15 January, 2013

korean style: carrot salad.

senang jer nak buat salad ni tak banyak songeh.sedap jer kut bagi pemakan sayur tegar. Semua salad pun sedap yer tak.
kalau tengok dari segi salad dressing dia dah macam ala-ala thai dah.

ni salah satu resipi dalam buku masakan ori korea yang aku beli weekend itu ari. Lepas ni teringin nak buat kimchi plak dari bunga kobis. ntah bila pulak tu nak dibuatnyer.

kalau nak banyak lagi idea masakan dari korea boleh pergi kat sini. boleh le jamu mata. cuma spesis diaorang ni suke benor makan daging *tut* tur.

meh kite tengok bahan-bahan untuk buat carrot salad ni a.k.a ulam lobak hehehe

Salad Lobak (carrot salad)
----------------------------
Bahan-bahan
- 1 biji lobak merah
- 1 biji bawang putih
- 1 sudu besar gula (ikut citarasa)
- 2 sudu besar cuka makan (ikut citarasa)
- sedikit bijan
- 1 sudu kecil cili flakes

20130114_232507

Cara-cara
- parutkan/hiriskan lobak merah. pastikan dah dibasuh lobak tu dan dibuang kulit.
- dalam bekas lain satukan gula, cuka cili flakes, bawang putih yang ditumbuk lumat.
- gaulkan bahan di atas dengan lobak yang telah di parut.
- hiaskan dengan sedikit bijan. atau nak gaulkan sekali dengan bijan tu pun boleh.

20130114_200228
ringkas jer kan. sesuai untuk yang berdiet hehehe

No comments: