20 July, 2009

ate.. apa ke hey nye yong

emmm.. aku tak tau le apa yg tak kena ngan aku ni. Asal ada henpon je semedang nye rosak. ni  hp aku udah mati lagi. pas ni ntah bile plak le nak membeli nye.

tgh2 check email mailbox teringin lak nak membaca sekali lagi email yg Meon bagi. Email SURAT UNTUK AKHIL HAYY dlm loghat perak.

Adoi!!! x tahan mike membaca nye. lama sungguh mike x berbahasa kampung mike ni. Ni klu jupe deme2 ni nak-nak klu berjupe aini kecik mau pecah perut bercerite.

19 July, 2009

apa da…

aaarghhh!! mengantuknyer. hajat aku nak mengupdate kan gambar kat FB masa gath petang td.  tapi mata pelak berat sgt , bila tgk jam dah pkl 12 tgh malam ptt la layu je mata. anak2 n hubby masing2 tido bergelimpangan kat depan tv.

Pinggan di dapur byk plak x berbasuh bahana ptg td nyer mkn2. kain baju plak melonggok di sofa belum berlipat. Pelik jugak aku rasa semlm mcm dah settle sumer dah. Bila nak start keje balik mcm2 keje nak kena buat.. perlukah aku cari maid yg made in indon… owh! tidak sekali2 kerana aku tidak mau itu maid akan mendera aku yg baik lg lembut hati ini…ekekekkeke! iyer ke yong..

aku x tahan dah ni tgk seisi keluarga aku dah lelap. wait for me!! i’m coming gedebussssss…..

serbuk ikan bilis

*MASAK SENDIRI UNTUK BAYI ANDA

Serbuk ikan bilis

PIC_1058

Bahan-bahan

* ikan bilis

 

Caranya;

* ikan bilis di basuh dan di goreng garing tanpa minyak

* tumbuk halus @  kisar halus

* tapis serbuk ikan bilis goreng td utk  dapatkan hasil yg halus sekata.

* simpan di dalam tuperware or tipuware anda…

+++ taburkan  serbuk ikan bilis dlm puri/bubur nasi ketika  menghidangkan utk si manja anda

bandit’s pants

lama sangat dah tak menjahit. Asyik ada aje benda yg nak kena buat. klu free sikit, asal nak pegang mesin jahit je, hannah lak mengacau.

cuma seluar belang2 penyamun ni je yg mampu aku buat utk Che Mat. Mula2 marah sungguh kat aku bila suh fitting hehehehhee!. bila dah pki x mau tanggal plak.. apa makna ni!!

 

PIC_1052

Sayonara..sayonara hingga berjumpa lagi..

petang td dapat jugak berjumpa dengan kengkawan lama masa kat PUO dlu. Pas ni ntah  bila pulak la nak berkumpul lagi. walaupun sekejap je, janji dpt berjumpa + makan dan borak2. Kali ni masing2 ada hand bag kecik. masa untuk  membesarkan keluarga ekekekeke!!!!

PIC_1076 PIC_1085

PIC_1093

bergambo bersama  seisi keluarga

macam x puas nak menyembang, sekejap sgt. tak sempat nak borak2 ngan gundu2  angah, intan, Adun, mai, asouyy. Asouy tetap maintained slim river,  Adun cam biasa la tetap cun, Angah  ehehhe sori da mori u look tembam, dlm seisi berpantang lagik :), mai plak , tup!tup! ko kando brg2 plak meniaga yekk!.. sejak bila plak ko jd bisneswomen ni!

 

PIC_1105

buah tangan dari fiji.

 

PIC_1115 PIC_1118

ni plak intan gundu yg bg … sukeeeee nye mak nyah! byk betul brg free mak dapat.

 

PIC_1103 PIC_1137

antara harta rampasan petang tadi. snack di taja oleh acik Adun, cupcakes lak dr nadia n button. timekaceh bagi aku rembat semua nih !

