31 January, 2011

Tutorial la sangat!!!

Tahun lepas masa aku jalan2 kat I0I mall.. terpandang le aku kat kain army

ni… time tu main beli je tak pikir pun nak buat apa dengan kain tu..

tup!..tup! 2 , 3 menjak ni pak enchek order beg jerut untuk isi full face

paint ball dia.

jenuh jugak le mula2 tu pikir nak guna kain apa.. tak kan le jahit gambor

doreamon plak kan. kot klu nak pedajalkan  pak enchek bole jer heheheh

korek punye korek storage box.. jumpa jugak kain corak mat terap ni.

Tapi, bila di kenang2kan waktu memotong kain ni, rasa cam rugi plak aku

tak beli banyak hari tu.

beli semeter jer…kekonon budget sesangat le time tu..

 

untitled

hahahahahahaha…. beg jerut datang lagi!!!

permintaan pak enchek tidak berakhir di situ.

nak minta aku jahitkan bandana plak…

aku tiru je bandana che mat…

mula2 tu confident jer aku ukur kepala dia nak ambik measurement.

tapi rasa cam failed jer kan.. terus aku kopipes je la ukuran dari topi

adidos dia je.

 

P1300585

 

bandana.bmp

tutorial la sangat gambar yang kat atas tu yer!!!

cara menjahitnya tak sempat nak letak.

kena lah guna imaginasi 8 tingkat di situ.

 

disebabkan ada lebih kain.. aku jahitkan plak pensil pouch untuk che mat.

dah 2, 3 kotak pensil jahanam… nak tak nak aku suruh je dia guna ni.

ikutkan dia memang tak nak.. sebab tak ada gambo transformers kat situ.

Biasa la aku kan mak… guna kuasa veto la apa lagi!!!

 

P1310587

macam aku pun nak jugak bila dah siap mcm ni…

22 January, 2011

jalan-jalan jumaat

lunch hour kali ni kitaorang tak kuar pergi makan-makan kat sek 15..

Dah ckp ngan che fid & zizie nak pergi terjah karangkraf, nak beli buku.

mula-mula tu rasa nak beli 1 , 2 buku jer.. sekali dah rambang mata

sambar je la mana yang berkenan..

 

cross-stitch

 

hidangan-berpantang

gigih beli buku resepi berpantang… mcm ada target jer akan datang hehehe

 

 

kom-kraf-kertas

 

 

quilt

 

 

tat-&-brownies 

kalau ada sesiapa yang tinggal berdekatan dengan shah alam, boleh la beli buku terbitan alaf 21 terus dr kedai buku dlm karangkraf factory kat sec 15. Dapat diskaun 15% kira ok la kan… janji ada diskaun hehehe

21 January, 2011

ate… apa kena ko ni long..

emmm.. macam mana nak mulakan cerita yer…

nak kata sadis… mula-mula tu memang la sungguh tragis..

tapi bila lihat impact nya di cermin bilik air aku,

haruskah aku merasa kelakarnya..

kata orang malang tu tak berbau..

tapi malang aku kali ni memang berbau gas dan hangit…

 

nak kata apa yar..

kalau TTM masak tak menjadi, dia akan kata susuk dia jatuh.

kalau aku masak DAPUR MELETOP tu nak salahkan apa yer..

susuk dah hangusssss!!! lah…  huhuhuhu

 

Ingatkan aku dah mendapat kecederaan serius la semalam.

habis muka,tangan kiri kepedihan dan kemerah-merahan.

Tiba-tiba aje dapur aku meletup waktu aku sedang nak mengoreng

cekodok pisang. Bahang panas letupan kecil tu terkena di muka aku dan

sebahagian tangan kiri.

 

Mula-mula tu aku ingatkan cekodok aku yang meletop..

Terus teringat aku masa kat PUO dulu ani goreng  cucur bawang

masa nak jamu ayah kak milah. berterbangan abis cucur dia..

Tapi time tu tak de seketul pun cekodok dlm kuali. aku baru je nak

masukkan adunan dalam kuali utk gorengan kedua..

 

tu yang rasa macam pelik je.

apahal plak ni!… tetiba rasa  blank…

Tak boleh nak fikir sekejap ko.. PANIK!!! giler aku time tu…

 

aku terus berlari ke bilik air.

first nak kompem kan muka aku dah jadi apa…

penting tu..huhuhu wlupun tak selawa mana..haruslah aku tak nak ada

kecederaan yg buat muka aku lagi tak lawa kan..

sekali aku tengok cermin…………………………………………….

 

ASTAGRAFIRULLAH HAL AZIM!!!! mengucap panjang aku..

apa dah jadi da.. dengan rambut aku, bulu kening, bulu mata ,

segala-gala bulu yg ada di bahagian muka aku telah terhangussssssssss!!!

sila jgn gelakkan aku hokey!!! nak gelak kan jugak ker…

gelak la… tapi sila la gelak dlm penghayatan penuh keinsafan huhuhuhu…

 

Dalam keadaan melihat rambut aku yang telah terhangus menjadi abu

itu..sempat jugak le aku menalipon pak enchek dan che fid..

