30 January, 2013

Beli barang groupon

Pernah tak korang beli barang online.
macam mana yer servis diaorang.
macam zalora etc tur.
Ada tak problem?
aku ada gak baca blogger yang komplen pasal servis diaorang.
iklan tak se'GAH dengan realiti.

ni pulak pengalaman aku beli barang di groupon.
selama ni menjamu mata saja di situ.
subscribe pun sebab BIL & SIL rajin beli barang kat situ.
sesaja je la gatai-gataikan.
tiba-tiba aku telah terbekenan dengan satu barang kat bawah ni.
Dah lama dah cari mini threadmill nih.

image

1345778257673yang best boleh dilipat-lipat tu.

1345778257867

1345778257722

1345778257771terpengaruh iols..


kekonon nak men'yelim kan diri yang gumuks ni la.
sungguhlah telah terpengaruh dengan iklan dia.
ada la dulu nampak kat lelong.com
tapi hati tu berat nak call tanya.
Harga murah la RM250 tapi kena beli 2 unit la pulak.
gigih aku mewatsapp kengkawan seangkatan join Deal ngan aku.

aku pun tak berlengah dah.
call Pak enchik suruh abang dia tolong Dealkan.
Sebab BIL ni pernah beli dari groupon.
So far dia kata ok. tak ada problem.

Setelah deal di buat bla...bla...blaa.
tibalah stage seterusnya iaitu menunggu barang tiba..
lama betui menunggu. Nak dekat sebulan jugaklah.
delivery info pun memang dia kata tarikh sekian sekian.
Tiba waktunya...jeng..jeng..jeng..
fuh! lega...sib baik sampai seperti dijanjikan.
barang ok la sampai dalam tarikh yang tercatat.

image
akan TETAPI....
yang tak syoknya SKYNET punya budak penghantar tu
punya la tak berbudi bahasa.
Disebabkan aku beli 4 unit. So dia hantar 2 batch.
1st batch tu dah dapat pada hari khamis.
second batch tu Pak enchik kata kat budak tu hantar hari sabtu.
sekali hari jumaat, org skynet call pulak nak hantar ke rumah.
budak tu kata dia ada barang nak hantar area rumah aku.
lagi pun dia nak cepat sebab nak pergi sembahyang jumaat.
Pak enchik pun naik hot, dia kata' abis saya ni pun
nak kena pergi solat jumaat jugak.'
Rupanya dia tak dapat info dari budak sebelum tu.
Dia hot pak enchik pun hot hahaha
Ingat dah tak nak hantar dah.
Sabtu tu terpaksa jugak dia hantar ke rumah hahahah
Apa la diaorang ni dah kerja hantar barang.
Ko hantar aja lah. Kerja macam tak ikhlas la pulak.
tu sesama bangsa tu.
kalau bangsa lain aku tak tau lah layanan dia kan.
berbeza ke tak..

20130118_201329

okay, ni yang actual condition. So far tak de masalah. Dah 2 minggu jugak la sampai. tapi lari cuma 3 kali seminggu je huhuuhu.

Che mat kata ni untuk budak-budak ker? sebab tapak kaki tu macam tapak kaki budak-budak. sudah! dia ingat alat mainan dia la pulak benda alah ni.

magic inai.

Che Nah ni memang ada-ada saja idea dia tau.
Tengah leka aku memasak kat dapur,
tetiba teringat nak spot check Che Nah.
Dia ni kalau diam je tak bising-bising,
ada la tu kerja dia di dalam bilik.

Perlahan-lahan aku intai dia kat dalam bilik.
Nak tengok apa la yang dia buat.
kekadang tu rajin jugak  dia duk berangan,
bercakap-cakap dengan soft toys dia.
Sekali aku tengok, dia tengah kusyuk menconteng-conteng dalam bilik.
saja-saja je la aku panggil nama dia dari jauh.
nak tengok akal dia.
kelam kabut dia mengemas ntah apa-apa barang atas katil dia tu.

Aku pun try le, nak tengok apa pulak yang dia lukis kali ni.
Sekali aku datang, cepat-cepat dia sorok kedua-dua tangan dia kat belakang badan.
Ah! sudah, apa pulak kali ni yang dia jumpa buat main.
Sekali aku tarik tangan dia. Kus semangat...
Tak cukup dinding rumah yang dia conteng, muka, badan, kaki.
buku, tak usah cakap ler, sampai buku bank pun dicontengnya.
kali ni KUKU dia pulak jadi mangsa,
alahai che nah kenapa la ko kalerkan kuku ko ni.
kang nampak di ayah ko, mak ko jugak le yang kena tiow.
Tak memantau anak katanye karang.

