18 October, 2010

pinky butterfly

 

weekend punya hasil.. tak larat nak tulis dah!!  enjoy the pictures!!!

 

PA151161

Last minute jahit benda ni.

A gift for little cuties Maryam.

Next,

Another felt wrist mouse pad for my officemate.

 

PA151156 

Harap dia suke gilerrrr! kat menatang nih!

11 October, 2010

Beg barter

pasei apa aku nama kan beg barter.. gara-gara Che ja bagi tudung yang konon2 nye mula-mula nak pinjam tudung dia nak buat pola. Sok lusa mana tau nak buat tudung DIY kan. Memang bes le pattern tu. Tetiba jer Che ja kata “awak ambik le tudung tu, tp nnt buatkan kita felt plushie utk dia”..

Dah jadi sistem barter plak di situ.. So aku dah pun plan nak buat satu plushie dari felt karekter yg dia minat sesangat tur.. dah potong dah cuma nak jahit je lagi. Tapi disebabkan banyak hal. aku jahitkan dlu beg belang2 ni utk dia. kebetulan dia mmg suka anything yg belang-belang.

 

PA021094

another beg belang-belang

PA021098

lagi versi beg belang-belang

PA021101

Bukan kata Ja  aku pun suka gak corak belang-belang ni.Blouse pun tak sah klu tak de corak belang-belang. Mama belang plak le kekdahnye yer..

Dan satu beg corak ala2 inggeris. Siap minta tolong Che fid letakkan snap button.

PA021099

Hepi birthday’s Hannah

 

7 oct lepas genap ler Hannah 2 tahun. 2 tahun penuh dugaan dan cabaran membesarkan anak perempuan. lasak mengalahkan Che Mat, menangis nombor satu. pening kepala aku sikit-sikit menangis..menangis..menangis jer. Nak buat macam mana kan dah nama pun anak perempuan sabor je ler.  Merajuk pun nombor satu jugak ni. Garang plak bukan main. Che Mat dah selalu jadi mangsa kena tarik rambut. Ada je yang dia tak puas ati ngan abang dia nak2 klu berebut pensil warna., buku, mainan hatta tengok tv pun. iskh!iskh! sib baik abangnye penyabor.Tapi bila Che Mat pergi sekolah tau plak dia rindu..asyik dok tanya abang dia mana… hehehehe Klu tak de Che nana ni sunyi abis rumah aku.

 

PA051132 

Hepi giler ni nak tiup lilin. Che mat dah nyanyi2 lagu hepi besday dah..excited sampai Che Mat yang tiup lilin tu dulu. Sib baik Che nana tak ngamuk time ni. Ni hari-hari Che Mat tanya bila besday dia..bila nak beli kek untuk dia..hehehe siap bagi tau nak hadiah apa plak adoii aii!!

Yayanasaurus

ATAU bak kata che fid yayanoSOROS kan.. siap tolong pomot lagi tur mekasih no.. tenkiu kat che anita jugak yg sudi mengorder anak2 dinos al-ninos ni buat gift untuk kengkawan nya. sedih aku beb! ko dah blah sob..sob..sob baru nak gitu2 ngan ISO ko dah cau cin cau.

 

a bunch of yayanasaurus

PA041109

 

PA041111

Ningbai-dinos

 

PA041110

hereng-dinos

 

PA041112

saga-dinos

 

PA041113

blew-dinos

2 malam ko tak cukup tido demi nak kejor output untuk che nita.  Good luck untuk che nita kat tempat keje baru.

KAS-tat

Nama glemer bagi tat kastad. yo-yo-oo jer kan.. tak de makna nye glemer perosak bahasa ada ler.. pepandai je short form kan nama kuih-kuih ni kan…

Base tat ni aku guna resipi cam kat entry dulu yg buat tat gulung kurma. click sini. Cuma kastat filling tu aku ambik kat majalah rasa thn 2006 klu tak silap. siap ada chop buku perpustakaan sekolah asmkafb lagi…

filling kastad nye tersangat la mudah ya amat bagi org mcm aku yg tak berapa pandai masak ni kan. banyak2 resipi guna thickened cream lah..susu segar lah.. semua2 tu susah aku nak buat stok kat rumah. tak tahu selalu guna al-kekdahnya.

