

IMG_0370

baju kurung biru ala2 songket  gitu,, sedondon ngan mama dia raya tahun ni.

Raya 2009

Raya pertama, kami sekeluarga pergi beraya di Ipoh,rumah Achik, Lepas asar kami bertolak pula ke rumah Atuk di Kayan. Agak meriah jugak bila sampai di rumah Atuk . Wan, mak anjang, Pak chu dan sepupu2 aku memenuhkan dan mengamatkan rumah Atuk aku.

Lepas solat maghrib baru berangkat balik ke Besout. hampir pukul 11 malam baru sampai kat rumah Abah. Sesudah sampai je aku anak beranak pakat tidur awal. Penat beraya la katakan.

Raya kedua lepak2 kat rumah jer. Lepas Asar baru bersiap2 pulak untuk balik ke negeri 9. Kami sempat singgah sekejap hantar barang2 yg x berkenaan kat rumah di S.alam.

Raya ketiga, kami sekeluarga bersama famili hubbby aku , pergi beraya rumah mak2 sedara belah negori pulak. Aku ingatkan dapatlah merasa soto ayam ke daging salai masak lemak ker.. alih2 biskut raya jer. Yer la dah raya ketiga mana nak ada semua tu kan… Tahun depan la pulak klu di Izinkan Allah S.W.T.

Seperkara masa kamii pergi beraya ke rumah bakal BIL, seorang penunggang motosikal kuasa besar terbujur kaku di tengah2 simpang tiga jalan menuju ke Serting Hilir (kalau tak silap). Agak menyayat hati bila melihat mangsa menemui ajal dalam kemalangan jalan raya. Hanya Al-fatihah yang aku mampu berikan. Dalam hati aku sempat berkata “bertambah lagi  jumlah korban opss sikap tahun ni” nak salahkan pemandu2 kenderaan saja tak boleh juga. Simpang tiga tu agak sibuk sepatutnya buatlah lampu isyarat untuk memudahkan pengguna jalanraya. Atau sebenarnya memang ajal hamba Allah itu sudah sampai hanya kemalangan itu sebagai penyebab kematiannya.