 

PIC_1124

aaaa EEE gaga iguugu da da..!!! waf..waff..waff

maksudnye : “ ni anna unyer,mekaceh untie adun….. “

sebelum balik sempat shopping cuties pin dari acik Mai pulak,

PIC_1138

17 July, 2009

Sumpahan ikan sebarau

Info yg di ceduk dr wikipedia:

Ikan Sebarau atau nama saintifiknya Hampala macrolepidota merupakan sejenis ikan yang terdapat di Malaysia. Ikan Sebarau merupakan ikan air tawar. Ikan ini banyak tulang halus berbanding dengan ikan lampam.

Ikan Sebarau biasanya terdapat di sungai-sungai yang mengalir deras. Diet utamanya adalah anak-anak ikan dan juga udang.

 

Sumpahan Sebarau

hujung minggu lalu,aku sempat bersembang2 dengan mak tiri dan adik perempuan aku mengenai asal keturunan keluarga kami. Menurut cerita mak tiri aku yg dlu nye pangkat mak sedara sebelum berkahwin dengan ayah aku,Keluarga kami tidak bole memakan ikan sebarau. sejenis ikan sungai yg byk tulang.

 

Seperti yg diceritakan:
Alkisahnye keturunan nenek moyang aku dahulu sebelah datuk berasal dr keluarga bangsawan di Banjar Masin, kalimantan Indonesia.
Mereka datang merantau dan membuka tanah di sekitar sungai manik. Dikatakan mempunyai banyak tanah hasil dr penerokaan hutan. Disebabkan nenek moyang aku dahulu melanggar pantang memakan ikan sebarau, maka banyak harta tergadai dan jatuh miskin.

Aku antara percaya dengan tidak cerita mak aku ni. Macam cite dongeng jer aku dengar..nak2 plak bila kata dr golongan bangsawan.  Tapi mmg dr kecik keluarga kami x mkn ikan sungai. Tak tahulah klu ini penyebabnye.

tapi dr pemerhatian aku mmg datuk2 aku seorang pelaut yg handal dan bole membina sampan  yg besar seorang diri. Malah boleh berkebun atau buat apa saja pekerjaan berat seorang diri.Dan setiap seorang datuk2 aku mempunyai senjata warisan.
Datuk sebelah aku menyimpan sebilah parang panjang yg kononnye ditempa selama 7 jumaat. Sekarang ni senjata tu ada bersama opah aku dan  hanya berbalut kain kuning saja. Parang panjang ni pernah di gunakan semasa perang dengan tentera jepun.

tapi aku x nampak plak tanda2 yg lain. Sebab atuk aku seorang yg pendiam dan jarang bercakap atau bercerita dengan cucu-cucunya.

Mungkin amalan2 dahulu telah dibuang oleh Atuk aku. takut nnt akan mengganggu anak cucu nya.

Cuma ada 1 cerita pasal parang panjang atuk aku yg aku tau telah di pinjam oleh orang utk membuat kerja2 x bermoral. Sewaktu si peminjam ingin keluar rumah parang tu secara tiba2 jd berat dan tidak bole di bawa menyebabkan si peminjam menghantar semula parang berkenaan.

Wallahu`lam aku  tak tau sejauh mana benarnya kesahihan cerita ini. Aku hanya sekadar mendengar dan bersyukur dengan kehidupan yg aku kecapi sekarang.

16 July, 2009

i hate you …..

semakin hari semakin bengang

apa yang aku nak kata kan lagi...

aku bosan berhadapan dengan manusia yg

1- suka memaksa orang.
2- tidak boleh menerima pendapat orang lain
3- suka menyalahkan orang lain
4- tidak meminta maaf
5- tidak mengaku kesalahan diri sendiri
6- pentingkan diri sendiri

bla..bla..bla.. ni klu aku nak senaraikan berkajang2 adanya.

sekadar melepaskan ‘ketensionan’ aku… pada hari ini..

sekian.