27 September, 2008

Penginapan 2 Hari satu Malam

Akhirnye aku dpt penginapan di Wad 1A, Kad mengandung aku plak dah di naik kan taraf dr sticker Hijau ke Sticker merah. Kuang..Kuang..Kuang... aku mmg berehat sungguh la baring. tido , makan pastu sambung tido lg ... fikiran pun x serabut sgt. Tp mlm tu rasa panas semacam. berpeluh2 badan aku walaupun kipas syiling pusing mcm nak tercabut laju nye. kat Area katil aku tu, cuma aku sorang je. Bosan gak. BP nurse check hourly. Kat report aku tgk ok, elok je dlm range 122/75. Doktor kata kena monitor dlm 24 hour klu BP aku ok maintain cam ni dia kata esok bole discharge.

Alhamdulilah, lepas dpt rest 1 mlm BP aku OK. Menjelang tgh ari aku mula dpt jiran sebelah. katil kat area aku tu penuh dgn patient yg senasib dgn aku. kakak sebelah aku ni lak peramah org nye. Apa lg kita org dok bersembang je lar. Pas tu masuk lak patient br kat dpn katil aku. Aku tgk dia ni muda lg yg hantar dia msk wad lak kwn dia. Aku tgk dia tgh call sapa ntah, laki dia kot sambil nangis2. kitaorg buat biasa je lar.

Bila waktu melawat dah nak abis, tetiba aku tgk bdk dpn aku tu tarik tirai tutup katil dia. Aku ngan kakak sebelah menyebelah ni igt dia nak tido. Ntah cam ne dia tukar baju wad ke baju biasa terus kuar ikut pintu tepi koridor siap bw beg lg. Tp x suspek le dia nak lari ingt dia dah bole discharge. Buat x tau je lar.

Bila Doktor sampai ke area kitaorg nak check patient nurse buke tirai katil tu, tgk patient kat dpn aku tu dah x de. Dia tanya aku mana pesakit ni, eceh! aku ngan rasa tangungjwb jujur dan amanah ni bg tau kat nurse dia kuar pki baju biasa. Semua nurse kat wad tu apa lg, suspek bdk tu cabut lari. Kecoh la wad tu sekejap. Marah la nurse2 tu. satu hal lak derang nak kena call polis urus itu ini.

Nurse tu kata selalu klu patient lari kes unmarried. Mmg rekod book dia pun x de. dia kata check kat private hospital kat kuantan, br seminggu turun Klang ni. Masuk wad sbb tekanan darah rendah. Ntah la, mesti ada something wrong la tu klu tak ,x kan nak lari dr hospital.
Aku ngan kakak2 kat situ pun kepochi lar sekejap. Maklum la masing2 x posa mcm lupa lak bln ramadhan ni belum berakhir lg dok buat mcm2 spekulasi hehehehehe.

Lps doktor pakar check dia kata bole blk ari ni. Gumbira rasanye ati aku. Tp klu kuar bw sekali baby kan best x yah nak kuar masuk hospital lg. Patutnye tgh ari dah bole blk tp sbb hubby keje blk pkl 5.30pm kena la tunggu lg. Sempat la aku dpt mkn tgh ari ngan mlm kat hospital. best gak no makanan hospital ni. Aku bole selera lak. lapor punye psl kot.

BP ku naik Lagi!

Ptg ni cam biasa gi check up, Sampai je kat Poliklinik,tengok mak aii! ramai nye umat manusia br pkl 2.05pm. selalu tak la ramai sgt. mungkin sbb nak cuti raya kot, nurse bg semua check serentak ari ni. Kepala aku lak dah pening2 sikit tgk padat sgt org.

