28 November, 2012

Mesej untuk ayah…

tunggu punya tunggu.. tak balik-balik lagi kan. sekali keluar pulak mesej kat bawah ni hahahaha

PIC_0002

Al-kisahnya aku terjumpa mesej ni kat meja komputer ayahnya.
Selalu kitaorang akan caj henfon dan segala mala alat elektronik kat situ. Situ je pun tersadai adapter dan extension hehehe.

Rupanya dia suruh bapaknya cas bateri kereta control dia tu. Tak tau le kut bapaknya ada baca ke tak mesej tu.
hahahha nampak sweet jer bila anak lelaki minta tolong guna pen dan kertas. Ni kes bapak lambat balik dari main badminton ler ni.

Aku memang le malas bab caj-mengecas ni. Henpon aku sendiri pun Pak enchik yang tolong caskan. Dari zaman single lagi memang malas nak cas henfon. selalu le kena marah ngan pak we pak enchik. bila kol memanjang tak berangkat hahahah.

Ejaan Cik mat tolon tu tertinggal huruf 'g' hahaha.

23 November, 2012

Persiapan kembali ke sekolah

Sekarang masih lagi cuti persekolahan penggal akhir. Bulan 11 dan bulan 12 ni mak pak tengah sibuklah mencari duit lebih untuk membeli keperluan sekolah. Kalau ada kompeni yang ada bagi bonus hujung tahun lega sikitlah bebanan mak pak kan.Tak pun ada yang dah bersedia lebih awal main kutu minta turn hujung tahun.Yang dah simpan sedikit-sedikt dari awal tahun pun mesti ada.Kalau yang bergaji besar tu tolak tepi le. Anytime deme mampukan.

Barang-barang keperluan sekolah ni memang tidak dinafikan banyak belanjanya kalau keluarga yang mempunyai anak yang ramai. Atau tengok jugak standard sesebuah sekolah . Kalau private sekolah sedia maklumlah bajet belanjawaannya. Tapi sebagai Ibu bapa tentu bukan semua barang keperluan sekolah yang perlu ditukar setiap kali nak mulakan seisi baru persekolahan. Lainlah kalau anak yang pertama kali masuk persekolahan memang semua nak kena beli. Tapi bila masuk tahun 2 dah boleh recycle mana yang masih elok.

  • antara TIPS MEMBELI BARANGAN PERSEKOLAHAN.
    Stationary kalau boleh beli dalam kuantiti besar (bulk) harga lebih murah. Kita sedia maklum budak sekolah ni memang rajin alat tulis dia hilang.
    ** selalu saya beli ikut term. 1 term 6 bulan jd ada 2 term la.Tak ada la rasa terbeban sangat nak keluar belanja.
  • Beli hujung tahun sebab banyak promosi. Bila dah pertengahan tahun susah nak cari uniform yang murah2.So untuk yg 2nd term beli size besar sikit. Takut cepat no anak2 membesar
  • Beli awal takut tak ada size atau stok.
  • Baju sekolah Agama kalau darjah satu beli le lebih dari 2 pasang kalau mampu sebab gerenti hari-hari kena tukar sebab kotor. kalau yang anak lelaki lagilah kuat main. kalau rajin memberus tiap-tiap malam takpe.

PERSIAPAN UNTUK KE TADIKA.
selalunya beli jer barang dari tadika berkenaan. Kalau nak beli pun stationary dan beg galas dia jer.

PERSIAPAN KE SEKOLAH RENDAH/AGAMA
kat bawah ni ada aku sediakan list untuk beli barang-barang kembali ke sekolah. Selalu buku tak ada masalah beli jer kat koop.List ni pun tak complete. Ikut sekolah jugak la kekadang ada byk item tambahan. Tapi basicnya mostly ada dlm list ni. Kalau nak guna atau print, save pun guna ler buat panduan korang. Sharing is caring kan.

Antara yang aku boleh listkan untuk keperluan ke sekolah..padahal anak sorang saja yang baru sekolah hehehe

btskol
asrama

22 November, 2012

Boikot.

Sekarang tengah panas dengan isu boikot memboikot nih..lantaran kekejaman zionis terhadap penduduk palastine.

Bagi pendapat 2 cent saya ni lah. Selagi boleh, kita elakkan beli barangan dari susur galur zionis ni. Sekarang tak dinafikan memang banyak subsitute barangan makanan terutamanya dijual dinegara kita. Barangan keluaran IKS bumiputra muslim yang berstatus halal dan bersih telah banyak tersedia. Yang menjadi masalahnya rakyat malaysia sendiri yang memilih untuk membeli barangan berjenama dan popular made in israel. may be mereka membeli secara sedar atau tidak, kerana terpengaruh dengan jenama yang nampak gah walau pun harganya sangatlah merabakkan poket.Semuanya hanya kerana hendakkan life style yang kononnya nampak class.

Memang tidak dinafikan kekadang sukar nak elak membeli barangan dari store2 kepunyaan zionis.Antara sebabnya, mereka lebih dulu menguasai pengeluaran barangan atau perkhidmatan yang menjadi keperluan pengguna.Penguasan perniagaan dari rakyat zionis sangat luas merangkumi barangan makanan, pakaian dan perkhidmatan serta technology. Mereka lebih dahulu melaksanakan misi penguasan ekonomi dunia malah menguasai negara America sehingga segala tindak tanduk mereka tidak ada sesiapa pun boleh menghalangnya. Dengan itu menyebabkan pergantungan consumer terhadap barangan mereka sangat tinggi.Tindakan mereka sangat bijak,dan ini adalah untuk mereka sentiasa dapat menjamin pendapatan negara mereka di seluruh dunia.

Selama ini mungkin kita sangat bergantung kepada kebanyakan produk-produk mereka. Jadi apakah kita sedar peranan kita sebagai seorang muslim atau warganegara yang cintakan keamanan. Kepada taikun-taikun besar muslim ini adalah peluang untuk mereka mengeluarkan produk muslim yang boleh berdaya saing dengan produk zionis. Buat promosi dan luaskan kawasan pemasaran supaya dapat mengurangkan pengawalan pasaran sepenuhnya dari syarikat2 zionis.

Dan kita sebagai pengguna akhir juga perlu menjalankan tanggungjawab kita kepada mereka. Kita buat sebaik yang mungkin dalam cubaan melumpuhkan ekonomi zionis. Ihtikad kita kena kuat dan berterusan dalam mempastikan nasib rakyat Palestine  malah nasib penganut islam seluruh dunia terbela.

Dan yang paling penting adalah orang Islam itu sendiri. Sejauh mana kita bersatu hati sesama saudara seagama. Terlalu banyak yang mengamalkan konsep keakuan dari kesatuan ummah. Cuba tanya pada diri kita sendiri apakah perasaan  bila melihat wajah sesama kita.Adakah dengan pandangan kasih sayang atau dengan perasaan iri hati dan benci. Sakit hati dengan kesenangan saudara yang lebih bernasib baik. Kalau ada perasan sedemikian kita masih belum lagi dapat sepenuhnya melawan musuh kerana musuh utama iaitu diri kita sendiri pun tidak dapat kita tewaskan.

Pernahkah anda sedekahkan senyuman atau memberi salam kepada saudara seagama bila berselisih atau bertentang mata walaupun mereka itu anda tidak pernah kenal.Sejauh manakah kuatnya ikatan ukhwah antara kita. Bukan kata anda saya sendiri pun tidak mempunyai hati dan kasih sayang yang kuat dalam perkara ini. Apakah perasaan kita di waktu itu, sombong, nak jaga status, malu atau pun memang tak tahu nak bagi reaksi apa-apa. Mesti ada jawapan dalam diri kita.

Saya juga sedang belajar untuk memupuk hati  supaya jangan menjadi bakhil sesama saudara. Saya tidak mahu hati saya menjadi hitam dan busuk.