Bahan-Bahan

filling kastat (mengikut resepi dlm majalah rasa)

1 tin susu cair

1 tin air ( sukat guna tin susu cair yg korang beli tu)

2 sudu kecil esen vanila

4 sudu besar tepung kastad

100g gula pasir.

** kalau nak taruk telur 1 biji & perahan lemon pun bole tp aku tak suke telur.

cara-cara;

satukan semua bahan dlm periuk kacau bg tepung larut, baru tenggek di atas dapur dan masak dengan api sederhana. kacau sampai pekat. Pekat tu dalam erti kata ikut suka hati korang lah nye.

 

P9221051 ni base yg telah di bakar pada suhu 180 celcius selama 30minit gitu!!

 

P9301081 ni le rupa tart aku yg telah diletakkan filling kastat. masa ni tak beli filling bluberri lagi klu tak lagi mengancam ko..mabeles

 

PA031103 kalau agak2 filling kastat tu ada lebih. ambik puff pastry jenama kawan ni. belah dua. dan bakar

 

PA031104 bakar le dlm 20 minit suhu yg sama gak le 180 celcius.. jangan terlampau garing sangat kang jadi cam keropok plak bila kuar dari oven. cam no nak taruk filling klu dah hancur kan..tak dapek den nak nolong ngeh!

 

PA031106tadaa…pastry tu belah kat tengah2 dan sudukan filling kastad kat dalam puff.sedap dimakan bersama kengkawan opis mak encik.. menjilat jari uols.

06 October, 2010

Mengajar anak.

“Lain padang lain belalang,
lain orang lain ragam”

Dalam mendidik anak-anak, macam-macam cara orang lakukan demi berkehendakan anak-anak pandai, bijak, kreatif dan sebagainya.

Ada yang memilih untuk menghantar anak ke sekolah aliran Agama , sekolah aliran cina atau bersekolah di aliran inggeris. Tuisyen plak sana sini situ. Pendek kata kalau boleh semua keperluan pembelajaran hendak yang tip top untuk anak-anak mereka. Prinsip dan  pegangan dalam mendidik anak-anak  tentunya berbagai-bagai mengikut kemampuan dan status seseorang.

Ada yang percaya kalau hantar anak ke sekolah bahasa asing anak-anak akan lebih bijak. Tak kurang juga yg memilih untuk anak-anak belajar saja di rumah. Apa pun pilihan ibu bapa, itu hak masing-masing. Sudah tentu mereka ada sebab-sebab tersendiri dalam menentukan pembelajaran anak mereka.

Aku sebagai ibu yg baru mempunyai 2 org anak sudah tentu perlu sentiasa mencari ilmu dalam mendidik anak-anak. Memang agak gerun juga bila mendengar orang lain bercerita tentang cara mereka mendidik anak-anak. Aku tak boleh bandingkan cara mereka dengan cara aku. Lain orang lain pendekatannya.

Dan AKU.. sebagai muslim sudah tentu didikan agama itu keutamaan bagi anak-anak.  Sebagaimana aku juga harus mempertingkatkan ilmu agama aku.

Kelak aku harap ilmu yg diberi dapat dimanfaatkan oleh putra putri ku agar dapat berdikari dan tidak hilang pedoman bila aku tiada  lagi di dunia kelak. Aku amat bersyukur kehadrat ilahi walaupun aku kehilangan ibu pada usia yg muda tapi masih boleh menjalani kehidupan dengan baik dan dikelilingi oleh manusia yang baik-baik.

Bak kata pepatah;

"Jatuh ke laut jadi pulau, campak ke darat menjadi benih."

Harap-harap anak aku akan menjadi insan yg berjaya di dunia dan di akhirat.

Peringatan yang di sabdakan oleh Rasullulah yang berbunyi:

 "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari"

Begitu jugalah yang aku selalu ingatkan pada diri aku sendiri dalam mendidik anak-anak.

“Didik dan ajar anak seolah-olah aku akan mati esok hari”

Tidak dapat aku bayangkan apa akan jadi dengan Che Mat dan Hannah kalau aku pergi meninggalkan mereka dalam keadaan yang serba kosong dalam hidup seperti mana aku dahulu. Bila terkenangkan itu air mata aku laju dan hati jadi sayu.