Bila turn aku kena check BP, tgk2 BP aku x turun2 gak still 140/100. Nurse kata ni kena hantar ke hospital gak ni. Pas check urine dia suruh aku baring lak dlm setengah jam pas tu dia check lg. Sama gak result nye x nak juga dia turun2. last2 doktor kata. Skrg juge dia nak hantar aku ke HTAR. Nurse lak suruh aku naik wheel chair. adoii! mak, malu nye aku semua org kat dlm klinik tu dok pandang kat aku. x tau la tebal berapa inci dah muke ni. So, merasa la aku naik ambulance. Kunci kete lak aku pass kat Nurse Siti Hajar minta dia tolong bg kat hubby suruh ambik ,bila dia blk keje nnt.

Sampai kat HTAR, kena check urine sekali lg, pastu check jantung dan BP. Tgk kat emergency room bersalin tu doktornye muda2 je sempat la aku tgk name tag doktor yg menginterview aku Dr.Abd Hadi nama dia. siap check jantung semua, kena gi buat ultrasound lak nak tgk baby cam ne. Yg ni Doktor kadir yg buat bkn doktor yg mude2 tu. pas scan everything, dia nak check bwh lak. Adoii mak aii bab ni mmg x sanggup le. Dia kata posa ke arini, klu posa batal la sbb dia nak seluk kat bwh. So, dah siap semua urusan aku kena masuk ke wad 1A. Bermalam la aku di hospital. Anak lak aku mintak babysitter tolong jaga kan.

Ramadhan ke-22

Tgh dok sembang2 dgn hubby sdlm kete tetiba je dgr bunyi "gedebum" kat belakang. Bdn aku tetiba terhenyak ke deskboard kete. Aramak abis lar. Kete kena hentam dr belakang, sib baik perut aku x apa2.

Hubby berenti kan kete kat tepi jln. mamat yg langgar tu pun kuar. Aisey! budak cina rupenye. Abis bonet kete di keje kan nye. Bincang punye bincang ingat nak gi buat report polis, balai pun x berapa jauh dah. Budak tu kata nak call mak dia dlu, alih2 Hp dia lak battery weak. pinjam la Hp laki aku jap. Tgh dok tunggu mak bdk tu, dtg la mamat mana ntah, pki uniform Toyota dok nak menghulurkan bantuan. mamat tu kata "ni klu repair Bang mau dlm Rm500 ni" Laki aku angguk je lar. Tak lama pas tu dtg la mak budak cine ni ngan kakak dia. Mamat toyota tu kata x pe la klu ada apa2 nnt contact la. so, dia pun blah.

Mak budak cine (Madam Lim) ni minta settle luar je x yah gi report polis. so, dia suggest hantar kat workshop yg dia selalu pergi. Cost repair dia tanggung. so, OK la kitaorg pun pergi le ke workshop tu. Laki aku bw Madam Lim aku lak naik kete ngan kakak dia (Ah-pin). Dlm kete aku pun sembang2 la ngan si Ah-pin ni, rupany2 dia ni Cikgu mengajar subjek kemahiran hidup kat sekolah asrama penuh kat Kuala selangor. Mmg fasih la ckp melayu, Derang ni dua beradik je, ayah lak dah lama mati. Dia kata mak dia minta settle luar sebab kete yg adik dia bw tu last year rumah dia kena pecah, pencuri tu bw lari kete dia sekali. so br saja beberapa bulan jumpa blk. Duit Insurans lak dah dpt full. tu yg mak dia x mau buat report. Kete tu plak suspek digunakan utk tujuan rompakan. Lucky la dia kata jumpe blk, selalu kete klu kena curi x de peluang dpt blk. Tp byk aksesori kete dan brg2 enjin ada yg dah hilang. Dah tu siap ada byk kotak bekas isi brg kemas kat belakng bonet kete. Ngeri lak aku dgr.

Sampai je kat workshop tu ,tokey kedai tu kata kete kitaorg bole siap repair dlm 3 ari. Cost lak dlm Rm400 je. So, ok la kan bkn kitaorg yg byr pun. Dlm kepala ni dok pikir mcm mana nak gi keje sok kete dah le x de ni, dah la aku nak kena gi chek up BP. Last2 aku ambik EL dan call adik aku pinjam kete dia. Sib baik dia x guna kete. Settle 1 masalah.

