25 April, 2013

Lat in the making

Si Che mat ni kalau kita offer dia outdoor activity, semua pun tak nak.
Ada offer dia untuk kelas teak kwan do dan silat cepat jer geleng kepala.
Nak hantar belajar berenang pun tak nak.
ajak pergi x-treme park lagi la takut.
Tapi kalau indoor activity tu memang suka.
seharian pun boleh duduk rumah main computer games, online games or whatever games.
Kalau tak main games, kerja dia melukis.
itu ajelah yang paling dia suka buat.
Buat homework pun laju-laju,
sampai kekadang tu tertinggal huruf-huruf dalam perkataan.
Punyalah nak kejarkan sketch book dia tu.
Baru-baru ni tekun dia mengadap sketch book.
gigihlah melukis ntah apa-apa.
sekali tengok.........
Oissh!! tak sangka pulak dia boleh lukis macam tu.
Tak ada nak lakar-lakar ke apa dulu.
elok je dia tiru terus ke sketch book dia.
hahahaha aku pun tak boleh lukis macam ni.
lepas ni ingat nak enroll dia kelas melukis.
mana tau boleh jadi pengganti LAT ke kan hahahaha.

20130420_180911
20130420_180934

kimchee

sejak dekat-dekat nak pilihanraya ni,
makin bosan pulak tengok tv nasional.
nasib baik ada beyond.
Bolehlah layan kdrama.
korean ni hidup diaorang tak sah kalau tak makan kimchee.
sedap sesangat ke kimchee ni?
teringin jugak nak makan.
Tapi tak tau kat mana ada jual.
gugel punya gugel.
jumpa satu blog yang best
beyondkimchee
siap ada instruction bergambar lagi.
wah! teruja kau.
dan dan tu jugak nak beli kobis panjang,
so, selasa lepas apa lagi berkimchee le.

Kimchee ni masa baru-baru di gaul tu tak keek sangat hahahha
bila dah letak dalam peti sejuk semalam dah mesra gitu.
Baru taste dia wallah!
ecececece!!! tapi seyes memang rasanya best.
boleh la masuk tekak orang melayu.
siap ratah macam tu ajer.
ala-ala kerabu le kalau orang melayu kita kata.
lepas ni teringin nak buat jjangmyeon noodles lak.

 

20130424_100256

bawa gi ofis untuk brunch hahahaha. tapi cili flakes yang aku beli ni tak merah menyala macam dalam belog beyondkimchee. Tapi aku main tambah je cili powder nak kasi kaler kimchee aku ni merah sikit.

20130424_100228

bento la konon  (^_^)Y. Nasi putih, Daging black pepper.

15 April, 2013

macaron deco set.

Yea ,
barang order ngan groupun dah sampai.
muahhahahhahahaah!
gembira lak kali ni.
Kata nak send 26hb hujung bulan ni.
tup! tup! sampai pulak hari ni.
itu hari saja-saja gatai tangan nak mengorder set kat bawah ni.
berkenan sebab ada squeeze bottle tu.
dan silicon mat tu pun best.
Niat asal nak beli benda ni bukan nak buat macaron.
Tapi nak buat biskut shiroi koibito,
muahahahahaha!!!!
giler punye suke ni.

lepas ni kompom, tambah giler beronline shoping.

20130415_103612

tak menahan betui la groupon ni. siap box dia ada tulis ‘congratulations this package comes with a free cardboard box’. iyo lah. apa-apa aje lah. janji barang mak yong sampai sudah heheheh

20130415_103640

nasib baik le benda ni murah, boleh  le mak yong beli. kalau mahal mak yong cuci mata je.

05 April, 2013

Asam Jawa

First time kut, tengok secara live.
hahahahaha
amenda la aku ni.
serius, ini la pertama kali tengok dan makan buah asam jawa yang fresh.
Selalu beli asam jawa untuk masakan je.
Idak le pernah makan begitu saja.

Buah Asam ni budak ofis yang bawa. Dari perlis tur.
Isi dia manis tak macam yang guna dalam masakan tu.
Macam jakun sekejap.
Boleh terkeliru buah asam jawa dengan asam gelugur.
Siap gugel lak tu.
failed, pengetahuan am huhuhhu.

20130403_084530

kiut pulak rupa buah ni.

20130403_085514

Kat bawah ini pokok asam jawa. Gambar gugel. Dah macam pokok petai lak tengok.

untitled

Muzium Negara.

Weekend cuti sekolah lepas tak pergi jalan mana-mana pun.
Anak-anak baru je baik demam.
So, bagi diaorang rilek-rilek je dulu kat rumah.
Kebetulan,
sabtu lepas MIL datang dengan famili celebrate besday kat rumah aku.
Masak le sikit-sikit nasi impit, rendang ngan soto.
Manggo cheese cake BIL yang bawa.