Che nah kata nak kuku macam kawan dia, Siti.
kuku Siti tu cantik ada kaler merah katanya.
Aku suspek si Siti tu pakai inai le kan.
Takkan mak dia  pakaikan pewarna kuku plak kut..
Aku kata la si siti tu pakai inai bukan pakai magic pen.
nanti lar kita pakai inai betui masa mak lang kawen.
sedih la dia sebab tak dapat kuku macam si siti.
manalah datangnya idea dia nak guna magic pen tu ntah!
mak dia pun tak ada nak pakai-pakai inai ni.
Pakai masa kawen je dulu-dulu.
Tak minat sangat pun. Alih-alih anak dara pulak berkenan.
sudah!...
Jenuh le aku nak menyental kuku dia ni nak bagi hilang warna magic pen tu.
Bukan apa karang bising ayah dia kalau tau kuku berwarna ni.
pantang dia.

20130123_195415

sungguh la Che Nah ni..macam-macam hal.sabor je lah daku.

20121128_220749

anak korang ada tak macam ni? huhuhuhu artistik sangat!!!!!

dah macam belang harimau malaya dah rupanya.

15 January, 2013

korean style: carrot salad.

senang jer nak buat salad ni tak banyak songeh.sedap jer kut bagi pemakan sayur tegar. Semua salad pun sedap yer tak.
kalau tengok dari segi salad dressing dia dah macam ala-ala thai dah.

ni salah satu resipi dalam buku masakan ori korea yang aku beli weekend itu ari. Lepas ni teringin nak buat kimchi plak dari bunga kobis. ntah bila pulak tu nak dibuatnyer.

kalau nak banyak lagi idea masakan dari korea boleh pergi kat sini. boleh le jamu mata. cuma spesis diaorang ni suke benor makan daging *tut* tur.

meh kite tengok bahan-bahan untuk buat carrot salad ni a.k.a ulam lobak hehehe

Salad Lobak (carrot salad)
----------------------------
Bahan-bahan
- 1 biji lobak merah
- 1 biji bawang putih
- 1 sudu besar gula (ikut citarasa)
- 2 sudu besar cuka makan (ikut citarasa)
- sedikit bijan
- 1 sudu kecil cili flakes

20130114_232507

Cara-cara
- parutkan/hiriskan lobak merah. pastikan dah dibasuh lobak tu dan dibuang kulit.
- dalam bekas lain satukan gula, cuka cili flakes, bawang putih yang ditumbuk lumat.
- gaulkan bahan di atas dengan lobak yang telah di parut.
- hiaskan dengan sedikit bijan. atau nak gaulkan sekali dengan bijan tu pun boleh.

20130114_200228
ringkas jer kan. sesuai untuk yang berdiet hehehe

Choco ball

Malam tadi gigih lah mengodek takoyaki pan nak rasmikan le konon. Bukan takoyaki yang aku buat tapi aku buat choco ball hahahhaha.

mula-mula tu, terhegeh-hegeh membancuh batter choco ball padahal takoyaki pan tu dah lama dah dipanaskan.

gabra giler kut aku, masa nak masukkan batter dan choco filling nutela dalam acuan tu.
hasil dia memang le sedap tapi rupa choco ball aku tu tak cantik hehehe. gigih mula-mula nak buat bentuk bulat tapi sebab macam dah tersalah teknik. buat je la bentuk separuh jer. nak kena praktis lagi nih!

20130114_225325

Resepi untuk Choco ball. aku guna premix waffle jer. sebab tepung ni ada banyak lagi masa beli buat waffle ari tu.

Choc ball
------------
Bahan-bahan
- 1 biji telur
- 1 cawan air
- 2 cawan tepung pre-mix waffle
- 3 sudu makan minyak masak.

filling
- choc Nutella
optional
* peanut butter
* kaya

Cara-cara
- pukul telur sampai kembang
- masukkan air dan pukul lagi
- masukkan tepung premix dan putar sebati
- last sekali masukkan minyak masak dan  putar jugak sampai sebati.
- rehatkan dalam setengah jam.
- kemudian masukkan separuh aduanan dlm acuan masukkan filling dan tuang penuh aduanan dalam acuan tersebut.
-masak sampai keperangan.

20130114_225302

14 January, 2013

Buku resepi masakan korea

Tak sangka masa belek-belek majalah di kedai runcit dekat dengan rumah. Terjumpa pulak buku resepi kat bawah ni. Tinggal 2 buah buku jer. Tak pandang kiri kanan dah terus sambar.

20130114_062902

harga dalam RM8.90. ok la resepi dalam tu. kebanyakan resepi salad korea. Very simple dan ada jugak resepi masakan yang kena campur dengan kimchi. Ok lar tak menghampakan isi kandungannya. Kalau dah minat cerita Kdrama tu. mesti tertaik jugaklah nak fefeling masak menu korea hehehehee.

so, semalam beriye beli banyak sayur konon nak cuba buat resepi macam dalam buku tu. Siap beli bijan, chile flakes, chile powder hahaha memang bersemangat waja ni :) nanti post gambar kemudian hehehe

11 January, 2013

postage stamps sticker

Selama berpuluh tahun mengumpul setem inilah first time found stamp with sticker type. Memang awesome la. Tak perlu nak jilat-jilat belakang setem atau sapu air untuk stick setem kat sampul surat hahahaha.

20130111_155934

20130111_155958

Tapi aku tak suke setem jenis cam ni. Tak feel macam setem.

Bentou #1–Che Mat n Che Nah

Tahun ni berazam nak kilatkan skill hias bentou untuk anak-anak.
walaupun tak comel dah tak se'gah macam bentou orang lain tapi gigih jugak nak tayang hasil keras tangan kat blog hidup segan mati tak mau ni hehehehe.

image

10 January, 2013

Takoyaki maker

Alhamdulilah,
Akhirnya.....dapat juge takoyaki maker ni setelah sekian lama memendam perasaan. Sebelum ni jenuh la mengarang ayat nak minta jasa baik supporter jepun2 kat ofis ni tolong belikan. Tapi malu nak berkata-kata.Sudahnya tak le lepas-lepas nak minta tolong diaorang belikan.

Sebelum ni pernah jugak jumpa takoyaki pan kat Giant tapi masa tu kate tak pelah beli lain kali je sebab tak cukup bajet. harga pun tak le mahal mana pun tapi aku ambik keputusan boleh tak nak beli pulak masa tu. Sekali aku datang bulan selepasnya tinggal 2 pcs je takoyaki pan tu dah le mahal RM90+++ dah le jenis yang bakar atas dapur lak tu. Tak de maknanya aku nak beli.

Ntah cam ne Cik fid beli lak takoyaki maker ni kat fb list dia. Dia pun suh la aku beli jugak. RM145 termasuk postage. Tinggal lagi 5 bijik je. Fikir dua tiga kali jugak tu. last-last aku pm je Si Sue Allin tokey kedai. Tercapai jugaklah hajat aku nak bertakoyaki. weekend ni nak try buat takoyaki versi aku.. Belum rasmikan lagi ni takoyaki. Bukak pun belum dari kotak. giler bizi le konon minggu ni.

20130109_134258

Best ni 2in 1 boleh grill jugak. Boleh la berangan meng’grill daging makan bbq steamboat macam Kdrama hahahaha…

Khidmat masyarakat.

Fuh! tak sangka yek..hot jugak cerita drama setia hujung nyawa ni. Tengah meletops katenyer kat TV3. Tiap-tiap petang isnin hingga khamis kut. Ntah aku pun tak tau. Dah lama tak join mengadap depan tv tengok Mdrama petang-petang sejak last drama Nora Elena. Sejak drama tu habis aku pun dah selalu bizi tiap-tiap petang hantar anak mengaji bagai.

Demam setia hujung nyawa ni dah mula menjangkit kat kawan-kawan aku ni. Gigih le derang suh aku terjah ke karangkraf beli novel tu. Udah abis stok katenyer di luar kawasan lembah klang ni. Akak kat krangkraf mall tu pun kata stok yang tinggal hanya kat situ jer. banyak kedai pun minta stok novel ni. harga novel ni tak mahal RM19.90 klau beli kat karangkraf mall dapat less 20%.

Sinopsis dia, malaslah nak copy paste kat sini. banyak dah blogger duk tempek. So far jalan cerite drama ni tak berubah dari jln cerita novel.
Comel jugak lar yek nellyda senrose apa ke nama pelakon heroin tu.

Inilah khidmat masyarakat aku semalam duk beli dan poskan pada member-member aku. Hari ni memasing la tu menelaah novel hahahaha.

20130109_142848

makan Free..

Sabtu minggu lepas, kilang tempat aku keroje buat makan-makan. Annual lunch and happy new year katenyer. Adalah ceremony kecil-kecilan bagi award kat pekerja-pekerja cemerlang bulanan.

Bulan lepas punye pemenang untuk kategori executive,dianugerahkan kepada department aku . Tahniah! ler untuk deme kan. Siap bagi name tag tur tulis 'pekerja cemerlang' kena pakai kat jaket kompeni. Sama ler macam pakai tanda nama pengawas jer masa kat sekolah dulu hahahhaa.

Kilang tempat aku bekerja ni dah lama dah tak de buat annual dinner bagai. Sejak dah merged dengan Audio produk dulu terus tak de sebarang event yang raikan pekerja.Yang lagi tak best, loket emas untuk services award dah tak de.sedih-sedih. Bila dah merged pulak dengan kompeni Kenwood ni baru la nak ada sikit event mesra pekerja.. Ok ler kan walaupun ciput merasalah juga kitaorang ni

Makanya, MD pun pung pang pung pang bercakap kat mini stage di kafeteria.. sepatah haram  pun aku tak faham english dia.Itu ler ghupenya jepun bercakapnyer. cer kalau org kite cakap omputih salah sikit mau kena gelak sakan hahaha. Gigih Manager QA translatekan ke Bahasa. Ok lah motto ucapan dia suruh pekerja hapuskan pembaziran.. pekerja je la jangan membazirnye hat yang bos-bos besar itu kalau membazir tak ngape.

so, apa menu makan tengahari kitaorang. Yang memasak hari tu budak-budak dari pusat giat MARA. cawangan mana aku tak tau. Tapi ok ler chicken chop dia sedap le juga. Walaupun coleslaw n mashed potato tak ade. Tu mungkin sebab budget tak cukup le tu kan. heheheh tapi aiskrim cornetto tu aku dapat sebat 2. Sebab ada sorang tu sakit tekak dia taknak makan aiskrim. so, lebih baik bagi aku makan kan Smile senyum lebor teman.

20130105_124648

anyway, annual giveaways dia bagi set sudu untuk semua pekerja.

20130110_102111

jadilah dapat ni pun kan. Alhamdulilah.

07 January, 2013

D.I.Y and recycle diary.

Tahun 2013 ni dah tak dapat dah dairy free yang berkenan di hati. lagi pun masa lucky draw end year 2012 aku tak datang ofis. So, tak tahu la dairy yang macam mana group aku dapat.

Memandangkan aku tengah jobless diawal-awal tahun ni. Saja je lah aku membizikan diri buat DIY dairy guna dairy terpakai tahun-tahun lepas.

Jenuh jugaklah aku buat custom margin untuk fit printer kat ofis ni guna excel. hahaha selamba jer guna kemudahan ofis ni. Bukan apa aku buat organizer atau dairy ni pun untuk bawa masuk meeting dan catit kerja-kerja ofis. Kira jimat jugak ler sebab aku print both side.

Untuk korang diluar sana tu. kalau printer, A4 paper belambak kat rumah tu baik ler korang recycle je buat organizer sendiri. Tentu lagi kebaboomm!.wakakaka

Bukannya susah nak buat benda ni kalau dah minat yer dak itu pun kalau korang terlebih gile le macam aku ni hahahaha.

Untuk kulit Dairy/organizer, aku recycle kulit dairy tahun 2010. Dairy ni aku dapat free dari Cik Fid. Tengok tu kalau perasan ada logo SHELL di bawah tu.

20130105_173852

Memandangkan aku ni jenis yang suka add page dairy bila-bila perlu, aku guna file yang ada ring mcm kat bawah ni. aku potong supaya masuk elok2 dalam cover dia.

image

Lepastu print banyak-banyak daily sheet. Daily sheet tu tak letak fix date sebab senang nak arrange page. first time buat fix date, bila print ok tapi bila sampai proses memotong dah bercampur2 tarikh tu tak tersusun.

Malas nak pening2 kisah pasal tarikh tu aku pun buat common sheet jer.Di sebabkan ring file tu besar maka cover dairy tu tak boleh nak tutup. So aku pun potong lubang untuk jadikan cover tu boleh dilipat dengan sempurna.

20130105_173826

Yang best kalau kita buat custom sheet ni, boleh letak macam-macam cute clipart kat setiap page yang kita nak. nak letak quote ker date untuk birthday ker macam-macamlah boleh letak di situ. Cute kan ada clipart hello kitty kat sheet aku tu . Letak hello kitty sebab Che Nah suka sangat ngan icon tu. so sambil kerja bole berfeling2 duduk ngan anak hahahha.