Terkejut jugak le derang bila tau dapur aku meletops!!

Tapi bila derang semua dah sampai rumah tengok condition aku..

Macam tak de perkara yg serius je berlaku setengah jam yang lalu..

bole senyum-senyum kehangitan menyambut kedatangan derang.

 

Terima kasih bebanyak kat Che fid and famili yang sudi menjenguk aku kat

rumah.. mujur lah semalam cuti dapat juga la menenangkan fikiran

sekejap… Hajat di hati semalam nak menyinggah rumah k.non nak ambik

barang.. kereta yang hantar pi servis aircond plak tak sempat siap

sebelum petang. terpaksa la tunda lagi..

 

emmm..mesti korang ada rasa nak tau apa yang menyebabkan dapur aku

meletup kan.. nak bagi tau jugak ker… rasanya tak payah revealed la kot..

Human mistaked yang pastinya..siapa yg empunya mistake tu..haaaaa..

yang itu yang kita tak tau… Tapi aku bersyukur sesangat pada ALLAH

S.W.T kerana aku tak mendapat apa2 kecederaan yang serius.. mujur

jugak la masa tu anak-anak aku tak menempel kat dapur..

Dua-dua tengah tido kat depan TV.

 

moral of the story:

…dalam tangis ada ketawa … tp dlm kes aku ni mcm ketawa jer yang

lebih rasa..rasanya lah…

nak-nak bila jari aku menyentuh kening yang dah berkurangan ukuranya di

situ  huhuhu

19 January, 2011

u-turn

buku

 

Tajuk : U-Turn Ke Jalan Lurus
Pengarang : Zul Ramli M. Razali (slot tazkirah Durul hikmah IKIM.fm)
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
ISBN : 978-983-097-214-5
Mukasurat : 232 Halaman

Mencungkil rahsia di sebalik kitab himpunan Hadis Qudsi karangan Imam al-Ghazali, al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah. Buku ini menterjemahkan mutiara peninggalan Rasul itu dengan yang menarik untuk dijadikan wake-up call menggabungkan unsur psikologi dan budaya beragama dalam bentuk penceritaan, nukilan dan kisah serta peringatan kepada mereka yang kadang-kala alpa tentang agama. Kealpaan yang mengheret kita ke jalan yang 'mungkin' lurus tetapi sebenarnya tidak betul!

info: http://www.kedai-buku.com/kedai-buku/details/1250/169/motivasi/islamik/gisb-u-turn-ke-jalan-lurus.html

 

Alhamdulilah dapat jugak khatam buku pertama utk thn ni..

memang kisah-kisah yang dimuatkan dalam buku motivasi ni

memberikan satu semangat baru untuk aku u-turn ke jalan yang benar.

InsyALLAH. Amin!

18 January, 2011

internet shopping

trend sekarang ni nak shopping sangat lah mudah..

semuanya dihujung jari anda..

ada duit semua benda bole beli.

orang yang berniaga di alam maya pun bersepah-sepah.

terutama dalam fesbuk….

kemain diaorang tang meng`TAG` mak enchek nih.

Aku gasak kan aje..korang nak tag apa pun aku tak kisah.

pasal fesbuk tu bukan aku yang punya.

 

CUMA, kalau nak berniaga tu biarlah jujur, amanah dan mementingkan

kepuasan pelanggan.

TUJUAN nak berniaga memang la nak memenuhi permintaan pelanggan.

kalau jual barang yang orang tak nak, macam mana nak berniaga kan…

 

bercakap pasal KEPUASAN PELANGGAN..

ni nak story la satu kes…

bukan kes orang lain pun..kes mak enchek jugak!

mak enchek pun tak terkecuali le jugak terjebak dengan shopping -

menyoping kat internet ni… maklum la bila tengok gambor semuanya

lawa-lawa belaka. Sesekali nak juga memanjakan diri beli satu dua barang.

Ala!!..bukan duit pak enchek pun kan… apa ada kisah.. 

Tak pernah mak enchek pinjam atau minta duit pak enchek semata-mata

untuk kepentingan diri sendiri apatah lagi nak berfoya-foya seorang diri.

Tapi kalau pak enchek hulur, mak enchek terima jer dengan hati yang

terbuka… dalam hati (bang kenapa ko tetiba je nih bagi kat aku rm….

ada buat salah yea)

Maka, berjalan le urus niaga di alam maya al-kisahnya..

Bila dah dapat barang, mak enchek pun belek-belek ler kualiti nyer..

sekali ‘ALAMAK’ apa daa benda ni…

 

PC200500

nampak tak? apa ada di situ..

huhuhuhu…sadis ko..

bila mak enchek repot kat tuan yang jual tu hujung dec lepas.

HARAM..sampai sekarang tak ada respon..

TAK DE minta maaf ker.. apa-apa diskaun ker.. menyepi seribu bahasa.