Apa pun Kita akan sentiasa panjatkan doa dan memberi pertolongan yang terbaik untuk kebaikan saudara kita di sana.

Wassalam

19 November, 2012

Babalang..

 

Mula-mula tu aku pun jenuh nak faham apa itu babalang.. Tapi bila budak-budak ni tunjuk menatang tu baru la aku tau rupa-rupanya belalang.Ingatkan balang kuih ker. Punya le terbelit nak menyebut perkataan belalang. Yang Che Mat tu la yang mulakan dulu sebut belalang tu babalang, sampai adik dia pun sama terikut hehehe.

Sekarang ni Che Mat dah boleh dah tak tersalah sebut belalang tu, ni adik dia jer yang asyik tersebut babalang.Ntah sejak bila hobi derang ni menangkap belalang pun tak tau lah. Tapi boleh pulak tu derang tangkap belalang yang kecik.Skill jugak le derang ni kan. Ada hati tu  nak bela belalang kat rumah. Aku opkos le pangkah awal-awal. Apa barang nak bela belalang nih,iskh!! tak kuasa aku.

Atuk dia siap buatkan lubang pada penutup tipuware kecik untuk derang masukkan belalang. konon tak nak bagi mati..adoi..tu yang buat asyik tanya bila nak balik kampung opah. Tau dah nak tangkap belalang le tu.pupus pulak karang belalang kat besout hahaha siap mentadak mentadu pun derang nak tangkap. Tapi mentadak tu kaki dan sesungut dia kan macam panjang dan tajam.tangan dia kena cucuk masa nak cuba tangkap. Kalau tak dah selamat dah kena tangkap le tu.

Aku suruh jer derang buang balik babalang yang derang tangkap tu. Aku kata tak baik tangkap binatang tu nanti mak dia sedih tak dapat jumpa anak dia. kalau tak cakap macam ni nanti sampai ke sudah tak dilepaskan. Kalau guna alasan ni baru dia rasa bersalah sebab macam dia jugak tak boleh nak berenggang dengan mama dia. Pastu sibuk tanya pulak mana babah dia kakak dia lah abang dia lah hahahah. abis semua adik beradik belalang tu dia tanya pergi mana.

Tapi bila tengokkan gambar derang ni teringat masa aku kecik-kecik dulu.

PicsArt_1353108762163

Kebetulan atau ...

 

Ni memang satu kes aneh..Pagi-pagi lagi aku diselubungi misteri hehehe
Bukan nak bersangka buruk tapi kejadian ni macam tak logik pun ada.

Masa aku sampai ofis aku bukak le beg galas aku. tiba-tiba aku terkejut macam ada benda hitam merayap kat tangan aku. Tapi neuron otak aku ni kenal sangatlah benda hitam tu. Serta merta otak aku ni kata macam lipas. Terkejut monkey aku siap terjerit kat ofis. Nasib baik aku datang awal tak ramai orang yang datang lagi. So tak le orang lain terkejut sama. Aku siap sepak lipas tu terbang ke group software hehehehe punya la tindakan refleks geli tu bertindak. Tak agak-agak. kalau beg tu terpaksa aku sepak pun aku akan buat biar sama-sama terpelanting dengan cik lipas tu.Ada sorang budak ofis ni yang datang awal ingatkan ada tikus.

Maklumlah minggu lepas masa buat 5S kat bawah meja aku ni. (see betapa semaknya ofis ku hahahah) Abis keropok ikan dia gigit-gigit dan berterabur keropok serta shit dia. Terasa insaf sekejap sebab terbela haiwan perosak di ofis. Aku terpaksa bersihkan hati-hati, yer la takut jugak terkena jangkitan kencing dia tu kan.

Tapi yang menjadi persoalan kepada misteri aku ni.. Macam mana cik lipas ni boleh masuk dalam beg aku tu. Malam tadi memang beg galas aku tu terbuka. Nak kata dia masuk waktu malam tadi or pagi tadi. aku siap korek-korek isi dalam beg tu tak pulak cik lipas tu nak bergegas keluar. Beg galas aku tu tak ler besar mana pun.

Aku ada beli bihun dan kuih muih sikit dan masukkan dalam beg galas tu masa kat dalam kereta. Tapi bila aku keluarkan dari beg tak nampak pun kelibat dia. Bila aku nak cari kunci drawer masa tu terpacul dia dari dalam beg.

so, sekarang aku dah berbelah bagi nak makan kiuh-muih dan bihun yang aku beli tu sama ada dah tercemar ker tak dengan perbuatan cik lipas. Tak baik pulak bila otak aku ni fikir ‘mungkinkah ada sesuatu dengan makanan itu’. Adakah petanda nak bagi tau kat aku supaya jangan makan makanan yang aku beli tu. Sebab sebelum ni bila aku beli nasi lemak kat tempat yang sama aku beli sarapan pagi tadi mesti akan ada sesuatu dalam makanan tu. Ker aku yang terlebih imagine atau terlebih prasangka.

Apa-apa pun cik lipas tu memang membuat aku diselubungi persoalan yang tak terjawab. moralnya..aku benci cik lipas dan jangan lupa zip beg galas di mana saja dan pada bila-bila masa saja. Kalau yang masuk tu cik cicak lagi le haru aku eeeeeee...geli mak.

Anak mama dah 7 tahun.


Sabtu lepas kami celebrated birthday Che Mat yang ke 7 tahun.

IMG-20121118-WA0005

macam biasa budak-budak ni kalau birthday memang nak kena beli kek hehehe. Bila acara tiup lilin tu Che nah yang lebih-lebih dari abg dia. Dia memang suka betui dapat kek birthday walaupun birthday dia bulan lepas.

IMG-20121118-WA0006

Pak Enchik duk belikan kereta control kat Che Mat. Tapi tepaksa beli dua sebab nanti Che Nah pun nak jugak. Tu baru 2 orang anak. kalau ada ramai jenuh nak layan hehehe.

Masa malam tu aku ada stand by hadiah untuk Che Mat tapi kena prepared jugak hadiah birthday Che Nah. Dia lepas makan kek tak sabo-sabo nak bukak hadiah. Sampai Hadiah abang dia pun duk sibuk suruh Che Mat bukak. Che Mat nyer tengah duk makan nasi lepas makan kek. berkali-kali dia kata bila nak bukak hadiah,siap minta kat Che Mat untuk bukakkan hadiah tu. Sanggup tunggu sebelah Che Mat yang tengah makan. Nak kecek hadiah abang dia la tu. lol.

Kepada Afiq dan juga  Hannah mama sayangkan anak mama dan sentiasa berdoa moga berjaya di dunia dan di akhirat serta sentiasa mendapat rahmat dariNYA. Amin!

16 November, 2012

Solid copper la pulak…

kenapa aku tiba-tiba berminat nak tau lebih pasal copper ni kan.

imagesCAXWULNP

macam ni ceritanya.

masa tahun 2000 atau dikenali dengan nama Y2K. aku ada beli jam tangan separa chrome macam gambar kat atas tapi lapisan dalam dia leather. jam tu memang sangat masyuk ngan aku tapi sayang dah hilang tak tahu pergi mana.Biasa la aku kalau jam tangan ni tak pernah nyer kekal lama memanjang hilang je kerja nye tak pun tukar sebab bateri dah padam malas nak tukar bateri jam so beli yang baru. pakai jam murah boleh le pakai buang kekdahnya hehehe kalau tukar bateri pun kekadang jam tu jadi gelong murahnye pasei huhuhu.

So, sampai sekarang aku tercari-cari kut ada lagi ker keluar jam tanggan pattern macam ni. Sebab dia jenis cuff senang nak dipakai. Dalam pada tu aku jugak selalu usha chrome cuff-bracelet atau seumpama dengannya macam gambar kat bawah ni.

imagesCAWKA0UG

Tapi,masa aku gi jalan2 kat AEON aku tersinggah la kat satu stall jual jewelry.Biasa la orang pompuan pantang nampak bracelet etc.mengelejat gitu. Tetiba terpandangkan satu bracelet ni sangat menggugat isi purse aku.

imagesCAYK7BLD

Aku sebenarnya nak cari bracelet krome tapi terjumpa solid copper bracelet pulak la..la..la..Bentuk dia macam gambar kat atas cuma corak dia jer tak sama. Bila tanya harga memang la mampu milik tapi disebabkan aku dah spend lebihan duit bulan ni pada surprised birthday gift pada 3 beranak tu aku terpaksa melepaskan tawaran hebat dari amoi tu. Pada masa yang sama takut pulak nak beli sebab selalu kat ofis aku guna copper plate untuk counter measure dalam set hahaha

Amoi tu beriya la duk explain pasal solid copper braceletnye kebaikan. bla..bla..dan bla.. tu yang aku duk gugel apa itu solid copper.

selama ini aku hanya tau penggunaan copper ni untuk counter measure internal temperature dalam set etc.Contoh Heat sink yang diperbuat dari copper untuk absorb a high amount of heat. Sesiapa yang bekerja sangkut paut dengan reliabitity checking untuk electrical/electronic atau home appliance tau la penggunaan copper ni.Ada banyak lagi kegunaan copper sebenarnya.

so, apa kebaikannya sebagai barang perhiasan tak kira lelaki ke perempuan.antaranya:improving the skin or alleviating the pain of arthritis.
tapi kesan penggunaan copper jewelry ni tak dapat ler dibuktikan secara saintifik cuma dipercayai ramai boleh memberikan kebaikan dalam kesihatan badan. Sama la kebaikan dengan penggunaan gelang magnet yang selalu orang duk pakai tu.
nak tau lebih-lebih kome gugel je le. malas nak tempek banyak-banyak info kat sini berkajang2 pulak entry ni nanti hehehe.

Apa-apa pun copper jewelry ni memang sangat memikat pandangan mata. Walaupun cantik aku tak berapa berani nak beli sebab copper bracelet ni boleh mengeluarkan green stain yang menyebabkan skin Irritation pada pemakai yang mempunyai kulit sensitif. Nak lebih info boleh gugel atau baca di sini  atau yang ini.

orang kata ‘beauty is pain’ nak cantik kekadang tu memang akan melalui kesakitan. Tapi memang pun akan sakit. SAKIT poket sebab nak dapatkan benda tu semua kena keluarkan duit poket wakakaka..

apa yang aku merepek ni. wat ever ler tak dapat semua tu sekurang-kurangnya dapat jam tangan SNAP/SLAP ON SILICONE WATCH ni pun jadi ler buat galang gantinya. Tengah banyak ni di pasaran.

imagesCALN34OO

Salam MAAL HIJRAH 1434.

Dan bermulalah catitan buku amalan aku buat tahun 1434H. Apakah banyak pen merah dari pen biru dalam buku amalan aku tahun lalu. Hanya ALLAH S.W.T saja yang tahu. Tapi bagi diri aku, aku sedar pen merah tu tentu lagi banyak dari pen bertinta biru. Kesedaran itu sentiasa ada tapi seringkali bisikan jahat itu datang untuk melemahkan semangat untuk meningkatkan amalan kepadaNYA.

Moga Allah sentiasa memberi rahmat kepada ku sekeluarga. Dan sentiasa diberi kekuatan untuk sentiasa beramal dan mengingatiNYA pada setiap saat dan nafas.

Dan semoga ALLAH S.W.T akan melindungi semua saudara-saudara seagama ku yang berada disetiap pelusuk bumi dari kejahatan makhluk-makhluknya dimuka bumi ini. Amin!

imagesCA9V300C

kerang

Tadaaaa!!!

29798_4489246281217_1995789879_n

Jadi la jugak akhirnya kerang masak tahun aku ni yek.
sedap makan sampai tak sedar seperiuk nasi boleh habis hehehehe.
angkat bakul isi sendiri la pulak. Bukan macam tu tapi resepi ni memang mabeles. Ngape la aku tak tahu resepi ni dari dulu. kalau tidak tak de lar aku nak anti sangat ngan kerang hehehe

nak resepi sila gi rujuk kat entry ni.
Ada member kata lagi sedap kalau masak dengan kulit lembu. lalalala... kulit lembu. adoi! tak lepas kut tekak aku nak menelan huhuhu.
Cuma yang aku buat ni versi kurang pedas. Takut pak enchik mengulang ke jamban jer kerjanya nanti.

cuba jangan tak cuba!!!

05 November, 2012

benjol sudah!

Adoi! naik bengong jap kepala aku.
pagi tadi tak la pagi sangat singgah sekejap kat inhouse klinik check tekanan darah. nampaknya turun sikit jer 10 jer dar 150/100 ke 140/100 huhuhu doktor kata stress ker pasal kerja. sebab a few month ago tak de lah tinggi cam ni hahahah.

selain darah yang tinggi ni kepala aku pun berdenyut gak ni ngan benjolnya. Bekas kena timpa frame lukisan kat rumah aku tu. Adoi! nasib baik frame kayu and canvas jer kalau frame kaca berderai plak segala huhuhu.Tengah sedap duduk layan tv tup..tup.. berdegang  jatuh ke kepala aku ko..

Sakit giler weh!. mujur aku yang kena kalau kena kat kepala Che mat lagi parah nak rawat. Ni Pak enchik ngan Che Nah la malam-malam galak nak main bola ntah apa-apa kat dalam rumah. Sudahnya aku yang jadi mangsa.

Aku dengar je Che Mat suh Che nah minta maaf kat aku sebab buat frame jatuh. Tapi aku tak le sembur derang tu. Bapaknya pandai je suh anak tu minta maaf dengan aku padehal dia pun sama main malam tadi tak sedor.

Bila aku dah ok sikit aku panggil Che Nah datang kat aku. nampak dia terintai-intai kat pintu bilik nak jumpa aku hahahaa. Sekali panggil meraung dia sedih. Terus cakap dia mintak maaf. Sampai terngigau-ngigau la minta maaf.

So tadi gugel jap cara nak redakan benjol ni. Ada kata guna asam jawa tepek kat tempat benjol. tak kan nak tepek kat kepala nak pergi kerja pulakkan.kang ada yang terbau asam jer kat opis hehehe

Sudahnya aku biarkan jer benjol tu. Perlu xray ker kepala aku ni ha..sebab sakit sangat ni..terlebih sudah

04 November, 2012

addicted to #kdrama.

Sejak bila aku layan kdrama nih? 10 years ago kut. Yang aku tahu aku bukan terjebak dengan kdrama kerana drama Boys over flowers. Zaman aku tu paling fofular citer Winter sonata dan Autumn in my hearts. Ada lagi my love patzzy. Siap beli kaset soundtrack lagi. Dulu tak macam sekarang download jer lagu-lagu tu siap boleh buat ringtone lagi.

Disebabkan winter sonata nye penangan Hazami nyanyi pulak  theme song versi bahasa sonata musim salju. Sampai ada sorang tu kata aku peminat Hazami. Teman i know u little bit jeles di situ hahahaa. Whatever lah tapi itu kenangan terindah…wink*

Kdrama ni apa yang buat aku tertengok ialah jalan cerita, pelakon dan cinematic techniques  dia yang cantik. Kenapalah Mdrama tak macam tu ekk. ooo..may be sebab kes stesen tv bayar murah. That why le mutu drama ala-ala jer kan.

