30 January, 2013

magic inai.

Che Nah ni memang ada-ada saja idea dia tau.
Tengah leka aku memasak kat dapur,
tetiba teringat nak spot check Che Nah.
Dia ni kalau diam je tak bising-bising,
ada la tu kerja dia di dalam bilik.

Perlahan-lahan aku intai dia kat dalam bilik.
Nak tengok apa la yang dia buat.
kekadang tu rajin jugak  dia duk berangan,
bercakap-cakap dengan soft toys dia.
Sekali aku tengok, dia tengah kusyuk menconteng-conteng dalam bilik.
saja-saja je la aku panggil nama dia dari jauh.
nak tengok akal dia.
kelam kabut dia mengemas ntah apa-apa barang atas katil dia tu.

Aku pun try le, nak tengok apa pulak yang dia lukis kali ni.
Sekali aku datang, cepat-cepat dia sorok kedua-dua tangan dia kat belakang badan.
Ah! sudah, apa pulak kali ni yang dia jumpa buat main.
Sekali aku tarik tangan dia. Kus semangat...
Tak cukup dinding rumah yang dia conteng, muka, badan, kaki.
buku, tak usah cakap ler, sampai buku bank pun dicontengnya.
kali ni KUKU dia pulak jadi mangsa,
alahai che nah kenapa la ko kalerkan kuku ko ni.
kang nampak di ayah ko, mak ko jugak le yang kena tiow.
Tak memantau anak katanye karang.

Che nah kata nak kuku macam kawan dia, Siti.
kuku Siti tu cantik ada kaler merah katanya.
Aku suspek si Siti tu pakai inai le kan.
Takkan mak dia  pakaikan pewarna kuku plak kut..
Aku kata la si siti tu pakai inai bukan pakai magic pen.
nanti lar kita pakai inai betui masa mak lang kawen.
sedih la dia sebab tak dapat kuku macam si siti.
manalah datangnya idea dia nak guna magic pen tu ntah!
mak dia pun tak ada nak pakai-pakai inai ni.
Pakai masa kawen je dulu-dulu.
Tak minat sangat pun. Alih-alih anak dara pulak berkenan.
sudah!...
Jenuh le aku nak menyental kuku dia ni nak bagi hilang warna magic pen tu.
Bukan apa karang bising ayah dia kalau tau kuku berwarna ni.
pantang dia.

20130123_195415

sungguh la Che Nah ni..macam-macam hal.sabor je lah daku.

20121128_220749

anak korang ada tak macam ni? huhuhuhu artistik sangat!!!!!

dah macam belang harimau malaya dah rupanya.

No comments: