25 September, 2011

Dora-emon..

meh! kita layan feveret song Hannah..antara lagu wajib seisi karaoke dia. hahaha

Doraemon No Uta

konna koto ii na
dekitara ii na
anna yume konna yume ippai aru kedo
minna minna minna
kanaete kureru
fushigina POKKE de kanaete kureru
sora wo jiyuu ni tobitai na
(hai! takekoputaa!)
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON
shukudai touban shiken ni otsukai
anna koto konna koto taihen dakedo
minna minna minna
tasukete kureru
benrina dougu de tasukete kureru
omocha no heitai da
(sore! tototsugeki!)
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON
anna toko ii na
iketara ii na
kono kuni ano shima takusan aru kedo
minna minna minna
ikasete kureru
mirai no kikai de kanaete kureru
sekai ryokou ni ikitai na
(ufufufu... doko demo DOA!)
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON
AN AN AN
tottemo daisuki
DORAEMON

 

P9240122 

Doraemon versi aku.. khas untuk birthday boy Cik Fid. Terlewat sudah!.. patutnya bagi doraemon ni minggu lepas. Tapi banyak pulak halnya. Che Mat komplen doraemon ni tak de loceng..memang pun. aku tak tau nak cari mana loceng yang sesuai untuk letak kat tengkok doraemon ni.

hahahaha harap-harap Akif Hafiy akan gembira esok bila dia dapat patung AN..AN..AN ni…

23 September, 2011

Jahat mimpi jahat…

aku bermimpi buruk...

wah! tak sangka di tengah hari jumaat aku boleh bermimpi disiang hari. waktu lunch time pulak tu. memang sangat lena la aku tidur.
Sedar2 je tangan aku dah kebas dan terjaga di saat2 mimpi aku ke kemuncaknya hahahahaha

ada banyak yang aku mimpi...
mimpi yang sangat SIOT! bos aku bole nare-nare shi dengan aku.. WTH
sempat jugak aku bermimpi bagi kerepek pisang kat seorang supporter jepun kat opis ni. siap budak2 soft berebut2 nak makan sama. what a shame. gerenti aku tak offer kerepek pisang aku kat dia!

Lagi…… aku dapat new member perempuan yang sangat sengal. tak tau apa position dia ENG or EA. Sungguh aku rasa feeling aku tersangat menyampah dengan dia.

tup..tup..tup.. mimpi aku tiba-tiba  naik keretapi dengan anak-anak ku. Aku perasankan lokasi dia macam kawasan zoo.Tapi yang pelik  lorong yang aku lalu tu jual kain baju, hand beg dan macam-macam barang.Siap dalam hati aku kata 'kedai ni tak boleh masuk beg dia harga ribu-ribu" macam aku pernah ke situ sebelum ni. huhuhu apa punye mimpi ni.

disebabkan barang dekat situ harga ribu-ribu aku pun tolak stroller anak aku keluar dari lorong tu. siap mendaki dan mengelak lopak air yang banyak menuju ke stesen api bawah bukit. sangat detail mimpi aku kali ni.  selalu lepas 5 minit terjaga aku mesti lupa punye..
ni dalam kotak fikiran aku ni 2,3 kali rewind sementara tangan menaip pada keyboard. tak bole lepaskan mimpi yang satu ni.

part yang paling best dan ngeri... apalah yang aku fikir agaknya akhir-akhir ni sampai aku mimpi terjumpa kepala budak tersangkut pada lubang dicelah bukit. serius aku terkejut. aku sangkakan mayat tapi bila aku belek2 muka dia, tak biru dan tangan dia memaut pd tanah supaya tak jatuh gaung. tambah pasti bila mata dia berkedip-kedip.

atas naluri seorang ibu cewah!!! aku terus tarik tangan budak lelaki tu..dan tak sangka aku dapat selamatkan budak lelaki tu macam scene dalam drama. besar jugak badan budak tu  may be umur lebih kurang 10 tahun.

budak tu tak boleh bercakap sebab tengkuk dia lama tersangkut di lubang tanah tu. Aku tanya siapa mak pak dia. dia tunjuk ke arah sekumpulan mak-mak tengah lepak2 dan berborak,ketawa-ketawa sambil tengok anak masing2 main di depan mata.

Sungguh la aku surprise yg aku bole berfikir dlm mimpi ...aku fikir aku kena hantar budak tu pada mak dia takut2 mak dia risau anak dia hilang atau aku takut nanti dituduh buat anak dia jatuh lubang pulak. Tapiiiiiiiiiiiii....emak dia sangat JAHAT hokayyyy!, boleh dia  kata aku nak puji-pujian sebab selamatkan anak dia..sebab aku hantar anak dia balik.....aaarrrggghhh! GERAMNYA!!!!

baru aku nak bukak mulut... aku dah terjaga. CIS! sempat pulak aku tengok jam kat dinding ofis.. la baru pukul 1.45pm.. rasa mcm dah lama aku tidur. memang tadi aku berniat nak tidur waktu lunch time tanpa baca bismillah atau doa tidur, terus je aku pejam.. punye la mengantuk kan..ntah apa-apa aku ni

serius aku takut masa mimpi jumpa kepala budak tu... buatkan aku tak sambung tidur balik.

08 September, 2011

Open house open table

Selalu raya aku memang tak buat open house. Kalau sesiapa nak datang sila-silakan lah. Tapi macam biasa kena la kita calling2  la dlu. Sekurang—kurangnye dapat le hidang makanan yang lebih sikit untuk tetamu. Tak sampai hati pulak aku nak jamu kengkawan dengan biskut raya dan air jer.

budak2 ofis ni duk tanya jugak bila nak buat open house..hehehe senyum je la aku kan.. ni korang aku bawakan khas untuk open table… sila2 rasa biskut raya tunjuk2 ku khas di bulan syawal yang mulia.

 

P9070080

rasalah..rasalah..  dah macam pakcik jual kacang putih punye tagline hehehe

05 September, 2011

Bag pack

Sebelum bulan puasa itu hari Che Mat ada pergi melawat ke KLCC Aquaria,kilang coklat Berrys dan Pusat sains negara. Aku terlupa sangat nak belikan bag pack baru untuk dia. sebab bag pack yang sedia ada tu dah nampak uzur sesangat. Tapi beg tu jugak la yang dia sayang sangat.

Last-last minit aku potong je kain buat bag pack untuk Che Mat. Jenuh pujuk dia bawa beg yang aku jahit untuk dia. Dia kata beg yang aku jahit tu macam beg perempuan. Pak Enchik pulak saja menyakat kata beg yang aku jahit tu memang untuk budak perempuan. Angin aje aku. 3 jam nak menyiapkan beg ni. Pukul 1 malam jugak la aku tido untuk menyiapkan beg pack ni.

 

P7230040

 

P7230026 

P7230031 masa ni nasib baik mood dia ok. buatnya tak nak pakai beg yg aku buat naya je.

P7230036

heppy bebudak ni dapat naik bas.

P7230038masa ni Che Mat tengah hai..hai..bye..bye.. dengan Che Nah.

Duit raya..

Dah masuk bulan syawal ni… mula la budak-budak mengira duit raya diaorang kan. Che Mat dah pandai kira mengira ni dengan duit raya adik dia pun dia kebas.  Mak pak pun kira jugakkan..bagi pihak anak yang belum pandai kira duit. Silap hari bulan kalau duit tu berkepuk-kepuk dapat mungkin ada mak pak yang gelap mata hehehe.

Duit raya bebudak dua orang ni ALhamdulillah banyak jugak la dapatnya. Malam hari nya aku akan check sampul duit raya diaorang ni. Sebabnya nak tengok sampul mana yang menarik. Sejak 6 tahun lalu memang aku simpan sampul duit raya diaorang yang mana cantik-cantik jer. Kalau yang biasa-biasa tu aku akan recycle untuk salam mengkerekot kat majelis2 kenduri kawin. Kalau ada yang jemput kenduri tu agak2 kalau terima sampul duit raya tu. Korang tau lah siapa antara penyumbangnya kan.

Pernah tak korang jadi penyimpan koleksi sampul duit raya? pernah! kalau pernah calit sikit ngan aku.

Antara sampul duit raya yang aku suka..

P9050061

P9050059 tak silap ni masjid kat kuala kangsar nih!

 

P9050062

aku kalau tengok sampul duit dari RHB ni terkenang aku pada kotak bunga api merah, kaler ngan corak dia tu macam serupa.

P9050063

P9050064

P9050071

sampul duit overseas bank ni memang sangat cantik. kertas dia jugak tebal dan nampak sangat exclusive. Selalunya Che yang akan donate kat aku ngan member-member ofis terpilih hahahahha. 

P9050065

P9050066 gambar pelita kat sampul ni terasa macam tengok kad raya zaman 90-an. sangat sentimental!

P9050067

P9050068 sampul duit raya disney Mickey and minnie ni memang sangat2 kiut.  ha…kau kartun pun pandai beraya. Tak tau la siapa yang bagi. Macam tau-tau je aku ada sepasang anak. Tapi ni bukan sampul duit raya tahun 2011.

P9050069

di bawah ni sampul duit raya keramat.. satu tahun je dapat sampul ni. lepas tu dah tak pernah dapat dah. DUlu nak dapatkan sampul duit ni punye la hazab siap ber’sign kau. Tanda dah dapat. macam barang kawalan je lagaknya. Ada satu plastic aku simpan memang buat tukun until when when.

jvc sampul