Aku suka ada dairy/organizer ni. Boleh jadi rujukan bila boss nak melahar kita kalau kata kita ni tak buat kerja or kalau dia tiba-tiba tukar statement dia. so, boleh le kita recall decision dia yang simply-simply bertukar tu hahhahaha.

04 January, 2013

Family gathering

Weekend lepas masa berkumpul untuk Family Haji Ahmad. Yakni family mak mertua aku. Ada majlis bertunang anak sedara MIL memerangkap sepupu Pak Enchik.  First time jugak le aku menjejakkan kaki ke rumah Mak cik Matun adik kepada MIL aku ni. Sungguh la Pak Enchik ni memang tak pandai nak ingat jalan nak ke rumah mak sedara sendiri hehehe. Nasib baik aku pernah sampai dulu masa bertunang sepupu dia yang belah FIL. Area situ jugak. Sangat senang kalau ikut NKVE terus ke UIA. Dari UIA pergi ke batu 12 1/2.

Majlis bertunang Sepupu Pak Enchik dibuat kat PULAPOL KL. Selalu kalau majlis bertunang ni tak le ramai sangat yang menghantar. Tapi sebab Family Haji Ahmad ni ada 14 orang adik beradik. Pulak tu jenis keluarga yang memang suka memeriahkan majlis2 sebegini maka berderet le kereta masuk ke dalam PULAPOl hehehhee. Meriah kome dah macam satu batalion dah. Ni sebahagian kecil jer ahlinya. kalau betul-betul satu big family Haji Ahmad datang mau terkejut tuan rumah hahahaha

IMG-20130104-WA0015

IMG-20130104-WA0016

IMG-20130104-WA0032

memasing sihat-sihat badan termasuk aku hehehe

Tapi bukan pasal majlis bertunang ni jer yang aku nak story.

Korang pernah dengar MIMALAND.

haa…. ni yang aku nak story ni. Aku pun tak pernah dengar sehinggalah aku berkahwin dengan Pak Enchik. Rupa-rupanya MIMALAND ni sangat ler gojes tempatnya dulu. Cer korang tengok kat link ni. Mesti korang terpegun jap. Banyak dah blogger2 citer pasal tempat ni. Sebab mak sedara pak enchik duduk kat situ dan berkait le jugak dengan aku. Aku pun teringin nak story jugak hehehe

Quite famous jugak water park ni. Kira  yang pertama kat Malaysia sebelum ada SUNWAY LAGOON. Rumah mak sedara Pak Enchik tu memang bersebelahan je dengan water park tu. Siap pengunjung MIMALAND tu tumpang tandas rumah mak sedara Pak Enchik lagi. Sebab Tandas kat MIMALANG tu penuh orang. Sekarang ni tempat tu memang dah jadi hutan belantara macam gambar dalam blog oh!tidak tu.

Aku sendiri pun siap berbisik dengan Pak Enchik kenapa jalan masuk rumah mak sedara dia ni macam masuk hutan. Kampung aku pun tak le seteruk ini aku kata hehehehe. Sabo je la yer Bang.

imagesCAOPEJ5D

Ini ler pintu masuk ke rumah mak sedara Pak Enchik dan juga jalan nak masuk ke MIMALAND. katanya dulu siap ada dua lane.

Sekarang dah jadi terbiar macam dalam gambar ni. Tapi hari tu pergi macam lagi worse keadaan jalan dia dari dalam gambar ni.

imagesCAJBYFVN

antara gambar dalam internet yang aku ceduk.

35511089329364233893

imagesCA9PTAJV

imagesCAAV9E45

korang gugel le gambar-gambar MIMALAND ni. Sure korang akan impress dengan sejarahnya. Siap ada pulak novel kisah MIMALAND ni. Dengar citer tutup sebab ada pengunjung singapore meninggal dan ada yang nampak patung haiwan bergerak sendiri la. Siap filem gila-gila remaja yang femes lakonan faizal hussien dulu shoot kat sini ler.

korban-tasik-mima-jalil-rahman-1986-amazone-bks-store-0511-16-khwateoh@19

Teringin nak baca novel ni. Ada ke lagi dijual kat kedai buku ekk.

stok tipuware

Dah mula seisi persekolahan ni, macam-macam bendalah nak ditopupkan. Alat tulis, baju sekolah  termasuk jugaklah bekas makanan dengan botol air.