Sebab terlalu suka kan beg tu..

mak enchek pun retas la bahagian terjulur tu..oter le guna mesin jahit

mak enchek yang dana nya separuh di taja oleh pak enchek.

Halal kan yer bang oiii!!!

 

maka, di sini suka le mak enchek nak kabo kan kat peniaga-peniaga

seantero maya.. komen pelanggan tu jangan le kome buat dek jer..

kalau nak kekal berniaga harap beri la respon baik-baik. InsyALLAH

pelanggan akan memahami dan berpuas hati. Rezeki berniaga korang pun

lebih berkat hendak nya AMIN!

 

Shooping internet ni memang mudah tak payah berpanas, berparking,

berebut bagai di pasaraya kan. Tapi mudah jugak le terkena nye huhuhu

sang buaya

kalau itu hari aku dapat hadiahkan..

Tapi, kali ini giliran aku pula bagi hadiah kat orang.

untuk officemate yang resign last week.

 

P1070563

riben, pembalut, kotak hadiah semua prepared kat opis jer.

 

P1060560

ni lah isi dalam kotak tur…SANG BUAYA..bukan dari keturunanan BUJANG SENANG!  yea :)

08 January, 2011

tweet..

hari ni aku telah dikerahkan untuk meng'tweet' 2 minah TC..
hahahahaha
dan aku terjebak!

05 January, 2011

Bunga

Perempuan dengan bunga aku rasa, klu tak saling berkaitan memang tak sah.  Mana-mana rumah mesti ada tanam bunga, kalau tak ada bunga hidup, bunga plastik pun jadi. Tak berseri rumah kalau tak ada hiasan bunga. Bagi pendapat aku ler.. klu ada rumah yang tak di hias bunga pun masih menarik juga.. cuma kalau ada bunga tu lagi bertambah-tambah lar seri nya.

Rumah aku takat bunga plastik tu ada lar. Nak tanam yang betui-betui memang tak menjadi, tangan tak rasi dengan tumbuh-tumbuhan ni. Semedang je mati kalau aku yang jaga..klu dah jaga mcm tak berjaga tanam pokok apa pun bole mati kan..

balik kampung tahun lepas dapat jugak le mengabadikan bunga-bunga kenangan yang ada di halaman rumah. Pagi-pagi menghirup udara segar di kaki gunung cewahh! rasa cam muda 10 tahun plak kuang..kuang..kuang…

kenal tak bunga ni?

PC250504

bunga jarum nama nya.. agak2 kalau tak de jarum nak menjahit tu  jangan le pulak memandai-mandai  ambik bunga ni ganti jarum jahit.. tapi bila di telek bunga ni tang mana yang kata macam jarum tur…

bunga ni kalau ada yang tak kenal memang saje je la. sila nyah dari bumi malaya ni huahuahua…

PC250506 

hibiscus namanya, cakap omputih plak yer..

yang ni bunga apa pulak?

PC250508 

serius aku tak pasti bunga seri pagi kot ke bunga pukul sepuluh.. 

ampun!!!

 PC250517

 

ni spesis pokok pakis kan…

PC250509 

yang ni aku tau.. bunga kertas!! senang je nih!

 

PC250513

 

di haapan gunung di kiri gunung di belakang pun gunung duduk pun di gunung memang orang gunung betui la aku nih!…

PC250515

tengok gambar ni rindu kat kampung gunung ku huhuhuhu

smart tag

 

Tahun 2011 ni persatuan penduduk kat rumah aku dah mula suruh guna access card untuk masuk ke kawasan rumah.. aku pun saja je la jahitkan tag ni hias kat access card yang plain sesangat tur..

P1050557

time ni ada lar rasa macam nak buat cover dia sekali tapi….. bila dah malas mcm ni jer la hasil nya..

Hadiah…

hadiah kalau ada orang bagi dah tentu buat hati gumbira..tak kira la kecik ke besar ker, murah atau mahal. Asal nama je hadiah memang kembang je hati menerimanya..

Itu hari aku ada buatkan beg untuk kak mazni masa last day dia.. alih-alih dia plak bagi aku small gift kat bawah ni.. sempena last day dia selama berpuluh tahun berkhidmat di kompeni ni.. tentu dia rasa sedih meninggalkan tempat kerja yang banyak memberi kenangan.

PC220502

PC220503

minggu ni seorang lagi officemate aku akan last day..terharu bila tiba-tiba dia bagi hadiah kat aku. huhuhu dia ni pun hampir 7 tahun berkhidmat di kompeni ni juga. Aku selalu le perli-perli dia sebab memang susah dia nak belanja orang. Tapi hari ni rasa macam tak percaya pulak bila dia bagi sesuatu yang memang aku dah lama nak beli tapi selalu je pending…

 

P1050551

P1050553

patut la Yong tanya aku tau ke tak jahit manik…  bagi aku buku sulaman manik dan labuci rupanya.. apa-apa pun terima kasih banyak-banyak. Berguna buku ni untuk aku walaupun setahun sekali jahit manik huhuhu