So, tengok Hari masih awal lagi.
Lepas makan BIL ajak pergi Jalan-jalan.
Mula-mula BIL ajak pergi Tasik perdana.
Tapi risau cuaca belah petang kan hujan jer minggu ni.
So, teringat pulak Che Fid bawa Akif pergi Muzium Negara.

So, kita pun sekeluarga pergi Muzium jugak.
Kalau hujan tak de la gelabah nak lepak mana kan.
Aku pun dah lama tak pergi muzium sejak aku darjah 2. hahahah giler lama.
Che Mat & Che Nah memang happy pergi muzium ni. Kebetulan Che mat pergi muzium ni pun darjah 2 jugak, macam mak dia.
Jangan dia pun nanti kemudian2 bawa anak pergi muzium masa umur anak dia 8 tahun jugak ekekekek.

Pictures3

Che Mat paling suka tengok kapal. Sampai kat rumah terus lukis kapal kat muzium katanye.

20130330_160454

20130330_165444

budak come yang baru baik demam.

Sakit.

Dua tiga minggu lepas panas dengan hujan silih berganti.
Tak taulah musim Al-nino ke idak.
Kalau dah cuaca panas ni musim demam pun datang ler.
Demam,selsema, batuk sakit tekak.
Itu penyakit berangkai.
2 minggu jugak le anak-anak demam pas baton.
Mula-mula abang demam,
lepas tu si adik pulak.
Jenuh la mandom aku ni.
gundah-gulana melayan diaorang yang tak sihat.

Bukan nak kata apa la.
kalau anak demam lebih 3 hari.
Perkara pertama kena pergi check darah.
Normally yang tak berduit macam aku ni pergi la ke klinik gomen.
Tapi selalunya akan dapat ubat demam je la.
kalau bernasib baik dapat le antibiotik.
Kekadang tu kena beli dekat luar ubat-ubat yang tak ada stok. Nama pun bayar singgit kan.
Tu le ubat yang layak kita dapat.
Kalau nasib tak baik dapat jugak Doktor yang check lebih kurang je ditambah dengan muka yang tak berapa nak mesra Alam.
ok, kite paham Doktor gomen kerja sangat pressure. So, kita sedia maklum.
Tak leh nak salahkan diaorang sepenuhnya.

Yang si adik tu katanye cuma demam virus je. Bukan demam denggi katenye.
Tapi nak seminggu jugak tak pulih-pulih.
walaupun dah abis makan ubat gomen tu kan. So, tak ada cara lain memang kena bawa gi klinik swasta.
So, bayar memang lebih la.
Tapi, puas hati dapat service yang baik dan ubat yang bagus.
selalunya lepas aku hantar kat klinik feberet aku tu.
Alhamdulilah, akan sembuh.

Sebagai rakyat marhaen macam aku ni. Kemudahan untuk perubatan tu sangat-sangat la dialu-alukan dari pihak gomen.Nak harap kompeni bagi tak ade le.
Ada ke dalam manifesto mana-mana parti ekk.??? nak ngundi dah ni.

Buat pencari jambu susu.

Jambu susu ni memang fofuler yek di kalangan orang yang mengandung.
termasuk la aku ni ha...
kalau mengandung memang sesaja je cari nahas mengidam buah ni.
Buah ni pulak musim dia tak menentu.
suka-suka je nak berbuah.
Dah la aku pulak balik kampung pun tak menentu hari.
payah sikit la nak mengangkut bawa balik buah ni.

Sejak aku naikkan post jambu susu bulan bila ntah.
Ramai rupanya call or sms nak buah ni.
Alhamdulilah, dah dua batch musim buah jambu yang dah distributed pada mak yong yang mengidam.

Buat pencari buah jambu susu ni,
Saya bukanlah pengedar tetap yer.
sekadar menolong untuk sama-sama merasa buah ni.
Saya pulak duduk di Shah Alam.
kalau yang luar daerah tu susahlah nak tolong pass.
Kalau nak, kena la datang Shah alam ambil.
Kalau nak pos memang awal-awal tak dapat nak tolong.
Buah ni cepat rosak lagipun saya ni bekerja 8am to 6.pm memang tak sempat nye nak ke pejabat pos bagai.

so, pada sesiapa yang masih tak putus asa mencari buah jambu ni.
keep in touch la dengan saya.
sebabnya, kekadang tu lupa dah siapa yang dah dapat or belum buah ni.
kalau tak dapat call, sms je perkenalkan diri.
In future kalau ada rezeki korang merasa buah ni bole le akak reply sms korang tu.
Tapi dengan syarat kome kena la datang ambik kat Shah Alam yer.
Kalau nak ngantor ke kome memang akak tak berdaya hehehehe.

apa? nak nombor telepon hehehhe.
kalau nak, tinggalkan komen kat entry ni heheheh.

sekian terima kasih..
khidmat masyarakat ni dibawakan oleh yayan @ cekcibor & co.