Bekas makanan dengan botol air ni pun kena beli lebih jugak. Kalau beli satu jer alamatnya kalau tertinggal kat sekolah memang lebuh ler. Selalu yang tak dapat balik kalau tertinggal bekas kat sekolah agama petang. Kompom tak jumpa dah lepas tu. tahun lepas kemain banyak botol air aku beli untuk Che Mat. Asyik lupa je nak bawak balik. Jenis yang kalau dengar jer bunyi loceng jer terus lari nak balik. Tu yang memanjang tertinggal dan hilang. Ada jugak le lepas rehat leka main-main dengan kawan tertinggal dekat kantin katenyer. kalau tertinggal mau le kene tereban dalam tong sampah le kut oleh tukang kebun sekolah.

Tahun ni konon nak beli botol air mineral yang saiz kecik satu kartun. Spare kat rumah untuk dia bawa bekal ke sekolah. Tapi itu hari pergi Tesco tak de stok  kat rak. Terpaksa la cari botol air lain. nak survey kat pasaraya lain malas. Tahun lepas tesco ada jual drinking bottle harga rm1.00 tapi tahun ni dia tak jual pulak.

Untuk Che Nah belikan dia yang kaler pink. Bottle kena beli yang siap sedia ada straw kat dalam. Budak-budak tadika ni bukan tau nak bukak penutup botol air yang biasa. silap-silap tumpah kena kat baju.

20130103_154927

Ni antara stok tipuware untuk dua beradik ni yang di topp untuk awal tahun ni. Yang tahun lepas ada lagi dalam 3 ke 4 pcs.Ntah sampai bila boleh bertahan. Yang si adik tu macam pandai jaga harta dia. Tengok elok jer dia bawa balik segala barang-barang dia hehehe.

Hannah in school

Tahun ni si Hannah dah mula sekolah tadika untuk umur lima tahun. kecik je orangnya. Cikgu sekolah dia ingat masuk kelas umur empat tahun. Ni kalau beratur kompom le dia kena duduk depan sekali hehehe.

IMG-20130104-WA0012

First Day sekolah memang moody sikit. Menitik jugak le ayor mata dia. Tapi nasib baik le tak meraung. Cuma sekejap-sekejap duk panggil mama dia yang duduk kat belakang suruh teman duduk dengan dia.

IMG-20130104-WA0014

IMG-20130104-WA0011

Balik dari sekolah dah nampak happy dah. Siap cerita macam-macam dengan bapaknya.

IMG-20130104-WA0005

Second day.

Wah! lagi bersemangat.

Masuk je kelas terus bukak beg,keluarkan pensil warna dan note pad. Hehehehe elok jer le dia berkawan dengan Si Emil tu. Tapi hari kedua masa budak-budak kena berkumpul di dewan musola. Ramai la pulak budak-budak meraung. mula-mula tu sorang jer, lepas tu dah berjangkit plak ke dua tiga budak. Udah macam histeria la pulak memasing meraung. Risau jugak Si Hannah teremosi sekali. Nasib baik dia cool. Cikgu siap suruh mak pak jangan kerumun dekat kelas nanti anak-anak lagi kuat menangisnya. Tapi ada jugak ibu bapa yang terlebih risau tak mau berganjak dari kelas. Aku tengok si Hannah dah ok terus je la aku keluar sekolah gi buat aktiviti bebas hehehe.

Waktu balik, masa dalam kereta bising mulut dia bercerita ramai kawan-kawan menangis sebab nak mama dia. Tak berhenti-henti la pulak nak bercerita sampai bergaduh dengan abang dia berebut nak bercakap hehehehe.

926601do9y3g7tff

01 January, 2013

elmo pin cushion.

kesian elmo tu jadi mangsa. Aku memang tak ade spesel pin cushion untuk cucuk jarum peniti semasa menjahit. orang lain macam-macam bentuk pin cushion derang jahit. memang penjahit sejatilah derang.


Aku!

hehehe ambik jer patung Che Nah si elmo ni jadi pin cushion. Bising jugak dia duk tanya kenapa mama guna anak patung dia buat cucuk-cucuk? aku kata senang nak jahit.


sekali tengok si elmo yang kena cucuk tu dah macam patung voodoo le pulak hehehe . so, hari ni baru nak hegeh-hegeh oter seluar sekolah Che Mat ngan baju tadika Che Nah. itu le kalau dah spesis last minit tu memang tak boleh nak tolong dah.


esok dah start seisi persekolahan untuk tahun 2013. Harap Che Nah tak menangis nak masuk tadika esok.


Published with Blogger-droid v2.0.4