16 September, 2008

Pagi Yang Gelap

Pagi ni mmg mandom utk aku ngan hubby. Tak sangka lak time nak gi keje air bole x de lak. masa sahur elok lak ada air, tup! tup! pkl 6.30 pg masuk bilik air psg water heater x kuar2 lak ayor nye. kelam kelibut la hubby dok ambik baldi siap bawa troli nak ambik air kat blok sebelah.
Alih2 lif lak rosak, mmg malang sungguh. berpeluh2 la hubby dok naik turun tangga dah la rumah tingkat 4 lak tu. 2 trip juga la dia mengangkut nye. Aku mmg x dpt nak tolong lar. Nasib baik sempat gak sampai ofis on time. Dah la semalam black out. Hari ni gangguan air plak. marah betul mok cik.

12 September, 2008

Check up Time.

Ari ni sib baik x terlupa ada check up. Cam biasa ambik time slip pm. Keje pun x de yg pending maklumlah dlm keadaan mcm ni mmg x byk perkara dpt tolong mr.ms engineer kat opis tu. Derang pun kesian kot kat aku nak suruh itu ini. Alhamdulilah sepanjang check up ni x de byk masalah yg aku hadapi. Kenaikan berat bdn kali ni ok, mungkin sbb posa jd x naik byk. Cuma kaki saja yg bengkak.

Selalu klu gi check up aku suke tengok gelagat ibu2 yg dtg. Mmg mcm2 gaya, saja untuk hilangkan keboringan menunggu giliran. Tp masa aku menunggu giliran untuk check air kencing, aku npk ada seorg lelaki sedang mendukung anak yg mungkin br lahir dlm 2 ,3 ari bw masuk makmal untuk check kuning. Aku tengok dia sorang saje yg dtg, x npk lak kelibat bini dia. Anak dia plak asyik menangis saje mungkin lapar susu agak nye. aku mula buat andaian sendiri dan mula nak busy body.

Ntah cam ne ada la sorang kakak yg baik hati yg juga sedang menunggu giliran untuk check up air kencing dtg tolong tengok2 kan baby dia. Kakak tu minta lelaki tu buka pampers anak dia. Anak dia berak rupenye, lps tukar pampers baby tu senyap sekejap tp lps tu menangis lg sure mmg lapar ni. Aku dgr kakak tu tanya mana ibu dia. lelaki tu kata ada kat rumah x ikut sama. Aku mula la nak fikir negative kat bini dia. Bole lak dia biarkan anak tu pergi ngan suaminye aja. X terfikir ke nnt anak nye akan memerlukan susu ibu. Kemudian aku try la fikir positve lak, mungkin bini dia ada sebab yg x dpt dielakkan untuk tidak dpt dtg bersama anak ngan suami nye untuk ke klinik.First time aku tgk kejadian mcm ni. Terharu aku kat baby tu.....

X lama lps tu nurse minta dia bawa anak dia masuk jumpe doktor, aku npk nurse tu bancuh kan susu utk anak dia dlm cawan. Alahai! baby tu elok je senyap lepas minum susu dan siap tido lg. Aku dgr baby tu kena masuk wad sbb kuning, pihak klinik nak hantar dengan ambulans ke HTAR. Harap2 baby tu akan cepat sembuh.

Permulaan Untuk Aku


At last dapat gak aku beli breast pump manual ni. Alhamdulilah Allah beri kekuatan kat aku untuk meneruskan hasrat untuk mengamalkan penyusuan ibu. Harap2 tak hangat2 tahi a***. Thanks kat Che pid yg byk bg info ngan semangat. Klu dlu breast feed ni byk di momok kan dgn pengendalian yg susah. Tp bila dpt info yg betul, Insyaallah klu niat yg baik mesti akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Tambahan lg dlm bab penyusuan ibu ni yg mmg dianjurkan dlm Islam dan mmg menjadi hak anak2 yg dilahirkan. Gambatte! mama heheheehe