Mostly cerita kdrama ni banyak diselitkan isu kekeluargaan. Reality show dia pulak memang kelakar habis ler. Paling syok layan running man, 2 days 1 night, Strong hearts, star king tak lupa juga invincible youth dan yang paling tak boleh blah to program counselor. berani betul dia orang hantar masalah lepas tu orang yang terlibat tu pun datang sama dalam rancangan tu. kalau aku memang malu giler. Ada satu story tu seorang isteri datang minta host nasihatkan si suami suruh berubah. suami dia suka dress up macam ala-ala kpop idol tak kira masa dan tempat. Sampai bini nak bersalin pun sempat dress macam nak buat concert. Tapi si suami tetap tak nak ubah stail dia buat si isteri betul-betul bengang hahaha kalau pak enchik cam gitu awal-awal lagi dah rejek ekekeke.

Penyanyi dan pelakon korea ni memang meletup le lawanya. Tapi aku nak kagum pun tak sampai hati pulak. Mostly ni derang buat plastik surgery memang takkan tahu yang mana betul2 cantik asli. Tur yang buat tak minat sangat dengan kekacakkan dan kecantikan pelakon derang tu. Tapi kalau menyanyi best dan berlakon mantap baru ler ada hati nak minat hehehe.

Group k-band yang best rasanya big bang, ft island, shinee tu pun sebab ada choi minho dan SS501 yang ada kim hyun joong. Yang kpop female tak dinafikan memang cantik-cantik belaka tapi banyak group yang terlalu feminin atau bak kata orang kita control cun gitu. Tapi kalau female band japan memang ganaz hahahah boleh main instrument bagai macam scandal band etc.

sekarang tengah layan pulak #kdrama innocent man, ohlalala couple, rooftop prince hehehe dan tengah tunggu member pak encik bagi sambungan cerita My husband got a family. drama ni hits kat korea. Tapi masa tu (nov 12) tak sempat follow. Suka dengan kim nam joo wife kepada Kim Seung-Woo (talk show win win).

korang belum terjebak ke dah terjebak ngan #kdrama hehehe?

02 November, 2012

medical check up perlu utk surirumah…

errm! dari mana nak mula yek..
kalau kita pergi jalan-jalan tak kira la di pasaraya ke nak pergi bank ker. Ada saje la agen-agen insuran datang nak suruh kita dengar polisi dia dan berharap kita akan beli polisi tu dengan dia.

Insuran tu memang ler baguskan untuk back up kalau ada apa-apa emergency. Tetapi bukan semua orang mampu untuk membeli polisi. Kalau anak tidak ramai dan mak bapak berkemampuan serta bergaji besar memang mereka akan mampu. Kalau macam keadaan aku yang serba sederhana. Memang tak mampu la nak beli polisi banyak-banyak. mana lagi nak menabungkan. Lupakan bab gaji dan insurans yang mana boleh buat orang stress hehehe

Bagi yang keluarga kelas rendah macam aku ni. Perkara yang paling penting sekali ialah faktor kesihatan. kalau tak sihat susahlah nak kais pagi makan tengahari dan kais petang makan malam.

Maka kesihatan amat berharga bagi lower class macam aku ni. Selagi sihat Maka InsyALLAH akan dapat menunaikan kewajipan dan tanggungjawab pada keluarga, pekerjaan dan yang utama pada ALLAH S.W.T.

perkara utama.
kalaulah didapati kita ada masalah kesihatan dan company tak de budget untuk cover masalah kesihatan kita.Apa kita nak buat.
1-terpaksalah kita pergi klinik kerajaan buat medical check up sendiri. Atau kumpul duit dari awal tahun contoh rm10/month pastu bila cukup amount , dan waktu pergi la kita buat check up kat klinik yang kononnya kita kata ada banyak star..utk kepuasan diri sendiri.

mencegah itu lebih baik dari merawat.

macam aku ni tetiba hi blood pressure dan kolestrol tinggi. Terpaksalah kena rombak balik menu diet harian aku sefamili huhuhu sihat itu amat penting.